*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu a'laikum
Saya menyokong pendapat En Hassan. Perkataan "sesat" ini laksana bermain dengan api.
Salah silap membakar diri. Kalau setakat bakar kat dunia tak apa, tapi takut terbakar
kat akhirat malanglah nasib kita. Bab tarekat nii....ai saya sebenarnya kurang arif.
Pernah dengar tapi tak pernah ambik kesah. Dulu arqam dengan tarekat asaarinya.
Lastly, gone with the wind. Tapi kalau kita lihat
satu group silap tak semestinya KESEMUAnya silap. Contohnya kita lihat ada melayu
islam yang buat maksiat....takkan kita nak salahkan ajaran Islam. Jadi kalau kita
lihat ada group tarekat yang menyeleweng, tak semestinya ajaran tarekat tu
menyeleweng. Saya kata macam nie sebab Omar Mokhtar yang digelar Singa Padang Pasir
oleh penjajah Itali adalah orang bertarekat As Sanussi. Saya pun
tak tahu akan hal ni, itu pun setelah berjalan-jalan makan angin kat luar negeri
terutamanya negeri Arab baru terjumpa. Begitu juga kat Mesir, satu masjid ada
macam-macam pesen wirid zikir yang boleh dilihat oleh beberapa tarekat.
Saya rasa en ibnu muhajir bolehlah berhijrah agar terbukak sikit otak tu. Satu lagi
mulut tu kalau berakhlak seperti didikan Rasulullah SAW tak seharusnya secelupar
menyesatkan suatu perkara yang diri sendiri tak pasti yang hanay bertaqlid kepada
orang lain.
Saya kata begini bukan apa, Rasulullah SAW diutus untuk membentuk akhlak yang mulia.
Kita tak nafikan ada tarekat yang menyeleweng tapi dalam kes Omar Mokhtar dan tarekat
Sanussinya...sebagai satu contoh ADA TAREKAT YANG TAK MENYELEWENG. Saya bukan seorang
yang ariff sangat tapi saya menyatakan dengan rasa RASIONAL. Saudara pernah kata kaum
sufi ni emosional bagai kena rasuk. Tapi
perkataan saudara saya rasa lebih EMOSIONAL. Maafkan saya kalau tulisan saya kepada
ibn muhajir ni dirasakan celupar. Saya berpendidikan sekular dari kecik, bila dah
besar baru nak belajar dekatkan diri dengan Tuhan. Rasa menyesal pula bila dah tua
baru nak beramal. Nasihat saya, gunakanlah akal fikiran yang berpandukan iman dalam
membuat sesuatu kesimpulan dan bukannya bertaqlid buta
kepada suatu statement yang kabur.
Bagi saya, kayu pengukur sama ada sesuatu perkara tersebut menyeleweng atau tidak
ialah dari segi pengamalan syariatnya. Kita lihat sama ada yang wajib dilaksanakan dan
yang haram ditinggalkan. Kalau kita lihat yang wajib diabaikan, dan yang haram
seperti riba, dedah aurat, campur gaul bebas lelaki pompuan, jangankan tarekat, orang
yang tak bertarekat pun boleh dianggap menyeleweng dan
sesat. Kalau perkara yang dilarang dan berdosa pun dilaksanakan, walaupun dia mengaku
pejuang Islam (tak payah kata orang sufi) , secara ilmiahnya dia telah sesat dan
menyeleweng.BeETUL TAK ??? Inilah pendapat dari seorang tua yang kurang arif yang
benci melihat umat Muhammad saling sesat menyesatkan. Bukankah agama itu nasihat ???
Wassalam
Hassan Hj Abdullah wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt.
>
> Kalau nak dikira sudah banyak kali rakan kita ini sdr. ibn Muhajir begitu mudah
>mendakwa golongan tarekat-sufi adalah sesat. Kali ini dia mengajak pula orang ramai
>atau orang lain sama-sama berbuat demikian. Kononnya itulah perjuangan atau jihadnya
>dalam internet ini.
>
> Berkenaan dengan golongan yang mulut celupar dan suka menuduh orang lain sesat tanpa
>bukti yang nyata (melihat dengan mata kepala) dan fikiran yang waras serta
>berlandaskan ilmu yang ada di dada (al ilmu 'ala fi sudur) ini memang ramai yang
>pernah saya temui.
>
> Di belakang sahaja ramai yang berani bercakap demikian. Bila berhadapan dan bertemu
>muka, cubalah cakap jika berani kerana Allah? Malangnya ramai yang bila berhadapan
>tidak berani bertemu muka dan tidak berani nak buka mulut bercakap? Yang pelik bin
>hairan, kalau dia di pihak yang benar (tentu Allah berserta dengannya) apa yang nak
>ditakuti? Adakah dengan manusia pulak yang dia
> takut?
>
> Pengalaman orang tuduh dan dakwa sesat ini, bagi saya sudah menjadi "asam garam
>dalam hidup". Saya pernah dituduh sesat oleh Pengarah Pusat Islam, Pegawai kanan
>Pusat Islam, Imam Besar dan beberapa orang lain yang seangkatan dengannya sejak
>daripada tahun 1983 lagi. Tetapi yang peliknya, mereka hanya berani bercakap di
>belakang sahaja. Bila berhadapan dengan saya, semasa berjabat
> tangan sama ada selepas solat, atau selepas majlis ilmu (kuliah Maghrib atau Subuh)
>atau usrah yang saya hadiri, tidak pernah sekalipun mereka berani berkata dan
>mengulangi tuduhan itu.
>
> Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang membuatkan saya
>berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah tegur saya atau nasehatkan
>saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang manakah yang dikatakan sesat dan yang
>manakah yang dikatakan benar atau betul?
>
> Kawan-kawan saya (sahabat saya) dan murid-murid yang belajar silat dengan saya,
>kerap kali menyampaikan berita, ustaz ini ustaz itu mengatakan saya sesat. Itulah
>yang peliknya?
>
> Sebenarnya tuduhan sesat itu hanya rekaan semata. Ini disebabkan saya pernah menegor
>ustaz, tok Imam dan pegawai kanan tersebut, ketika menyampaikan majlis ilmu dalam
>kuliah maghrib dan majlis usrah. Mereka semua adalah berijazah lepasa universiti
>Azhar dan Madinah. Saya tidak hairan itu semua ...
>
> Saya bertanyakan beberapa soalan seperti berikut?
>
> 1. Apakah maksud beribadah kerana Allah? Sedangkan Allah tidak akan dan tidak pernah
>mengambil faedah daripada makhluk?
>
> 2. Bagaimanakah kaifiyat untuk mencapai ikhlas. Supaya amalan yang sedemikian tidak
>rosak dan dirosakkan oleh syaitan?
>
> 3. Dalam bab perkara yang menyebabkan terbatalnya syahadah. Ustaz telah membaca
>sebuah kitab yang menerangkan 15 perkara yang membatalkan syahadah. Lalu saya
>menambah dua perkara lagi yang tidak ada lagi dalam kitab tersebut.
>
> 4. Dalam bulan Ramadan al mubarak, saya bertanyakan kepada Pengarah Pusat Islam,
>bagaimanakah seorang wanita yang uzur yang tidak boleh berpuasa, mengaji Quran, dan
>lain-lain amalan, sepatutnya memakmurkan bulan tersebut dengan ibadah? Dan saya
>tanyakan ibadah ini ada berapa? Ada banyak ke satu sahaja?
>
> 5. Sah syahadah itu dengan apa? Dimana? Siapakah yang mengesahkannya?
>
> 6. Perhimpunan solat itu dimana? Dengan apa? Dengan apakah kefarduannya?
>
> Persoalan-persoalan tersebut adalah persoalan yang asas bagi seorang mukmin. Menjadi
>kefarduannya mengetahui, memahami dan mengamalkannya sebelum mengajarkannya kepada
>orang lain. Kalau dia gagal menjawabnya, fikirlah sendiri, muhasabahlah diri sendiri
>sebelum menuduh orang lain sesat?
>
> Yang paling lantang menuduh saya sesat, saya pegang tangan saya ketika berjabat
>tangan, saya tanyakan kepadanya di hadapan mukanya bersaksikan dengan dua pasang mata
>(mata dia dan mata saya). Saya tanyakan dua soalan (no. 5 dan no.6). Tidak terjawab
>sepatah perkataan pun. Kenapa? Adakah ilmu itu masih terletak dalam kitab atau buku?
>Jadi bila nak jawab kena rujuk kitab dan buku?
>
> Yang seorang lagi, pangkatnya lagi tinggilah. Saya pegang tangan dia, saya tanyakan
>soalan no. 4. Saya renung wajah dia, agar berkata sesuatu yang boleh dijadikan
>pedoman yang berguna. Sebaliknya dia tergamam dan teragak-agak untuk berkata-kata
>sesuatu.
>
> Baru-baru ini beberapa orang pelajar (jumlahnya lebih kurang 12 orang) datang ke
>rumah saya, tiga malam berturut-turut. Daripada pukul 10.00 malam hinggalah pukul
>3.00 dan 4.00 pagi. Mereka ini sebelum itu telah mendengar tuduhan yang saya ini
>sesat oleh Imam Besar masjid. Saya berjumpa mereka di kantin, dan saya pelawa mereka
>datang ke rumah saya. Saya katakan kepada mereka, jangan
> mudah terikut secara taklid buta atas tuduhan orang lain yang tanpa usul periksa.
>Dengarkan dahulu penerangan saya. Awak boleh tanya apa jua soalan. Dan insya Allah
>dengan izin Allah tiada soalan yang tidak akan dijawab.
>
> Alhamdulillah mereka datang ke rumah saya. Mereka semua adalah pelajar yang "kaki
>masjid" dan kerap menghadiri majlis ilmu, kuliah Maghrib, Subuh dan sebahagiannya
>menjadi pengikut setia kumpulan Tabligh.
>
> Saya bagi peluang mereka bertanya dahulu. Tidak kiralah nak tanya tentang apa
>sahaja. Sama ada dari aspek iktiqad, akidah, ibadah, Syariat, Tarekat, Hakikat,
>Makrifat, Ilmu Usuludin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf, Quran, Hadis, Ijmak Ulama'.
>
> Setelah melewati waktu peluang bertanya itu dan Alhamdulillah, saya telah
>menjawabnya. Saya kata, berilah pula peluang saya menyoal, agar adil majlis
>perbincangan ini?
>
> Saya tanyakan soalan yang paling basik dan mudah sekali serta wajib bagi sekalian
>mukalaf mengetahuinya. Saya bertanyakan
>
> 1. Tolong ceritakan iktiqad sdr.2 sekalian. Apakah yang sdr.2 iktiqadkan sekarang
>ini terhadap Tuhan sdr.2 sekalian yang sebenar-benar iktiqad yang diterimaNya dan
>tidak menyengutukannya.
>
> 2. Yang dikatakan sdr.2 berTuhankan kepada Allah itu bagaimanakah sebenar-benar
>berTuhankan kepadaNya dengan tidak menyengutukannya.
>
> 3. Apakah yang dikatakan sebenar-benar ibadah? Iaitu ibadah yang diperintahkan Allah
>tidak boleh putus (oleh ruang, masa dan keadaan) yang diperintahkan kepada sekalian
>golongan jin dan manusia?
>
> 4. Apakah sebenar-benar solat? Jika lalai di dalamnya masuk ahli Neraka dan jika
>mabuk di dalamnya HARAM mendirikannya?
>
> Sebenarnya, ada banyak lagi soalan lain yang saya tanyakan kepada mereka. Di atas
>ini hanya sebahagian sahaja. Malangnya, mereka tidak dapat menjawabnya. Jika mereka
>cuba menjawabnya sipi-sipi pun tidak ada. Apa yang berlaku, yang bertanya jugalah
>yang kena jawab.
>
> Seterusnya pada malam-malam berikutnya, mereka yang pada awalnya datang semata-mata
>terpengaruh untuk berhujah "saya ini sesat" telah tertarik hati pula untuk datang
>pada malam-malam berikutnya untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada
>orang yang sesat ini!
>
> Malahan sehingga ke hari ini pun, ada yang masih datang tak renti-renti. Kacau pula
>saya jadinya. Kerana saya terpaksa meluangkan masa yang agak lama berbincang dengan
>mereka.
>
> Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah barangkali ibnu Muhajir belum bertemu
>dengan orang yang dapat memberikan kepuasan hatinya menerangkan berkenaan dengan
>tarekat-sufi. Oleh itu berlakulah seperti yang sudah berlaku sekarang.
>
> Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ,"Yang memberikan petunjuk kepada manusia itu
>ialah Allah dan yang menyesatkan manusia itu pun Allah".
>
> Dan saya telah pun lali dengan tuduhan sesat dan sebagainya itu. Bagi saya setakat
>manusia yang mengatakan sesat, saya tidak rugi apa-apa. Sehelai bulu roma pun tidak
>gugur. Setitik peluh pun tidak menitis. Saya tidak rugi apa-apa. Yang rugi itu ialah :
>
> 1. Orang yang lalai daripada mengingati Tuhannya
> - Wahai orang berIman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada
>mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya termasuklah kamu ke dalam
>golongan yang amat RUGI. (al Munafikun : 9).
>
> - Syaitan telah menguasai orang-orang munafik itu lalu menjadikan mereka lupa
>mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya
>golongan syaitan itulah golongan yang amat RUGI. (al Mujadilah : 19)
>
> 2. Masuk neraka Wel
>
> - Neraka Wellah bagi mereka yang keras hatinya tidak dapat mengingati Allah. Mereka
>itulah golongan yang SESATnya amat TERANG. (Azzummr : 22)
>
> - Neraka Wellah bagi mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam solatnya. (al
>Maun : 4 & 5).
>
> Yang lebih utama dan penting ialah muhasabah diri sendiri dan menuding diri sendiri
>sebelum memperkatakan diri orang lain .."Wahai orang berIman peliharalah diri kamu
>(dahulu) dan (selepas itu) peliharalah orang-orang di bawah tanggungan kamu..."
>
> Wassalamualaikum wbt.
>
> ibn muhajir wrote:
>
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > salam~
> >
> > ambo lihat kebanyakan pengikut2 sufi ni gelojoh, tak teliti, emosional spt kena
>histeria atau dirasuk syaitan.
> >
> > Para ulama mengatakan sekuler itu KUFUR, dan tareqat sufi itu SESAT. mengapa
>begitu? Kerana sememangnya fahaman sekuler itu benar2 kufur dan tareqat-sufi itu
>sememangnya SESAT. ada perbezaan antara SESAT dan KUFUR. Kengkadan' sesat boleh
>membawa kekufuran, tetapi KUFUR itu sememangnya SESAT. eg. zalim itu tidak semestinya
>KAFIR tetapi KAFIR itu mengandungi ZALIM dan FASIQ.
> >
> > kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana tuntutan
>kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah dan mengingkari
>segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya. Sebab itulah sunnah membaca
>surah al-KAFIRUN dlm sunat subuh dan witir, agar kita senantiasa memperbaharui bara'
>atau permusuhan kita terhadap KUFFAr dan golongan SESAT.
> >
> > muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja puak2 sufi ni
>di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam.
> >
> > Wslm
> >
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>