*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (19)
Assalamualaikum,
Kepemimpinan Pemuda Bani Tamim (sambungan)
5. Hasil perjuangannya menegakkan Islam secara praktikal lebih dapat
diterima.
Berbanding toifah-toifah lain, ia lebih dapat menegakkan syariat dalam
kehidupan seharian para pengikutnya berbanding jemaah atau toifah lain yang
sezaman.
Secara kasarnya, perjuangan beliau untuk menegakkan Islam dapat dilihat
dalam bidang:
1. Sosial.
2. Pendidikan dan tarbiah.
3. Kerohanian.
4. Ekonomi.
5. Politik dan pentadbiran.
6. Pembangunan.
7. Hubungan antarabangsa.
Semua bidang ini berjaya dibangunkan oleh beliau dan para pengikutnya secara
praktikal di tengah-tengah arus jahiliyah yang sedang hebat melanda. Dengan
itu, tertegaklah Islam di tengah-tengah masyarakat melalui amalan, bukan
sekadar melalui ucapan-ucapan dan slogan-slogan.
6. Dia menganggap ahli-ahli toifahnya sebagai anak-anaknya sendiri dan
mereka pun menganggapnya sebagai bapa mereka sendiri.
Sebab itulah, beliau akan dipanggil ayah oleh para pengikutnya dan oleh
orang-orang yang bersimpati dengan perjuangannya. Beliau pula akan
menganggap para pengikutnya sebagai anak-anaknya sendiri.
Panggilan ayah ini menunjukkan:
1. Betapa kasih sayangnya.
2. Taat dan patuh.
3. Setia mereka kepadanya.
4. Pemikiran dan perlakuannya ditiru dan dicontohi.
5. Sangat dihormati.
6. Sangat disayangi oleh mereka.
Keterangan ini adalah seperti yang diberikan oleh Imam as-Sayuti dalam kitab
al-Jami'us Soghir. (telah diterangkan sebelum ini)
7. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong oleh Allah.
Orang yang menolong beliau menegakkan Islam dalam kehidupan mereka dan dalam
masyarakat, sudah dijanjikan akan diberi bantuan oleh Allah. Sesiapa yang
memusuhinya akan dimusuhi oleh Allah dan sesiapa yang menghinanya akan
dihinakan oleh Allah.
Pernyataan ini disebutkan sendiri oleh baginda SAW di dalam hadis. Ini
merupakan janji Allah kepada umat Islam pada akhir zaman. Oleh itu, siapa
yang ingin mendapatkan pahala yang banyak, mendapat pertolongan dari Allah,
menerima janji-janji Allah dan mendapat berkat dalam keidupan hendaklah
berusaha membantu beliau dengan melaksanakan bidang yang kita sanggupi,
dengan niat mahu meninggikan lagi perjuangan beliau menegakkan agama Allah
ini.
Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan mampu berada di
barisan hadapan perjuangan Pemuda Bani Tamim itu. Bukan calang-calang orang
dapat dipilih dengan mudah untuk menyertainya.
8. Tujuh tahap/fasa/peringkat yang terpaksa dilaluinya.
Sebelum dan selepas dia diserahkan kekuasaan di sebelah Timur, dia akan
mengalami 7 peringkat yang selepas setiap peringkat itu, cabarannya makin
bertambah getir iaitu;
1. mereka meminta kebaikan, iaitu mendirikan jemaah/toifah dan mengajak
orang ramai kembali kepada Islam setelah hanyut sekian lama dalam arus
jahiliyah.
2. permintaan mereka tidak diberikan, iaitu mereka ditindas dan ditekan.
3. mereka pun berjuang untuk mendapatkannya iaitu membina semula kekuatan
yang lebih bersifat global demi memartabatkan semula Islam sebagai agama
sejagat.
4. mereka memperolehi kemenangan iaitu mendapat daulah yang pertama di
Timur.
5. mereka memperolehi daulah itu iaitu diberikan kekuasaan untuk mentadbir
kawasan yang lebih luas, termasuk wilayah Khurasan dan kawasan antara Timur
dengan Khurasan. Semua kawasan ini akan ditakluki oleh beliau �
kebanyakannya secara aman.
6. mereka tidak menerimanya, iaitu menyatakan kekhalifahan itu sebenarnya
bukan hak mereka. Beliau hanya menyatakan dirinya adalah pemimpin mereka
sahaja, bukan khalifah yang sebenar-benarnya.
7. mereka menyerahkan kekuasaannya kepada Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,
pemimpin dan khalifah yang sebenar-benarnya. Penyerahan kuasa pemerintahan
itu nanti akan berlaku di Baitulmaqdis iaitu pada pertemuan kali kedua
mereka. Dalam pertemuan kali pertama di Baitullah dalam Masjidil Haram itu
adalah pertemuan beliau untuk membaiat Imam Mahdi sebagai Khalifah Allah dan
mentaatinya, bukan penyerahan kuasa.
(Perkara ini juga telah disiarkan sebelum ini, ulangan ini hanya untuk
memudahkan pemahaman)
9. Dia berjuang mendapatkan kekuasaan bukan untuk dirinya tetapi untuk
seorang Ahlul Bait, iaitu Imam Mahdi.
Inilah prasyarat yang paling tidak disukai dan paling tidak disanggupi oleh
sesiapa pun yang di dalam hatinya ada walaupun sedikit perasaan inginkan
habuan di dunia ini. Bak kata orang, "� Aku (Pemuda Bani Tamim) susah-susah
berjuang, dia (Imam Mahdi) senang-senang dapat kuasa�"
Beliau tidak akan berkata begitu dan tidak terlintas pun di dalam hatinya
untuk berkata begitu. Perkataan ini hanyalah menggambarkan sikap orang awam
yang hatinya masih berselaput dengan kepentingan duniawi, terhadap tugas
sebagai Pemuda Bani Tamim yang dipikul oleh beliau.
Jika ada didapati sesiapa yang sanggup memenuhi syarat yang satu ini, maka
layaklah dia diisytiharkan sebagai Pemuda Bani Tamim yang seterusnya akan
membawa kepada zahirnya Imam Mahdi sebenar.
Kerana syarat semulajadi yang inilah agaknya, tidak ada atau belum ada lagi
sesiapa pun di dunia ini yang cuba mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim
itu sedangkan orang yang cuba mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi adalah
sangat ramai, sehingga dikatakan oleh pengkaji, mencecah angka melebihi
seribu orang.
Jika adapun, setakat ini yang diketahui umum hanyalah Imam as-Sayuti sahaja
yang cuba menjadikan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Selepas beliau,
tidak ada seorang pun yang cuba mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim.
Wassalam,
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>