*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, begitu jelas dan terang keterangan berkenaan dengan pemuda bani
tamim, sama ada dari segi keturunan, latar belakang pendidikan, matlamat perjuangan
dan peribadinya sendiri.

Demikianlah selalunya yang pernah berlaku. Pemuda yang baik atau lelaki yang baik,
yang akan menjadi pemimpin umat, sebelum berlaku kelahirannya, Allah akan memberi
tahu melalui lidah RasulNya.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, keterangan mengenai beliau dari segi peribadi,
keturunan, latar belakang dan perjuangannya juga telah diketahui umum di kalangan
para ahli Kitab (orang yang mengaji dan mengetahui kitab Allah).

Sehinggakan Allah mengatakan bahawa sesetengah di kalangan ahli kitab itu lebih
kenal akan Muhammad SAW itu sendiri berbanding dengan anak-anak mereka. Malahan
kononnya mereka tertunggu Nabi Akhir Zaman. TETAPI apabila cerita yang Allah
sampaikan itu menjadi kenyataan yang terpampang di hadapan mata, lain pula jadinya.

Orang-orang yang paling tahu dan mengetahui tentang Muhammad SAW itulah yang paling
keras, tuntas dan berterusan menentang baginda SAW. Malahan hanya sedikit sahaja di
kalangan ahli Kitab yang menyambut baik ketibaan dan kehadiran baginda SAW, dan
seterusnya berIman dan berjuang di barisan hadapan.

Cerita yang kita dengar, dan yang sampai kepada kita, kebanyakan orang-orang yang
awal menyertai baginda SAW dan berjuang di barisan hadapan dengan tetap utuh
berIman dan berpegang teguh di bawah panji-panji Islam adalah orang-orang biasa dan
bukan cerdik pandai yang setaraf dengan ahli kitab (bijak pandai yang boleh membaca
kitab Allah, menghafal dan mengajarkannya kepada orang ramai atau awam) yang
dihurmati di kalangan masyarakat kerana keilmuannya dan luas pengetahuan serta
banyak pengajiannya.

Adakah hal yang sama akan berlaku pada masa akan datang? Sekiranya berlaku bermakna
sejarah hitam itu akan berulang lagi! Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Sejarah telah menceritakannya semua itu kepada kita. Kita patut mengambil iktibar
daripada sejarah. Kita harus peka dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku
yang mungkin kita tidak duga dan ketahui akan terkena pula kepada batang hidung
kita sendiri.

Terima kasih kepada sdr. Arjuna armada atas usahanya yang gigih mendedahkan kesah
pemuda bani tamim ini. Moga-moga usaha gigih ini mendapat rahmat serta petunjuk
daripada Allah.

Walau pun sudah ada cukup keterangan dan bukti, namun yang lebih penting ialah
petunjuk daripada Allah SWTlah yang mengatasi segala ilmu dan keterangan. Setiap
petunjuk, bimbingan dan tuntunan yang benar itu tetap terbitnya dan datangnya
daripada Allah SWT. Dan Allahlah yang memberikan petunjukNya kepada sesiapa di
kalangan manusia yang dikehendaki dan yang menjadi pilihanNya. Sesungguhnya Allah
Amat Berkuasa atas segala sesuatu.

Wallah hu a'alam.

arjuna armada wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pemuda Bani Tamim (19)
>
> Assalamualaikum,
>
> Kepemimpinan Pemuda Bani Tamim (sambungan)
>
> 5. Hasil perjuangannya menegakkan Islam secara praktikal lebih dapat
> diterima.
> Berbanding toifah-toifah lain, ia lebih dapat menegakkan syariat dalam
> kehidupan seharian para pengikutnya berbanding jemaah atau toifah lain yang
> sezaman.
> Secara kasarnya, perjuangan beliau untuk menegakkan Islam dapat dilihat
> dalam bidang:
> 1.      Sosial.
> 2.      Pendidikan dan tarbiah.
> 3.      Kerohanian.
> 4.      Ekonomi.
> 5.      Politik dan pentadbiran.
> 6.      Pembangunan.
> 7.      Hubungan antarabangsa.
> Semua bidang ini berjaya dibangunkan oleh beliau dan para pengikutnya secara
> praktikal di tengah-tengah arus jahiliyah yang sedang hebat melanda. Dengan
> itu, tertegaklah Islam di tengah-tengah masyarakat melalui amalan, bukan
> sekadar melalui ucapan-ucapan dan slogan-slogan.
>
> 6. Dia menganggap ahli-ahli toifahnya sebagai anak-anaknya sendiri dan
> mereka pun menganggapnya sebagai bapa mereka sendiri.
> Sebab itulah, beliau akan dipanggil ayah oleh para pengikutnya dan oleh
> orang-orang yang bersimpati dengan perjuangannya. Beliau pula akan
> menganggap para pengikutnya sebagai anak-anaknya sendiri.
> Panggilan ayah ini menunjukkan:
> 1.      Betapa kasih sayangnya.
> 2.      Taat dan patuh.
> 3.      Setia mereka kepadanya.
> 4.      Pemikiran dan perlakuannya ditiru dan dicontohi.
> 5.      Sangat dihormati.
> 6.      Sangat disayangi oleh mereka.
> Keterangan ini adalah seperti yang diberikan oleh Imam as-Sayuti dalam kitab
> al-Jami'us Soghir. (telah diterangkan sebelum ini)
>
> 7. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong oleh Allah.
> Orang yang menolong beliau menegakkan Islam dalam kehidupan mereka dan dalam
> masyarakat, sudah dijanjikan akan diberi bantuan oleh Allah. Sesiapa yang
> memusuhinya akan dimusuhi oleh Allah dan sesiapa yang menghinanya akan
> dihinakan oleh Allah.
> Pernyataan ini disebutkan sendiri oleh baginda SAW di dalam hadis. Ini
> merupakan janji Allah kepada umat Islam pada akhir zaman. Oleh itu, siapa
> yang ingin mendapatkan pahala yang banyak, mendapat pertolongan dari Allah,
> menerima janji-janji Allah dan mendapat berkat dalam keidupan hendaklah
> berusaha membantu beliau dengan melaksanakan bidang yang kita sanggupi,
> dengan niat mahu meninggikan lagi perjuangan beliau menegakkan agama Allah
> ini.
> Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan mampu berada di
> barisan hadapan perjuangan Pemuda Bani Tamim itu. Bukan calang-calang orang
> dapat dipilih dengan mudah untuk menyertainya.
>
> 8. Tujuh tahap/fasa/peringkat yang terpaksa dilaluinya.
> Sebelum dan selepas dia diserahkan kekuasaan di sebelah Timur, dia akan
> mengalami 7 peringkat yang selepas setiap peringkat itu, cabarannya makin
> bertambah getir iaitu;
> 1.      mereka meminta kebaikan, iaitu mendirikan jemaah/toifah dan mengajak
> orang ramai kembali kepada Islam setelah hanyut sekian lama dalam arus
> jahiliyah.
> 2.      permintaan mereka tidak diberikan, iaitu mereka ditindas dan ditekan.
> 3.      mereka pun berjuang untuk mendapatkannya iaitu membina semula kekuatan
> yang lebih bersifat global demi memartabatkan semula Islam sebagai agama
> sejagat.
> 4.      mereka memperolehi kemenangan iaitu mendapat daulah yang pertama di
> Timur.
> 5.      mereka memperolehi daulah itu iaitu diberikan kekuasaan untuk mentadbir
> kawasan yang lebih luas, termasuk wilayah Khurasan dan kawasan antara Timur
> dengan Khurasan. Semua kawasan ini akan ditakluki oleh beliau �
> kebanyakannya secara aman.
> 6.      mereka tidak menerimanya, iaitu menyatakan kekhalifahan itu sebenarnya
> bukan hak mereka. Beliau hanya menyatakan dirinya adalah pemimpin mereka
> sahaja, bukan khalifah yang sebenar-benarnya.
> 7.      mereka menyerahkan kekuasaannya kepada Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,
> pemimpin dan khalifah yang sebenar-benarnya. Penyerahan kuasa pemerintahan
> itu nanti akan berlaku di Baitulmaqdis iaitu pada pertemuan kali kedua
> mereka. Dalam pertemuan kali pertama di Baitullah dalam Masjidil Haram itu
> adalah pertemuan beliau untuk membaiat Imam Mahdi sebagai Khalifah Allah dan
> mentaatinya, bukan penyerahan kuasa.
> (Perkara ini juga telah disiarkan sebelum ini, ulangan ini hanya untuk
> memudahkan pemahaman)
>
> 9. Dia berjuang mendapatkan kekuasaan bukan untuk dirinya tetapi untuk
> seorang Ahlul Bait, iaitu Imam Mahdi.
> Inilah prasyarat yang paling tidak disukai dan paling tidak disanggupi oleh
> sesiapa pun yang di dalam hatinya ada walaupun sedikit perasaan inginkan
> habuan di dunia ini. Bak kata orang, "� Aku (Pemuda Bani Tamim) susah-susah
> berjuang, dia (Imam Mahdi) senang-senang dapat kuasa�"
> Beliau tidak akan berkata begitu dan tidak terlintas pun di dalam hatinya
> untuk berkata begitu. Perkataan ini hanyalah menggambarkan sikap orang awam
> yang hatinya masih berselaput dengan kepentingan duniawi, terhadap tugas
> sebagai Pemuda Bani Tamim yang dipikul oleh beliau.
> Jika ada didapati sesiapa yang sanggup memenuhi syarat yang satu ini, maka
> layaklah dia diisytiharkan sebagai Pemuda Bani Tamim yang seterusnya akan
> membawa kepada zahirnya Imam Mahdi sebenar.
> Kerana syarat semulajadi yang inilah agaknya, tidak ada atau belum ada lagi
> sesiapa pun di dunia ini yang cuba mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim
> itu sedangkan orang yang cuba mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi adalah
> sangat ramai, sehingga dikatakan oleh pengkaji, mencecah angka melebihi
> seribu orang.
> Jika adapun, setakat ini yang diketahui umum hanyalah Imam as-Sayuti sahaja
> yang cuba menjadikan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Selepas beliau,
> tidak ada seorang pun yang cuba mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim.
>
> Wassalam,
>
> Arjuna Armada
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke