*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam...
sata tahu ramai macam saya yg malas nak buka word utk baca tu
attchment.. banyak risiko Oo... mana tau ada macro virus.. so nie aku
pastekan artikel tsbt
PER: BEBERAPA KESILAPAN IBUBAPA DLM MENDIDIK ANAK2
(ummie - 202.187.80.24() 05 hb 3 19100 - :07:45 AM)
Assalamualaikumwarahmatullah...
Sebagai peringatan dan pengajaran buat kita semua.. Insya Allah.. Adakala
kita tak sedar ada perbuatan kita merupakan kesilapan yg tkda kita
sengajakan.. Semoga kita bersama mengambil iktibar semuanya itu..
BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengenalan
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian
ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : "Harta
benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada
pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah
orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan
kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah
engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang
mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata
: "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi
anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal
dunia."(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan
diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan
diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :
128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :
74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada
Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukitbukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama
semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani
(physical), rohani(spiritual)dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali
r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi
aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata :
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."(Maksud Al-Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini
mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi
pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti
memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik
dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah
dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik
adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang
cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan
menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari
ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya
masuk ke dalam rumah kita,baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun
sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik
kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang
ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah
penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang
kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang
tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk
mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat
kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita
untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Wallahu a'lam
--------------------------------------------------------------------------------
di ambil dari :
http://azlanar.rindu.net/board/369.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>