*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Dairi seorang Foreign Mujahid di Chechnya (PART 2) (03 Mac 2000) 

Tentera Rusia sedang mengesan kedudukan dan pertahanan kami secara lebih agresif 
sekarang ini. Di waktu saya sedang menghabiskan baris yang pertama ini, di radio 
wireless kedengaran dua sahabat daripada kontijen saya di dalam Pasukan Abu Jafar 
telah terkorban kelmarin. Dua orang sahabat itu merupakan seorang yang warak dan kami 
pernah menyertai pertempuran di ***. Abu Ubaidah (Yaman), adalah salah seorang sahabat 
dari Yaman (pada pendapat saya, kumpulan sahabat yang paling peramah di kalangan 
sahabat-sahabat Arab) dan beliau juga merupakan sahabat baik saya. Abul Abbas (Kuwait) 
– adalah seorang sahabat yang warak dan juga ikhlas – Semoga Allah merahmati mereka. 
Bilamana sahabat baik anda terbunuh, memori dan kenagan bersamanya akan terus berlegar 
di fikiran anda selama beberapa hari ke depan. Abu Ubaidah juga tidak terkecuali.

Kami kemudiannya berjaya mengesan kembali mayat Mujahid Chechen, Shamil Gergebil dan 
tiga Mujahidin yang lain, mereka telah terkorban di Gunung Walid selama lebih daripada 
tiga minggu lepas. Subhanallah, mayat mereka ketika dijumpai masih di dalam keaadaan 
utuh dan baik; salah seorang mayat sahabat (Muhammed Derghin) kelihatan seperti masih 
hidup (matanya terbuka dan kulitnya masih merah)! Sebaliknya mayat-mayat tentera Rusia 
yang terbunuh di dalam pertempuran yang sama kelihatan amat daif sekali. Di antara 
mayat-mayat mereka, dalam masa 3+ minggu, terbunuh di dalam operasi yang sama, 
telahpun reput (di dalam salji). Muka salah seorang daripada mereka telah hancur 
dimakan gagak-gagak dan kepala mayat salah seorang pegawai pemerintah mereka telahpun 
kosong, yang mana sepatutnya berisi otak! 

Kesemua sahabat-sahabat daripada unit kami telah pulang dari Grozny. Perjalanan 
tersebut merupakan satu pergerakan di kawasan pergunungan di dalam musim sejuk yang 
panjang, semasa perjalanan tersebut, beberapa kehilangan jiwa telah berlaku dan satu 
barisan Mujahidin *** (sepanjang 6km) telah terpecah dua. Barisan pertama yang 
terbesar telah mengambil masa selama empat hari untuk tiba di titik pertemuan (meeting 
point). Cuba bayangkan betapa payahnya perjalanan ini yang perlu kami lalui itupun 
kami mempunyai tubuh badan yang sihat dan mempunyai rehat secukupnya pada permulaan 
perjalanan, anda boleh bayangkan betapa mustahilnya bagi Mujahidin untuk mengembara 
sambil bertempur sejauh 40-50km di dalam wilayah yang di kuasai tentera Rusia. 

Barisan kedua pula sering pula di kejar oleh pesawat-pesawat dan pengawal-pengawal 
Rusia (Khalil Ibrahim (Turki) telah mengalami kecederaan sewaktu berundur dari Grozny, 
dan telah gugur setelah mengalami kecederaan lain serta kepenatan). Ramai 
sahabat-sahabat tertidur walaupun di dalam waktu berhenti yang pendek, dan beberapa 
sahabat yang lain terpaksa menggunakan tongkat untuk mengejutkan mereka dan 
menggerakkan mereka ke hadapan. Selain daripada itu beberapa orang sahabat yang lain 
telah tertidur dan meninggal dunia di dalam kesejukkan salji, tanpa di sedari oleh 
yang lain. Beberapa orang pula telah tersesat jalan dan tidak dapat ditemui semula. 
Satu pasukan yang terdiri daripada tiga Mujahidin Chechen yang telah berjaya ditemui 
semula mendakwa bahawa mereka telah tersesat di pergunungan itu sejauh beberapa batu 
sehingga mereka tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan lagi di sebabkan lapar dan 
keletihan yang amat sangat.

Kemudiannya, Alhamdulillah, mereka terdengar bunyi pergerakan sesuatu di dalam salji 
dan terserempak dengan seekor babi hutan. Tanpa berlengah lagi, mereka menembaknya, 
lalu memasaknya dan terus makan. (Allah menghalalkan untuk kamu memakan yang haram di 
ketika mana tiada makanan halal yang lain untuk di makan, tambahan lagi ia merupakan 
kewajipan untuk kamu makan makanan tersebut kerana jika sebaliknya kamu akan mati jika 
tidak memakannya). Setelah itu mereka berupaya kembali meneruskan perjalanan 
sehinggalah mereka terserempak dengan sekumpulan pengawal Mujahidin. 

Sebenarnya banyak lagi kisah keberanian dan kesukaran yang di hadapi oleh setiap 
pejuang yang mana tidak dapat diketahui. Dua orang Komander telah terkorban (Aslambeg 
& Khunkapash). Field Commander Islamil (yang memakai penutup mata sebelah) telah gugur 
minggu lepas semasa di Grozny. Seperti biasa (Abu *** menceritakan kembali kisah ini 
kepada saya), Komander Ismail gugur setelah berjuang hingga ke titisan darah yang 
terakhir dengan secara berani dalam mempertahankan sahabat-sahabatnya yang lain. 
Tentera Rusia telah memasuki sebuah bangunan sekolah yang bertingkat-tingkat di tengah 
bandar Grozny dan Ismail bersama sepuluh orang sahabatnya telah menyerang tentera 
tersebut dan beliau telah memberitahukan kepada beberapa Mujahidin (dari pasukan yang 
lain) agar bertahan di jambatan yang bersebelahan bagi mengelakkan pasukan bantuan 
Rusia tiba ke situ. Setelah pertempuran jarak dekat telah berlaku di bangunan 
tersebut, mereka telah berjaya menawan tingkat bawah bangunan dan mengepu!
!
ng tentera Rusia yang berada di tingkat atas. Beliau kemudiannya melaungkan kepada 
pasukan tentera Rusia itu agar menyerah diri menerusi tangga bangunan itu. Beberapa 
lama kemudian, di luar pengetahuan beliau, pasukan yang sepatutnya mempertahankan 
jambatan tersebut telah berundur tanpa memberitahu beliau terlebih dahulu. 

Seperti yang di sangkakan, sewaktu Ismail menawan bangunan itu, beratus-ratus tentera 
Rusia telah melintasi jambatan tersebut dan terus mengepung bangunan sekolah itu. 
Sepuluh sahabat itu telah berbalas tembakan dari atas dan dari luar bangunan itu. 
Ismail merupakan orang yang pertama tercedera, tetapi beliau meneruskan perjuangan dan 
masih dapat mengarahkan sahabat-sahabatnya. Seterusnya, sebutir bom tangan telah di 
lontarkan ke arah mereka, di mana pada saat itu Ismail melompat ke atas sahabat yang 
berdekatan dengan beliau, untuk melindungi sahabat itu dari letupan bom tersebut! 
Beliau mengalami kecederaan parah akibat percikan bom itu (seluruh belakangnya) dan 
beliau syahid tidak lama selepas itu. Sahabat-sahabat yang lain terus berjuang 
sehinggalah ketibaan Pasukan Bantuan Mujahidin yang berjaya menebusi kepungan tentera 
Rusia dan memberi laluan untuk sahabat-sahabat itu keluar dari situ. 

Pertempuran tersebut tentunya amat sengit dan pergerakkan Mujahidin itu amat pantas. 
Dalam sepuluh sahabat yang terkepung itu, lima orang dapat melepasi kepungan itu 
dengan selamat, dan lima orang yang lain telah syahid dan tertinggal di dalam bangunan 
tersebut (sekarang ini di kuasai oleh Rusia). Ismail adalah Komander Chechen yang 
merupakan salah seorang saudara Khattab yang tertua dan paling dipercayai serta di 
geruni. Beliau merupakan salah seorang daripada beberapa sahabat yang berjuang 
menentang Rusia sawaktu operasi yang pertama di dalam Peperangan Pertama ( 
mempertahankan Grozny pada Disember 1996). Beliau mempunyai tubuh badan yang sasa, dan 
tinggi serta merupakan salah seorang sahabat yang tiada langsung perasaan bangga diri- 
sentiasa tersenyum, peramah dan mudah di buat kawan dengan sesiapa sahaja samada 
beliau mengenalinya atau tidak. 

Salah seorang lagi sahabat baik saya ialah Saeed Mohammed dari Ctari-Atagi (sebuah 
bandar di Chechnya). Saeed adalah Komander Seksyen di bawah Komander Abu Dharr dan 
beliau gugur didalam satu pertempuran di Grozny, pad minggu lepas. Saya baru sahaja 
mendapat berita tentang seorang sahabat saya yang lain, Badruddin, telah gugur di saat 
pertama operasi menentang kemaraan tentera Rusia. Khaleel Ibrahim (Turki) juga telah 
syahid. Beliau, seperti sahabat-sahabat yang lain juga, telah gugur sewaktu perjalanan 
yang sukar ke Selatan di sebabkan oleh kecederaan yang di alamainya di Grozny. 

Alahmdulillah, ia merupakan satu rahmat dalam mengenali sahabat-sahabat tersebut 
kerana mereka merupakan di antara yang elit di dalam pasukan Mujahidin. Apa yang saya 
tahu beberapa sahabat yang terbaik merupakan Syahid yang pertama. Meraka mendapat 
syahid dan kita berasa sedih kerana mereka tidak lagi bersama kumpulan kita ( banyak 
keberkatan yang lebih daripada kumpulan yang baik dan sahabat-sahabat itu adalah di 
antara yang terbaik). Walaubagaimanapun, yang ganjilnya mereka yang syahid itu 
dirasakan seperti orang yang anda kenali telah pergi buat seketika dan di hati kecil 
anda , anda yakin akan bertemu mereka kembali! 

Pihak tentera Rusia begitu terdesak. Semua orang bersetuju bahawa peperangan ini lebih 
sengit dan amat berbeza dengan keadaan peperangan yang lepas. Mereka bergerak secara 
sistematik untuk mengepung Mujahidin dan mencuba untuk menhalang sebarang pergerakan. 
Serangan bom tanpa menentukan sasaran (seperti binatang, mereka mengebom setiap 
perkampungan dan kenderaan tanpa mengira samada iainya orang awam atau Mujahidin), 
Special Forces juga di hantar di kawasan puncak pergunungan, mereka cuba mencari 
inisiatif keatas Grozny dengan memulakan perang ke atas kami. Pengeboman (Grads, 
Pesawat, Artilery) bertambah sengit dengan penggunaan bom yang beratnya sehingga 
beberapa tan. Semalam, sebuah pesawat telah menjatuhkan bom di sebuah padang 
bersebelahan dengan kedudukan kami, berjarak dalam 100m, telah menggegarkan seluruh 
isi rumah dan menyebabkan keretakan yang teruk. 


Kami juga telah melihat pesawat terbang begity rendah (mungkin 150m) dan menjatuhkan 
dua butir bom percikan (shrapnel bom) – dua silinder yang dijatuhkan menggunakan 
parachute dan meletup di udara. Dua hari lepas, sedang saya melelapkan mata di dalam 
*** ( yang di letakkan di dalam ***) di luar ***, kemudian kami telah dikejutkan oleh 
letupan roket-roket sepanjang pinggiran ***. Kami telah membuat keputusan untuk 
bergerak ke kedudukan yang lebih selamat dan di dalam perjalanan itu, kami telah 
terlihat dua orang Mujahidin (Pasukan Arbi Barayev), mempunyai kedudukan di 
tengah-tengah letupan tersebut yang menyebabkan mereka Syahid serta-merta- Saya tidak 
akan menceritakan kecederaan mereka. Semalam, ketika saya sedang mendapatkan air, 
tembakan meriam telah meletup di kawasan sekitar saya itu. Di waktu malam, kami akan 
di jadikan sasaran roket-roket dan meriam yang menggegarkan rumah-rumah di sini. 
Semuanya yang tersebut ini merupakan perkara biasa yang berlaku di sini dan sememan!
!
g bukannya suatu yang ganjil- tetapi ia dapat menunujukkan apa yang Mujahidin (dan 
saki baki orang awam Chechen) hadapi di ketika ini. 

Bunyi engin pesawat yang terbang di atas kepala amat membingitkan (sewaktu bunyi engin 
pesawat tersebut dapat di dengar, ia telahpun menembak atau menjatuhkan bom – dan jika 
anda telah di jadikan sasaran, anda tidak sempat mendengar apa-apa kerana roket 
bergerak lebih laju daripada bunyi!) Bunyi bedilan meriam dan grads adalah merupakan 
ujian yang amat berat walaupun kepada hati yang amat berani. Penghuni bilik akan 
terdiam seketika dan setiap penghuni akan membaca doa –doa pendek! Jikalau anda berada 
di tengah-tengah sasaran, anda tidak sempat untuk mendengar sebarang bunyi amaran – 
hanya yang anda dapat dengar ialah boom! 

[Nota daripada Azzam Publications: Suatu hari Rasulullah S.A.W telah ditanyakan, 
“adakah Mujahid akan di kenakan ujian di dalam kubur?” Rasulullah S.A.W menjawab. 
“Hayunan mata pedang di atas kepalanya sudah cukup untuk menjadi ujian baginya”, 
maksudnya barangsiapa yang melalui pengalaman pengebomanan ini untuk Allah, telah 
membuktikan imannya kepada Allah, maka tidaklah perlu lagi untuk mengemukakan sebarang 
soalan teori mengenai imannya.] 

Orang awam semakin letih dan muak dengan peperangan. Mereka yang tertinggal kerana 
tiada tempat lain yang mereka boleh pergi lagi ataupun kerana mereka tidak mampu untuk 
berpindah. Setiap hari lebih kurang 12 orang terbunuh di sini. Terlalu banyak 
pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di sini: shrapnel bombs (bom percikan), 
fuel bombs (bom api), dan sebagainya dan musuh menggunakannya tidak kira kepada 
sesiapa sahaja, samada orang awam ataupun Mujahidin. Amat terang sekali bahawa Barat 
merupakan sebahagian daripada peperangan ini. 

Lihatlah cara mereka menyelesaikan isu, mengugut, mengadakan sekatan bertahun-tahun 
lamanya untuk menyeksa Muslim (Afghanistan, Iraq, Indnesia, Pakistan, etc.) dengan 
alasan yang kecil (hak wanita, demokrasi, tuduhan keganasan) tetapi terus membutakan 
mata, memekakkan telinga bilamana suatu perkara itu sesuai dengan kehendak mereka dan 
serta merta menghapuskan sekatan (lihatlah di Israel dan Serbia). Ketika letupan 
(tuduhan ke atas Chechen tetapi yang melakukannya adalah Rusia) meletup di Moscow, 
mereka mengatakannya keganasan, tetapi bila pasukan tentera yang besar (Christian) 
mengebom sebuah negara yang kecil hingga hancur, sengaja menjadikan kediaman dan orang 
Islam sebagai sasaran, memperkosa dan mencuri serta merampas (kami telah menangkap 
tiga orang tentera Rusia mencuri di *** tempoh hari) untuk kepentingan mereka, mereka 
hanya berdiam diri dan sekadar komen yang tiada bermakna sahaja yang dapat didengari. 
Pada waktu yang sama memberikan pelbagai bantuan kepada tentera !
!
tersebut. Mereka langsung tidak melakukan sebarang tindakan untuk menyembunyikan hal 
ini, dan kenapa harus mereka risau kerana kita mempunya pemerintah (kononnya) Islam 
seperti Raja Fahd, yang mana telah mengeluarkan Keputusan Di Raja untuk mengharamkan 
sebarang doa kepada Mujahidin di masjid-masjid di Arab Saudi. 

Beratus-ratus barisan kenderaan perisai telah disaksikan tiba di *** dan seperti yang 
telah saya perkatakan di atas, peperangan semakin bertambah dan sengit. Semua itu 
adalah tanda-tanda untuk melakukan serangan sengit untuk menamatkan peperangan ini 
sebelum pilihanraya dan musim bunga yang semakin hampir. Sebenarnya peperangan ini 
adalah di antara Mujahidin dengan musuh dari seluruh dunia. Pihak Rusia mendapat 
sokongan (terang-terangan) dari segenap segi daripada Barat dan Yahudi. Cara 
peperangan yang mereka gunakan secara terang-terangan nampaknya dicadangkan dan di 
bantu oleh pihak luar yang bertujuan untuk menhancurkan Mujahidin di Chechnya yang 
berjumlah begitu kecil ini, mereka tidak akan dapat melakukannya, InsyaAllah 
sehinggalah bumi ini akan di basahi darah setiap Mujahid di Chechnya. 

Alhamdulillah, Mujahidin meletakkan harapan mereka hanya kepada Allah, dan sudah 
mencukupi bagi kami bagi menentang dunia yang ganjil yang kami tinggal ini. 

Empat hari berlalu....

Tentera Rusia bergerak pantas dan melakukan serangan bom dengan sengit. 
Pesawat-pesawat terbang di udara pinggiran kampung untuk mencari sebarang pergerakan 
kenderaan dan aktivity sebelum mengebom saki baki bangunan –bangunan yang masih belum 
musnah. Grads, kereta kebal dan meriam katak (howitzer artillery), fuel bomb (bom api) 
yang menyebabkan kemusnahan teruk, shrapnel bom dsbnya. walaubagaimanapun, pada pagi 
semalam, sejurus selepas subuh di ***, aku telah mendengar bunyi deruan kapal terbang 
kipas pada paras yang tinggi. Aku ingatkan iainya hanya sebuah pesawat pengintip yang 
sememangnya terbang melintasi udara (beberapa kali sejam). 

Selepas seminit lebih kurang, *** telah di kejutkan dengan letupan bom berat meletup 
di seluruh *** (tidak kurang besarnya daripada sebuah *** yang besar). Inilah kali 
pertama aku melihat cara pengeboman karpet (carpet bombing), (pengalamannya hampir 
sama dengan Grads) walaupun mereka sering menyerang Grozny dengan ini. Setiap orang 
mula berdoa dan menunggu dinding bangunan kami pecah dan meletup bila tiba saatnya. 
Alhamdulillah, Allah telah melindungi kami. Kebanyakkan yang ramai tercedera dan 
terbunuh adalah orang awam, di ketika tentera Rusia cuba mengasak dengan lebih teruk. 
Tentera Rusia juga membuat penerbangan rendah di kawasan puncak-puncak tinggi. 
Semalam, kami semua melihat sebuah pendaratan besar-besaran di tanah tinggi untuk 
membuata liputan ke seluruh Lembah ***. Alhamdulillah, mereka telah menghulur tengkuk 
mereka terlebih sedikit hinggakan sahabat-sahabat telah berjaya menembak jatuh sebuah 
helikopter beserta isinya, sewaktu mereka mendarat berdekatan dengan kam!
!
pung *** beberapa minit ke selatan ***. Sepanjang puncak-puncak di *** telah diserang 
oleh tentera darat (infantry), dan Alhamdulillah kesemuanya telah dapat dipatahkan.

Selain Abu Ubaidah (Yaman) dan Abul-Abbas (Kuwait), aku mendapat tahu bahawa Abu 
Mujahid (salah seorang Junior Chechen Komander di bawah Abu Jafar Al-Yemeni) dan 
Jauwhar Al-Mongoli telah gugur. Berhampiran disini, keesokkannya sebuah pesawat Rusia 
telah menembak roket ke sasaran *** yang mana sekumpulan kecil kontijen Abu Jafar 
sedang tidur, telah membunuh Khallah Al- Madani (Madinah) dan mencederakan beberapa 
sahabat yang lain ( ini menunjukkan bahawa daripada 7-8 orang di antara kami yang 
pernah berkongsi bilik di ***, empat orang telah gugur). Sudah tentu ramai lagi syahid 
yang saya tidak sempat kenal dan lihat. 

Tentang hal diatas, Alhamdulillah semangat kami tinggi dan sahabat-sahabat sedang 
menanti operasi-operasi yang besar. Sekarang ini cuaca nampaknya berkeadaan bertambah 
baik, permandangan amat indah walaupun kelihatan masih terdapat lagi salji-salji dan 
pokok-pokok masih tidak berdaun lagi. InsyaAllah, pada akhir Mac ini, musim sejuk akan 
meninggalkan kami dan musim panas akan menemui kami. Walaubagaimanapun sementara waktu 
ini tentunya kita akan mendapat perkembangan baru, jadi berdoalah agar semuanya 
berjalan lancar. InsyaAllah berita di masa hadapan tentunya baik. 

Petikan diari Brother X (Rakyat Norway), Chechnya, Februari 2000





,........................................,
| LAMAN BAHASA MELAYU JIHAD DI CHECHNYA: |
| http://abumuslim.tripod.com/           |
'........................................'





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke