Title: Bank Islam : Satu pandangan

    Assalamualaikum;

    Sejak ditubuhkan lebih 10 tahun dulu, Bank Islam telah memberikan alternatif kepada kepada rakyat Malaysia sistem perbankan tanpa riba (insya-allah). Walaupun ditubuhkan oleh kerajaan, kita tidak dapat menafikan ianya adalah hasil usaha pihak-pihak yang memperjuangkan Islam secara sepenuhnya termasuklah ekonomi/muamalat. Bermula hanya dengan perkhidmatan simpanan, akaun semasa dan pelaburan hinggalah kini pembiayaan dll. Dengarnya dulu kalau bukak akaun semasa, monthly statement pun bank tak bagi. Rangkaian cawangannya pun tak on-line, jadi kalau nak deposit/withdraw duit kat branch lain kena charge (untuk phone call). Dengarnya sekarang dah on-line tapi untuk deposit aje.

    Sekarang ni ada dah antara lainnya; Pusat Pembiayaan Pengguna kat Darul Takaful menyediakan pembiayaan kenderaan, Syarikat Takaful Malaysia, pembiayaan perumahan dll. Walaupun masih ketinggalan berbandingkan dengan perkhidmatan bank-bank komersial yang lain, Bank Islam telah buat banyak improvement.

    Pendapat saya, kita kena support Bank Islam. Kalau tak kita sapa lagi??. We have to bear with the limited services, stringent procedures and requirements and so on. Sebabnya, not for us, but for anak-cucu kita nanti. Kalau bank ni berkembang semakin selamatlah keluarga kita dari bahaya riba. Dan sebaliknya kalau bank ni lingkup, mungkin kerajaan BN ni mansuhkan saje Akta Bank Islam. (Tapi insya-allah Islam akan memerintah!!).

    Pengalaman peribadi saya dengan Bank Islam ni pun banyak yang menguji iman. Kalau tak sabar nak je pindah ke bank komersial yang lain. Masa nak bukak Current Accounts dulu, bank officer (not mentioned the branch), macam tak nak bagi bukak akaun je. Lepas tu nak buat loan kereta; dealer tak nak buat dengan Bank Islam, bank cuma bagi kat gov't servant or public listed company employee, needs guarantors (guarantors kena buat surat sumpah you!!), security deposite 3 bulan dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, Allah tolong saya dapat jugak loan dan terlepas dari riba. Akhir sekali, mari le kita support Bank Islam ni semampu kita (walaupun ada SPTF - ni really riba-free ke?) untuk generasi kita akan datang.

    Sekadar pandangan - tak payah diperbahaskanpun!!



    n [Mohmad Azman Theeran]  ,  

Kirim email ke