*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (20)
Assalamualaikum,
Pemuda Bani Tamim-antara Timur Nusantara, Timur Tengah dan Khurasan
Saudara/i netters yang dihormati,
Saya telah menerima banyak email peribadi bertanyakan berkenaan lokasi
zahirnya Pemuda Bani Tamim itu. Dan telah banyak kali saya tegaskan bahawa
Timur yang dimaksudkan di dalam hadis adalah Timur jauh yang meliputi
Nusantara (kepulauan Melayu).
Untuk menelusuri Timur tersebut, mari kita teliti sekali lagi hadis-hadis
yang menyebut tempat kezahiran dan berkuasanya Pemuda Bani Tamim.
1. Daripada Abdullah Ibn Mas'ud katanya: "Ketika kami berada di samping
Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani
Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW
berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: "Mengapa
kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?" Maka Rasulullah
SAW menjawab, "Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT
pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima
bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari
sebelah TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan
beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada
seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan
sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang
sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji.
Sesungguhnya dia adalah AL MAHDI" (Sunan Ibn Majah)
2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang
Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah TIMUR, seolah-olah hati mereka
(pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani).
Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan
oleh Al Hafiz Abu Naim)
3. Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina
Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang
memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu
hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari
sebelah TIMUR dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At
Tabrani)
Ketiga-tiga hadis ini menyebut TIMUR secara umum. Ada yang berpendapat TIMUR
itu adalah Khurasan. Terdapat hadis yang membezakan antara TIMUR tempat
kezahiran Pemuda Bani Tamim dengan Khurasan (yang juga terletak di Timur
ketika Rasulullah mengucapkan hadis tersebut di Makkah/Madinah-Timur
Tengah).
Hadis tersebut bermaksud:
1. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim, dari Tsauban r.a, dia
berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Apabila kamu melihat panji-panji
hitam telah diterima di wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun
terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah
Allah, iaitu Al Mahdi."
Ertinya bagi umat Islam, apabila telah mendapat tahu bahawa Pemuda Bani
Tamim dan pasukannya telah diterima di Khurasan, hendaklah mencari dan
mendatangi mereka, sekalipun dalam keadaaan yang amat payah seolah-olah
merangkak di atas salji.
2. Di dalam riwayat yang lain yang tersebut di dalam kitab "As'afur
Raghibin" bermaksud:
"Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, berserulah malaikat dari atas
kepalanya, "Inilah Al Mahdi, khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia."
Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan merasakan kasih sayangnya.
Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang
berbaiah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sejumlah pasukan
Badar (Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian wali Abdal dari Syam
mendatanginya (al Mahdi), dikuti oleh wali Nujabak dari Mesir dan golongan
asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus tentera dari Khurasan dengan
panji-panji hitam kepadanya dan menuju ke Syam. Dan Allah mengirimkan
kepadanya 3,000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara
pembantu-pembantunya."
Melalui isyarat dari hadis di atas, jelas bahawa Pemuda Bani Tamim itulah
yang akan merintis jalan sebelum Al Mahdi zahir. Di antaranya membawa Islam
dari TIMUR menuju Khurasan. Pemuda Bani Tamim jugalah yang membuka kembali
Islam di Khurasan di akhir zaman ini. Dan mereka (Khurasan) menerima
kepemimpinan Pemuda Bani Tamim.
Walaupun Khurasan telah dihapuskan dari peta dunia, namun "jadual Allah"
yang tertulis di luh mahfuz pasti tidak dapat dipadamkan. Allah pasti
menepati janjinya bahawa di bumi Khurasan ini akan muncul Asoib, iaitu
orang-orang soleh yang sangat menjunjung tinggi Sunnah Rasulullah SAW. Di
sini juga akan muncul al Haris Harras, yang berbaiah kepada Al Mansur
(pemuda Bani Tamim).
Perkara ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis, tersebut di dalam kitab "Aqdud
durar fi akhbaril muntazar". Dari Ali r.a dia berkata, Rasulullah SAW
pernah bersabda: Akan keluar seorang lelaki dari negara belakang sungai (Maa
waraa Un Nahar- Khurasan) yang dikenal denganAl Haris Harras yang di
hadapannya seorang lelaki yang bergelar Al Mansur (yang dibantu), dia yang
memudahkan urusan atau membela keluarga Rasulullah SAW sebagaimana Quraisy
yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang mukmin menolongnya,
atau beliau bersabda: "Wajib orang mukmin menerimanya." (Riwayat Imam Abu
Daud, Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasai, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan
As syeikh Muhammad Al Hussein)
TIMUR dan KHURASAN jelas berbeza. Di manakah yang dimaksudkan wilayah
Khurasan, dan mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan? Ikuti seterusnya...
Wassalam,
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>