*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum Warga Hizbi,
Di sini saya inginkan pandangan dari netters sekelian bagi menyelesaikan
satu masalah yang sedang di hadapi oleh salah seorang dari kawan saya .
Beliau telah menge-mailkan kepada saya masalah beliau dan saya ingin
memohon kerjasama netters untuk sama-sama kita cuba berikan pandangan yang
terbaik bagi menyelesaikan masalah beliau. Saya namakan pengirim tersebut
sebagai Cik Amira
Masalahnya begini,
Cik Amira telah berkenalan dengan seorang lelaki , saya namakan sebagai En.
Ali yang berumur 33 tahun dan telah berumahtangga. Isterinya pula saya
namakan sebagai Puan Latifah dan beliau berumur 35 tahun iaitu 10 tahun
bezanya dengan umur Cik Amira. Masalah sekarang, perkahwinan En. Ali dan
Puan Latifah mempunyai
masalah kerana mereka tidak mempunyai cahaya mata. Dari apa yang diketahui,
Puan Latifah tidak dapat memberikan cahaya mata kerana mempunyai masalah
peranakan, manakala En. Ali pula teramat inginkan anak, sudah puas mereka
berikhtiar tapi belum dapat hasilnya. Sekarang En. Ali dan Cik Amira telah
berkenalan dengan dan berjanji akan mendirikan rumahtangga, tapi En. ALi
tidak sampai hati� untuk memberitahu isterinya. Padahal sekarang isterinya
sudah pun tahu akan hubungan En. Ali dan Cik Amira. Apa yang nyata Cik Amira
telah dituduh merosakkan rumahtangga En. Ali dan isterinya. Sememangnya
sekarang Cik Amira dan En. Ali amat
menyintai antara satu sama lain. Cik Amira sebenarnya kasihan kepada Puan
Latifah tetapi beliau juga menyintai En. Ali dan beliau tidak tahu apa yang
harus mereka (En. Ali dan Cik Amira) lakukan. Hubungan En. Ali dan Cik Amira
juga telah diketahui oleh ketiga-tiga keluarga mereka, tetapi mereka hanya
mendiamkan diri sahaja.
Baru-baru ini En. Ali dan Cik Amira telah bercadang untuk kahwin diseberang.
Tapi bila difikirkan semula mereka takut nanti bermacam masalah akan timbul.
Mereka fikir sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku lebih baik mereka
berdua halalkan dahulu apa yang
haram. Cik Amira juga tidak mahu membelakangi orang tuanya.
Sekarang ni mereka tidak tahu bagaimana untuk berterus terang kepada Puan
Latifah supaya merestui hubungan mereka. Cik Amira juga pernah menghubungi
Puan Latifah tetapi belum sempat beliau bercerita (cuma memperkenalkan diri)
beliau terus dimaki hamun oleh Puan Latifah dan adiknya. Cik Amira dan En.
Ali ingin menyelesaikannya secara baik tapi pihak Puan Latifah tidak mahu
mendengar alasan merekai...Apa yang ditakuti mereka berdua adalah takut
mereka tidak dapat mengawal perasaan masing-masing. Setakat ini mereka masih
lagi mampu untuk bersabar tapi sampai bila?
Jadi saya harapkan netters yang bijak pandai dapat memberikan pandangan yang
ikhlas bagi menyelesaikan masalah sahabat kita ni...
Terima kasih
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mohd adam" <[EMAIL PROTECTED]>