PERMIT HARAKAH BOLEH DITARIK JIKA EDISI INTERNET LANGGAR SYARAT

 

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Permit baru penerbitan Harakah boleh digantung atau dibatalkan sekiranya edisi internet akhbar rasmi parti PAS itu diterbitkan melebihi dua kali sebulan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata Harakah perlu mematuhi peraturan dan syarat permit yang ditetapkan sekiranya edisi internet itu masih menggunakan nama yang sama dengan edisi bercetaknya.

"Edisi internet pun kalau guna Harakah juga, tertakluk kepada peraturan yang sama. Kalau permit diberi untuk setiap bulan dua kali, ia kena ikut sama. Mereka tidak boleh kata melalui internet tidak dikawal sesiapa.

"Jika ia terbit dua kali sebulan dalam internet, itu tidak menjadi masalah tetapi kalau curi-curi terbit seminggu sekali dalam internet, ini memang bercanggah dengan permit kelulusan dan tindakan boleh diambil walaupun penerbitan dalam Internet," katanya di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Bel! iau diminta mengulas kemungkinan Harakah akan diterbitkan melebihi dua kali sebulan menerui edisi internetnya setelah akhbar itu hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu pada Isnin dan Jumaat sebelum ini hanya boleh dikeluarkan dua kali sebulan.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata peraturan baru itu bertujuan menyeragamkan dengan kekerapan penerbitan akhbar atau majalah oleh semua parti politik.

Chor berkata keputusan kerajaan itu tidak sepatutnya dipersoalkan kerana syarat permit baru itu sama dengan syarat yang dikenakan terhadap penerbitan parti politik lain termasuk Umno.

Katanya, selain tindakan menggantung dan membatalkan permit, penerbit Harakah juga boleh diberi surat tunjuk sebab atau denda sekiranya melanggar peraturan yang terkandung dalam permit baru itu.

Beliau berharap Pas dan penerbit Harakah a! kan mematuhi syarat baru permit yang diberikan kerajaan itu.

"Memandangkan kerajaan sudah memberi lanjutan permit... saya amat berharap mereka (Harakah) dapat akur dan mematuhinya. Jika mereka melanggar syarat itu kerajaan tidak ada pilihan selain mengambil tindakan," katanya.

Beliau juga berkata, Kementerian Dalam Negeri telah menerima permohonan PAS untuk menerbitkan akhbar harian "Purnama" pada akhir Januari lepas.

"KDN akan memberi pertimbangan sewajarnya," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan permohonan untuk menerbitakan akhbar itu.

Katanya, semua permohonan untuk menerbitkan sesebuah penerbitan perlu melalui proses yang mengambil masa antara tiga dan empat bulan sebelum diberi keputusan.
-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke