*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Apakah ada keterangan dalam Kitabullah berkenaan pertanyaan yang dikemukakan
oleh sdr. yang bertanya ini? Jika tiada bagaimanakah mahu menjawabnya? Dan jika
tiada dalam Kitabullah, adakah boleh diikuti, dipegang dan diamalkan serta
dihayati tariqat-tariqat (salah satu daripadanya) itu?

Sdr. Endas merujukkan pendapat bagi pertanyaannya kepada tafsir ibnu Kathir,
Zilal dan lain-lain itu sebagai menguatkan hujahnya.

Pertanyaan beliau kita jawab dengan pertanyaan? Ibnu Kathir atau Zilal dan
lain-lain itu adakah namanya disebut dalam Kitabullah sebagai pentafsir mutlak
yang sampai ijtihadnya sebagai mujtahid mutlak. Tolong bawakan dan tunjukkan
kepada ambo yang masih belajar dan memerlukan tunjuk ajar. Kalau tiada namanya
tercatat dalam Kitabullah, apakah tafsirannya boleh ditolak begitu sahaja
sedangkan nama-nama tersebut merupakan Imam yang muktabar?

Begitu juga dengan nama-nama Imam yang lain. Sebagai contoh yang lain, ilmu Fiqh
diijtihad oleh Imam mujtahid mutlak seperti Imam Malik, Imam Ahmad ibnu Hanbal,
Imam Syafeii , Imam Hanafi (sekadar beberapa nama)? Apakah nama-nama ini
terdapat dan tercatat dalam Kitabullah? Jika tiada apakah aliran pendapatnya
(mazhabnya) tertolak?

Begitu juga dalam ilmu Tauhid...terdapat beberapa Imam mujtahid seperti Imam Abu
Hassan Asyaari dan Imam Al Maturudi. Nama mereka pun tidak ada disebutkan dalam
Kitabullah?

Begitu juga dalam bidang ilmu Tasauf (cabang ketiga ilmu fardhu ain). Terdapat
ramai para Imam mujtahid selain daripada memimpin jutaan pengikut dan murid
sehingga ke hari ini.

Apa yang jelas, masing-masing ilmu Islam itu dikembangkan dan diperincikan oleh
mereka yang alim, pakar dan muktabar dalam bidang masing-masing.

Seterusnya yang kita mahu pegang (akidah) dalam agama Islam ini Imamkah atau
Allah?

Sebagai contoh, katalah sdr. Endas telah hafal dan faham tafsir ibnu Kathir
sehingga boleh mengajar dan menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Yang sdr.
pegang (akidah) itu adakah Allah dan Kitabullah atau tafsir ibnu Kathir? Jika
yang diakidahkan atau dipegang itu adalah tafsir ibnu Kathir maka gagallah
natijah daripada berakidah. Tetapi jika yang dipegang dan diakidahkan itu ialah
Allah maka nescaya berhasil akidah yang sebenar (jazam).

Kesemua ulama muktabar yang namanya disebutkan di atas itu tidak sekali-kali
mahu dikenal nama mereka sebagai Imam dan Mazhab serta tafsir dan Hadith. Tetapi
para pengikutnyalah, muridnyalah yang kemudiannya menamakannya. Sebagai contoh
Imam Bokhari. Apakah beliau yang mahukan namanya dikenali sebagai penyusun Kitab
Hadith "Sohih Bokhari". Lalu sekalian orang berIman dikehendaki merujuk dan
berpegang kepada Sohih Bokhari atau kepada Hadith Nabi SAW?

Apa yang ingin saya ketengahkan dalam persoalan yang ditimbulkan oleh sdr. Endas
ini ialah betapa luasnya ilmu agama. Setiap orang harus merasa begitu kecil dan
jahil betapa luasnya ilmu Allah. Tidak tercakup dan tercapai oleh hanya pada
satu atau dua orang sahaja. Dan sebaiknya setiap orang adalah bersangka baik
terhadap sdr.nya , apatah lagi kepada sesaorang yang bertaraf Imam.

Sesaorang mukmin juga perlu berfikiran terbuka dan berlapang dada dalam
membincangkan bidang keilmuan agama yang amat luas itu. Setiap orang pasti ada
kelebihan dan kelemahan. Jika sesuatu cabang ilmu itu tidak terdapat atau
diketahui oleh sesaorang, katakanlah "Aku tidak tahu, Allah jua yang lebih
mengetahui". Bukannya dengan gopoh dan terburu memberi hukum,"Ini tiada dalam
agama Islam". "Ilmu itu sesat". Dan sebagainya. Sedangkan dia bukanlah orang
yang ahli dan boleh dipercayai pendapatnya dan tidak pula sampai ke tahap ulama
mujtahid (yang boleh berijtihad dan diakuri ijtihadnya).

Seterusnya, apakah agama Islam itu di sisi manusiakah atau di sisi Allah? Jika
di sisi Allah, apakah yang sdr. ketahui ilmu dan pengetahuan di sisi Allah? Usah
kita berkata sesuatu yang tidak kita ketahui di sisi Allah. Sedangkan Allah
menganjurkan melalui lidah RasulNya ,"Jika kamu tidak mengetahui (tidak berilmu
tentang sesuatu perkara atau cabang ilmu) tanyakanlah kepada orang yang
berilmu"?

Allah SWT jua yang mengetahui yang paling benar dan tepat.
Wassalamualaikum wbt.


Endas Krewak wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> -----Original Message-----
> From: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
> Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
> <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
> [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
> <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
> [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Wednesday, September 08, 1999 6:39 PM
> Subject: H-Net* Pengertian TARIQAT -1
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam, sedikit komen...
>
> Ayat tariqa yg dikemukan Tuan Jamil, banyak pengertiannya. Yg umum maksudnya
> ialah alislam itu sendiri iaitu dienul haq (agama yg benar).
> Ada ulama yg mentafsirkan sebagai sirotul mustaqim iaitu jalan yg lurus -
> iaitu alislam juga.
>
> Bagaimanakah mengikuti dienul haq? Tidak lain melalui panduan AlQuran dan
> Hikmah (sunnah).
>
> Bagaimankah mengikuti siratul mustaqim? tidak lain dgn meluruskan tauhid,
> menjauhi syirik (wahdatul wujud, hulul, ittihad, sekular, etc), bidaah dan
> hawa'.
>
> Tafsir yg muktabar seperti Ibnu Kathir, Zilal, Jalalain tidak pernah
> mentafsirkan tariqa sebagai ilmu kesufian atau ilmu tasauf.
>
> ambo minta tolong puak2 ni kemukakan ayat atau dalil hadith yg menunjukkan
> disyariatkan atau masyru'iyatul Tariqat naqsabandi, Tajani, Jamili, Qadiri,
> dan yg sewaktu dgnnya.
>
> maksudnya, tolong kemukakan ayat2 perentah seperti "diwajibkan atas kamu
> tariqat Naqsabandi, Qadiri..dll" atau ayat2 seumpama "dirikanlah tareqat
> naqsabandi, Qadiri.."
>
> Mengapa puak sufi mau mengertikan tariqa mengikut kemauan mereka sendiri?
>
> Jamil wrote:
> ASSALAMUALAIKU Sahabatku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati dan
> dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.
> Izinkan saya mengemukakan huraian berkenaan dengan definasi/makna Tariqat
> yang disebut dan tersebut di dalam Al-Quran.
> Semoga mereka-mereka yang BUTA mata hatinya, memperolehi keinsafan, kesan
> daripada sumpah seranah dan fitnah keterlaluan yang dilemparkan sebelum ini
> terhadap ilmu Tasauf/Tariqat dan pengamalnya!
> InsyaAllah!
>
> MAKNA TARIQAT
> Pengertian :
> "Tariqat" - menurut bahasa ertinya "jalan", "cara", "garis", "kedudukan",
> "keyakinan" dan "agama".
>
> Kamus Dewan (edisi baru) Kuala Lumpur tahun 1989, menyatakan bahawa
> "Tarekat" ialah 1. jalan; 2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasauf);
> 3. tertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan); 4.
> perkumpulan penuntut ilmu tasauf.
>
> Kamus "Modern Dictionary Arabic - English" oleh Elias Anton dan Edward
> Elias, edisi IX, Cairo tahun 1954 menyatakan bahawa "Tariqat" ialah "way"
> (cara atau jalan) "methode" dan sistem of belief" (mehoda dan satu sistem
> kepercayaan).
> Kata "Tariqat" disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak 9 kali dalam 5
> Surah, dengan mengandungi beberapa erti sebagai berikut :
>
> 1. Surah An-Nisa' : 168 -
> Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman,
> Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan
> menunjukkan jalan kepada mereka."
>
> 2. Surah An-Nisa' : 169 -
> Maksudnya : "Melainkan jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya
> selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
>
> 3. Surah Thoha : 63 -
> Maksudnya : "Mereka berkata : "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar
> ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan
> hendak melenyapkan "kedudukan" kamu yang utama."
> Ayat itu menerangkan kedatangan Nabi Musa a.s. dan Harun ke Mesir, akan
> menggantikan Bani Israil sebagai penguasa di Mesir. Sebahagian ahli tafsir
> mengertikan "Tariqat" dalam ayat ini dengan "keyakinan" (Agama)."
>
> Menurut Ibnu Manzhur (630 - 711H) dalam kitabnya "Lisanul Arab" jilid 12
> halaman 91, erti "Tariqat" dalam ayat itu adalah "ar-rijalul asyraf",
> bermakna "tokoh-tokoh terkemuka".
>
> Jadi ayat itu bererti, kedatangan Nabi Musa dan Harun ke Mesir adalah untuk
> mengusir kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan jamaah atau tokoh-tokoh
> terkemuka kamu."
> Lebih jauh Ibnu Manzhur menyatakan "hadza thariqatu Qaumihi"...ertinya
> "inilah tokoh-tokoh pilihan kaumnya."
> Al-Akhfasy menyatakan "bithariqatikumul mutsla" ertinya "dengan Sunnah dan
> agama kamu yang tinggi."
>
> "Tariqat" bererti juga "al-khaththu fis-syai-i"...ertinya "garis pada
> sesuatu."
> "Thariqatul baidhi"...ertinya "garis-garis yang terdapat pada telur."
> "Thariqatul romal"...ertinya "sesuatu yang memanjang dari pasir - ma imtadda
> minhu."
>
> Al-Laits menyatakan "Tariqat" ialah "tiap garis di atas tanah, atau jenis
> pakaian, atau pakaian yang koyak-koyak. Itulah "Tariqat"nya.
>
> "Tariqat" jama'nya "tharaiq", bererti "tenunan dari bulu", berukuran 4
> sampai 8 hasta kali satu hasta, dipertautkan sehelai demi sehelai."
> Menurut Tafsir "Al-Jamal" jilid 3, hal. 99, "bithariqatikumul
> mutsla"...dalam Surah Thoha : 63 itu, ertinya "bi-asyrafikum", bermakna
> "dengan orang terkemuka kamu." Kata "Tariqat" itu dipergunakan untuk
> tokoh-tokoh terkemuka, kerana mereka itu menjadi ikutan dan anutan orang
> banyak, sebagaimana diertikan juga demikian oleh Abu As-Su'ud.
>
> Dalam "Mukhtarus Shihhah", disebutkan "wa thariqatul qaumi" ialah
> "amatsiluhum dan jiaduhum", ertinya "orang-orang besar dan terbaik di antara
> mereka."
>
> "At-thariqatu" diertikan juga "syariful qaumi", bermakna "tokoh terjormat
> suatu kaum".
>
> Tafsir Ibnu Katsir jilid 3, hal. 157 menyatakan, "bi thariqatikumul mutsla"
> itu dengan "wa hia as-sihru", ertinya "sihir".
>
> Ibnu Abbas mengertikannya dengan "kerajaan mereka yang mereka bekerja dan
> mencari kehidupan di dalamnya."
>
> As-Sya'bi menafsirkannya dengan "Harun dan Musa memalingkan perhatian orang
> banyak kepada mereka."
>
> Mujahid mengertikannya dengan "orang-orang terkemuka, cerdas dan lanjut usia
> di antara mereka."
> Abu Shaleh mengertikannya dengan "orang-orang mulia di antara kamu."
> 'Ikrimah mengertikannya dengan "orang-orang terbaik di antara kamu."
> Qatadah menyatakan "bithariqatikumul mutsla" mereka pada masa itu adalah
> Bani Israil.
>
> Abdurrahman bin Zaid mengertikannya dengan "Billadzi antum
> 'alaihi"...ertinya "dengan yang kamu berada di atasnya."
>
> Tafsir Al-Kahzin jilid 3, hal. 273, mentafsirkan ayat itu dengan "yudzahiba
> bi
> sunnatikum wa bi dinukum al-ladzi antum 'alaihi", bermakna "Keduanya, yakni
> Musa dan Harun akan melenyapkan sunnah dan agama kamu yang kamu anut."
>
> Tafsir Al-Baghawi jilid 4, hal. 273, orang Arab menyatakan "fulanun 'alat
> thariqatil mutsla", maksudnya ialah "ala shirathim mustaqim", bererti si Anu
> berada atas jalan yang lurus.
>
> 4. Surah Thoha : 77 -
>
> Maksudnya : "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa : Pergilah
> kamu dengan hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka
> "jalan" yang kering di laut itu, kamu tidak usah khawatir akan tersusul dan
> tidak usah takut (akan tenggelam)."
>
> Kata-kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "jalan" di laut, dan terbelahnya
> Lautan Merah untuk jalan bagi Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya itu terjadi
> setelah memukulkan tongkatnya.
>
> 5. Surah Thoha : 104 -
> Maksudnya : "Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata
> o"rang yang paling lurus" jalannya di antara mereka : "Kamu tidak berdiam
> (di dunia) melainkan hanyalah sehari sahaja."
>
> Adapun yang dimaksudkan dengan "lurus jalannya" dalam ayat itu ialah orang
> yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa
> itu.
>
> 6. Surah Al-Ahqaf : 30 -
> Maksudnya : "Mereka berkata : "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah
> mendengar kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang
> membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan
> kepada "jalan" yang lurus."
>
> 7. Surah Al-Mukminun : 17 -
>
> Maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah
> jalan (tijuh buah langit) dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).
>
> 8. Surah Al-Jin : 11 -
>
> Maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami dan orang-orang yang soleh dan
> di
> antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adakah kami menempuh
> "jalan
> yang berbeda-beda?"
>
> Al-Farra' mengertikan "kunna Tharaiqa qidada" dalam ayat itu dengan "kunna
> Firaqan mukhtalifah", bermakna adalah kami beberapa kelompok yang
> berbeda-beda.
>
> 9. Surah Al-Jin : 16 -
>
> Maksudnya : "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas
> jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka
> air
> yang segar (rezeki yang banyak)."
>
> Kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "agama Islam".
> Demikianlah beberapa makna kata "Tariqat" dari segi bahasa.
>
> - Tariqat Menurut Kalangan Sufi -
> Adapun "Tariqat" menurut istilah Ulama' Tasauf :
>
> 1. "Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasauf".
> ["Al-Ayatul Baiyinat" hal. 23, oleh Syeikh Ahmad Khathib.]
>
> 2. "Cara atau kifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu
> tujuan."
> ["Ilmu Tariqat Dan Hakikat" hal. 69, oleh T.H. Abdullah Ujong Rimba]
>
> Berdasarkan beberapa definasi yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tariqat
> adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan
> mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasauf.
>
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> Wassalamu.......
>
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
> P/S : Emmm....ada faham ka??? :)
>
> ____________________________________________________________________
> Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
> http://webmail.netscape.com.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Endas Krewak" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke