*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya setuju komen ini , penggunaan bahasa sebenarnya menggambarkan keperibadian
, keilmuan , luhur hati , keikhlasan dan sifat ketulusan . Kita jangan lupa
walaupun di alam siber , tidak boleh sewenang-wenang nya menggunakan perkataan
sesedap hati . Dan yang penting bukankah kita sentiasa dinilai segala
gerak-geri kita , amal dan kejahatan sebesar zarrah akan dilihat olehNya dan
dibalas.
Wallahu A'lam.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Sedikit pengamatan saya antara Ibn Muhajir vs Prof.Nurani, Hassan
> Hj.Abdullah tidak lupa juga Jamil Lam. Pemerhatian yang saya buat
> berdasarkan sebagai orang awam dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya
> terpanggil untuk membuat rumusan dan keputusan bagi tujuan guna pakai untuk
> diri saya sendiri atas debat-debat yang mengatakan tarikat-sufi adalah
> sesat. Semoga menjadi panduan hidup saya dalam menuju jalan yang lurus.
>
> Dari Ibn Muhajir
> sebenarnya org-sufi-yg-sesat suka melihat mujahidin berpecah belah dan suka
> mengungkit-ungkit sesuatu yg boleh mencerai beraikan barisan. mereka
> sememangnya tidak mengerti watak dan perangai org kafir kerana mrk tidak
> menjadikan quran sebagai panduan.
>
> Dari Hassan Hj Abdullah
> Cuba tengok rujukan beliau keatas ayat Al-Quran.
> (al Munafikun : 9).
> (al Mujadilah : 19)
> (al Maun : 4 & 5).
> (Azzummr : 22)
>
> Kesimpulan:
> Fakta yang keterlaluan dari Ibn Muhajir. Orang tarikat-sufi masih
> bersandarkan alquran.
> Dari Ibn Muhajir
> kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
> tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
> dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya
>
> Dari Hassan Hj Abdullah
> Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
> membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
> tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
> manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
> betul?
>
> Kesimpulan:
> Cuba lihat dan faham kenyataan Ibn Muhajir menyesatkan yg sesat dan
> mengkufurkan yg kufur dan kenyataan Hassan Hj Abdullah jika saya sesat
> kenapakah tidak pernah tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan.
>
> Saya mengatakan puak tarikat-sufi ikhlas meminta ditunjukkan mana yang
> salah dan mana yang benar dengan berhadapan, ini termasuk dengan mengadakan
> muzakarah. Manakala Ibn Muhajir menolak dengan jawapan dengan mentah-mentah
> dengan ayat yang agak menyengat. Jawapan dari Ibn Muhajir atas permintan
> Prof.Nurani <muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja
> puak2 sufi ni di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam>.
>
> Saya melihat Ibn Muhajir sudah tahu jawapan sebelum benda terjadi.Bukankah
> telahan ini mendahului perkara yang belum jadi? Bagaimana hukumnya kalau
> mendahulu pekerjaan Allah?
>
> Seingat sayalah belum pernah lagi puak tarikat-sufi senang-senang
> menjatuhkan hukum sesat-menyesat dan kufur-mengkufur ni kepada orang lain.
> Nilailah sendiri.
>
> Kita juga boleh menilai penggunaan bahasa dan etika ketiga-tiga saudara
> kita. Mana yang kasar dan mana yang halus.Nilai lah sendiri.
>
> Ibn Muhajir juga tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Hassan
> Hj.Abdullah. Minta tolong Ibn Muhajir tolong jelaskan kepada beliau dan
> kami orang awam (khas kepada soalan beliau dengan tidak memesong kearah
> lain).Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan
> kesabaran.
>
> Apa kata saudara-saudara yang lain? Maaf kalau menyinggung perasaan
> mana-mana pihak.
>
> ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 14/04/2000 16:34:44
>
> Sent by: [EMAIL PROTECTED]
>
> To: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> cc: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>
> Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from
> Basayev
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam~
>
> Pernah ustadz saya berhadapan dgn Tok/Syaikh Tareqat Sufi dan mengatakan: "
> Jamaah kamu ni dari segi ekonomi, pakaian, sudah cukup baik, tapi Aqidah
> dan amalannya belum betul".
>
> Tok/Syaikh tareqat sufi tu cume diam membisu 2 ribu bahasa. tiada jawab,
> tiada soal, tiada kata apa2.
>
> mata bertentang mata, mulut bertengtang mulut, tapi tok/syaikh sufi itu
> terbungkam 2 ribu bahasa. nah! mane benarnya org sufi?
>
> wslm
>
> ------Original Message------
> From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: April 14, 2000 8:15:11 AM GMT
> Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev
>
> Assalamualaikum wbt.
>
> Kalau nak dikira sudah banyak kali rakan kita ini sdr. ibn Muhajir begitu
> mudah mendakwa golongan tarekat-sufi adalah sesat. Kali ini dia mengajak
> pula orang ramai atau orang lain sama-sama berbuat demikian. Kononnya
> itulah perjuangan atau jihadnya dalam internet ini.
>
> Berkenaan dengan golongan yang mulut celupar dan suka menuduh orang lain
> sesat tanpa bukti yang nyata (melihat dengan mata kepala) dan fikiran yang
> waras serta berlandaskan ilmu yang ada di dada (al ilmu 'ala fi sudur) ini
> memang ramai yang pernah saya temui.
>
> Di belakang sahaja ramai yang berani bercakap demikian. Bila berhadapan dan
> bertemu muka, cubalah cakap jika berani kerana Allah? Malangnya ramai yang
> bila berhadapan tidak berani bertemu muka dan tidak berani nak buka mulut
> bercakap? Yang pelik bin hairan, kalau dia di pihak yang benar (tentu Allah
> berserta dengannya) apa yang nak ditakuti? Adakah dengan manusia pulak
> yang dia
> takut?
>
> Pengalaman orang tuduh dan dakwa sesat ini, bagi saya sudah menjadi "asam
> garam dalam hidup". Saya pernah dituduh sesat oleh Pengarah Pusat Islam,
> Pegawai kanan Pusat Islam, Imam Besar dan beberapa orang lain yang
> seangkatan dengannya sejak daripada tahun 1983 lagi. Tetapi yang peliknya,
> mereka hanya berani bercakap di belakang sahaja. Bila berhadapan dengan
> saya, semasa berjabat
> tangan sama ada selepas solat, atau selepas majlis ilmu (kuliah Maghrib
> atau Subuh) atau usrah yang saya hadiri, tidak pernah sekalipun mereka
> berani berkata dan mengulangi tuduhan itu.
>
> Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
> membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
> tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
> manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
> betul?
>
> Kawan-kawan saya (sahabat saya) dan murid-murid yang belajar silat dengan
> saya, kerap kali menyampaikan berita, ustaz ini ustaz itu mengatakan saya
> sesat. Itulah yang peliknya?
>
> Sebenarnya tuduhan sesat itu hanya rekaan semata. Ini disebabkan saya
> pernah menegor ustaz, tok Imam dan pegawai kanan tersebut, ketika
> menyampaikan majlis ilmu dalam kuliah maghrib dan majlis usrah. Mereka
> semua adalah berijazah lepasa universiti Azhar dan Madinah. Saya tidak
> hairan itu semua ...
>
> Saya bertanyakan beberapa soalan seperti berikut?
>
> 1. Apakah maksud beribadah kerana Allah? Sedangkan Allah tidak akan dan
> tidak pernah mengambil faedah daripada makhluk?
>
> 2. Bagaimanakah kaifiyat untuk mencapai ikhlas. Supaya amalan yang
> sedemikian tidak rosak dan dirosakkan oleh syaitan?
>
> 3. Dalam bab perkara yang menyebabkan terbatalnya syahadah. Ustaz telah
> membaca sebuah kitab yang menerangkan 15 perkara yang membatalkan syahadah.
> Lalu saya menambah dua perkara lagi yang tidak ada lagi dalam kitab
> tersebut.
>
> 4. Dalam bulan Ramadan al mubarak, saya bertanyakan kepada Pengarah Pusat
> Islam, bagaimanakah seorang wanita yang uzur yang tidak boleh berpuasa,
> mengaji Quran, dan lain-lain amalan, sepatutnya memakmurkan bulan tersebut
> dengan ibadah? Dan saya tanyakan ibadah ini ada berapa? Ada banyak ke satu
> sahaja?
>
> 5. Sah syahadah itu dengan apa? Dimana? Siapakah yang mengesahkannya?
>
> 6. Perhimpunan solat itu dimana? Dengan apa? Dengan apakah kefarduannya?
>
> Persoalan-persoalan tersebut adalah persoalan yang asas bagi seorang
> mukmin. Menjadi kefarduannya mengetahui, memahami dan mengamalkannya
> sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Kalau dia gagal menjawabnya,
> fikirlah sendiri, muhasabahlah diri sendiri sebelum menuduh orang lain
> sesat?
>
> Yang paling lantang menuduh saya sesat, saya pegang tangan saya ketika
> berjabat tangan, saya tanyakan kepadanya di hadapan mukanya bersaksikan
> dengan dua pasang mata (mata dia dan mata saya). Saya tanyakan dua soalan
> (no. 5 dan no.6). Tidak terjawab sepatah perkataan pun. Kenapa? Adakah ilmu
> itu masih terletak dalam kitab atau buku? Jadi bila nak jawab kena rujuk
> kitab dan buku?
>
> Yang seorang lagi, pangkatnya lagi tinggilah. Saya pegang tangan dia, saya
> tanyakan soalan no. 4. Saya renung wajah dia, agar berkata sesuatu yang
> boleh dijadikan pedoman yang berguna. Sebaliknya dia tergamam dan
> teragak-agak untuk berkata-kata sesuatu.
>
> Baru-baru ini beberapa orang pelajar (jumlahnya lebih kurang 12 orang)
> datang ke rumah saya, tiga malam berturut-turut. Daripada pukul 10.00 malam
> hinggalah pukul 3.00 dan 4.00 pagi. Mereka ini sebelum itu telah mendengar
> tuduhan yang saya ini sesat oleh Imam Besar masjid. Saya berjumpa mereka di
> kantin, dan saya pelawa mereka datang ke rumah saya. Saya katakan kepada
> mereka, jangan
> mudah terikut secara taklid buta atas tuduhan orang lain yang tanpa usul
> periksa. Dengarkan dahulu penerangan saya. Awak boleh tanya apa jua soalan.
> Dan insya Allah dengan izin Allah tiada soalan yang tidak akan dijawab.
>
> Alhamdulillah mereka datang ke rumah saya. Mereka semua adalah pelajar yang
> "kaki masjid" dan kerap menghadiri majlis ilmu, kuliah Maghrib, Subuh dan
> sebahagiannya menjadi pengikut setia kumpulan Tabligh.
>
> Saya bagi peluang mereka bertanya dahulu. Tidak kiralah nak tanya tentang
> apa sahaja. Sama ada dari aspek iktiqad, akidah, ibadah, Syariat, Tarekat,
> Hakikat, Makrifat, Ilmu Usuludin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf, Quran, Hadis,
> Ijmak Ulama'.
>
> Setelah melewati waktu peluang bertanya itu dan Alhamdulillah, saya telah
> menjawabnya. Saya kata, berilah pula peluang saya menyoal, agar adil majlis
> perbincangan ini?
>
> Saya tanyakan soalan yang paling basik dan mudah sekali serta wajib bagi
> sekalian mukalaf mengetahuinya. Saya bertanyakan
>
> 1. Tolong ceritakan iktiqad sdr.2 sekalian. Apakah yang sdr.2 iktiqadkan
> sekarang ini terhadap Tuhan sdr.2 sekalian yang sebenar-benar iktiqad yang
> diterimaNya dan tidak menyengutukannya.
>
> 2. Yang dikatakan sdr.2 berTuhankan kepada Allah itu bagaimanakah
> sebenar-benar berTuhankan kepadaNya dengan tidak menyengutukannya.
>
> 3. Apakah yang dikatakan sebenar-benar ibadah? Iaitu ibadah yang
> diperintahkan Allah tidak boleh putus (oleh ruang, masa dan keadaan) yang
> diperintahkan kepada sekalian golongan jin dan manusia?
>
> 4. Apakah sebenar-benar solat? Jika lalai di dalamnya masuk ahli Neraka dan
> jika mabuk di dalamnya HARAM mendirikannya?
>
> Sebenarnya, ada banyak lagi soalan lain yang saya tanyakan kepada mereka.
> Di atas ini hanya sebahagian sahaja. Malangnya, mereka tidak dapat
> menjawabnya. Jika mereka cuba menjawabnya sipi-sipi pun tidak ada. Apa yang
> berlaku, yang bertanya jugalah yang kena jawab.
>
> Seterusnya pada malam-malam berikutnya, mereka yang pada awalnya datang
> semata-mata terpengaruh untuk berhujah "saya ini sesat" telah tertarik hati
> pula untuk datang pada malam-malam berikutnya untuk mendapatkan penjelasan
> yang lebih lanjut daripada orang yang sesat ini!
>
> Malahan sehingga ke hari ini pun, ada yang masih datang tak renti-renti.
> Kacau pula saya jadinya. Kerana saya terpaksa meluangkan masa yang agak
> lama berbincang dengan mereka.
>
> Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah barangkali ibnu Muhajir belum
> bertemu dengan orang yang dapat memberikan kepuasan hatinya menerangkan
> berkenaan dengan tarekat-sufi. Oleh itu berlakulah seperti yang sudah
> berlaku sekarang.
>
> Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ,"Yang memberikan petunjuk kepada
> manusia itu ialah Allah dan yang menyesatkan manusia itu pun Allah".
>
> Dan saya telah pun lali dengan tuduhan sesat dan sebagainya itu. Bagi saya
> setakat manusia yang mengatakan sesat, saya tidak rugi apa-apa. Sehelai
> bulu roma pun tidak gugur. Setitik peluh pun tidak menitis. Saya tidak rugi
> apa-apa. Yang rugi itu ialah :
>
> 1. Orang yang lalai daripada mengingati Tuhannya
> - Wahai orang berIman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu
> daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya
> termasuklah kamu ke dalam golongan yang amat RUGI. (al Munafikun : 9).
>
> - Syaitan telah menguasai orang-orang munafik itu lalu menjadikan mereka
> lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa
> sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang amat RUGI. (al Mujadilah
> : 19)
>
> 2. Masuk neraka Wel
>
> - Neraka Wellah bagi mereka yang keras hatinya tidak dapat mengingati
> Allah. Mereka itulah golongan yang SESATnya amat TERANG. (Azzummr : 22)
>
> - Neraka Wellah bagi mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam
> solatnya. (al Maun : 4 & 5).
>
> Yang lebih utama dan penting ialah muhasabah diri sendiri dan menuding diri
> sendiri sebelum memperkatakan diri orang lain .."Wahai orang berIman
> peliharalah diri kamu (dahulu) dan (selepas itu) peliharalah orang-orang di
> bawah tanggungan kamu..."
>
> Wassalamualaikum wbt.
>
> ibn muhajir wrote:
>
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > salam~
> >
> > ambo lihat kebanyakan pengikut2 sufi ni gelojoh, tak teliti, emosional
> spt kena histeria atau dirasuk syaitan.
> >
> > Para ulama mengatakan sekuler itu KUFUR, dan tareqat sufi itu SESAT.
> mengapa begitu? Kerana sememangnya fahaman sekuler itu benar2 kufur dan
> tareqat-sufi itu sememangnya SESAT. ada perbezaan antara SESAT dan KUFUR.
> Kengkadan' sesat boleh membawa kekufuran, tetapi KUFUR itu sememangnya
> SESAT. eg. zalim itu tidak semestinya KAFIR tetapi KAFIR itu mengandungi
> ZALIM dan FASIQ.
> >
> > kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
> tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
> dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya. Sebab
> itulah sunnah membaca surah al-KAFIRUN dlm sunat subuh dan witir, agar kita
> senantiasa memperbaharui bara' atau permusuhan kita terhadap KUFFAr dan
> golongan SESAT.
> >
> > muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja puak2 sufi ni
> di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam.
> >
> > Wslm
> >
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Nawawi Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>