*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Good point!
Betul jugak ye...
Selambe je dia, macam dah jadi kebiasaan tabiat dia je!
-----Original Message-----
From: rizal [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, 24 March, 2000 9:53 AM
To: Mohd Nawawi Ismail; counterbalance
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Isyarat tangan lucah oleh adnan tak jejas peluang BN,
kata Pak Lah
Saya tengok video tu nampak Adnan ni tak marah pun, dia buat isyarat tu
sambil ketawa saja. BEgitu juga dengan orang-orang yang ada sekelilingnya.
----- Original Message -----
From: Mohd Nawawi <mailto:[EMAIL PROTECTED]> Ismail
To: counterbalance <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Cc: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, March 23, 2000 4:40 PM
Subject: Re: H-Net* Isyarat tangan lucah oleh adnan tak jejas peluang BN,
kata Pak Lah
Kalau betul cerita mereka nie , macam Rahim No jugaklah , kena "provoke"
langsung jadi cam tu ..Tak kan "pemimpin" kena provoke jadi lagu tu ..kalau
dah samseng tu samseng jugak ...
counterbalance wrote:
ISYARAT TANGAN LUCAH OLEH ADNAN TAK JEJAS PELUANG BN, KATA PAK LAH
MENTAKAB, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berkata penyebaran gambar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan
Yakob sedang membuat isyarat tangan lucah oleh Pas tidak akan menjejaskan
peluang Barisan nasional dalam pilihan raya kecil Sanggang 1 April ini.
Katanya Adnan bertindak demikian dalam keadaan beliau dimaki-hamun dan
diusik begitu keterlaluan oleh penyokong-penyokong Pas yang agresif.
Abdullah berkata beliau sendiri tidak melihat Adnan membuat isyarat itu
tetapi apabila mendengar mengenainya beliau bersimpati dengan Adnan.
"Saya tak hairanlah kenapa dia melakukan sesuatu sebagaimana dia telah
lakukan," katanya kepada pemberita selepas berceramah di kampung Desa Murni,
Kerdau dekat sini malam tadi.
Katanya perbuatan itu yang berupakan tindak balas Adnan terhadap isyarat
lucah yang serupa oleh penyokong Pas sebelum itu bukanlah sesuatu yang boleh
mempengaruhi pen! ! gundi.
Ini kerana ada lebih banyak isu yang lebih besar daripada itu yang perlu
diberikan perhatian.
Pas hari ini telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan Adnan sedang
membuat isyarat tangan lucah ditujukan kepada penyokong Pas semasa penamaan
calon untuk pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh Selasa lepas.
Gambar-gambar itu dikatakan telah diedar pagi semalam melalui Internet.
Sementara itu, Adnan ketika memberi penjelasan berkata beliau membuat
isyarat lucah itu dalam keadaan apa yang orang anggap "provokasi yang
tiba-tiba".
"Saya balas balik sebab cara menangani orang yang kurang ajar ialah dengan
kurang ajar juga," katanya.
Katanya beliau sendiri akan melihat gambar-gambar itu dari Internet untuk
dibuat salinan bagi diedarkan kepada orang kampung semasa memberi penjelasan
mengenai kempen kasar Pas terhadap BN yang memaksa beliau bertindak
demikian.
Beliau yang diberi tepukan oleh Abdullah, Menteri Penerangan ! ! Tan Sri
Khalil Yaakob dan orang ramai selepas membuat penjelasan itu berkata " kita
kena tengok keadaan bagaimana gambar itu jadi begitu."
Menurutnya para penyokong Pas yang termasuk penyokong DAP dan parti Keadilan
Nasional yang berhimpun di luar dewan penamaan calon telah mengeluarkan
kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan
mencerca BN dengan kata-kata "mampus Barisan" dan "hancur Barisan" serta
"Adnan Samseng".
"Pada mulanya saya diam dan masih senyum kepada mereka sehinggalah seorang
daripada penyokong Pas itu menunjukkan isyarat lucah kepada saya,"
tambahnya.
--BERNAMA
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
_____
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger <http://im.yahoo.com/> .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>