*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Saya cuba mengulas tulisan sdr/sdri(?) Syazana kelmarin tetapi tak terlepas.
Mungkin ada masalah penghantaran.
Tulisan Syazana semakin emosional dan mendidihkan suasana menyebabkan
terdapat netter yang turut sama emosional. Walau bagaimanapun sama-samalah
kita beringat bahawa "Tanggungjawab kita adalah berdakwah, manakala hidayah
itu hak Allah". Perlulah kita berdakwah dengan bijaksana kerana mungkin ia
dapat menarik gulungan yang menentang. Jangan sekali-kali kita terkeluar
dari batas peribadi seorang Muslim.
Saya tertarik dengan Syazana ini bukan kerana kebenaran hujjah beliau tetapi
bagaimana hujjah tersebut diperolehi. Sehingga tertanya-tanya siapa guru
dan dimana pondok/madrasah/universiti tempat beliau menuntut. Nak kata tak
menuntut tak mungkin pula kerana beliau turut mengenengahkan alasan
saintifik. Sayang sekali beliau tidak menambahkan kepada sifat fizikal air
mutlaq fahaman beliau dengan sifat-sifat lain umpamanya: keradioaktifan
mesti sifar, saliniti mesti sifar dan juga kekonduksiannya. Akhirnya nanti
kita tak perlu mengerjakan syolat, membaca Al-Quran dll kerana sentiasa
berada dalam hadas besar. Nak takyamum mana boleh?, bukan sedikit
mikroorganisma (kuman) dalam debu (berdasarkan alasan beliau) lain lah kalau
debu tersebut dibakar dalam ketuhar(oven) terlebih dahulu. Tapi tak ke
nanti berubah sifat pula.
Saya berpendapat kedudukan pasar babi di KB adalah perkara kecil dan tidak
mencacatkan pemerintahan PAS Kelantan secara keseluruhan. Cuma bak kata
sesetengah netter, perlu dipastikan supaya ia tidak mengganggu keselesaan
masyarakat majoriti. Ini tidak terlalu susah, umpamanya dengan membataskan
pandangan ke arah dalam bangunan tersebut dan memastikan sistem pembuangan
sisa yang sempurna. Kehadirannya di KB boleh menjadi petunjuk kepada
keadilan sistem pemerintahan Islam. Oleh itu saya kurang setuju dengan
kenyataan "tidak sepatutnya sebuah ‘negeri Islam’
mempunyai pasar babi" sekiranya terdapat rakyat negeri Islam tersebut yang
belum menerima Islam dan masih makan daging babi. Sama halnya penarikan
balik larangan menternak babi di Terengganu. Warga bukan Islam keturunan
Cina khususnya berhak mendapatkan makanan yang mereka biasa makan.
Sepatutnya penternakan tersebut mencukupi untuk keperluan mereka.
Perbincangan hanya timbul sekira untuk tujuan eksport ke negeri lain.
Maksiat pula tidak mungkin dapat dihapuskan 100% selagi manusia bergelar
manusia. Ada orang kata di Mekah pun turut berlaku maksiat (Waulahhualam).
Yang penting apakah sumbangan kita dalam usaha membenteras/mengurangkan
berlakunya kejadian maksiat. Adalah bukan seorang yang beriman kalau kita
terus membiarkan kejadian maksiat berlaku berterusan tanpa kita melakukan
sesuatu untuk menghalangnya.
Saya setuju kalau Kelantan dikatakan lebih mundur (pembangunan fizikal)
berbanding negeri lain di pantai barat semenanjung. Ini adalah hakikat dan
perlu ditingkatkan lagi pembangunan tersebut. Tapi adalah pembangunan pesat
itu semestinya memberi kesejahteraan kepada rakyat?. Lihat aja Selangor,
negeri yang paling maju. Adakah kemajuan Selangor setara dengan peningkatan
taraf hidup rakyat (penduduk asal) Selangor?. Mengapa tidak dilihat pada
penduduk yang kampung mereka telah dibangunkan menjadi bandar. Apa lagi
yang tertinggal bagi mereka, tak ada. Jadi saya berdoa semuga kemajuan
pembangunan di K'tan dan T'nu adalah seiring dengan kemajuan kehidupan
rakyat jelatan. Biar perlahan asalkan perjalannya terancang, telus dan
mendatangkan keberkatan.
Wasallam
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>