Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


dak aiiiiihhhhh tammare, kita saja nak cuit sikit je.  kita bagi
contohpun pada benda yang banyak terjadi.  Bukan satu dua kes wei. 
saja je nak peringat kat Cik Amira, jangan berumah di tepi pantai kalau
takut dilambung ombak(peribasa ni I'm damn sure ada - bukan rekaan.)

Memang tak dinafikan banyak kes yang bini muda menang.  Tapi kalau ada
yang kalah dan ada yang menang maknanya laki tu tak leh buat laki,
sebab dia takut salah satu bini.  Dengor-dengor cite le orang kata
orang yang takut bini ni al-dayus wa al-lembek.  Kalau suami tu seorang
yang adil, isteri tak perlu risau atau berlumba-lumba antara satu sama
lain, sebab suami tahu tanggungjawabnya.  Maka ketiga-tiganya akan
hidup aman tenteram.  Kalau nak suruh bini berlumba antara satu sama
lain, tak syok aaaaa macam tu, nak solatpun teringat camne aku nak
bertanding ngan madu nih, nak mengaji tak jadi asyik termenung nak atur
strategi, bangun malam konon nak tahajjud tak jadi tahajjud sebab dok
imagine apa laki aku buat masa ni?

Lama-lama oleh kerana dah kurang tumpuan pada ibadah, kualiti hidup,
iman dan akhlak pun menurun.  Siapa yang rugi?  Suami juga yang rugi
sebab isteri dah kurang berdoa untuk dia, muka isteri dah tak setenang
dan sesejuk dulu, anak-anakpun dah jadi kasar sebab mak asyik sibuk
atur strategi.  Siapa yang rugi?  Bukan ke suami juga yang rugi?

:-)



--- Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Assalamualaikum.
> 
> Bila pulak kat tempat saya ada orang datang jual ikan?
> Jangan kata jual ikan, jual telo pun tak dak. Tapi tak
> kira lah, sapa pun nak kenyit bini saya pun saya tak
> kisah sebab I know my wife, tak kan terpedaya punya.
> And she know me also. Biar lebih 1000 orang kata saya
> keluar dating dengan si anu-anu ke... takkan dia
> percaya punya. Haa.. lagi satu pesan dia, daripada
> keluar dating belakang dia, baik kawin satu lagi kita
> keluar date ramai-ramai. Saling percaya mempercayai.
> Actually kami selalu keluar dating esp malam Rabu.
> Time for us together alone without anak-anak, which is
> tonight... hehehe. baru tadi isteri saya call ajak
> date malam ni.
> 
> Cik/Pn Pabiyen Sitok banyak sangat buat spekulasi ttg
> bini tua. Ade ke patut sanggup kata suami tak datang
> lama sebab bini tua control. Yang saya risaukan ialah
> the other way round. Bini muda surely tegang dan
> menarik berbanding bini tua yang kendur so, secara
> logiknya kalaulah bini tua cuba sekat suami dari pergi
> rumah bini muda, rasa saya mungkin si suami tu sanggup
> pecahkan pintu sebab nak pergi. Lagi satu suami kan ke
> boss dalam rumahtangga. Takkan boss kena paksa ikut
> cakap staff?
> 
> Di sini letaknya cantik dan adilnya Islam.
> Bergilir-gilir sebagai salah satu penyelesaian. Bini
> tua dan muda patut kena kaunseling ugama perihal
> giliran. Keadilan juga kena bertempat. Tak semestinya
> rumah pertama bagi telur itik rumah kedua pun kena
> bagi telur itik. Tengok gak selera dan kapasiti rumah.
> Kasih sayang juga payah nak adil sebab subjektif.
> material bolehlah bagi fair itupun bergantung kepada
> kemampuan juga citarasa. Anyway suami kena jadi KING
> dan isteri kena layan, kalau tak layan isteri tu rugi.
> sbb tak dapat atau kurang best.
> 
> Actually fikir balik best gak kawin lebih ni,
> sekurang-kurangnya 2-2 bini kena lawan sapa paling
> best layan suami. Baru rasa bahagia. Jangan mare...
> 
> 
> wassalam
> 
> 
> 
> 
> --- Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > 
> > 
> >> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Bercinta dengan suami orang adalah satu pengalaman
> > yang sangat indah. 
> > Cik Amira akan merasakan diri seolah-olah bidadari
> > yang turun dari
> > kayangan yang Allah ciptakan khas untuk en Ali. En
> > Ali memuja Cik Amira
> > bagaikan tiada wanita lain yang lebih hebat, yang
> > lebih anggun dari Cik
> > Amira.  Bercinta dengan suami orang membuatkan Cik
> > Amira bagaikan tidak
> > berpijak di bumi nyata.  Itulah perasaan Cik Amira
> > sehingga dia tidak
> > mungkin dapat melupakan En Ali.  Mungkin Cik Amira
> > pernah bercinta
> > dengan Mamat yang seusia, tapi tidak sehebat En Ali.
> >  Atau mungkin Cik
> > Amira pernah diusha oleh Abang Jo yang juga trang
> > tang tang, tapi mana
> > mungkin dapat disamakan dgn En Ali.
> > 
> > Cik Amira, saya tidak menentang poligami kerana
> > ianya adalah halal,
> > tapi sebelum involve dengan poligami adakah Cik
> > Amira bersedia? 
> > Tabahkah hati Cik Amira?  Perkara yang pasti isteri
> > no 1 menentang
> > habis-habisan.  Sanggup ke nanti bila dah kahwin Cik
> > Amira diserang
> > dipejabat?  Diserang dirumah sendiri? Dimaki-hamun
> > didepan kawan-kawan
> > sendiri?  Balik raya tanpa suami setiap tahun? 
> > Suami tidak dapat
> > datang melawat Cik Amira atau berjumpa Cik Amira
> > selama beberapa lama? 
> > Sanggupkah nanti Cik Amira pergi sendiri kehospital
> > untuk bersalin dan
> > tidak dilawat oleh suami selama dalam pantang? Anak
> > dirampas isteri
> > pertama?  Semua ini adalah possibilitiies yang
> > mungkin akan terjadi
> > kepada cik Amira kerana ianya adalah kisah benar
> > yang pernah terjadi
> > kepada beberapa orang yang sanggup menjadi isteri
> > kedua.  
> > 
> > Tak tipu punya.  Bukan perkara yang tak mungkin. 
> > Semuanya akibat fobia
> > tak dapat menerima hakikat bermadu oleh isteri
> > pertama.  Gila memang
> > gila, tapi wanita dijadikan dengan kekurangan akal
> > untuk berfikir
> > panjang.  Siapa tak marah kalau tahu suami memadu
> > kasih dengan orang
> > lain.  Suami pun mungkin akan bunuh orang kalau tahu
> > isterinya dating
> > dengan jantan lain.  Kita ini insan, ada hati ada
> > perasaan.  Bukan
> > tamak tapi cemburu.  Cemburu tu sebab sayang, kalau
> > tak sayang tak
> > heran.
> > 
> > Macamana cemburu tu boleh datang?  Dia datang masa
> > Pn Latifah dok
> > imagine En Ali ngan Cik Amira dok gesel-gesel
> > hidung.  Aku rasa nak
> > tarik idung dua-dua ekoq tu, aku potong, cincang
> > halus buat rencah
> > sayur goreng.  Dia imagine En Ali dok pegang tangan
> > cik Amira, aku rasa
> > nak potong tangan dua-dua ekoq tu buat sup.  Macam
> > tu datangnya rasa
> > cemburu dan geram.  Cubalah suruh En Ali imagine Pn
> > Latifah dok
> > bergesel dengan doktor yang selalu cek dia, mahu
> > rasanya En Ali asah
> > parang.  Pemuda Cawangan lak cubalah imagine mamat
> > tokey ikan yang dok
> > datang hari-hari tu dok kenyit mata kat dang bini
> > dia, mau rasanya kena
> > penampar tawar yang paling merah kat pipi budak tu.
> > 
> > Kalau isteri pertama tidak menentang tak kisah.  Ada
> > seorang kawan saya
> > yang suaminya kahwin satu lagi, pada mulanya memang
> > dia tak nak, tapi
> > bila fikir, suaminya muda lagi, suaminya bukan jebis
> > menggatai,
> > suaminya baik.  Dia sendiri dah ada rumah dan kereta
> > pemberian suami. 
> > Kalau selama ni suaminya menurut kemahuan dia,
> > kenapa dia tak boleh
> > turut kemahuan suami.  Alhamdulillah mereka bertiga
> > bahagia.  Tapi
> > lepas kahwin sempai anak suaminya dah nak masuk dua
> > memang dia tak
> > pernah berjumpa madunya.  Tak pernah fikir dan tak
> > pernah ambik tahu
> > kecuali bila suaminya cerita.
> > 
> > Another friend, masa dia bersalin isteri pertama
> > yang jaga dalam
> > pantang.  Dapat madu yang baik macam tu
> > Alhamdulillah.  Tapi kalau dari
> > awal dah nampak penentangan yang agresif, kalau
> > teruskan juga, macam
> > sain surat bunuh diri.
> > 
> > Kalau En Ali tak dapat bela you sekarang, jangan
> > harap dia akan dapat
> > bela you kemudian hari.  Dulu, kini dan selamanya
> > sama saja, kalau dia
> > takut bini, tetap takut bini.  Kalau dia takut bini
> > maknanya dia lemah.
> > You nak berkahwin dengan orang lemah?  Come on, a
> > husband should be
> > protective!  Pleaselah!  Orang yang lembik tak layak
> > kahwin dua, nanti
> > kang ada yang teraniaya.
> > 
> > Jangan berkahwin kerana kasihan dan simpati.  Itu
> > senjata orang lelaki
> > untuk memikat gadis-gadis.  Mungkin En Ali tak
> > pernah kata isterinya
> > pemalas, isterinya selalu berserabut, isterinya tak
> > pandai masak,
> > isterinya tak pandai ambik hati dia, isterinya tak
> > pandai jaga
> > anak..... Mungkin En Ali tak pernah kata gitu, tapi
> > itu taktik
> > kebanyakan lelaki untuk meraih simpati seorang
> > gadis.  Kalau En Ali
> > pernah kata gitu, baikle cepat-cepat undur, nanti
> > kang apa lak yang dia
> > kutuk you depoan Pn Latifah selepas dia kahwin ngan
> > you.  Tapi kalau
> > dia tak pernah kata gitu, he is reliable,
> > berkahwinlah dengan dia,
> > kerana dia tak akan menyakitkan hati you.
> > 
> > Cik Amira, dalam dunia ni ramai lelaki sebenarnya. 
> > Menurut Dr Hatta
> > (calon BA untuk Parlimen Gombak), kadar kelahiran
> > untuk kanak-kanak
> > lelaki dan perempuan dari dulu hingga sekarang tak
> > pernah berubah tetap
> > 1:1, begitu juga kadar kematian.  Jangan takut untuk
> > tidak bertemu
> > jodoh lagi kalau terlepas En Ali kerana negara kita
> > belum berperang
> > lagi, men are still available.
> > 
> > Buat apa berperahu kehulu kalau dah tahu kat sana
> > banyak buaya (mana
> > peribahasa aku ambik ntah), pergilah kehilir sebab
> > kat sana kan dah
> > tahu banyak udang.
> > 
> > 
> > 
> > --- Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > > 
> > 
> > > Assalamualaikum wbt.
> > > 
> > > Pendapat orang yang bijaksana mengatakan "Cinta
> > itu buta, pekak dan
> > > bisu". Ini
> > > disebabkan kerapkali orang yang sedang dilamun
> > cinta akan
> > > "membutakan" matanya
> > > terhadap orang yang dicintainya. Baginya orang
> > yang dicintainya
> > > itulah yang
> > > "tercantik", "terindah", "terbaik". Jika
> > telahannya betul tak apa
> > > juga. Tetapi
> > > kadang- kadang memang tidak seperti yang
> > dimimpikannya itu.
> > > 
> > > Apa jua yang orang lain kata dan beri nasihat agar
> > dia berfikir
> > > dengan tenang dan
> > > mengambil keputusan dengan terancang dan baik,
> > selalunya ditolak
> > > mentah-mentah.
> > > Telinganya telah "pekak". Sudah tidak peduli
> > nasihat dan mengambil
> > 
> === message truncated ===
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


Kirim email ke