---------------------- Forwarded by Hussin Sukaroo/SI/TRI_CELCOM on
04/07/2000 08:53 AM ---------------------------
Mohd Azman Zawawi
04/05/2000 03:41 PM
To: Muslim Users, Group Muslim TRINET
cc:
Subject: TAZKIRAH Ma'al Hijrah 1421
Kasih Ibu utk kita. Kasih kita utk Ibu???
Assalamualaikum semua,
Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah
satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang
soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada
yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh
mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.
Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun
Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama
yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya
mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga
menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini,
malah di tempat lain juga.
Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada
kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran
selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar,
ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah
mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran
tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan
pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan
ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah
berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke
dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka
kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan
alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz
Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada
kebiasaannya,apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan
kita
dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah
masjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan
oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz
Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau
Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah
ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat
mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan
solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.
Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan
urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka
dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa
ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak
yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan
tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka
sendiri yang menguruskan jenazah ibu
mereka itu. Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan
airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan
anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak
dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah,
urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.
Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita
sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana
nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir
sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?
Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada
orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah
mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti.
Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, di
samping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan
kepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada
anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar
ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti
agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku,
menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan
berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut
atau
hina memandang jenazah kita yang telah kaku?
Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak
dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang
memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama
yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang
yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara,
seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.
Wahu'alam.
Sekian.
Sebenarnya ada seperkara lagi,
Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada
hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.
Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya
walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia,
hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya.
Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan
pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan
baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.
Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita
juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita.Jadi siapa yg
ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas
sembahyang
dan selalulah berzikir utk mereka.
Petikan ini saya terima dari seorang sahabat... renungkanlah agar kita
mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.
Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal.
Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu
menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi
keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu
telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda
bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku
telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci
mejanya. Sajaknya berbunyi begini.
INILAH MASANYA
JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN
OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah
sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama
sini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya.
Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang
untuk
semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup
untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke
dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi
aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang
baru aku terpikir............pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti
ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa
lakukan
tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu
apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu.
Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah
masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja.
Aku sedar dan mengerti.
Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan
bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap
kepada
rakan-rakanku..........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat
daripada
surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan
penyesalan
renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.....
pernah kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa kesal
dengan tindakan kita itu???????? andainya kita pernah melayan
sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat.........
bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...
mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu.....
wassalam
<<$RFC822.eml>>
$RFC822.eml