UMNO MELAKA AKAN TUBUH TABIKA DI SELURUH NEGERI

 

MELAKA, 4 Mac (Bernama) -- Umno Melaka telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi menubuhkan 25 Taman Bimbingan Kanak-Kanak Islam Umno (Tabino) di seluruh negeri untuk menampung permintaan ibu-bapa terhadap pendidikan pra-sekolah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam berkata jumlah itu adalah bagi menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah Tabino di setiap 25 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata penubuhan Tabino itu bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak-anak mereka di kelas-kelas Tabika Islam di negeri ini.

Menurutnya, Tabika Islam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mendapat sambutan menggalakkan sehingga tidak dapat menampung permintaan.

"Sebagai permulaan, kita akan memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap Tabino yang ditubuhkan...saya berharap Umno di peringkat DUN dapat menubuhka! n sekurang-kurangnya sebuah Tabino pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tabino pertama di Taman Perumahan Pulau Gadong II, Klebang Besar di sin,i hari ini.

Mohd Ali berkata sebagai permulaan Tabino itu akan menerima sebanyak 25 orang kanak-kanak. Jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan dan juga tenaga pengajar.

Beliau berkata Tabino ini akan berpandukan kepada kurikulum pendidikan Jaim dan selaras dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan manakala tenaga pengajarnya pula akan mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Jaim.

Beliau juga berkata Umno negeri bercadang menubuhkan Rumah Anak Yatim Umno (Ratino). Keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat badan perhubungan negeri minggu lepas.

Katanya, rumah anak yatim itu akan dibina di Bachang di sebuah kawasan seluas 1.4 hektar. Projek pembinaannya akan dilaksanakan pertengahan tahun ini.

"! Projek itu dijangka menelan belanja kira-kira RM500,000 dan mampu menempatkan sebanyak 120 orang anak-anak yatim pada satu masa...kos perbelanjaan bagi seorang anak yatim ialah kira-kira RM1,000 setahun," katanya.

Mohd Ali juga berharap kepada golongan yang ingin menghulurkan bantuan bagi menjayakan projek pembinaan rumah itu supaya menghulurkan sumbangan berkenaan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka. --BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke