*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara ibnu muhajir,
Setiap turunnya ayat Al Quran dan hadis pasti ada hikmah disebaliknya. Bidaah ialah
perkara yang tak dilakukan oleh rasulullah SAW. Agaknya saudara ibnu muhajir pergi
kerja naik unta ke ??? Sebab Rasulullah SAW tak naik kereta proton. Saya rasa
Ibnu Muhajir juga buat benda bidaah sebab berbahasa Melayu, Rasulullah SAW tak pernah
berbahasa Melayu. Saudara ibnu Muhajir tentu pernah sembahyang di masjid yang ada
kipas angin dan bercarpet. Tahukah saudara ibnu Muhajir bahawa di kota Madinah
taklah sesejuk Malaysia dan Rasulullah SAW tak pernah bersolat dibawah kipas angin dan
berlapikkan carpet.Adakah saudara ibnu Muhajir juga pembawa bidaah ???
Kalau kita perhatikan Rasulullah SAW bersolat, pastinya beliau akan mengenakan jubah
dan serban. Adakah saudara Ibnu Muhajir memakai jubah dan serban dalam solat ? Kalau
saudara tak pakai jubah dan serban maknanya ibnu Muhajir adalah pembawa bidaah
sedangkan rasulullah SAW pernah menyuruh kita bersolat seperti baginda bersolat.
Saya bukan nak berhujah secara dalil naqli tetapi cukuplah saya menggunakan dalil
akli itupun bukan untuk berhujah tetapi sekadar menasihati. Kesimpulan yang saya
buat, walaupun Al Quran dan Hadis tak menyebut tetapi terdapat banyak tahap ilmu
yang kita boleh gunakan dalam mengupas intipati AL Quran dan Hadis. Itu perlunya ada
ijmak ulamak dan Qias
Wassalam
P/S - amat sayang kerana bezanya manusia dengan malaikat kerana manusia ada nafsu dan
malaikat tiada nafsu. Bezanya manusia dengan haiwan ialah manusia punyai akal dan
haiwan tidak. Malangnya ramai manusia yang tidak berusaha bertafakur sambil
menggunakan akal. Akibatnya manusia merasa diri mereka lebih mulia dari Musa A.S.
sehingga merasakan manusia yang tidak sependapat dengannya lebih jahat dari Firaun.
ibn muhajir wrote:
> salam~
>
> Memang diutusnya nabi itu utk menyempurnakan akhlak. Nabi juga diutus utk memerangi
>kaum kafir dan ahli bidaah (kaum sufi,sekuler, etc). Nabi juga diutuskan utk
>memurnikan tauhid dan memerangi syirik (syirik mushrikin, kaum sufi, sekuler, etc)
>
> adakah menyatakan kesesatan kaum sufi itu sesuatu yg dikatakan tidak berakhlak?
>Sedangkan Nabi sendiri mengatakan setiap sesuatu yg baru itu bidaah, setiap bidaah
>itu sesat dan setiap yg sesat itu dlm neraka.
>
> Para Syaikh2 dan ahli2 ilmu mengatakan yg SUFI itu suatu bidaah yg mutlak dan
>MUKTAMAD. bidaah dholalah finnaR. Itulah amaran dan ancaman dari NABI yg wajib
>disampaikan terutamanya kpd para taksub sufi. itulah hukum yg muktamad dari NABI.
>
> wslm
>
> ------Original Message------
> From: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Assalamu a'laikum
>
> Saya tertarik meneliti topik ini walaupun saya hanyalah berpendidikan sekular.
> Walaubagaimanapun, kita semua sedia maklum "RASULULLAH SAW diutus untuk membina
> akhlak yang mulia"
>
> Akhlak yang mulia termasuk dari segi perbuatan, perkataan dan niat hati. Saya
> menafikan menggunakan perkataan yang "brutal" suatu akhlak mulia. Saya juga
> menafikan "menghukum sebelum menasihat" suatu akhlak mulia. Bukankah agama itu
> nasihat ?
>
> Wassalam
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>