*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya ada terbaca tapi dah terdelete tulisan mawar berduri tentang tajuk
ni.  tulisan kebanyakan neters perempuan menjemukan?  tapi ain dan
pabiyen tidak?  Auw perasan aku Ain, nko perasan tak?  Alahai kesian
kita, pertanyaan kita pada Ain tak berjawab sebab Ain sekarang ni
tengah diserang chicken pox.  Pulak tu member tengah pulun nak exam. 
Kira rezeki dialah tu, tak payah ambik cuti, dapat cuti free (MC).

Sebenarnya ramai lagi kaum wanita out there yang mampu menulis dengan
baik.  Sesiapa yang join muslimat net tahule beberapa penulis yang
mampu mengupas dengan matang dan bernas, tapi kenapa tak join hizbi
net?  Bermasalah sebenarnya hizbi net ni.  Satu sebab ramai bebeno
orang lelaki, wanita segan.  Kalau yang rajin menulis pulak, siap!  Ada
ajelah yang nak berkenalan.  Saya dulu dek kerana mati akal rasa macam
nak tulis je pada setiap akhir mail - isteri orang anak dua.  Kalau
tidak kang tiap-tiap hari terima e-mail.  Ada tu yang paling saya ingat
dan tak dapat dilupakan ialah - anda mempunyai ciri-ciri wanita idaman
saya.  Phuh, TAIK KUCING! 

Last-last saya ambik keputusan guna free mail.  Banyak dah tukar nama,
orang je yang tak perasan.  Kali ni lama sikit bertahan.  Lebih-lebih
lagi pabiyen tak pernah diganggu.  Mungkin sebab lambat bebeno orang
nak perasan pabiyen ni puan.  Entah macamana terlepas cakap masa cerita
pasal t-shirt Kristian, termengaku orang tu panggil saya kakak, baru
pecah tembelang.  Mungkin juga formula mujarab sekali ni kot.  Saya
guna imej garang sikit.  Silap cakap aku sembur je, tak kira.  Dah
nekad dah, sekali ni kalau orang dok nak menggatai lagi, aku nak
forward mail dia kat hizbi net.  Biar satu dunia tahu.  Tak tulis lagi
dah tazkirah-tazkirah, tu yang menyebabkan timbul peminat.

Dan saya tahu ramai sebenarnya penulis wanita dalam hizbi net ni, tapi
undercover - orang tak perasan dia tu pompuan.  Sekurang-kurangnya 3
nama yang mengaku ngan saya, yang saya tahu nama mereka sebenar dalam
muslimat net.  Dan mereka ni tak mudah melenting.  Bior le amirH dan
mencelah sikit nak petik suis dia orang dok menggiat pasal lady drivers
dan masakan wanita, mereka stay cool suis tak menyala, sebab tak nak
orang tahu mereka tu wanita.  (eh eh mencelah sikit ni nakal sikit ke?)

So, ladies out there, mehle join berikan pendapat dalam hizbi net ni. 
Kalau takut guna e-mail ofis, guna je free mail.  Tapi kena sabor sikit
le sebab maklumlah internet ni lambat sikit dari guna mail biasa. 
Pakailah nama yang pelik-pelik sikit sampai orang confuse.

So mawar and other male chauvenist, janganlah dok mengutuk sangat kaum
hawa ni.  tak de pompuan nko rang mati kutu tau!  pernah le saya tanya
seorang kawan(executive) yang kahwin ngan clerk.  Nasihat dia, kahwin
ngan orang yang low sikit ni nko kena sabor.  IQ dia tak setinggi IQ
kita.  Cakap dia orangpun kengkadang merapu ntah apa, tapi buat-buat
respect ajelah.  Maklumlah dia tu suami kita ni bini.  Walau macamana
bodohpun nampak perbuatan dan kata-kata dia, senyum ajelah.  Mulut tu
jaga sikit jangan sampai dia kecik ati.  Hmmmm Alhamdulillah spouse
saya not that bad, boleh dibawa berbincang walaupun ada gak saya rasa
saya lebih tahu dari dia, tapi kita ikut ajelah nasihat kawan.

So, man out there, nampak nko rang seronok dok kutuk kaum hawa, tapi
kaum hawa ni tak pernah nak ambik ati nak kutuk nko rang balik.  Untuk
menjaga keharmonian kita di hizbi net ni tak boleh ke nko rang jangan
menghina ciptaan Allah?  Nko rang kutuk orang pompuan seolah-olah nko
rang tak redha kekurangan yang Allah jadikan untuk menguji nko rang. 
Nko rang nak kutuk Syazana, habis semua ciptaan Allah lain yang benama
Hawa nko rang kutuk eh?  PAdahal kaum nko rang yang bernama Ghazi dan
Darwis dan ali dan banyak lagi pun akal cetek gak.

Sekian.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke