*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
.......Sambungan.......

      Bab yang datang ia pada menyatakan hadis
membicarakan Imam bagi rakyat.
---------------------------------------------------
     Maka dikehendaki dengan Imam iaitu tiap-tiap yang
memerintah daripada raja/qadi/naib dan yang lainnya
daripada segala yang memerintah.
[ Imam disini ialah pemerintah atau umara`. ]
     Dan dikehendaki dengan rakyat iaitu orang yang di
bawah hukum yang memerintah.
[ Maksud rakyat ialah golongan yang duduk di bawah
pemerintahan seseorang. ]
     Maka setengah daripada Imam dan pemerintah itu
ada tabiatnya yang suka tidur dan bersenang diri
dengan anak isteri dan berbagai-bagai kesukaan di
dalam rumahnya.
[ Macamana penulis kitab ni boleh tau senario pemimpin
masakini,hah? Walhal Syeikh Marbawi yang tulis kitab
ni,bukan hidup zaman kita la ni; nuuuh.....beliau
tulis kitab ni 40 atau 50 tahun yang lampau.Tapi
macamana dia boleh tau? Maka sudah tentu fakta ini dia
dapat melalui hadis Nabi s.a.w..Disinilah terserlahnya
kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. junjungan kita.Memang
tepatlah apa yang dikatakan oleh Nabi s.a.w. 1400
tahun yang lalu; pemimpin yang dok ada la ni,depa kira
nak buat rumah saja kerjanya. ]  
     Dijaganya ia akan pintu dengan satu orang,jangan
siapa-siapa masuk mengadukan halnya samada fakir atau
kaya atau sebagainya.Ini adalah Imam yang zalim.  
[ Memang tepat sekali apa yang ditulis oleh penulis
kitab ini.Memang berlambak pemimpin-pemimpin yang dok
ada la ni,dia kira dia saja.Rakyat nak jadi apa ka;
kelam kabut hang pukoi aku,aku godam hang ka; ambik
cota katok perut sampai lebam ka; katok dengan cota
atas kepala sampai pecah kepala,kemudian jahit pulak
tak tentu hala; rakyat nak jadi apa ka,dia kira dia
saja,tarak nak ambik tau langsung; mampuih pi/tolonji
pi/pelingkup pi kat hangpa; aku kira RM200J punya
mahligai,aku nak pi duduk.Lagu ni punya dok jadi la ni
tuan-tuan.Apa cerita ni? Jadi kacau haru hara
tuan-tuan.   
 Kemudian selepas tu pulak dengaq kata kat sebuah
masjid tu,nak sembahyang hajat pun tak boleh; nak
berwirid pun tak boleh; nak sembahyang duha pun tak
boleh; berhimpun sikit,depa nanti mai tembak dengan
'acid water cannon'; niiiieee.....apa cerita ni?
Tapi,nuuuhh.....yang pemimpin tu kira tak mau nak
ambik tau dah.Yang dia kira,nak tidoq,nak
mentahkedarah,nak duduk baguih punya senang lenang
dalam rumah dia,saja.Kemudian pulak,dia bubuh security
depan 'main gate' dia,tok sah sapa pun dok mai nak
buat aduan kat dia; tarak dia nak dengaq punya.Sapa pi
rombongan ke PutraJaya,depa tau lah tuan-tuan.Kita
hanya boleh pi sembahyang kat masjid dia sahaja.Nak pi
mahligai dia? Sorry tuan-tuan; pasai kat pintu
dia,niee dia satu macam punya tala punya dok mai. ]  
     Dan ia hendak bersenang-senang diri dan suka-suka
di rumahnya jua.Maka pemerintah dan qadi demikian
itu,Tuhan tutup pintu rahmatNya dan tiada diberi apa
kehendaknya.
[ Maksud 'tutup pintu rahmat' ialah negara dibawah
pemerintah si zalim ni akan terus berserabut.Oleh
itu,macamana nak buka pintu rahmat ALLAH balik?
Jawapannya,kita mau tolak buang syeikh Anaconda
ni.Pasai,bukan kata pintu rahmat tak buka,malah apa
kehendak syeikh ni pun,ALLAH tak terima.Ceeeh...baru
ni depa menang pilihanraya; depa kata,"Tengok,Tuhan
maqbul permintaan kami."...Ya,kita tak nafikan; memang
Tuhan bagi kat hangpa,tapi kita nak bagi tau mai bahwa
itu bukan 'nikmat'; yang itu dinamakan 'istidraj'.Yang
dimaksudkan dengan 'istidraj' ni; ialah lagu mana kita
bawa anak kita pi shopping kompleks la.Mula-mula dia
mau video game; pasai sayangkan anak,kita
beli.Kemudian bila lalu depan kedai mainan,dia keriau
mau mainan pulak,kita bagi jugak.Lepas tu masa nak
balik,dia keriau dengan berguling-guling semua
cukup,dia mau cd gambaq Shah Rukh Khan pulak dah.Kita
kalau tak bagi,dia keriau lagi deras,malu kat orang
pulak.Mau tak mau kena beli juga,tapi dalam
hati,"Nanti sat hang,balik rumah aku nanti ajaq hang."
Begitu jugaklah dengan puak-puak karat ni; Tuhan bagi
hangpa memerintah,tapi hangpa tak buat jugak hukum
ALLAH kan,takpa!!!,"Tapi hangpa mau ingat,tak lama
lagi hangpa nak balik jumpa Aku jugakkan.Hah,time
tu,Aku nanti balun hangpa cukup-cukup."
Kemudian menurut ustaz lagi,bahwa kalau kita baca
kitab tafsir serawi syarah kepada Jallalai yang ada 4
juzuk dalam bahasa Arab,di dalamnya ada menceritakan
bahwa apabila Firaun lawan saja Nabi Musa a.s.,maka
ALLAH hantaq katak pi dera Firaun.Ada riwayat kata
'katak' dan ada riwayat lain kata 'darah'; tapi yang
masyhurnya kata 'katak'.Seluruh rezki yang ALLAH bagi
kat Firaun,ditukarkan dalam bentuk 'katak'.Masa dia
punya chief cooker masak,semuanya elok; tapi masa dia
nak makan saja,dia nampak makanan tu lagu mana katak
dok lompat.SubhanALLAH...Begitulah juga halnya berlaku
la ni di sebuah mahligai di negeri antah berantah.Tapi
mahligai ni pulak,dengaq ceritanya menghadapi masalah
dengan tikus.Tuan-tuan boleh percaya ka; dalam kotak
lampu panjang tu,tikus boleh pi beranak pinak dalam
tu? ALLAHUAKBAR...Nak tanya sat kat tuan-tuan; kalau
ikut logik akai la,tikus tu masuk kot mana tuan-tuan?
Dalam kotak lampu tu,dia boleh kena karan short ketaq
mampuih rentong lagu tu saja.Tapi dia boleh pi beranak
pinak dalam kotak tu; tak ajaib ka tuan-tuan? Kalau
David Copperfield tengok pun,dia nanti ternganga
dengan kebolehan tikus tu,"Hai sempoi betoi tikus ni;
kat mana tikus ni pi menuntut pulak ni?" Dengaq
ceritanya,dalam mahligai tu,bila kita tekan satu
button saja,maka semua lampu nanti 'ON'.Tapi hari
tu,nak jadi la cerita kot,bila syeikh tu tekan saja
satu button tu; kat sini 2 bijik saja menyala,kat sana
3 bijik menyala,lepas tu belah sana pulak 4 bijik
blow.Bukan saja terkejut tapi turrrkujut! Pasai
RM200J/- tuan-tuan,bukan RM200K punya.Kemudian dia
panggil dia punya tech pi tengok apa puncanya.Tech tu
pun boh tangga,kerabat-kerabat,kemudian bila dia bukak
saja kotak salah satu lampu yang blow
tu,"Ppprrruuuppp!" Kata luruh; apa tu? "Eeeiii! Mickey
mouse boleh dok dalam lampu?" Kalau kita boleh tanya
la tikus tu,"You,mickey mouse; you masuk kot
mana?"...Kalau ikut akai la,mana boleh
tuan-tuan.ALLAHUAKBAR,ini semua kerja ALLAH
tuan-tuan,"In nallah ha `ala khul li syai in kho dir."
Kesimpulannya,binatang tu memanglah berbeza,tapi
fitnahnya sama.Kalau dulu pasai Firaun lawan Nabi Musa
a.s.; tapi la ni ialah Syeikh Anaconda tu lawan alim
ulama.Tu kan bunyi macam sama aje kan. ]
     Datang hadis riwayat Imam At-Tirmidzi,katanya
diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang
bernama Amru bin Murrah r.a..Katanya daripada Muawiyah
bin Abi Sufyan r.a.,katanya,"Bahwa sesungguhnya aku
telah dengar Rasulillah bersabda : Tiada daripada satu
Imam mengunci pintunya atau digajinya dengan tukang
jaga pintu,dengan hakikatnya menegahkan jangan
berjumpa antaranya dengan antara segala yang mempunyai
hajat daripada apa-apa perkara yang tersebut dengan
Imam; padahal ia tak mau keluar atau tak mau
berjumpa."
[ Sejak dari dulu lagi,sudah Nabi s.a.w. bagitau kat
kita tentang jenis pemimpin lagu ni.La ni berapa
banyak dok ada pemimpin lagu ni; orang nak mengadu hal
pun tak boleh.Dia nanti kunci pintu pagar rumah dia;
hangpa punya susah,dia tarak mau dengaq.Tapi kalau dia
susah,kita pulak kena dengaq; lagu tu punya dok mai
tuan-tuan.Kira bila 5 tahun sekali mai dia punya
susah,kita pulak kena tolong dia.Lepas tu,dia nanti
bagitau,"Mampuih pi kat hangpa,aku tarak nak ambik tau
pasai hangpa." ] 
     Tidak ada demikian melainkan mengunci ALLAH akan
pintu langit,yakni tiada diterima doanya dan tiada
diturunkan rahmat ke atasnya dan tiada dipedulikan
kedhaifannya.
[ Hang sebagai orang yang diberi amanah untuk
memimpin,tapi hang buat naya kat rakyat,maka Tuhan
akan buat 'tahana' kat hang balik.Kita sebagai
manusia,memang fitrah kita tak oleh terima 'tahana'
ni.Tuan-tuan tau apa dia 'tahana' tu? Ada beberapa
golongan yang akan ALLAH buat 'tahana' kat depa di
akhirat kelak.Salah satunya ialah pemimpin lagu ni;
dan lagi satu ialah golongan yang tak
sembahyang.Pasai,golongan ni,depa buat 'tahana' kat
ALLAH di atas dunia ni.Semua orang sembahyang,tapi dia
sorang tak sembahyang,maka dia men'tahana'kan
Tuhan.Cina/hindu pun sembahyang juga,tapi cara depa
lah.Serani,lagu serani.Yahudi,lagu yahudi.Tapi bila
mai kat dia,yang dia sendiri mengaku dia sebagai orang
Islam,tapi dia tak sembahyang; maka dia men'tahana'kan
ALLAH kerana dia men'tiada'kan Tuhan dalam bentuk
rukuk/sujud/etc.Besok di hari akhirat nanti,semua
orang ALLAH nanti hisab,tapi bila mai kat dia,ALLAH
nanti buat tak tau.Dia tu dok ada tapi ALLAH buat lagu
tak dak.Nak bagi faham lagi; contohnya,bila kita 3
orang pi makan kenduri.Kita rasa macamana tuan-tuan
kalau kawan kita yang 2 orang ni baguih punya
tuanrumah dok layan; tapi kat kita ni,tuanrumah jeling
pun dak.Jadi,kita ni lagu mana tongkoi pulak.Nak salam
dengan sapa pun tak tau,kemudian tu nak celapak pi
tengok meja makan kosong pun kita tak berani; tuan
rumah buat tak tau saja,walhal dia nampak kita.Memang
la kita boleh blah lagu tu saja dan boleh kata,"Aku
pun tarak lapaq dengan nasik hang." Tapi aku mai ni
pasai hang juga yang jemput aku.Tapi bila aku mai,hang
boleh buat 'tahana' kat aku.Orang lain hang boleh
salam,kemudian bagi pulak rokok Marlboro dengan
gelak,"Kuh! Kah! Kuh! Kah!" semua cukup; tapi kat
kita,dia boleh buat tak tau.Tuan-tuan boleh bayang ka
bila tuan-tuan dilayan macam tu? Hah! besok di
akhirat,Tuhan nanti buat macam tu lah dekat orang yang
tak sembahyang.Begitu jugalah dengan pemimpin yang
buat tahana kat rakyatnya; maka segala amal ibadatnya
tidak dirahmati ALLAH.Ini adalah janji ALLAH SWT dan
sesungguhnya ALLAH tidak pernah mungkir janji.Dan
janji ALLAH Maha Benar. ]
     Maka dikunci pintu langit itu menegahkan
antaranya dengan antara hajatnya dan kehendaknya dan
kedhaifannya.Apabila mengadu ia,tiada diterima ALLAH
SWT.
[ Tuan-tuan jangan ingat orang jahat ni tak minta
tolong daripada Tuhan.Contohnya,sebelum berlakunya
Perang Badar; pagi Jumaat tu Nabi tadah tangan minta
kat ALLAH,"Ya ALLAH,kalau Engkau matikan 313 orang
Islam ni,maka Kamu akan tidak disembah
dah."...Kemudian depa ni pun iaitu yang sejahat-jahat
Abu Jahal/Abu Lahab ni pun,depa pun minta juga kat
Tuhan.Depa minta,"Ya ALLAH,hapuskanlah Muhammad yang
memutuskan hubungan kekeluargaan." 
Begitu jugalah dengan cerita antara Nabi Musa a.s.
dengan Firaun.Bila Nabi Musa berdoa supaya ALLAH
binasakan Firaun dan kroni-kroninya; Firaun pun minta
juga kat ALLAH supaya menghancurkan Nabi Musa
a.s..Tapi ALLAH tidak menerima rintihan Firaun kerana
diatas kedhaifannya. ]
     Manakala mendengar oleh Saiyyidina Muawiyah akan
sabda Nabi demikian,maka menjadilah Muawiyah akan satu
laki-laki menggantinya menghukum dan menjalankan
apa-apa dikehendaki orang,dan ia nya melihat apa-apa
maslahat umat pulak.
[ Bila Muawiyah dengar saja cerita daripada Amru bin
Murrah itu,maka beliau pun mengambil keputusan untuk
meletakkan jawatannya sebagai pemerintah.Kerana dia
takut kalau-kalau sifat-sifat yang diceritakan oleh
sahabatnya itu kena kat dia,maka dia takut segala
ibadatnya rosak berderai.Tengok tuan-tuan,hati para
sahabat ni,depa kalau takut kat Tuhan,depa nanti
betoi-betoi punya takut. ]  
     Kata Abu Isa At-Tirmidzi,"Bermula ini
hadis,gharib."

WALLAHU`ALAM.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke