*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO di piliharaya kecil Sanggang
didapati semakin bertambah jika dibandingkan dengan pilihanraya umum
yang lalu. Pertambahan jumlah undi ini mencerminkan kepercayaan orang
ramai terutamanya orang Melayu kepada parti UMNO semakin pulih.
Tidak dapat dinafikan untuk masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia
yang mengamalkan sistem politik berparti, parti UMNO yang merupakan satu
dari komponen BN memanglah sebuah parti yang berpijak dibumi nyata dan
sederhana yang boleh diterima oleh semua pihak.
Dari rekodnya yang lepas-lepas memang UMNO dan BN banyak mencapai
kejayaan cemerlang kecuali di masa-masa tertentu apabila kepimpinan
mereka membuat tindak-tanduk yang mengenepikan kepentingan umum maka
kemerosotan sokongan orang ramai kepada UMNO dalam pilihanraya tentulah
tidak dapat dielakkan. Selalunya protes orang ramai terhadap UMNO akan
diterjemahkan dengan memberi undi mereka kepada parti pembangkang.
Mereka mengundi pembangkang bukanlah bermakna mereka komited atau
menyokong dasar perjuangan parti pembangkang tetapi sekadar untuk
menunjukkan tanda protes kepada BN atau UMNO saja.
Tapi selalunya parti pembangkang cepat perasan dengan keadaan tersebut.
Mereka merasakan orang ramai sudah boleh terima perjuangan mereka. Apa
yang berlaku di Sanggang tentu akan membuka luas mata parti pembangkang
yang selalu dihinggapi penyakit perasan itu.
Jika UMNO sanggup dan mahu membuat perubahan untuk menarik semula
sokongan orang Melayu maka tidak ada sebab UMNO tidak boleh diterima
semula oleh orang Melayu. Wallahulam.
http://www.geocities.com/aliasof/singapore.htm
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>