*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu’alaikum,
Membaca posting sekerat dua pengirim wanita, kengkadang amat menjemukan.
Menulis hanya sebaris dua dan tiada apa-apa pengajaran atau nasihat yang
dapat diperolehi. Contoh terdekat, Sdri Nzsyazana. Tulisan sdri tak lain
tak bukan hanya untuk menyakitkan hati dan memperleceh-lecehkan pihak-piahak
tertentu terutamanya golongan ulamak. Bahasa yang sdri digunakan turut
bercelaru dan menggunakan perencah dan bahan perasa yang tidak diluluskan
seperti “Ulamak Tahi Kucing”. Sepatut dan seharusnya, sdri perlu memilih
ungkapan yang manis dan sopan jika ingin meluahkan kegundahan hati sdri.
Bahasa kita begitu kaya dengan kata dan ungkapan-ungkapan yang mudah, senang
dan manis yang telah kita pelajari dari ibonda sejak dari kecil. Mengapa
kita persia-siakan?
Begitu juga halnya dengan Yannie, sdri tidak berfikir panjang sebelum
menuturkan kata-kata. Kita kaum wanita ni, pada zahirnya dianggap lembut.
Tetapi sdri di sebaliknya. Cuba lihat beberapa penulis wanita spt Puan Sri
Ain, Datin Pabiyah (sekadar menyebut beberapa nama), tulisan mereka bernas
dan jarang menimbulkan kontroversi. (Kembang lah dia !).
Anti-Harakah, dia ni tak heranlah sebab dia fifty-fifty. Nak panggil
lelakipun boleh, pompuan pun boleh.
Satu-satunya penulis lelaki yang terikut-ikut dengan rentak dan irama mereka
di atas ialah Ghazi Ahmad. Sedih bila membaca posting sdr yang pastinya
tidak akan lebih daripada dua atau tiga baris tu. Tapi, sdr masih belum
terlambat. Jika sdr mahu belajar dan kembali ke pangkal jalan, telitilah
dengan akal dan fikiran tulisan-tulisan drp penyumbang-penymbang veteran
spt Pak Din, Pak engku, Adam, Mencelah sikit (ye ke lelaki ni?), pastinya
sdr akan dapat mempelajari sesuatu daripada mereka.
Harap maaf.
Wassalam.
MAWAR BERDURI
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>