*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Rasanya tidak salah untuk saya menceritakan perihal ibu saya pula dalam
ruangan dan kesempatan seumpama ini. Sebagai seorang anak tentunya saya juga
turut bangga dan menyanjungi seorang wanita yang melahirkan saya yang bergelar
ibu. Saya akui dialah satu-satunya wanita yang saya paling sanjung dalam hidup
saya yang pernah saya kenali.

Walaupun ibu saya tidak berpendidikan tinggi dalam agama, namun saya cukup
bangga atas praktisnya sebagai seorang ibu yang amat bertanggung jawab. Ibu
jarang solat berseorangan walau di mana jua berada, hatta bertandang ke
rumah-rumah anaknya, pasti dia mahukan solat berjemaah. Selalunya dia akan
berwirid selesai solat maghrib hingga Isya' dan selepas solat Subuh hingga
terbit matahari. Dia tidak akan bangkit dari tempat sejadahnya hinggalah
wiridnya selesai. Setiap malam pula dia akan membaca surah yang dihafalnya
iaitu Al kahfi, Yaasin dan beberapa ayat di hujung Al Baqarah (Amana Rasul
...).

Tujuh bulan sebelum ibu meninggal dunia, saya telah menemukan ibu dengan guru
yang mengajar saya agama. Pada ketika itu pendengaran ibu saya sudah amat
lemah dan untuk mendapat penjelasan dan penerangan guru saya telah mengizinkan
saya untuk menyampaikan beberapa amalan harian yang bermanfaat.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah selepas pertemuan dengan guru itu
amalan ibu saya telah lebih meningkat. Di hadapan saya pernah satu ketika ibu
saya sedang berzikr tiba-tiba terpancar cahaya kuning keemasan gilang gemilang
memenuhi ruang bilik tamu rumah saya yang seluas 20X30 kaki persegi. Disertai
dengan kalimah-kalimah Allah dan lLilahilla Allah dengan warna emas
berkilau-kilau ..... hingga timbul rasa takjub dan amat hairan ibu saya
memandangnya. Dan amat anih dan ajaib bagi saya.

Kira-kira 40 hari lagi ibu akan kembali ke rahmatullah, di ruang tamu ibu
memberi tahu kakak saya, waktu itu lebih kurang pukul 2.30 petang,
katanya,"Sebentar lagi akan datang seorang tamu".  Setelah beredar masa lebih
kurang pukul 3.00 petang, ibu saya menegur kakak saya dengan katanya,"Engkau
tidak nampak tadi ada tamu datang?". Kakak saya yang merasa kehairanan dan
tidak percaya berkata,"Mana ada tamu datang?"  Ibu merasa marah dan
berkata,"Tamu tadi datang  telah memberi tahu bahawa aku tidak lama akan
kembali ke rahmatullah, 40 hari lagi".

Kakak saya tidak pernah percaya, sehinggalah sampai ke hari ke 40. Ibu telah
memanggil dan mengharapkan kesemua anaknya seramai 10 orang datang dan hadir.
Hari itu adalah malam Rabu, kesemua anak telah hadir kecuali saya kerana saya
tinggal agak jauh. Setelah semuanya hadir, ibu bertanyakan saya kenapakah
tidak hadir?

Pada jam 10.00 malam, ibu memberitahu kepada anak-anaknya bahawa tamu yang
ditunggu akan hadir tidak lama lagi. Adik saya yang bungsu bertanya, "Siapakah
tamu itu?"  Dengan pantas ibu menjawab,"Tamu itulah yang akan menjemput aku
kembali".  Ketika itu tidak ada seorang pun yang percaya. Cakap ibu saya itu
macam orang yang tidak sedar sahaja ..

Pukul 10.30 malam, ibu bercakap perlahan. "Tamu itu sudah datang". Adik
beradik berpandangan. Ibu tidak bercakap, diam sahaja dan tidak mengeluh,
tidak menggelisah, malahan tenang sahaja. Ayah saya memegang telapak kaki
beransur sejuk...betis ...lutut ... peha sampailah ke dada. Sampai di dada
...dada berombak dua kali .... dan dikalamnya terpancar ...kalimah Tauhid.
Akhirnya ibu menghembuskan nafasnya terakhir. Pada jam 11.00 malam. Saya
menerima panggilan pukul 12.00 malam.

Esuk paginya ibu dimandikan. Ada beberapa perkara yang menarik untuk
disebutkan di sini. Ketika air dicurahkan , warna kulit ibu bertukar menjadi
kuning keemasan. Tangan , kaki dan badannya lembut (tidak kejung) serta
ringan. Pada hal tubuh ibu saya besar dan agak gemuk.

Daripada kakak dan adik-adik saya juga kerap menceritakan kepada saya bahawa,
dalam tempoh 40 hari yang terakhir itu, ibu sering berkata-kata benda yang
pelik-pelik. Dia sering menceritakan tempat yang akan ditujuinya. Tempatnya
sungguh cantik, menarik, indah dan merupakan mahligai yang bercahaya-cahaya.
Ibu juga sering mengadu bahawa dia telah dimandikan setiap hari ....oleh dua
orang wanita. Dan berbagai-bagai lagi cerita yang anih.

Di samping itu ibu sering membilang jari, berapa hari lagi dia akan kembali ke
tempatnya yang dituju. Dia sering memberitahu dengan mengatakan seperti,"
...Hari ini ...aku tinggal lagi 20 hari". Dua tiga hari lagi dia akan
mengingatkan kami,"...aku tinggal lagi 15 hari".  Dan kadang-kadang dia
menceritakan dengan terperinci tempat yang akan ditujuinya....

Kadang-kadang ibu turut mendakwa menemui beberapa orang yang dipercayai
beramal soleh ketika hidupnya datang menemui ibu. Dan pernah satu ketika, ibu
dalam keadaan meninggi suara menyergah di kalangan yang  "datang"  itu dengan
mengatakan bahawa "syaitan datang menggangguinya".

Di kalangan  adik beradik dan abah, memang tidak percaya kecuali saya
sehinggalah hari kematiannya, yang kebanyakan kami hanya percaya setelah
terbukti bahawa hari kematiannya  adalah tepat seperti yang didakwanya.

Allah jua yang lebih mengetahui ..

Wassalamualaikum wbt.

Asmah wrote:

> ---------------------- Forwarded by Hussin Sukaroo/SI/TRI_CELCOM on
> 04/07/2000 08:53 AM ---------------------------
>
> Mohd Azman Zawawi
> 04/05/2000 03:41 PM
>
> To:   Muslim Users, Group Muslim TRINET
> cc:
> Subject:  TAZKIRAH Ma'al Hijrah 1421
>
> Kasih Ibu utk kita. Kasih kita utk Ibu???
>
> Assalamualaikum semua,
> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
> bersama.  Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah
> satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang
> soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada
> yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh
> mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.
>
> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
> beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun
> Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama
> yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya
> mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga
> menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini,
> malah di tempat lain juga.
>
> Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
> dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada
> kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran
> selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar,
> ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah
> mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran
> tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan
> pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan
> ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah
> berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke
> dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka
> kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan
> alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz
> Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
>
> Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada
> kebiasaannya,apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan
> kita
> dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah
> masjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan
> oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz
> Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau
> Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah
> ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat
> mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan
> solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.
> Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan
> urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka
> dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa
> ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
> makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak
> yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan
> tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka
> sendiri yang menguruskan jenazah ibu
> mereka itu. Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan
> airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan
> anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak
> dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah,
> urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.
>
> Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita
> sendiri.  Bagi yang masih mempunyai  ibu dan bapa, bagaimana
> nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
> Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir
> sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?
> Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada
> orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah
> mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti.
> Inilah  bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, di
> samping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan
> kepada ibubapa kita.
>
> Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada
> anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar
> ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti
> agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku,
> menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan
> berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut
> atau
> hina memandang jenazah kita yang telah kaku?
>
> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak
> dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang
> memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama
> yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang
> yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara,
> seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.
>
> Wahu'alam.
>
> Sekian.
>
> Sebenarnya ada seperkara lagi,
>
> Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada
> hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.
> Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya
> walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia,
> hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya.
> Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan
> pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan
> baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.
>
> Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita
> juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita.Jadi siapa yg
> ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas
> sembahyang
> dan selalulah berzikir utk mereka.
>
> Petikan ini saya terima dari seorang sahabat... renungkanlah agar kita
> mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.
>
> Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
> hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal.
> Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu
> menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi
> keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu
> telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda
> bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku
> telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci
> mejanya. Sajaknya berbunyi begini.
>
>    INILAH MASANYA
>    JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
>    CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
>    KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
>    YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
>
>    CINTAILAH IBU SEKARANG
>    SEMASA IBU MASIH HIDUP
>    USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
>    KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
>    DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
>
>    JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
>    TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
>    JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
>    SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
>    KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN
>
>    OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
>    WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
>    LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
>    SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
>    AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
>
> Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah
> sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama
> sini.  Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya.
> Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang
> untuk
> semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup
> untuk ibuku sendiri.  Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke
> dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi
> aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang
> baru aku terpikir............pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti
> ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa
> lakukan
> tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu
> apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu.
>
> Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
> untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah
> masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja.
> Aku sedar dan mengerti.
>
> Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan
> bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap
> kepada
> rakan-rakanku..........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat
> daripada
> surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan
> penyesalan
>
> renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.....
> pernah kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa kesal
> dengan tindakan kita itu???????? andainya kita pernah melayan
> sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat.........
>
> bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...
> mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu.....
>
> wassalam
>
>  <<$RFC822.eml>>
>
>   ------------------------------------------------------------------------
>                   Name: $RFC822.eml
>    $RFC822.eml    Type: Internet Mail Message (message/rfc822)
>               Encoding: quoted-printable

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke