MENTAKAB, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata penyebaran gambar Menteri Besar
Pahang Datuk Seri Adnan Yakob sedang membuat isyarat tangan lucah oleh
Pas tidak akan menjejaskan peluang Barisan nasional dalam pilihan raya
kecil Sanggang 1 April ini.
Katanya Adnan bertindak demikian dalam keadaan beliau
dimaki-hamun dan diusik begitu keterlaluan oleh penyokong-penyokong
Pas yang agresif.
Abdullah
berkata beliau sendiri tidak melihat Adnan membuat isyarat itu tetapi
apabila mendengar mengenainya beliau bersimpati dengan
Adnan.
"Saya tak
hairanlah kenapa dia melakukan sesuatu sebagaimana dia telah lakukan,"
katanya kepada pemberita selepas berceramah di kampung Desa Murni,
Kerdau dekat sini malam tadi.
Katanya
perbuatan itu yang berupakan tindak balas Adnan terhadap isyarat lucah
yang serupa oleh penyokong Pas sebelum itu bukanlah sesuatu yang boleh
mempengaruhi pen! ! gundi.
Ini kerana ada
lebih banyak isu yang lebih besar daripada itu yang perlu diberikan
perhatian.
Pas hari ini
telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan Adnan sedang membuat
isyarat tangan lucah ditujukan kepada penyokong Pas semasa penamaan
calon untuk pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh Selasa
lepas.
Gambar-gambar
itu dikatakan telah diedar pagi semalam melalui
Internet.
Sementara itu,
Adnan ketika memberi penjelasan berkata beliau membuat isyarat lucah
itu dalam keadaan apa yang orang anggap "provokasi yang
tiba-tiba".
"Saya balas
balik sebab cara menangani orang yang kurang ajar ialah dengan kurang
ajar juga," katanya.
Katanya beliau
sendiri akan melihat gambar-gambar itu dari Internet untuk dibuat
salinan bagi diedarkan kepada orang kampung semasa memberi penjelasan
mengenai kempen kasar Pas terhadap BN yang memaksa beliau bertindak
demikian.
Beliau yang
diberi tepukan oleh Abdullah, Menteri Penerangan ! ! Tan Sri Khalil
Yaakob dan orang ramai selepas membuat penjelasan itu berkata " kita
kena tengok keadaan bagaimana gambar itu jadi
begitu."
Menurutnya
para penyokong Pas yang termasuk penyokong DAP dan parti Keadilan
Nasional yang berhimpun di luar dewan penamaan calon telah
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad dan mencerca BN dengan kata-kata "mampus Barisan" dan
"hancur Barisan" serta "Adnan Samseng".
"Pada mulanya
saya diam dan masih senyum kepada mereka sehinggalah seorang daripada
penyokong Pas itu menunjukkan isyarat lucah kepada saya,"
tambahnya.
--BERNAMA