*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cili Api 68

PEDAS-PEDAS CILI API
(13hb April 2000)

POLIS TIDAK BERHENTI MENGUGUT

Cili Api perhatikan pihak polis tidak berhenti-henti mengugut dan
memberi
amaran tentang perhimpunan yang akan diadakan pada 15 April. Beberapa
hari
ini, tiap-tiap malam ada saja pegawai polis keluar Radio Televisyen
Mahathir
dan TV Tiga Suku. Sebelah siang pula akhbar-akhbar pengampu BN memberi
liputan utama yang meloyakan kepada sidang-sidang akhbar mengugut dan
mengancam yang diadakan oleh pembesar-pembesar polis itu.

Pihak polis nampaknya menari menggila-gila mengikut rentak gendang puaka

yang dipalu oleh Dr M @ Cek Det sebelum beliau bertolak ke Havana.
Mereka
terus mendendang dengan sumbang lagu Cek Det kononnya ada rancangan
untuk
merusuh dan menimbulkan kacau-bilau, bahkan tumpah darah, pada 15
haribulan
itu. Pada hal Cili Api tahu Cek Det tahu dan polis tahu bahawa rancangan

yang dibuat sebenarnya cuma untuk mengadakan himpunan aman.

Sebenarnya, sekarang ini polis sudah mulai tidak membenarkan majlis
ceramah
yang dijalankan secara aman sekalipun.  Jikalau benarlah tugas mereka
untuk
menjaga keamanan dan tidak mahukan kacau-bilau berlaku, mengapakah
majlis
ceramah pun hendak disekat? Setahu Cili Api, boleh dikatakan di semua
majlis
ceramah anjuran parti-parti alternatif, tidak pernah berlaku
kacau-bilau.

Dulu, misalnya, parti-parti alternatif pernah membuat permohonan
menggunakan
Stadium Bukit Jalil untuk ceramah dan perhimpunan. Bermacam-macam alasan

diberikan untuk menolaknya.  Bukankah di tempat-tempat tertutup, seperti

stadium itu  lebih mudah bagi pihak penganjur memastikan segalanya akan
berjalan dengan aman dan tenteram? Bahkan sekarang ini bukan saja
stadium
bahkan padang serta dewan kepunyaan majlis tempatan dan sebagainya pun
tidak
dibenarkan, melainkan untuk BN.

Cili Api berasa bimbang. Pihak pemerintah menentukan jenis dan tempat
permainan dengan menetapkan sekali  peraturan dan pengadilnya. Tidak ada

pilihan lain bagi orang lain. Ini sangat bahaya. Mengikut pengalaman
sejarah
dan tempat-tempat lain, Cili Api baca ia boleh menimbulkan
setengah-setengah
golongan mencari jalan lain untuk bertindak. Jika jalan aman tidak
dibenarkan, nanti  orang  mencari jalan tidak aman: jika jalan mengikut
undang-undang ditutup, orang akan membuka jalan luar undang-undang; jika

cara terbuka disekat, orang akan berpindah kepada jalan  tersembunyi.

Cili Api ingin ingatkan, dari zaman Namrud serta Firaun, membawalah
kepada
zaman Hitler serta Shah, dan sehinggalah kepada zaman Marcos serta
Suharto,
kezaliman akan terus ditentang oleh golongan yang hendak menegakkan
keadilan.  Akhirnya yang zalim akan jatuh tersungkur juga. Tak usahlah
polis menurut sangat nafsu pemimpin zalim. Cili app rasa masih ada juga
yang
betul dan mesra rakyat.

DR M MENDABIK DADA

Perdana Menteri Dr M @ Cek Det memang selalu mendabik dada mengecam
kuasa-kuasa besar dunia, terutama apabila berucap di luar negeri. Di
Havana
Cek Det mengkritik kuasa-kuasa besar yang cuba memaksakan bentuk
globalisasi
mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak boleh membantah dan sesiapa yang
membantah dikutuk sebagai penyeleweng.  Sebenarnya Cili Api memang
bersetuju
dengan pendirian Cek Det ini. Inilah pendirian PRM terhadap imperialisme

tiga empat puluh tahun dulu. Globalisasi zaman ini ialah satu bentuk
imperialisme zaman dulu.

Yang menjadi masalahnya ialah apa yang dikutuk oleh Cek Det di luar
negeri
itulah dia yang diamalkannya dalam negeri sendiri. Cili Api hendak ambil

satu  contoh saja, iaitu pembangunan. Cek Det ada tafsirannya sendiri
tentang pembangunan dan demokrasi. Pembangunan yang penting baginya
ialah
projek-projek mega, tidak kira berapa banyak pembaziran wang rakyat
ataupun
berapa banyak tanah rakyat yang dirampas dengan Akta Pengambilan Tanah.
Sesiapa yang membantah akan dikutuk sebagai anti-pembangunan, pembuat
kacau,
  pemecah perpaduan Melayu dan macam-macam lagi.

Di Havana, Cek Det mengingatkan bahawa modal merupakan senjata baru
negara
kaya. Macam mana Cek Det boleh ketinggalan zaman? Tak payah Presiden
Castro,
Cili Api sendiri boleh beritahu Cek Det bahawa modal merupakan senjata
yang
sudah lama  digunakan zaman berzaman oleh golongan kaya untuk menindas
golongan miskin dan susah. Bukan saja negara kaya menggunakannya di
peringkat antarabangsa. Bahkan dalam satu-satu negara pun, termasuk
Malaysia
jua, ada golongan kaya yang mempunyai banyak modal menindas, golongan
miskin
bahkan sebahagian besar rakyat, untuk menjadi kaya dan bertambah kaya.

Tak payahlah Cili Api ceritakan bagaimana golongan kaya yang menguasai
modal
negeri ini mendapatkan pula kuasa politik untuk merompak sumber kekayaan

negeri ini. Akibat perompakan ini, tidak banyak yang tinggal untuk
membela
rakyat miskin. Kalau hendak tahu, tanyalah orang seperti Tun Daim
Zainuddin.
  Apabila golongan kaya yang berkuasa ini ditentang, maka segala
undang-undang dan semua alat negara akan digunakan dengan zalim untuk
menghancurkan penentang itu. Dalam partinya sendiri pun Cek Det tidak
membenarkan  penentangan. Beliau kecam kuasa veto dalam Majlis
Keselamatan
PBB. Tetapi dalam UMNO Cek Det gunakan berbagai-bagai jenis veto.

Wahai Cek Det. Cili Api berharap Cek Det mulai berubahlah. Jangan
menggunakan �double standard� (dua kayu ukur), satu untuk luar negeri
dan
satu untuk dalam negeri. Bikinlah dalam negeri apa yang dicakap di luar
negeri. Cakap mesti serupa bikin.


Cili Api






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke