*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Halim
Hassan di Surau Kampung Perlis,Bayan Lepas,P.Pinang.

   Muqaddimah.
   --------------------
   Muslimin/muslimat mudah-mudahan dirahmati ALLAH
SWT.
 i) Dalam satu hadis riwayat daripada Huzaifah
al-Yamani r.a..,katanya Nabi s.a.w. bersabda,"Islam
akan luntur macamana warna turun daripada baju." 
[ Begitulah juga hal keadaannya dengan sebuah hadis
lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas.Dia
menceritakan bahwa satu pagi selepas sahaja solat
Subuh; tiba-tiba seorang sahabat datang berhadapan
dengan Nabi s.a.w..Sahabat tu berkata,"Ya
Rasulullah,semalam saya telah bermimpi.Tolong tafsir
mimpi saya itu." Memanglah telah menjadi amalan Nabi
s.a.w.,mentafsir mimpi para sahabat selepas solat
Subuh.Sahabat tadi berkata,"Ya Rasulullah,saya
bermimpi nampak sekawan awan berada di atas kepala
saya.Daripada awan tadi,turun pula madu dan minyak,dan
saya nampak pakat ramailah orang sedang menadah tangan
untuk mendapat madu/minyak itu.Kemudian daripada atas
langit pula,terbit pula satu tali yang nampaknya cukup
kukuh dan kemas.Kemudian,kamulah ya Rasulullah,orang
yang pertama memegang tali itu dan terus naik ke
langit.Kemudian diikuti oleh 2-3 orang lagi di
belakang kamu.Selepas itu,tali tersebut putus,ya
Rasulullah.Kemudian ada pula orang yang tolong sambung
kembali tali yang putus itu; dan seterusnya orang itu
naik dan diikuti 2-3 lagi.Selepas itu,tali itu putus
sekali lagi,tapi kali ini tali itu putus terus."
Disamping Rasulullah dan sahabat yang mimpi
tu,Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq turut juga berada
disitu dan dia juga mendengarnya.Maka kata Abu Bakr
r.a.,"Ya Rasulullah,izinkan saya untuk mentafsir mimpi
sahabat ini." Setelah Nabi s.a.w. bersetuju,Saiyyidina
Abu Bakr pun memulakan tafsirannya dengan kalimah
'Bismillahir Rahmanirrahim'.Kemudian kata Saiyyidina
Abu Bakr,"Yang dimaksudkan dengan awan itu ialah agama
Islam.Kemudian,daripada awan itu turun pula
madu/minyak itu diumpamakan seperti Quran dan
kemanisannya serta kelembutannya.Kemudian gambaran
bahwa orang dok pakat tadah madu/minyak itu; ada yang
dapat banyak,ada yang dapat sikit dan ada pula yang
tak dapat langsung; mereka-mereka ini diibaratkan
manusia,yang setengahnya dapat faham Quran banyak,ada
yang faham Quran sikit,dan ada yang tak faham Quran
langsung pun ada.Manakala tali yang kamu nampak turun
ke bumi itu ialah kebenaran yang dibawa oleh Nabi
s.a.w..Kemudian yang 2-3 orang dok ikut Nabi naik ke
atas langit itu,ialah mereka ni adalah manusia yang
depa betoi-betoi dipilih oleh ALLAH SWT untuk menerima
pimpinan Nabi s.a.w." Kemudian kata kata Abu Bakr r.a.
lagi,"Selepas itu,tali itu akan putus; ini menunjukkan
akan mai satu masa nanti dimana orang dah tak kenai
Islam tu apa dia.Kemudian,tali itu pun disambung
kembali dan orang pakat dok naik pula.Dan akhir
sekali,tali itu putus terus." Inilah tafsiran daripada
Saiyyidina Abu Bakar r.a. dan diakui benar oleh
Rasulullah s.a.w..Ini nyata terbukti; kita pun boleh
tengok apa keadaan masyarakat Islam kita la ni; yang
nyata tali ikatan antara kita dengan Nabi s.a.w.
nampak semakin renggang macam nak putus saja.   
   Begitulah juga yang nak diberitahu oleh Huzaifah
al-Yamani,bahwa akan luntur Islam macamana lunturnya
warna daripada baju. ] 

   Sabda Nabi s.a.w.,"Islam ni akan luntur dan terus
luntur sehingga kepada peringkat tak tau dah macamana
nak sembahyang,tak tau dah macamana nak puasa,tak tau
dah macamana nak sedeqah dan juga tak tau dah lagu
mana nak beribadat."
[ Ulama mentafsirkan bahwa yang maksud 'tak tau
sembahyang' tu ialah mereka akan sembahyang juga,tapi
sembahyang mereka itu bukanlah seperti yang
ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. .Mereka akan mengamal
sembahyang secara 'Pak turut'; i.e. orang rukuk,depa
rukuk; orang iktidal,depa iktidal; orang sujud,depa
pun sujud jugak; tapi apa yang depa sendiri dok buat
pun,depa tak tau untuk apa.Kemudian,sampai nak sedeqah
pun tak tau dah.Kalau ikut cara Nabi bersedeqah; yakni
tangan kanan bagi,tangan kiri mau tak tau.Tapi kita la
ni; semua tangan tau kata kita bagi sedeqah.Mau tak
kata macam tu; kita boleh tengok apa dalam
paper/tv,lagu mana satu macam punya megah pulak pi
kena junjung satu jenis plywood yang ditempah
khas,yang mana di atasnya dipamirkan berapa banyak
yang disedeqahkan dan penama-penama yang memberi
sumbangan.Jadi,ini telah menyimpang daripada ajaran
Nabi s.a.w. .Sesungguhnya apa yang Nabi sebut dulu,la
ni telah membuahkan hasil. ] 
   Kata Nabi s.a.w.,"Akan datang pula,sesungguhnya
bila mai masa tu; ALLAH SWT akan rentap Al-Quran
sehinggakan tidak tinggalkan daripada Al-Quran satu
ayat pun di mukabumi ini."
[ Bila manusia tak mau pada Islam,ALLAH akan ambik
balik Quran sehinggakan satu ayat pun tak dak di atas
mukabumi ini.Tang sini berlaku khilaf di kalangan
ulama hadis.Setengahnya menyatakan bahwa maksudnya
memang sungguh akan mai satu masa bila kita bukak
Quran saja,yang akan tinggai hanyalah kertas kosong
sahaja.Dan sebahagian ulama lagi mengatakan bahwa
maksudnya ialah ALLAH SWT akan rentap ilmu Al-Quran tu
sendiri,yakni dengan cara mematikan semua para alim
ulama yang muktabar,yang menjadi pewaris Nabi s.a.w. ]
   Kata Nabi s.a.w,"Sehinggalah,di mukabumi ni tak
tinggai apa pun melainkan syeikh-syeikh tua,yang
mereka ini tua dan lemah pula."  
[ Di akhir zaman nanti,tak dak benda yang boleh kita
buat sebagai benteng Islam; melainkan hanya tinggal
orang tua-tua yang lemah sahaja.Orang-orang tua yang
dah lemah,boleh buat apa tuan-tuan? Nak bercakap
tentang Islam pun tak larat dah; nak buat Islam pulak
jauh sekali.Nak berjihad pun tak larat dah; nak turun
pi rumah ke rumah atau masjid ke masjid untuk habag
kat orang kena ikut Islam ni,pun tak berapa nak mampu
dah. ]  
   Dan kata Nabi s.a.w.,"Pada masa tu,masyarakat akan
jadi huru hara,sampai kepada peringkat tuntutan
kalimah 'Lailla haillallah' pun mereka tak tau dah."
[ Contohnya,baru saja jadi tahun sudah.Tuan-tuan pun
tau kan macamana ALLAH ghimbok Turki.Tapi ada pulak
mana punya syeikh gurkha kupiah longgaq kata,"Tak
boleh kata bala`.Yang ni bencana alam yang duduk di
bawah takdir ALLAH." Dia ni,kira kepala hotak dia
lebih sikit la.Usuluddin dia belajaq ka? Yang kata
bala` tu apa,yang kata takdir tu apa.Yang dok buat
cakap 'jora' lebih ni apa cerita? 
  Hari tu masa mula-mula Datuk Dr. Hassan Ali masuk
PAS,dalam ceramah beliau,dia ada menceritakan masa dia
dok tunggu di airport Turki.Kemudian bila masuk waktu
solat,dia pun pi cari satu corner untuk mendirikan
solat.Kemudian apabila dia selesai saja sembahyang,ada
sorang staff airport tu dok sebelah dia dan
tanya,"Awak buat apa? Dulu,saya pernah tengok tok wan
saya buat seperti apa yang awak buat ni." Nampak tak
tuan-tuan,depa ni kira solat pun tak tau dah.Betoilah
apa yang telah disebutkan dahulu,maka hari ini telah
membuahkan hasil. ]
   Bila jadi saja lagu ni,kata Nabi s.a.w.,"ALLAH SWT
akan gulung 7 petala langit dan 7 petala bumi,maka
berderai habih lah qaryah di situ."
[ Sesungguhnya,Tuhan telah menunjukkan hasilnya di
Turki tu sendiri.Inilah hasil negara didikan Mustapha
Kamal Ataturk laknatullah.Tuan-tuan biasa tengok ka
gambaq dia? Hoooi,dia ni kira handsome jugak
orangnya,lebih kurang macam Anaconda kita jugak.Kulit
dia cerah macam orang Yemen; dengan jenis dahi
luasnya,kira otak jenuh punya orang la. Tapi
hasilnya,Tuhan ghimbok Turki hari tu. ]  
   Kemudian kata seorang sahabat kepada
Huzaifah,"Wahai Huzaifah,berguna kah depa sebut
'Lailla haillallah',sedangkan depa tak tau
sembahyang,tak tau posa,tak tau ibadat dan tak tau
sedeqah.Bergunakah 'Lailla haillallah' itu?...Tapi
pada mulanya Huzaifah kalih ke belakang tak mau
jawab;sehinggakan 5-6 kali sahabat tu punya dok
tanya,barulah Huzaifah jawab,"Dia tetap selamat
daripada api neraka,sekiranya 'Lailla haillallah'nya
tidak rosak." (HR Ibn Majah)
[ Maksudnya; kenalah juga rendam/celur dalam
neraka,tapi cumanya dia tidak kekal buat
selama-lamanya.Ini bermakna betapa besarnya peranan
'Lailla haillallah' yang ALLAH SWT bagi kat
manusia.Jadi,kita kena jaga baik-baik kalimah 'Lailla
haillallah' itu.Kalimah besar itu boleh rosak,samada
dengan perbuatan,perkataan,tingkah laku dan
iktikad.Eg; bila mai saja Thaipusam,kita
kata,"Hai,seronok juga kalau jadi puak-puak tu." Kalau
kita kata macam tu atau mai lagu mana lintasan di hati
sahaja,maka sesungguhnya rosak Islam kita.Wa
nauzubillahi min zalik.Lagi satu contoh,ialah
katakanlah kita tengah dok makan dengan sorang kawan;
kemudian bila sahabat tu habih saja makan,dia pun
hisap jari-jarinya.Kalau kita yang tengok perbuatannya
itu,dengan buat muka kat dia seolah-olah perlakuannya
itu jijik bagi kita; maka berderailah Islam
kita,kerana perbuatannya itu adalah sunnah Nabi
s.a.w..
 Lagi satu contoh,ialah daripada kitab 'Mustika
Hadis'; katakanlah apabila kita bagitau dekat
seseorang,"Ini adalah ekonomi cara Islam." Tapi
tiba-tiba orang tu kata,"Kalau kita ikut ekonomi
Islam,sampai bilapun kita tak boleh maju."...Bila
orang tu kata saja macam tu,maka  pengarang kitab
'Mustika Hadis' kata bahwa orang seperti itu terus
dianggap terkeluar daripada Islam.Nauzubillahi
minzalik. 
 Benda-benda macam ni semua,kita mau dok jaga.Mulut tu
jangan dok lepaih cakap saja.Mau dok ingat sama; pasai
nampak saja 'Lailla haillallah' itu satu ayat yang
pendek,tapi peranannya besar kerana dia boleh
menyelamatkan kita di hari akhirat kelak.Mudah-mudahan
kita boleh ambil iktibar. ]

.....bersambung......


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke