*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (16)

Assalamualaikum,

Sifat-sifat toifah/jemaah Pemuda Bani Tamim (Sambungan)

1. Dia zahir, berjuang dan membangunkan kekuatannya di sebelah Timur.
Ketika beliau mula-mula dizahirkan sebagai Pemuda Bani Tamim, beliau akan 
dizahirkan di sebelah Timur, iaitu di salah sebuah negara di sebelah Timur 
ini. Dikatakan lagi oleh ahli-ahli sufi, beliau akan zahir pada tahun ganjil 
menurut kiraan Hijrah. Misalnya, dikatakan zahirnya pada awal tahun 1421 
Hijrah atau hampir-hampir dengan tarikh tersebut.
Beliau juga pada peringkat awalnya akan berjuang di Timur. Beliau juga akan 
memulakan perjuangannya di sebelah Timur itu. Tempatnya itu sudah 
dibayangkan dalam perkara sebelum ini (saya meyakini tempat tersebut adalah 
Malaysia). Sila rujuk kembali perkara tersebut.
Beliau juga akan membangunkan kekuatannya di Timur. Kekuatan yang 
dimaksudkan di sini ialah tentera Mahdi yang seramai 314 orang itu. Mereka 
ini dilatih dengan latihan dalaman yang pesat, terutama latihan-latihan 
berbentuk kerohanian, bukan dengan latihan ketenteraan seperti yang ada pada 
hari ini di kem-kem askar. Mereka juga tidak menggunakan sebarang bentuk 
senjata zahir atau memakai sebarang pakaian seragam. Adalah sukar untuk 
membezakan antara seorang dengan yang lainnya.
Kekuatannya di sini tidak dibangunkan pada peringkat awal perjuangannya 
tetapi dibangunkan setelah melalui tiga fasa seperti yang akan disebutkan. 
Sila lihat perkara (Tujuh tahap/fasa/peringkat yang terpaksa dilaluinya). 
Mereka dipilih dan dibangun oleh Pemuda Bani Tamim secara khusus setelah 
lulus melalui tapisan-tapisan yang ketat dan nampak ganjil pada mata orang 
ramai (jika mereka dapat melihatnya).

2. Dia sentiasa bersemangat juang walaupun dugaan yang diterimanya terlampau 
berat.
Dan mereka benar-benar berjuang pada jalan Allah. Dugaan berat di sini ialah 
dalam bentuk latihan rohaniah. Terdapat juga dugaan berbentuk zahir tetapi 
mereka akan sentiasa menganggapnya sebagai hal yang remeh dan ringan sahaja, 
berbanding dugaan batin yang sedang mereka hadapi. Mereka akan dididik 
menjadi sangat tabah, sabar, istiqamah dan ikhlas. Mereka juga sangat rajin 
bekerja, sangat kuat beribadat dan sangat menjaga syariat lahir dan batin. 
Segala latihan dan ujian itu adalah untuk membentuk insan yang benar-benar 
bertaqwa kepada Allah SWT.

3. Dia dan toifahnya mengamalkan sunnah dan jalan perjuangan Rasulullah SAW.
Mereka sangat gigih dalam beramal dan bermujahadah, berani menghadapi ujian 
batin yang hebat-hebat dan gagah pula menghadapinya sehingga akhirnya mampu 
menghancurkan gunung tujuh yang menghalang jalan ibadat mereka. Gunung tujuh 
itu ada dihuraikan secara panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab 
Ihya Ulumuddin.
Jalan atau tarekat yang mereka tempuh dan amalkan ialah apa yang diamalkan 
oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Jalan itu disebut juga sebagai 
"Tariqatul Muhammadiah" yakni jalan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

4. Dia merupakan peletak dasar pertama pengembalian kekuasaan kepada Islam 
dan sistem khalifah.
Sistem khalifah sudah tiada lagi di dunia Islam ketika itu. Maka beliau 
adalah orang yang akan mengembalikan sistem khalifah itu kepada umat Islam 
sehingga semua orang Islam di dunia ketika itu akan tunduk di bawah sistem 
khalifah itu.
Beliau akan memulakan kembali sistem khalifah di Timur, iaitu di negara 
tempat beliau mula-mula dizahirkan. Seterusnya sistem khalifah itu akan 
menggemparkan seluruh dunia kerana umat manusia yang sezaman sudah tidak 
biasa dengan sistem berkenaan dan menganggapnya sebagai ganjil.
Setelah sistem khalifah itu berjaya didirikannya, banyak negara lain yang 
sudi tunduk secara aman kepada pemerintahan beliau. Malah mereka akan 
menyerahkan negara masing-masing untuk ditadbir sepenuhnya oleh Pemuda Bani 
Tamim ini berdasarkan sistem khalifah itu.

Saudara netters yang dihormati,

Apabila disebut Pemuda Bani Tamim, tentulah ia seorang pejuang, dan sedang 
berjuang. Jika kita menganggap persoalan Pemuda Bani Tamim ini seolah-olah 
tidak memperhatikan masalah yang melanda umat Islam kini (Cechnya, Kashmir, 
Ambon, Maluku dll) sebenarnya kita tersilap. Bukanlah kita disuruh berpeluk 
tubuh apabila melihat saudara-saudara Islam kita disembelih, tetapi apa yang 
diutarakan di sini ialah persediaan dalaman dan hala perjuangan yang patut 
dilaksanakan segera oleh umat Islam.
Saya yakin, Pemuda Bani Tamim itu sedang berjuang dan ada peranan dalam 
menyelesaikan krisis dan masalah umat Islam kini. Saat kini bukan lagi untuk 
menunggu Pemimpin tersebut, tetapi wajib mencari dan bergabung dengannya, 
khususnya yang telah mendapat perkhabaran tentangnya.
Solanya, siapakah dia? Di mana ia berada? Siapa pendokong perjuangannya? 
Itulah yang sedang dipaparkan disini ilmunya agar kita ada panduan untuk 
mencarinya.

Sekian, wassalam.

Arjuna Armada.

Nota:
1. Artikel ini akan diteruskan selepas 26/01/2000.
2. Pesan buku "Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim-Rahsia Keagungan Ummah" 
oleh Dr. Fauzi Abdul Hamid, USM di http://www.abuku.com.my


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke