Mahkamah Rayuan dengar kes Anwar

Peguam: 29 alasan kukuh kesilapan Hakim Paul

Oleh Rashidi Hasan

 

BICARA KES ANWAR

HAKIM
Tan Sri Lamin Yunus
Dato' Ahmad Fairuz
Dato' Mokhtar Sidin

PEGUAMBELA
Raja Aziz Adrusse
Christopher Fernando
Gurbachan Singh
Pawancheek Merican
Sankaran N Nair
Zulkifli Nordin

KUALA LUMPUR: Hakim Augustine Paul didakwa telah menjatuhi hukuman yang melampau ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan melakukan kesilapan dari segi undang-undang dengan mengunakan fakta yang tidak betul.

Peguam bela Anwar, Raja Aziz Adrusse berkata, Paul gagal menggunakan budi bicara dengan membenarkan dirinya dipengaruhi oleh persoalan yang tidak relevan dan gagal memberikan pertimbangan ke atas persoalan yang lebih relevan.

Semasa membentangkan hujahnya di Mahkamah Rayuan di sini, Raja Aziz berkata Hakim Paul telah melakukan kesilapan dari segi undang-undang dengan membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk meminda empat pertuduhan terhadap Anwar.

Di dalam proses perbicaraan yang sudah memakan masa lebih 17 bulan, mahkamah memulakan perbicaraan petisyen rayuan Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara atas empat pertuduhan rasuah terhadap beliau.

Anwar, 52, dipecat oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 dan selepas 18 hari dilucutkan dari jawatannya, Anwar ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas mengetuai suatu perarakan besar-besaran gerakan reformasi dan anti-Mahathir di Kuala Lumpur.

Peguam-peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Raja Aziz Addruse berserta Aris Rizal Chritopher Fernando, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican, Sankara N Nair dan Zulkifli Noordin telah mengemukakan 29 alasan kukuh bagi mengetepikan sabitan kesalahan dan penghukuman terhadap empat pertuduhan rasuah yang menyebabkan beliau dihukum enam tahun penjara di hadapan hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada 28 April lepas.

Anwar Ibrahim mengemukakan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Dato' Augustine Paul di Mahkamah Tinggi pada 14 April tahun lalu.

Dalam penghujahannya selama empat jam itu, Raja Aziz menegaskan bahawa Augustine Paul tersilap dalam memutuskan bahawa perayu (Anwar) telah menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memperolehi suatu faedah untuk dirinya sedangkan kedua-dua kedudukan tersebut tidak memberi sebarang kuasa atau kawalan terhadap Cawangan Khas.

Beliau seterusnya mengemukakan laporan bekas Pengarah Cawangan Khas, Said Awang kepada Dr Mahathir Mohamad yang dipetik seperti berikut," Saya juga ingin memaklumkan bahawa siasatan menerusi sumber-sumber lain turut menunjukkan tuduhan-tuduhan (salah laku seks dan liwat) yang dilemparkan itu tidak mempunyai bukti dan urutan peristiwa seolah-olah sengaja direka.

"Di samping itu, terdapat pula tanda-tanda bahawa wujud golongan tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri dan memainkan peranan di belakang tabir menggalakkan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar memburuk-burukkan Anwar Ibrahim."

Tegas beliau sepatutnya Hakim mengambil kira keterangan saksi iaitu Said Awang yang secara jelas membuktikan wujudnya suatu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Beliau kesal kerana Hakim Paul telah mengabaikan keterangan Said dan tidak membenarkan keterangan mengenai konspirasi politik untuk dikemukakan oleh pihak peguambela dalam mahkamah.

Bagaimanapun Anwar seringkali menegaskan bahawa beliau adalah mangsa kepada konspirasi politik pihak atasan.

Anwar, sekarang ini dibicarakan secara berasingan atas tuduhan salah laku seks dan sodomi yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 29 September 1998 dengan matanya lebam yang (kemudiannya diakui) dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke