*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Saudara/i semua,

Terima kasih kerana mendatangkan maklumat sebegini.
Ini persoalan & pandangan peribadi saya, sekadar untuk mencetuskan fikir 
untuk kita bersama.

Kita sebagai manusia disibukkan dengan keperluan hidup seharian seperti 
makan minum, kenderaan, rumah kediaman, pakaian, serta anak & keluarga; 
tentu kita akan terleka serba sedikit akan peristiwa yang akan datang 
seperti yang diberitahu dalam Al Quran & hadis melalui pembacaan ataupun 
kata2 daripada ulama.

Namun kita harus bersama menguatkan keimanan serta keyakinan kepada Allah 
swt dan mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w.  Pembinaan sebuah daulah 
islamiah, bergantung kepada sejauh mana kekuatan umat Islam di dalamnya.

Apa yang berlaku di Kashmir, Bosnia, Chechnya, Ambon dan banyak lagi negara 
yang majoriti orang Islam bukan setakat untuk diratapi, ditangisi dan 
digeramkan tetapi apa kita sudah buat untuk Allah swt dan agamaNya.  Cuba 
kita lihat keadaan diri kita sejauh manakah agama Islam ini kita dukung.  
Banyak mana perintah Allah kita ikut & agama itu modelnya ialah Rasulullah 
s.a.w sendiri.  Sudah berapa banyak kita ikut cara hidup Rasulullah s.a.w. 
zahirnya & batinnya.  Baik cara makan minumnya, masuk tandasnya, cara 
dakwahnya, cara hidup bermasyarakat, rupa parasnya, cara ibadahnya dan 
banyak lagi yang kita boleh belajar.

Para sahabat Rasulullah  menjunjung sunnah baginda dengan penuh kesungguhan 
ibarat mengenggam bara api.  Bagaimana dengan kita?
Kalau kita nak agama Islam kembali gemilang, cara hidup, pemikiran dan usaha 
untuk majukan agama perlulah mengikut standard atau kualiti asalnya, iaitu 
cara Rasulullah dan para sahabatnya.

Untuk itu kita perlu buat pengorbanan diri, harta & masa untuk mencapai ke 
arah itu.  Belajar bagaimana menguatkan iman & amalan kita terhadap Allah & 
RasulNya, ada kualiti dalam solat(yang lelaki berjemaah di masjid & ajak 
orang lain bersolat), mendalami ilmu agama & mempunyai ingatan kepada Allah 
setiap waktu & keadaan, memuliakan setiap orang islam kerana dia mempunyai 
kalimah lailahilallah, setiap amal perbuatan dibuat kerana Allah dan buat 
pengorbanan bagi menziarahi umat Islam yang ada di kariah, daerah, negeri, 
negara kita & seluruh dunia.

wallahu'alam
sekian wassalam



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pedro Chikanoz" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke