WAWANCARA WARTAWAN HARAKAH, HASHIM ABDULLAH BERSAMA KETUA PEMBANGKANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG, YB USTAZ IDRIS OMAR MENGENAI MISI PAS PADA PILIHANRAYA KECIL DUN SANGGANG 1 APRIL AKAN DATANG.

Soalan: Bolehkan Ustaz jelaskan missi PAS kepada pengundi Sanggang perlunya mereka mengundi PAS sedangkan dalam masa yang mno/BN berkempen bahawa apa-apa keputusan pilihanraya tidak mengubah pemerintahan BN yang sedia ada.

Ustaz Idris: Kita sedang berusaha untuk menguatkan suara pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pahang dari lapan yang sedia ada kepada sembilan kerana dalam dewan ini kita nak pelbagaikan profesion.

Maknanya di sini ada ulama ada peguam, peguam ini kita dah ada seorang perlu ditambah lagi kerana apa juga pandangan-pandangan mengenai undang-undang dapat disuarakan kepada dewan oleh ahlinya betul.

Mungkin kalau orang lain dia (BN) boleh bicarakan pendapat undang- undang tetapi tidak sama dengan pendapat yang dilahirkan ahli undang- undang, lebih- lebih lagi ahli undang-undang yang sangat berpengalaman saperti Dato' Hishamuddin Yahaya.

Kita kini sudah ada orang yang berpengalaman dalam politik jadi dengan itu kita berkerjasama jalinan maklumat mengukuhkan lagi suara kita di dewan untuk membuat persiapan bagi menawan negeri Pahang 2004, Insyaallah.

Soalan: Keputusan pilihanraya Sanggang nanti sudah tentu mempengaruhi misi PAS tawan negeri, dalam masa yang sama Umno/BN juga mempunyai misi untuk meletakkan keyakinan rakyat kembali.

Ustaz Idris: Kita sedang berusaha mendapat kepercayaan penuh rakyat Pahang terutamanya melalaui saluran pegawai- pegawai tinggi kerajaan. Mereka itu mengikuti perbincangan kita di dewan sedangkan Umno/BN sedang mengalami proses menurun melalui tindakan mereka sendiri.

Soalan: Selepas pilihanraya umum lalu kita dapati banyak tindakan- tindakan yang dilakukan pemerintah Umno/BN yang menekan dan menindas rakyat terutama apabila mereka mengubah prosedur pengagihan borang Yayasan Pahang (YP) yang secara jelas bertujuan menjaga kepentingan ahli Umno berbanding memelihara hak seluruh rakyat.

Ustaz Idris: Yang pertama disini kita ingin menyedarkan wakil-wakil rakyat BN kerana beberapa minggu sahaja kita menjadi Adun kita telah pergi kekampung-kampung untuk melihat sendiri kemajuan dan keperluan dan masalah orang kampung.

Dengan keperihatinan kita itu telah diketahui oleh wakil rakyat BN dan mereka merasakan mereka selama ini telah cuai dalam menjalankan tugas dan berikutan dengan itu Menteri Besar membuat arahan kepada wakil rakyat BN hendaklah turun padang melihat sendiri kehidupan rakyat.

Walau pun kita tidak mengajak wakil rakyat BN berbuat demikian tetapi tak secara langsung menyedarkan mereka bahawa mereka selama ini cuai dalam tanggungjawab.

Kedua, pengagihan biasiswa YP sebagaimana yang kita tahu Timbalan Menteri Besar telah menyatakan dalam satu ucapannya di Maran bahawa prosedur mendapat YP dengan cara baru iaitu hendaklan borang itu diambil dari wakil rakyat BN dan juga disahkan olek wakil BN sahaja.

Di dalam penjelasan yang diberi oleh TMB itu tujuannya supaya memberi kesempatan kepada anak-anak orang Umno mendapat biasiswa kerana selama ini anak-anak orang parti pembangkang juga mendapat biasiswa.

Tindakan yang dilakukan ini bertentangan dengan perlembagaan negara kita, bercanggah dengan apa yang disebut dalam artikal 8 (1) dan 12 (2)perlembagaan.

Dalam artikel itu dinyatakan bahawa setiap rakyat yang warga negara mendapat faedah biasiswa tanpa ada penekanan daripada pihak-pihakmyang tertentu, dalam masa yang sama BN bukan saja tidak mengikut perlembagaan tetapi juga boleh memecah belahkan umat Islam.

Soalan: Bagaimana dengan penangguhan kuliah, tidakkan ia memberi kesan besar kepada pengembangan kefahaman Islam di negeri ini, apakah tindakan ini tidak salah dari aspek agama.

Ustaz Idris: mengenai penanguhan kuliah masjid itu bertentangan dengan kehendak Al Quran kerana Al Quran menjelaskan bahawa tidak wajar sesiapa menghalang orang untuk mendapatkan pelajaran dalam masjid.

Perbuatan menghalang orang mengajar dalam masjid itu sangat besar kesannya dan kalau kita lihat zaman penjajah pun tidak bertindak sebagaimana yang dilakukan kerajaan Umno/BN pada hari ini.

Kalau kita andaikan satu jam dihentikan kuliah masjid berapa ratus masjid seluruh Pahang ini pihak berwajib bertanggung jawab dihadapan Allah S.w.t.

Saya juga yakin bahawa pihak kerajaan negeri sebelum membuat arahan ini tidak merujukkan pada ulama mereka yang sepatutnya mereka akan rujuk (Majlis Syariah Pahang) supaya mereka boleh memberi pandangan yang jelas boleh diambil panduan untuk mereka bertindak.

Ternyata dari dua perkara ini (prosedur pengagihan YP dan penanguhan kuliah) kerajaan Pahang tidak mengikut Al Quran dan tidak mengikut perlembagaan, rakyat tidak boleh berikan sokongan kerana boleh menyebabkan huru raka kepada negeri.

Soalan: Terdapat kempen oleh BN kononnya PAS bukan memperjuangkan Islam dan kepimpinan ulama kerana meletakkan calon bukan dari kalangan bukan ulama, bagaimana penjelasan ustaz.

Ustaz Idris: pimpinan ulama sebenarnya bukan kesemua ulama jadi wakil rakyat tetapi tindakan kita atas arahan ulama dan panduan ulama. Kita (PAS) ada Majlis Syura Ulama itulah yang membuat polisi yang berkait dengan Islam.

Walaubagaimana pun kita perlu kepada profesion yang lain, kita perlu kepada ulama kita perlu kepada peguam, kita perlu kepada orang yang mempunyai latar belakang pendidik dan berbagai.

Kalau pun kita letakkan seorang ustaz yang tidak mempunyai kedudukan (tak lulus) lebih baik kita calonkan seorang mempunyai profesion yang kita boleh manafaatkan, lebih-lebih lagi kita banyak ulama yang dapat memberi peranan dan sumbangan dalam dewan.

Dalam kepimpinan ulama, apabila seseorang dipilih maka dia tertakluk kepada dasar dan kepimpinan ulama, cuma orang tidak faham, jadi soal calon PAS bukan ulama tak timbul.

Kalau kita letakkan sebagaimana BN calon ustaz yang tidak mempunyai kewibawaan bahkan tidak mempunyai kelulusan maka itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada Islam.

Jika itu berlaku akan memudahkan lagi pihak pemerintah kerajaan negeri memutar belitkan kerana ustaz yang ada tidak melahirkan sikap keilmuannya yang sebenar.

Kita (PAS) dengan pengalaman dan keilmuan yang ada tidak menjadi masalah kepada kita berhadapan dengan ustaz yang kelulusannya pun masih kabur. Apabila dibandingkan dengan seorang peguam yang berkelibar dan kewibawaan yang cukup akan dapat memberikan khidmat yang baik kepada masyarakat.

Soalan: Kita melihat sekarang perlu sangat Dun Pahang diperkuatkan dengan suara Islam sebagai check and balance terhadap tindak tanduk pentadbiran negeri yang adil, berketelusan, berwibawa dan bermoral, bagaimana itu boleh dilakukan.

Ustaz Idris: Kita rasakan memangkan perlu kepada seorang undang-undang yang berpengalaman menambahkan kepada orang yang sedia ada undang- undang.

Sekarang kita ada satu (Adun Kuala Pahang), Insyaallah dengan seorang lagi maka kepercayaan masyarakat lebih kuat dan kita pun nak melahirkan seorang yang arif tentang undang-unadang negeri Pahang maka sudah tentulah pendapat itu lebih matang.

Mengenai hukum syarak kita dah cukup dengan anggota dalam dewan yang ada kerana dalam perkara-perkara yang berbangkit ada kawan untuk berbincang.

Soalan: Pemerintahan Umno/Bn nampaknya ketandusan moral. Perkara ini dapat dibuktikan apabila berlaku suatau peristiwa yang amat menjijik (aksi lucah) oleh Menteri Besar Pahang sendiri pada hari penamaan calon tempoh hari, bagaimana komen ustaz.

Ustaz Idris : Sebenarnya Islam ini sebagaimana yang di tonjolkan oleh Baginda Rasullah s.a.w iaitu dalam seruan dakwahnya menitik beratkan soal akhlak yang baik.

Dengan akhlak itulah baginda dapat kepercayaan ummah, kepercayaan orang bukan Islam terhadap Islam yang boleh memaut hati mereka kepada Islam sebab itu kita dapat tawan Kelantan dan Terengganu.

Ada pun Umno/BN tidak jujur dengan Islam maka mereka berpura-pura hendak melaksanakan Islam sebab itu ternyatakan apabila Umno menyatakan Islam kepada bukan Islam menambah takut orang bukan Islam kepada Islam.

Kini, kita dapati parti-parti kompenan BN yang terdiri MCA dan MIC duduk dalam dewan mengecil dan merendahkan Islam dengan ajaran yang disampaikan Umno kepada mereka.

Peristiwa yang dilakukan Menteri Besar (isyarat lucah) kepada penyokong BA di pusat penamaan calon tempoh hari amat menjijikkan dan memalukan umat Islam dan juga bukan Islam, ini bukan dari ajaran Islam.

Tidak sewajarnya perkara itu berlaku lebih-lebih lagi disaat kita nak memilih pemimpin. Kalau kita berpeggang pada demokrasi tentulah kita tidak marah kepada pembangkang kerana itu hak mereka menyuarakan pendapat mereka.

Sebagai pemimpin utama dalam pentadbir negeri Pahang sudah tentu menjatuhkan imej bukan sahaja Menteri Besar tetapi imej pemimpin negeri Pahang.

Tetapi, pemimpin Umno macam ini lahir dari ajaran Islam ala Umno yang pada kesudahannya tidak memiliki akhlak yang mulia, kita amat malu, bukan orang PAS sahaja patut malu tetapi juga orang Umno patut malu.

Soalan: Satu lagi kempen Umno/BN yang menghasut rakyat tak perlulah rakyat memilin calon PAS kerana tak mampu bawa pembangunan kepada rakyat.

Ustaz Idris: Pembangunan kita bawa bukanlah pembangunan sebagaimna yang diutarakan Umno/BN. Kita ada pembangunan rohani dan pembangunan jasmani.

Umno lupa bahawa pembangunan rohani lebih penting dari pembangunan jasmani kerana kalau kita dapat bangunkan rohani seseorang dengan sendirinya pembangunan jasmani dapat dibaiki.

Kita tidak dapat membangun dengan keadaan kita membangkang tetapi dengan hasrat untuk menjadikan negeri Pahang sebagai negeri yang ketiga untuk kita tawan selepas Kelantan dan Terengganu, pada ketika itu kita membangun dengan lebih baik lagi dengan apa yang ada.

Kalau kita tengok Kelantan dan terengganu bangun dengan Islam kita akan dapat selamatkan wang kerajaan, wang negeri untuk manafaat rakyat.

Ada pun jika ada tuduhan kita tak membangun dalam situasi sekarang kerana ia diakibatkan oleh kezaliman oleh pihak kerajaan yang ada. Apabila saja dimenangi oleh altenatif mereka menyekat sebarang pembangunan ini bukan berdasarkan kemenangan.

Penekanan seperti ini nampaknya semakin menyedarkan rakyat untuk bertindak keluar dari kezaliman Umno/BN itu dan menyokong perjuangan altenatif.

Dalam BN pun tak banyak kemajuan dibuat untuk rakyat yang banyaknya ialah perkara-perkara yang memewah pemimpin. Kemisikinan rakyat tidak mampu diatasai, apakala saya menang saya dapati di kawasan saya lebih dari seratus orang memerlukan bantuan, ini tak dapat diselesaikan sejak mula merdeka lagi.

Soalan: Apakah harapan dan pesanan buat pengundi Sanggang.

Ustaz Idris: Kita dapati rakyat semakin sedar, tak kira Melayu, Cina, India atau sesiap saja sudah melihat ketidak adilan, pilih kasih berlaku dalam amalan Umno/BN.

Sepanjang kempen dua hari lalu saya dapati sokongan rakyat bertambah lebih dari semasa pilihanraya umum lalu. Tak kira bangsa mereka sudah faham tak ada ruginya bersama PAS dan Islam kerana keadilan yang telah dibuktikan oleh pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke