*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bercinta dengan suami orang adalah satu pengalaman yang sangat indah. 
Cik Amira akan merasakan diri seolah-olah bidadari yang turun dari
kayangan yang Allah ciptakan khas untuk en Ali. En Ali memuja Cik Amira
bagaikan tiada wanita lain yang lebih hebat, yang lebih anggun dari Cik
Amira.  Bercinta dengan suami orang membuatkan Cik Amira bagaikan tidak
berpijak di bumi nyata.  Itulah perasaan Cik Amira sehingga dia tidak
mungkin dapat melupakan En Ali.  Mungkin Cik Amira pernah bercinta
dengan Mamat yang seusia, tapi tidak sehebat En Ali.  Atau mungkin Cik
Amira pernah diusha oleh Abang Jo yang juga trang tang tang, tapi mana
mungkin dapat disamakan dgn En Ali.

Cik Amira, saya tidak menentang poligami kerana ianya adalah halal,
tapi sebelum involve dengan poligami adakah Cik Amira bersedia? 
Tabahkah hati Cik Amira?  Perkara yang pasti isteri no 1 menentang
habis-habisan.  Sanggup ke nanti bila dah kahwin Cik Amira diserang
dipejabat?  Diserang dirumah sendiri? Dimaki-hamun didepan kawan-kawan
sendiri?  Balik raya tanpa suami setiap tahun?  Suami tidak dapat
datang melawat Cik Amira atau berjumpa Cik Amira selama beberapa lama? 
Sanggupkah nanti Cik Amira pergi sendiri kehospital untuk bersalin dan
tidak dilawat oleh suami selama dalam pantang? Anak dirampas isteri
pertama?  Semua ini adalah possibilitiies yang mungkin akan terjadi
kepada cik Amira kerana ianya adalah kisah benar yang pernah terjadi
kepada beberapa orang yang sanggup menjadi isteri kedua.  

Tak tipu punya.  Bukan perkara yang tak mungkin.  Semuanya akibat fobia
tak dapat menerima hakikat bermadu oleh isteri pertama.  Gila memang
gila, tapi wanita dijadikan dengan kekurangan akal untuk berfikir
panjang.  Siapa tak marah kalau tahu suami memadu kasih dengan orang
lain.  Suami pun mungkin akan bunuh orang kalau tahu isterinya dating
dengan jantan lain.  Kita ini insan, ada hati ada perasaan.  Bukan
tamak tapi cemburu.  Cemburu tu sebab sayang, kalau tak sayang tak
heran.

Macamana cemburu tu boleh datang?  Dia datang masa Pn Latifah dok
imagine En Ali ngan Cik Amira dok gesel-gesel hidung.  Aku rasa nak
tarik idung dua-dua ekoq tu, aku potong, cincang halus buat rencah
sayur goreng.  Dia imagine En Ali dok pegang tangan cik Amira, aku rasa
nak potong tangan dua-dua ekoq tu buat sup.  Macam tu datangnya rasa
cemburu dan geram.  Cubalah suruh En Ali imagine Pn Latifah dok
bergesel dengan doktor yang selalu cek dia, mahu rasanya En Ali asah
parang.  Pemuda Cawangan lak cubalah imagine mamat tokey ikan yang dok
datang hari-hari tu dok kenyit mata kat dang bini dia, mau rasanya kena
penampar tawar yang paling merah kat pipi budak tu.

Kalau isteri pertama tidak menentang tak kisah.  Ada seorang kawan saya
yang suaminya kahwin satu lagi, pada mulanya memang dia tak nak, tapi
bila fikir, suaminya muda lagi, suaminya bukan jebis menggatai,
suaminya baik.  Dia sendiri dah ada rumah dan kereta pemberian suami. 
Kalau selama ni suaminya menurut kemahuan dia, kenapa dia tak boleh
turut kemahuan suami.  Alhamdulillah mereka bertiga bahagia.  Tapi
lepas kahwin sempai anak suaminya dah nak masuk dua memang dia tak
pernah berjumpa madunya.  Tak pernah fikir dan tak pernah ambik tahu
kecuali bila suaminya cerita.

Another friend, masa dia bersalin isteri pertama yang jaga dalam
pantang.  Dapat madu yang baik macam tu Alhamdulillah.  Tapi kalau dari
awal dah nampak penentangan yang agresif, kalau teruskan juga, macam
sain surat bunuh diri.

Kalau En Ali tak dapat bela you sekarang, jangan harap dia akan dapat
bela you kemudian hari.  Dulu, kini dan selamanya sama saja, kalau dia
takut bini, tetap takut bini.  Kalau dia takut bini maknanya dia lemah.
You nak berkahwin dengan orang lemah?  Come on, a husband should be
protective!  Pleaselah!  Orang yang lembik tak layak kahwin dua, nanti
kang ada yang teraniaya.

Jangan berkahwin kerana kasihan dan simpati.  Itu senjata orang lelaki
untuk memikat gadis-gadis.  Mungkin En Ali tak pernah kata isterinya
pemalas, isterinya selalu berserabut, isterinya tak pandai masak,
isterinya tak pandai ambik hati dia, isterinya tak pandai jaga
anak..... Mungkin En Ali tak pernah kata gitu, tapi itu taktik
kebanyakan lelaki untuk meraih simpati seorang gadis.  Kalau En Ali
pernah kata gitu, baikle cepat-cepat undur, nanti kang apa lak yang dia
kutuk you depoan Pn Latifah selepas dia kahwin ngan you.  Tapi kalau
dia tak pernah kata gitu, he is reliable, berkahwinlah dengan dia,
kerana dia tak akan menyakitkan hati you.

Cik Amira, dalam dunia ni ramai lelaki sebenarnya.  Menurut Dr Hatta
(calon BA untuk Parlimen Gombak), kadar kelahiran untuk kanak-kanak
lelaki dan perempuan dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah tetap
1:1, begitu juga kadar kematian.  Jangan takut untuk tidak bertemu
jodoh lagi kalau terlepas En Ali kerana negara kita belum berperang
lagi, men are still available.

Buat apa berperahu kehulu kalau dah tahu kat sana banyak buaya (mana
peribahasa aku ambik ntah), pergilah kehilir sebab kat sana kan dah
tahu banyak udang.



--- Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 

> Assalamualaikum wbt.
> 
> Pendapat orang yang bijaksana mengatakan "Cinta itu buta, pekak dan
> bisu". Ini
> disebabkan kerapkali orang yang sedang dilamun cinta akan
> "membutakan" matanya
> terhadap orang yang dicintainya. Baginya orang yang dicintainya
> itulah yang
> "tercantik", "terindah", "terbaik". Jika telahannya betul tak apa
> juga. Tetapi
> kadang- kadang memang tidak seperti yang dimimpikannya itu.
> 
> Apa jua yang orang lain kata dan beri nasihat agar dia berfikir
> dengan tenang dan
> mengambil keputusan dengan terancang dan baik, selalunya ditolak
> mentah-mentah.
> Telinganya telah "pekak". Sudah tidak peduli nasihat dan mengambil
> kira pendapat
> dan pandangan orang lain.
> 
> Mulutnya akan membisu jika diminta komen daripada orang lain mengenai
> orang yang
> dicintainya. Sekalipun yang meminta itu adalah ibu atau bapanya.
> Kalau adik
> beradiknya, siang-siang lagi dia akan tolak tepi pandangan mereka.
> Langsung tidak
> diterimanya. Seperti kata pepatah masuk telinga kiri - keluar telinga
> kiri...
> 
> Itulah yang selalu dan kerapkali berlaku kepada anak muda yang
> tergila-gilakan
> kekasihnya. Tetapi kadang-kadang kita pun naik hairan, sindrom ini
> juga
> menjangkiti orang yang sudah jadi anak dewasa dan anak tua.... Sampai
> lupa anak
> bini atau laki ...
> 
> Pepatah ada mengatakan .... ikutkan cinta , buta : ikutkan nafsu ,
> lesu dan
> ikutkan rasa , binasa. Terlajak perahu boleh ditunda, terlajak kata
> buruk
> padahnya.
> 
> Berhati-hatilah dengan kata-kata dan perasaan. Seberat-berat mata
> memandang berat
> lagi bahu yang memikul. Janganlah terdorongkan hati sampai mencintai
> sesaorang.
> Cinta hanyalah untuk Allah, dan berkasih sayanglah sesama manusia.
> Jika mahu juga
> mencintai manusia, cintailah kerana Allah..
> 
> 
> Allah jua yang lebih mengetahui..
> Wassalamualaikum wbt.
>  > > >mohd adam wrote:
> > > >
> > > > > Assalamu'alaikum Warga Hizbi,
> > > > >
> > > > > Di sini saya inginkan pandangan dari netters sekelian bagi
> menyelesaikan
> > > > > satu masalah yang sedang di hadapi oleh salah seorang dari
> kawan saya .
> > > > > Beliau telah menge-mailkan kepada saya masalah beliau dan
> saya ingin
> > > > > memohon kerjasama netters untuk sama-sama kita cuba berikan
> pandangan
> > > >yang
> > > > > terbaik bagi menyelesaikan masalah beliau. Saya namakan
> pengirim
> > > >tersebut
> > > > > sebagai Cik Amira
> > > > >
> > > > > Masalahnya begini,
> > > > >
> > > > > Cik Amira telah berkenalan dengan seorang lelaki , saya
> namakan sebagai
> > > >En.
> > > > > Ali yang berumur 33 tahun dan telah berumahtangga. Isterinya
> pula saya
> > > > > namakan sebagai Puan Latifah dan beliau berumur 35 tahun
> iaitu 10 tahun
> > > > > bezanya dengan umur Cik Amira. Masalah sekarang, perkahwinan
> En. Ali dan
> > > > > Puan Latifah mempunyai
> > > > > masalah kerana mereka tidak mempunyai cahaya mata. Dari apa
> yang
> > > >diketahui,
> > > > > Puan Latifah tidak dapat memberikan cahaya mata kerana
> mempunyai masalah
> > > > > peranakan, manakala En. Ali pula teramat inginkan anak, sudah
> puas
> > > >mereka
> > > > > berikhtiar tapi belum dapat hasilnya. Sekarang En. Ali dan
> Cik Amira
> > > >telah
> > > > > berkenalan dengan dan  berjanji akan mendirikan rumahtangga,
> tapi En.
> > > >ALi
> > > > > tidak sampai hati  untuk memberitahu isterinya. Padahal
> sekarang
> > > >isterinya
> > > > > sudah pun tahu akan hubungan En. Ali dan Cik Amira. Apa yang
> nyata Cik
> > > >Amira
> > > > >   telah dituduh merosakkan rumahtangga En. Ali dan isterinya.
> > > >Sememangnya
> > > > > sekarang Cik Amira dan En. Ali amat
> > > > > menyintai antara satu sama lain. Cik Amira sebenarnya kasihan
> kepada
> > > >Puan
> > > > > Latifah tetapi beliau juga menyintai En. Ali dan beliau tidak
> tahu apa
> > > >yang
> > > > > harus mereka (En. Ali dan Cik Amira) lakukan. Hubungan En.
> Ali dan Cik
> > > >Amira
> > > > > juga telah diketahui oleh ketiga-tiga keluarga mereka, tetapi
>  mereka
> > > >hanya
> > > > > mendiamkan diri sahaja.
> > > > > Baru-baru ini En. Ali dan Cik Amira telah bercadang untuk
> kahwin
> > > >diseberang.
> > > > > Tapi bila difikirkan semula mereka takut nanti bermacam
> masalah akan
> > > >timbul.
> > > > > Mereka fikir sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku
> lebih baik
> > > >mereka
> > > > > berdua halalkan dahulu apa yang
> > > > > haram. Cik Amira juga tidak mahu membelakangi orang tuanya.
> > > > > Sekarang ni mereka  tidak tahu bagaimana untuk berterus
> terang kepada
> > > >Puan
> > > > > Latifah supaya merestui hubungan mereka. Cik Amira juga
> pernah
> > > >menghubungi
> > > > > Puan Latifah tetapi belum sempat beliau bercerita (cuma
> memperkenalkan
> > > >diri)
> > > > > beliau terus dimaki hamun oleh Puan Latifah dan adiknya. Cik
> Amira dan
> > > >En.
> > > > > Ali ingin menyelesaikannya secara baik tapi pihak Puan
> Latifah tidak
> > > >mahu
> > > > > mendengar alasan merekai...Apa yang ditakuti mereka berdua
> adalah takut
> > > > > mereka tidak dapat mengawal perasaan masing-masing. Setakat
> ini mereka
> > > >masih
> > > > > lagi mampu untuk bersabar tapi sampai bila?
> > > > >
> > > > > Jadi saya harapkan netters yang bijak pandai dapat memberikan
> pandangan
> > > >yang
> > > > > ikhlas bagi menyelesaikan masalah sahabat kita ni...
> > > > >
> > > > > Terima kasih

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke