*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1/3/2000 - Parlimen

Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru]:
minta Menteri Kewangan menyatakan sudahkah  jet rasmi-M 4801 yang ditempah dari
Syarikat Global Express dari Kanada diterima oleh kerajaan dan berapakah harga
sebenar jet itu termasuk harga pengubahsuaiannya sekali.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh]:
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Malaysia telah menerima dengan rasminya jet eksekutif
jenis Global Express atauppun GE daripada Syarikat Bombadier Incorporated, Kanada
pada 9 Disember 1999.  Harga pesawat tersebut termasuk kos pengubahsuaian ialah
USD40,000,376.

uan Ronald Kiandee:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.  Saya menyambut baik usaha
kerajaan untuk membeli jet rasmi untuk kegunaan kerajaan ini.  Namun saya ingin
tahu dari Menteri Kewangan, sama ada apakah latar belakang pembelian kapal terbang
ini dan adakah tender terbuka telah dijalankan sebelum ianya dibeli.  Sekian.


Dato’ Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh:
Untuk makluman Yang Berhormat, latar belakang pembelian kapal terbang ini
bermulanya daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen ini.  Pada ketika itu
kebanyakan jentera-jentera ataupun kapal terbang TUDM itu yang telah kita beli
telah banyak jatuh dan mengorbankan banyak nyawa dan hasil daripada itu dalam 10
tahun terakhir,  TUDM telah kehilangan sebanyak 29 juruterbang akibat kemalangan
pesawat dan punca-punca kemalangan yang dikenalpasti ialah seperti kerosakan
teknikal, masalah cuaca, masalah teknik dan masalah juruterbang sendiri.

Saya ingat pada masa itu, Yang Berhormat bagi Larut pada masa itu dan juga Yang
Berhormat bagi Yan, telah memperkatakan bahawa masalah ini perlu diatasi.  Yang
Berhormat bagi Larut pada ketika itu  menyatakan bahawa insiden ini, apa yang
dikatakan pesawat-pesawat TUDM adalah flying coffins ataupun keranda terbang.
Perkara yang mencemaskan pada ketika itu pernah berlaku ialah apabila helikopter
Nuri, buatan Indonesia yang digelar PUMA, telah jatuh dan meragut nyawa pilot dan
pramugarinya sekali di Sungai Petani, tatkala dalam perjalanan untuk mengambil
bekas Timbalan Perdana Menteri, kapal terbang lain telah dihantar dan kapal terbang
itu juga mengalami kerosakan dan akhirnya kapal terbang yang ketiga telah selamat
membawa bekas Timbalan Perdana Menteri balik dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Jadi, dengan insiden itu, ramai orang telah menyatakan bahawa kita bukan sahaja
hendak melihat kapal terbang TUDM tetapi  juga hendak melihat pembesar-pembesar
kita, Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri supaya dapat selamat menaiki
kapal terbang.  Dan oleh kerana itu telah dibincangkan di Parlimen dan telah dibawa
ke kabinet dan kabinet  telah pun meluluskan bersama dengan EPU, Jabatan Perdana
Menteri supaya dapat satu kapal terbang yang baru diluluskan untuk kegunaan
pembesar-pembesar negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, keputusan kerajaan untuk membeli pesawat-pesawat
Global Express ini dibuat setelah mengkaji berapa jenis pesawat eksekutif lain dan
pesawat-pesawat yang dicadangkan oleh syarikat-syarikat pembuatnya ialah seperti
Felcon 900 EX, buatan Felcon Jet Cops. dari Perancis, G4 HP buatan Aerospace  Cops.
dari Amerika Syarikat dan Global Express buatan Bombadier.  Saya ingat dulu masa
saya menerangkan pembelian kapal terbang ini, saya telah pun membacakan
prospektusnya  dan telah pun diberikan kepada Yang Berhormat bagi Kepong.

Setelah membuat kajian terperinci tentang keupayaan ketiga-tiga jenis pesawat yang
telah dicadangkan, kerajaan mengambil keputusan untuk membeli pesawat jenis Global
Express dari Kanada yang memenuhi spesifikasi utama iaitu mampu terbang sejauh
6,500 batu notika tanpa henti  daripada membawa had muatan seberat 1,600 paun  atau
membawa 4 anak kapal serta 8 penumpang.  Spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan
ini akan membolehkan pesawat tersebut terbang tanpa berhenti daripada Kuala Lumpur
ke London atau dari Tokyo ke New York.  Terima kasih.


Tuan Ramli bin Ibrahim:
Saya terima kasihlah atas penjelasan Timbalan Menteri Kewangan.  Cuma saya hendak
tahu mengikut pendapat kerajaan, dengan harga sebanyak ini, apakah kerajaan
berpendapat bahawa terlalu mewah bagi kerajaan Malaysia.


Dato’ Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh:
Selalunya apa yang kita katakan, kita mementingkan nyawa, dan kita mementingkan
bahawa pembesar-pembesar kita, Agong, terutamanya Agong sekarang ini daripada
Selangor, saya sayangkan Agong saya dan juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri [Ketawa] akan di bawa dengan lebih selamat, jadi, maknanya nyawa lebih
penting daripada harga.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aimi Diyana" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke