*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Terima kasih saudara Azmi kerana menulis panjang untuk menasihati saya.
Sebagai seorang Islam saya pasti akan mendengar dan meneliti nasihat saudara
dan IsyaAllah akan saya ikuti apa yang saya rasakan benar sedaya upaya saya.
Saya tidak merasa tersinggung langsung terhadap tulisan saudara kerana saya
yang terlebih dahulu menghalusi tulisan saudara. Dan sekiranya saya dari
jenis yang mengambil hati, saya tidak akan mencuba menulis dalam ruangan
ini, jauh dari memperkatakan hasil tulisan orang lain.
Maaf, saya tidak mengenali yang saudara ini agak emosional. Saya cuba
memahami tulisan saudara di bawah. Tapi saya gagal untuk memahami, adakah
ia semata-mata ditujukan kepada saya, atau saudara melepaskan geram kepada
semua orang dalam netter ini yang pendapat mereka tidak sekata dengan
pendapat saudara. Mungkin kesilapan saya ialah, saya cuba berhujjah dengan
saudara berdasarkan contoh yang saudara berikan. Contoh yang saudara
nyatakan agak kabur sehingga menyebabkan orang jahil seperti saya ini
mengganggap saudara sendiri bercelaru. Kalau dalam tulisan pertama saudara
memberikan 3-4 contoh yang saya dah pening kepala, kini saudara tambah lagi
dengan banyak lagi contoh. Makin termenung saya memikirkan apa sebenarnya
yang hendak saudara ketengahkan ni.
Wassallam, ketemu lagi InsyaAllah
> Waalaikumussalam w.b.t
>
>
> Terima kasih kerana Saudara sudi mengingatkan saya.Sebenarnya,dlm
> perbincangan saya sebelum ini, hanyalah bertujuan agar kita semua dpt
berfikir
> bersama. Mana yg salah dpt kita perbetulkan, kita sesama islam haruslah
saling
> ingat-mengingati, saling berpesan antara satu sama lain.Tapi ada juga yg
menuduh
> sebagai orang yg pro itu, pro ini....itu terpulanglah pd saudara. Itu
adalah hak anda..selagi masih bersuara, suarakanlah hak2 anda..tiada siapa
yg menghalang!
> selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran Islam.Apakah dlm islam kita
tidak dibenarkan melihat sebarang kekurangan, tidakkah bertambah elok,
seandainya yg kurang kita pertambahkan, yg elok kita percomelkan lagi...kita
sedia maklum, tiada
> siapa pun yg perfect didunia ini..Ya..!!! kita menyatakan sokongan tak
semestinya
> kita harus " Yes..Boss". "Orait ..Sir" kita dikurniakan akal ,tiada
manusiapun yg melarang kita berfikir...berfikir menggunakan akal fikiran
kita yg waras-sewarasnya.
> Tak perlulah kita terlampau taksub pd sesiapa. Ada yg salah
faham...kalaulah kita
> ini mengkritik sesuatu, tidaklah bermakna kita tidak berpihak padanya,
kita berpihak
> pd yg lain dan sebagainya.Otak kita ni kecik aje kalau nak dibandingkan
dgn otak gajah...hidung kita pun taklah mancung sangat kalau nak
dibandingkan dgn hidung gajah.kita sebagai manusia yg dikurniakan
akal...jangan terlampau sempitkan pemikiran kita ini. Kepada "orang
itu"...Harap saudara faham apa yg saya cuba ketengahkan dan perbincangkan.
Maafkan Hamba sekiranya tersinggung.
> "Mungkinkah berkeupayaan memiliki kereta" Saudara
[EMAIL PROTECTED]
> Hamba highlightkan sikit...Suatu ketika dulu, masa tu saya kecik
lagi...ditahun 70an dikampung sayalah, masa tu hanya sebuah rumah aje yg
memiliki peti telivisyen, rumah kedai dan menggunakan kuasa generator.Sebab
utama, tiada kuasa elektrik dan ramai yg tidak mampu ketika itu. TV diera
70an merupakan barang mewah..Era 80an pula, Telefon rumah(Telekom-PSTN)
merupakan barang mewah..
> awal 90an Handphone menjadi kegunaan penting, cuba tengok
sekarang...adakah benda2 tu semuanya dianggap sebagai barang mewah? tidak
lagi kan?....malah setiap rumah sekarang ni, ramai yg mampu memiliki
komputer peribadi..begitu jugak, saya nak kaitkan dgn rasa pelik saudara
Tiang_jawi dgn mampu memiliki kereta. Mungkin saudara ingat pergi berniaga
dipasar menggunakan Mercedes Benz. Mungkin saudara sekarang ni menggunakan
siri SLK, S320, takpun Trooper,
> Pajero dan yg seangkatan dgnnya. Alhamdulillah, jika saudara mampu
memilikinya.
> Tapi macam saya ni yg mampu memiliki sebuah jenama Proton, adakah orang
> lain menganggap ianya sebagai kenderaaan mewah???... Anda sekelian pun
pasti tergelak jika sekiranya, ada berita melaporkan bahawa..." sebanyak 10
buah kenderaan mewah disita kerana melarikannya dari dikenakan
cukai...diantaranya
> 3 buah jenama Proton saga Aeroback, 4buah Iswara dan yg selebihnya adalah
> Proton Wira"....kalau pakcik2 tu menggunakan Datsun120Y,OPEL Cadet...kita
> nak letakkannya kat ranking manalah agaknya...golongan susah, golongan
pertengahan, ataupun golongan mewah????
> Baru2 ni juga, dikawasan saya menjadi isu tentang pembahagian Zakat..
> Berapa ramai lagi sekarang ni yg kita boleh mendefinasikannya sebagai
golongan
> orang2 yg fakir. Last2 sekali , Yg memiliki motor bot, ladang getah 5-6
ekar masih
> dikira layak menerima wang zakat.Asalkan "orang aku" semuanya
boleh.Tentang
> saguhati pd yg cemerlang UPSR, saya fikirkan adalah lebih baik dikaji
balik tentang
> pemansuhannya.Ini adalah satu penghormatan yg besar pd mereka yg berjaya,
agar
> dpt lagi membakar semangat utk terus cemerlang dimasa2 yg akan
datang.Kita
> fikirkanlah bersama utk anak2 bangsa kita semua.
> Pas telah berjaya memerintah Terengganu.Slogan Tahun Melawat Terengganu
97, Beautiful state,beautiful culture..orangnya baik.Kita kena kaji>
> macamana dgn sifat2 semulajadi orang2 Trg. Kata orang, lain padang lain
belalang,>
> Kena kaji balik sebab2@faktor2 yg menyebabkan kemenangan PAS dlm
pilihanraya
> yg lalu di Trg.Kalau takde pengundi yg mengundi PAS, masakan Pas boleh
menang..Siapakah pengundi itu? Mestilah peratusan terbesarnya adalah rakyat
Trg itu sendiri kan? Apa yg menyebabkan rakyat Trg telah bertukar
arah..mestilah
> ada penyebabnya..cause and effect tu mesti ada...Ada ke kita nak bagitau
orang
> yg contohnya...Ali..!! , Abu telah meningggal...Ali tanya 'Kenapa?..kita
jawab
> dah sampai ajalnya...samalah jugak kalau kita berbincang sesuatu dgn
seseorang.
> Last2 sekali...dia jawab, nak buat macamana...Takdir..takdir.Pas telah
berjaya
> memenangi pilihanraya yg lalu di Trg..seharusnya juga berjaya memenangi
hati rakyat2nya jika sekiranya utk terus bertapak kukuh di Trg...kalau tidak
pastinya
> hujan melanda ditengahari.Budaya "ikut-mengikut" ni ada baik dan juga
sebaliknya.
> orang masuk Pas kita masuk Pas, orang takbir, kita turut sama
bertakbir...orang
> kat surau 5 waktu, kita kat kedai kopi...itu tak betul, ini tak betul.
Orang2 yg macam ni lah yg rosak lagi merosakkan...bermacam2 diambil tahu,
sembahyang imam tu tak sah, sembelih orang tu tak boleh makan...nikah tak
sahlah.orang berpolitik, dia
> berpolitik...kokok berderai2, ekor bergelumang s**t...
> Kalaulah kita "berkehendakkan orang" ,kita hendaklah memberi contoh yg
baik padanya. Kalau kita mengaku orang parti Pas, kita kenalah menjaga
adab-tatasusila kita, baik perbuatan maupun percakapan kita.Dlm mailing ni
pun, macamlah percakapan kita juga. Jagalah adab kita..pd yg sedang
bercakaran dlm ni, harap dpt hentikan. Tak gunanya drp terus berterusan
lagi. Teringat saya pd siri2 ceramah Us. Ismail kamus yg
lalu...katanya..Lepas ceramah ni " Kalau tikar bawak balik,surat khabar pun
bawak balik...jangan nanti orang kata orang Pas tak reti bahasa. forget and
forgive, let's the spirit!
> kita jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkara itu.Jangan sampai
> spt menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri. Pernah terjadi pd
diri saya,
> ada seorang pernah bersoal jawab dgn saya... engkau ni sembahyang dgn
imam
> tu....kau tau tak sembahyang kau tak sah!..kebetulan imam tu jugak yg
menjadi
> juru nikah di kawasan saya semenjak dulu lagi...Kata saya ..kalau tak
sah, macamana dgn orang yg dinikahkan oleh imam tersebut? semua tu tak sah
jugaklah, katanya. Saya kata, lepas ni kau balik tanya orang tua kau, sapa
yg menikahkannya dulu....lepas ni kau tahulah, engkau ni siapa.Kalau tak
sah, dia tu
> anak apa?
> Yg lalu, dijadikan pengajaran dan sejarah.w/pun tidak dilaporkan, tapi
> kita mengetahuinya dari sumber2 lain yg boleh dipercayai.Kenapa ada
timbulnya
> kemungkinan? Kenapa kita tidak cuba utk belajar mengakui sesuatu yg telah
> terjadi/berlaku.Kenapa perlu berdolak-dalih disini.Bukannya saya nak
merekakan
> benda yg tidak ada, saya pun tahu hukumnya orang berdusta apabila
bercakap.
> banyak cakap-banyak salah, banyak salah-banyak dosa,banyak dosa-neraka
tempatnya.Kita selalu pandang ringan terhadap perkara2 yg kecik. Benda2
> yg kecik ni lah, lambat-laun akan membinasakan kita semua.
> Maafkan saya jika sekiranya ada terkasar bahasa,typing error, menyinggung
> mana2-pihak, individu dan semuanya.
> Wassalam!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Assalamualaikum w.w
>
> Kita patut sahut seruan sdr Azmi supaya berhujjah berdasarkan fakta dan
> realiti bukan semata-mata emosi yang dikongkongi oleh kebencian serta
> dendam. W'pun kita perlu menganalisis adakah fakta yang kita ketengahkan
> itu bersesuaian dengan hujjah kita ataupun sebaliknya.
>
> Satu contoh ingin saya kemukakan di sini ialah 'protes' sdr Azmi tentang
> pemansuhan tol jambatan dan bukannya bayaran letak kereta. Menarik cara
sdr
> berhujjah kerana, menurut sdr "Cuba tengok kat bandar KT, terutamanya
> kawasan Pasar Kedai Payang...full park everytime. Kita tengok siapa yg >
> setiap hari mengunjungi tempat terseb> ut.Kebanyakan pakcik2 dan pakcik
yg
> taraf kemiskinannya jauh lebih tinggi berbanding orang2 yg menggunakan
tol
> dijambatan Sultan Mahmud tersebut". Soalan saya : Kalau pakcik2 ini
taraf
> kemiskinannya lebih tinggi mungkinkah mereka berkeupayaan memiliki kereta
> dan meletakkan kereta mereka di kawasan tersebut sehingga penuh?.
>
> Satu lagi sdr bekecelaru dalam membahagikan bidang kuasa kerajaan pusat
dan
> kerajaan negeri. Pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat tapi
Yayasan
> Terengganu dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri. Jadi andainya tiada hadiah
> duit/basikal dll dari Pejabat Pendidikan Negeri, tanyalah pada pihak
> Kementerian. Tapi kalau Y.T'ganu menghentikan pemberian hadiah tersebut
> maka bolehlah bertanya kepada K. Negeri.
>
> Pembekuan projek tidak semestinya kesalahan K. Negeri. Jika peruntukan
> projek tersebut dari K Pusat apa yang dapat dilakukan kalau mereka nak
> hentikan. Ini mungkin tindakan balas dendam/lepas geram pihak tertentu.
> Sifat ini tidak sepatutnya ada pada diri seorang yang begelar pemimpin.
> Saya tak fikir pihak swasta tulin terikut-ikut dengan tindakan spt ini.
> Lainlah kalau keputusan bisnes mereka lebih hampir kpd keakrapan hubungan
> dengan individu tertentu, bukan atas merit bisnis.
>
> Walau b'pun saya setuju yang tidak semua pengikut/ahli PAS berfikiran
> terbuka ketika berhujjah dan bertindak. Apa yang yang perlu dikhuatirkan
> kalau kita yakin berada pada landasan perjuangan yang benar. Kes kelas
> tadika kemas mungkin benar berlaku atau sebaliknya sebab lapuran berita
> hanya terdapat dalam akhbar anti PAS. Walau b'pun yang patut
diikut/dengar
> adalah apa yang pucuk pimpinan katakan. Tambahan pula mengikut saudara,
> insiden ini dah pun selesai. Kalaulah benar ini berlaku apalah sangat
jika
> dibandingkan dengan derita yang ditanggung oleh pensimpati PAS akibat
> tindakan parti lawannya. Namum kini bukan alasan untuk ahli PAS
> melakukannya.
>
> Saya juga setakat ini dulu. Juga minta maaf sekiranya saya menyinggung
> mana2 pihak. Bukan niat saya nak mengata sesiapa.
>
>
> Wassallam
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>