SENARAI NAMA KAKITANGAN DISERAHKAN KEPADA PENGERUSI BCB

 

MELAKA, 24 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan telah menyerahkan kepada pengerusi Bank Bumiputra-Commerce (BCB) Datuk Mohd Noor Yusof nama kakitangan cawanganbank itu di Melaka yang terlibat dengan parti pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

Beliau berkata senarai itu melibatkan lima orang kakitangan bank berkenaan terdiri seorang penolong pengurus, seorang pegawai dan tiga orang kerani yang dikenal pasti bertindak berkempen dan menghasut pelanggan ketika bertugas.

Menurutnya, pertemuan yang diadakan di Kuala Lumpur tiga hari lepas turut membincangkan tindakan kerajaan negeri dan agensinya Perbadanan Air Melaka (PAM) mengeluarkan baki wang simpanan tetap di bank berkenaan.

"PAM tetap akan mengeluarkan baki daripada akaun simpanan tetapnya berjumlah RM17 juta apabila matang kelak. Tindakan ini wajar memandangkan pihak pengurusan bank berkenaan tidak menghormati pelanggan! nya," katanyakepada pemberita selepas melawat bangunan baru Umno Melaka di Jalan Hang Tuah di sini.

Mohd Ali kesal dengan kenyataan BCB bahawa pengurusan bank berkenaan di Melaka bimbang untuk mengenakan tindakan terhadap kakitangannya yang terbabit.

"Saya diberitahu, pengurus cawangan BCB di negeri ini takut akan dikenakan tindakan oleh Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) jika mengambil tindakan terhadap kakitangannya.

"Nampaknya pengerusi dan pengurus besar bank berkenaan tidak tahu apa yang berlaku di bank masing-masing dan saya terpaksa menyerahkan senarai nama itu kepada mereka," katanya.

Mohd Ali berkata PAM akan juga mengeluarkan baki simpanan akaun tetapnya berjumlah RM3 juta di Bank Islam Berhad, satu lagi bank yang didakwa mempunyai kakitangan di Melaka yang memburuk-burukkan kerajaan.

Beliau juga berkata Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Ahmad Tajuddin dalam pertemuan dengannya, berjanji akan mengenakan tindakan terhadap k! akitangannya di Melaka yang terbabit dengan kegiatan memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri.

Mohd Ali juga berkata 24 kontraktor, 14 doktor panel, dua firma guaman dan sebuah syarikat penilai harta telah disenarai hitamkan kerana didapati terlibat dengan parti pembangkang termasuk berkempen dan mengeluarkan sumbangan ketika pilihan raya umum tahun lepas. -- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke