*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minta benar2 sesiapa yang dapat memberitahu samaada
berita dibawah ini benar atau tidak. Jika sekiranya
tidak, saya berlindung dengan Allah darinya. Sekiranya
benar, InsyaAllah, saya dan mungkin tuan2 akan
membuat pengaduan pada Allah Yang Maha Besar.  
InsyaAllah, manusia2 zalim tidak akan dapat melawan
kehendak Allah Penguasa sekalian alam. 
   
Terima kasih.

------------

HAK PELAJAR SEKOLAH AGAMA SWASTA MENGAMBIL UPSR
DINAFIKAN

Assalamualaikum…… 

Saya rasa semua peminat Laman Reformasi dan pembaca
Harakah telah pun membaca kisah usaha pihak UiTM
memendekkan pelajaran UIS Pendidikan Islam dari 6
semester kepada 3 semester dan cubaan untuk 
menghapuskan kursus pendidikan islam di peringkat Pra
Diploma dengan alasan tidak mahu membazirkan masa
pelajar. 

Percayakah tuan/puan , sekiranya saya katakan kepada
tuan/puan sekelian bahawa kerajaan yang memerintah
sekarang ini telah menafikan hak pelajar islam yang
bersekolah di Sekolah Rendah Agama Islam Swasta
daripada mengambil peperiksaan UPRS. Tahukah tuan
apakah natijahnya. Ini bermakna pelajar ini tidak
mempunyai peluang yang luas dalam membentuk kareer dan
memilih profesyen yang lain selain daripada bidang
keagamaan sahaja. Nampaknya kerajaan tidak mahu pelajar
daripada sekolah ugama swasta menjadi doktor , peguam,
akauntan dan lain-lain golongan profesional yang betul2
mendalami ugama, hafis dan muslim yang sejati. 

Saya telah mengambil keputusan untuk menghantar anak
saya ke sekolah agama swasta bukanlah kerana saya
mampu. Terus terang saya nyatakan bahawa saya hanyalah
seorang kerani di sabuah syarikat swasta. Keputusan ini
dibuat setelah meneliti dan mengambilkira kelebihan
yang ada pada sekolah ini seperti:- 

1. Sukatan pelajaran yang begitu cantik, gabungan 
antara ugama dan akedemik, setiap pagi semua pelajar
akan mengaji Al-Quran terlebih dahulu selama satu jam.
Pelajar akan bersolat jemaah pada waktu zohor dan 
dibawa untuk Solat Jumaat. 

2. Waktu sekolah adalah diantara jam 8.00 pagi hingga
3.00petang. Pelajar-pelajar tidak perlu tergesa-gesa
mengejar waktu untuk ke sekolah Sek Ren Keb dan
kemudian berkejar pula Sek Agama Rakyat. Pelajar boleh
menyambung penggajian Al Quran tambahan di sebelah
petang sementara menunggu ibubapa menjemput mereka. 

3. Yuran bulanannya rendah diparas kemampuan rakyat
biasa. 

4. Pelajar-pelajar darjah enam akan menduduki ujian
Sijil Rendah Agama(SRA) dan UPSR, ini bermakna semua
pelajar diberi peluang yang sama, tidak kira sekolah
swasta ataupun kerajaan. 

Pada rela berkoban wang ringgit asalkan anak saya
mendapat keselesaan belajar dan pengisian agama
secukupnya. 

Setelah anak saya menjejakkan kaki ke sekolah ini,
tiba-tiba dalam suatu majlis sambutan Aidil Adha,
jawatankuasa sekolah mengumumkan bahawa semua pelajar
sekolah agama swasta tidak dibenarkan menduduki Ujian
UPSR mulai tahun ini (2000). Pihak sekolah menegaskan
bahawa keputusan ini adalah daripada Kementerian
Pendidikan. Saya amat terkilan dengan sikap kerajaan 
BN yang menang dalam pilihanraya pada 29.11.99,
seolah-olah ingin menyekat kebangkitan islam melalui
genarasi muda yang bakal menjadi golongan profesional. 

Perkara ini amat serius dan tidak diketepikan oleh
pihak yang ingin melihat Islam berkembang dan subur
dikalangan genaresi baru. Diharap pihak Harakah,
Webmaster Laman Reformasi dan wakil-wakil rakyat BA 
dapat mengambil langkah untuk menyiasat perkara ini 
dan dibawa keperingkat parlimen. 

Yang kecewa, 

Dangbaru 

_____________________________________________________________
The ALL NEW Kangaroo Mail - Get Your Free Email NOW at http://www.kangaroomail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Orang Muda <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke