*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Waalaikumussalam w.b.t
>
>
> Terima kasih kerana Saudara sudi mengingatkan saya.Sebenarnya,dlm
> perbincangan saya sebelum ini, hanyalah bertujuan agar kita semua dpt berfikir
> bersama. Mana yg salah dpt kita perbetulkan, kita sesama islam haruslah saling
> ingat-mengingati, saling berpesan antara satu sama lain.Tapi ada juga yg menuduh
> sebagai orang yg pro itu, pro ini....itu terpulanglah pd saudara. Itu adalah hak
>anda..selagi masih bersuara, suarakanlah hak2 anda..tiada siapa yg menghalang!
> selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran Islam.Apakah dlm islam kita tidak
>dibenarkan melihat sebarang kekurangan, tidakkah bertambah elok, seandainya yg kurang
>kita pertambahkan, yg elok kita percomelkan lagi...kita sedia maklum, tiada
> siapa pun yg perfect didunia ini..Ya..!!! kita menyatakan sokongan tak semestinya
> kita harus " Yes..Boss". "Orait ..Sir" kita dikurniakan akal ,tiada manusiapun yg
>melarang kita berfikir...berfikir menggunakan akal fikiran kita yg waras-sewarasnya.
> Tak perlulah kita terlampau taksub pd sesiapa. Ada yg salah faham...kalaulah kita
> ini mengkritik sesuatu, tidaklah bermakna kita tidak berpihak padanya, kita berpihak
> pd yg lain dan sebagainya.Otak kita ni kecik aje kalau nak dibandingkan dgn otak
>gajah...hidung kita pun taklah mancung sangat kalau nak dibandingkan dgn hidung
>gajah.kita sebagai manusia yg dikurniakan akal...jangan terlampau sempitkan pemikiran
>kita ini. Kepada "orang itu"...Harap saudara faham apa yg saya cuba ketengahkan dan
>perbincangkan. Maafkan Hamba sekiranya tersinggung.
> "Mungkinkah berkeupayaan memiliki kereta" Saudara [EMAIL PROTECTED]
> Hamba highlightkan sikit...Suatu ketika dulu, masa tu saya kecik lagi...ditahun 70an
>dikampung sayalah, masa tu hanya sebuah rumah aje yg memiliki peti telivisyen, rumah
>kedai dan menggunakan kuasa generator.Sebab utama, tiada kuasa elektrik dan ramai yg
>tidak mampu ketika itu. TV diera 70an merupakan barang mewah..Era 80an pula, Telefon
>rumah(Telekom-PSTN) merupakan barang mewah..
> awal 90an Handphone menjadi kegunaan penting, cuba tengok sekarang...adakah benda2
>tu semuanya dianggap sebagai barang mewah? tidak lagi kan?....malah setiap rumah
>sekarang ni, ramai yg mampu memiliki komputer peribadi..begitu jugak, saya nak
>kaitkan dgn rasa pelik saudara Tiang_jawi dgn mampu memiliki kereta. Mungkin saudara
>ingat pergi berniaga dipasar menggunakan Mercedes Benz. Mungkin saudara sekarang ni
>menggunakan siri SLK, S320, takpun Trooper,
> Pajero dan yg seangkatan dgnnya. Alhamdulillah, jika saudara mampu memilikinya.
> Tapi macam saya ni yg mampu memiliki sebuah jenama Proton, adakah orang
> lain menganggap ianya sebagai kenderaaan mewah???... Anda sekelian pun pasti
>tergelak jika sekiranya, ada berita melaporkan bahawa..." sebanyak 10 buah kenderaan
>mewah disita kerana melarikannya dari dikenakan cukai...diantaranya
> 3 buah jenama Proton saga Aeroback, 4buah Iswara dan yg selebihnya adalah
> Proton Wira"....kalau pakcik2 tu menggunakan Datsun120Y,OPEL Cadet...kita
> nak letakkannya kat ranking manalah agaknya...golongan susah, golongan pertengahan,
>ataupun golongan mewah????
> Baru2 ni juga, dikawasan saya menjadi isu tentang pembahagian Zakat..
> Berapa ramai lagi sekarang ni yg kita boleh mendefinasikannya sebagai golongan
> orang2 yg fakir. Last2 sekali , Yg memiliki motor bot, ladang getah 5-6 ekar masih
> dikira layak menerima wang zakat.Asalkan "orang aku" semuanya boleh.Tentang
> saguhati pd yg cemerlang UPSR, saya fikirkan adalah lebih baik dikaji balik tentang
> pemansuhannya.Ini adalah satu penghormatan yg besar pd mereka yg berjaya, agar
> dpt lagi membakar semangat utk terus cemerlang dimasa2 yg akan datang.Kita
> fikirkanlah bersama utk anak2 bangsa kita semua.
> Pas telah berjaya memerintah Terengganu.Slogan Tahun Melawat Terengganu 97,
>Beautiful state,beautiful culture..orangnya baik.Kita kena kaji>
> macamana dgn sifat2 semulajadi orang2 Trg. Kata orang, lain padang lain belalang,>
> Kena kaji balik sebab2@faktor2 yg menyebabkan kemenangan PAS dlm pilihanraya
> yg lalu di Trg.Kalau takde pengundi yg mengundi PAS, masakan Pas boleh
>menang..Siapakah pengundi itu? Mestilah peratusan terbesarnya adalah rakyat Trg itu
>sendiri kan? Apa yg menyebabkan rakyat Trg telah bertukar arah..mestilah
> ada penyebabnya..cause and effect tu mesti ada...Ada ke kita nak bagitau orang
> yg contohnya...Ali..!! , Abu telah meningggal...Ali tanya 'Kenapa?..kita jawab
> dah sampai ajalnya...samalah jugak kalau kita berbincang sesuatu dgn seseorang.
> Last2 sekali...dia jawab, nak buat macamana...Takdir..takdir.Pas telah berjaya
> memenangi pilihanraya yg lalu di Trg..seharusnya juga berjaya memenangi hati
>rakyat2nya jika sekiranya utk terus bertapak kukuh di Trg...kalau tidak pastinya
> hujan melanda ditengahari.Budaya "ikut-mengikut" ni ada baik dan juga sebaliknya.
> orang masuk Pas kita masuk Pas, orang takbir, kita turut sama bertakbir...orang
> kat surau 5 waktu, kita kat kedai kopi...itu tak betul, ini tak betul. Orang2 yg
>macam ni lah yg rosak lagi merosakkan...bermacam2 diambil tahu, sembahyang imam tu
>tak sah, sembelih orang tu tak boleh makan...nikah tak sahlah.orang berpolitik, dia
> berpolitik...kokok berderai2, ekor bergelumang s**t...
> Kalaulah kita "berkehendakkan orang" ,kita hendaklah memberi contoh yg baik
>padanya. Kalau kita mengaku orang parti Pas, kita kenalah menjaga adab-tatasusila
>kita, baik perbuatan maupun percakapan kita.Dlm mailing ni pun, macamlah percakapan
>kita juga. Jagalah adab kita..pd yg sedang bercakaran dlm ni, harap dpt hentikan. Tak
>gunanya drp terus berterusan lagi. Teringat saya pd siri2 ceramah Us. Ismail kamus yg
>lalu...katanya..Lepas ceramah ni " Kalau tikar bawak balik,surat khabar pun bawak
>balik...jangan nanti orang kata orang Pas tak reti bahasa. forget and forgive, let's
>the spirit!
> kita jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkara itu.Jangan sampai
> spt menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri. Pernah terjadi pd diri saya,
> ada seorang pernah bersoal jawab dgn saya... engkau ni sembahyang dgn imam
> tu....kau tau tak sembahyang kau tak sah!..kebetulan imam tu jugak yg menjadi
> juru nikah di kawasan saya semenjak dulu lagi...Kata saya ..kalau tak sah, macamana
>dgn orang yg dinikahkan oleh imam tersebut? semua tu tak sah jugaklah, katanya. Saya
>kata, lepas ni kau balik tanya orang tua kau, sapa yg menikahkannya dulu....lepas ni
>kau tahulah, engkau ni siapa.Kalau tak sah, dia tu
> anak apa?
> Yg lalu, dijadikan pengajaran dan sejarah.w/pun tidak dilaporkan, tapi
> kita mengetahuinya dari sumber2 lain yg boleh dipercayai.Kenapa ada timbulnya
> kemungkinan? Kenapa kita tidak cuba utk belajar mengakui sesuatu yg telah
> terjadi/berlaku.Kenapa perlu berdolak-dalih disini.Bukannya saya nak merekakan
> benda yg tidak ada, saya pun tahu hukumnya orang berdusta apabila bercakap.
> banyak cakap-banyak salah, banyak salah-banyak dosa,banyak dosa-neraka
>tempatnya.Kita selalu pandang ringan terhadap perkara2 yg kecik. Benda2
> yg kecik ni lah, lambat-laun akan membinasakan kita semua.
> Maafkan saya jika sekiranya ada terkasar bahasa,typing error, menyinggung
> mana2-pihak, individu dan semuanya.
> Wassalam!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Assalamualaikum w.w
>
> Kita patut sahut seruan sdr Azmi supaya berhujjah berdasarkan fakta dan
> realiti bukan semata-mata emosi yang dikongkongi oleh kebencian serta
> dendam. W'pun kita perlu menganalisis adakah fakta yang kita ketengahkan
> itu bersesuaian dengan hujjah kita ataupun sebaliknya.
>
> Satu contoh ingin saya kemukakan di sini ialah 'protes' sdr Azmi tentang
> pemansuhan tol jambatan dan bukannya bayaran letak kereta. Menarik cara sdr
> berhujjah kerana, menurut sdr "Cuba tengok kat bandar KT, terutamanya
> kawasan Pasar Kedai Payang...full park everytime. Kita tengok siapa yg >
> setiap hari mengunjungi tempat terseb> ut.Kebanyakan pakcik2 dan pakcik yg
> taraf kemiskinannya jauh lebih tinggi berbanding orang2 yg menggunakan tol
> dijambatan Sultan Mahmud tersebut". Soalan saya : Kalau pakcik2 ini taraf
> kemiskinannya lebih tinggi mungkinkah mereka berkeupayaan memiliki kereta
> dan meletakkan kereta mereka di kawasan tersebut sehingga penuh?.
>
> Satu lagi sdr bekecelaru dalam membahagikan bidang kuasa kerajaan pusat dan
> kerajaan negeri. Pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat tapi Yayasan
> Terengganu dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri. Jadi andainya tiada hadiah
> duit/basikal dll dari Pejabat Pendidikan Negeri, tanyalah pada pihak
> Kementerian. Tapi kalau Y.T'ganu menghentikan pemberian hadiah tersebut
> maka bolehlah bertanya kepada K. Negeri.
>
> Pembekuan projek tidak semestinya kesalahan K. Negeri. Jika peruntukan
> projek tersebut dari K Pusat apa yang dapat dilakukan kalau mereka nak
> hentikan. Ini mungkin tindakan balas dendam/lepas geram pihak tertentu.
> Sifat ini tidak sepatutnya ada pada diri seorang yang begelar pemimpin.
> Saya tak fikir pihak swasta tulin terikut-ikut dengan tindakan spt ini.
> Lainlah kalau keputusan bisnes mereka lebih hampir kpd keakrapan hubungan
> dengan individu tertentu, bukan atas merit bisnis.
>
> Walau b'pun saya setuju yang tidak semua pengikut/ahli PAS berfikiran
> terbuka ketika berhujjah dan bertindak. Apa yang yang perlu dikhuatirkan
> kalau kita yakin berada pada landasan perjuangan yang benar. Kes kelas
> tadika kemas mungkin benar berlaku atau sebaliknya sebab lapuran berita
> hanya terdapat dalam akhbar anti PAS. Walau b'pun yang patut diikut/dengar
> adalah apa yang pucuk pimpinan katakan. Tambahan pula mengikut saudara,
> insiden ini dah pun selesai. Kalaulah benar ini berlaku apalah sangat jika
> dibandingkan dengan derita yang ditanggung oleh pensimpati PAS akibat
> tindakan parti lawannya. Namum kini bukan alasan untuk ahli PAS
> melakukannya.
>
> Saya juga setakat ini dulu. Juga minta maaf sekiranya saya menyinggung
> mana2 pihak. Bukan niat saya nak mengata sesiapa.
>
>
> Wassallam
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Azmi B. Mohd Nor (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>