*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SALAM.......

Alhamdulillah pencinta-pencinta ilmu kesufian sedikit sebanyaknya sudah mula 
muncul kembali di dalam hizbi.net ini. Ini menunjukkan satu perkembangan 
yang sihat, ada menafaatnya bila ilmu tasauf di-promote-kan sebagai panduan 
untuk beramal di dalam mendekatkat diri kepada Allah SWT.

Suatu ketika beberapa netters kita yang mahir di dalam ilmu Tasauf ini dapat 
membuahkan hasil ilmiah di dalam memenafaatkan ruang cyber ini. Tetapi, kini 
tiada lagi hasil karya ilmiah mereka dilayarkan bagi memenuhi ruang yang 
semakin nipis dengan bahan-bahan ilmiah yang berguna.

Kita kekurangan bahan ilmiah untuk dijadikan sumber rujukan ke arah 
memartabatkan diri dengan lebih baik lagi. Jadi manusia yang berguna, 
beretika, berwawasan, ada vision, berilmu, berma'rifah serta 
bertanggungjawab ke atas PENCIPTA-nya.

Inilah pentingnya ilmu. Bagaimana hendak beramal kalau tidak mempunyai ilmu 
yang benar?

Pendukung ilmu kerohanian bukanlah bala tentera seperti yang di-JUMUD-kan 
oleh Ibn Muhajir. Mengapa? Adakah anda takut dengan bayang-bayang sendiri, 
akibat daripada keterlanjuran dan keceluparan akal anda semasa berhujjah???

Ada sedikit kemushkilan di sini bila saya baca email di bawah, perkataan 
SESAT masih ada lagi, cuma perkataan KAFIR sudah tiada. Mengapa??? Anda 
sudah sedar atau takut ucapan tersebut MAKAN TUAN???

Kebenaran apa yang Ibn Muhajir nak tegakkan??? Siapa diri anda jika hendak 
dibandingkan dengan ilmu dan amalan Tok kenali, Hj. Said Linggi, Tok Ku 
Pulau Manis dan yang lain-lainnya???

Saya sengaja menggunakan nama-nama tokoh Sufi Melayu, kalau nak dibandingkan 
dengan ketokohan ahli Sufi yang silam (seperti Syeikh Abdul Qadir 
Al-Jailani, Ibnul Arabi, Ibnu Farid, Mansur Al-Hallaj dan sebagainya) dengan 
picisan ilmu dan amalan Ibn Muhajir, JAUH PANGGANG DARI API...habuk pun 
tarak!

Bagaimana Islam hendak kembali murni kalau manusia seperti Ibn Muhajir 
sentiasa memecahbelahkan ummah? Menghina Ulama' Sufi (mengkafir dan 
menyesatkan mereka) dan berbagai-bagai tuduhan berat lagi???

Saya nantikan jawapan-jawapan dari Ibn Muhajir! Buktikan kebenaran ilmu dan 
amalan anda kepada kami. Buatlah seperti apa yang sudah dilakukan oleh 
saudara Abdul Jamil Lam sebelum ini, melayarkan posting-posting yang serba 
ilmiah di dalam ilmu Tasauf.

Jangan ambil sikit-sikit hujjah, cedok sikit sana, cedok sikit sini. Kata 
itu nas, ini dalil...dan sebagainya. Tulis terang-terang dari sumber mana 
yang anda perolehi dan buktikan juga anda bukan setakat guna hasil CIPLAK 
orang, diguna sebagai hujjah mencantas hujjah orang lain pula yang tidak 
sealiran dan sefahaman dengan pemikiran Ibn Muhajir.

cuma sekali lagi saya berpesan, jangan sekali-kali menggunakan nama orang 
lain sebagai "modal jualan" anda untuk berhujjah.

Tuhan bagi akal, gunakanlah ianya dengan sebaik mungkin. Jadilah manusia, 
sebab manusia itu berakal....

Ingatlah, RAHMAT Allah Swt, bukan untuk saya seorang...bukan untuk Ibn 
Muhajir seorang. Ia adalah untuk semua makhluk yang dijadikan oleh-Nya di 
muka bumi ini. Jangan asyik pandai cakap RAHMAT Tuhan saja, tetapi 
sebenarnya di dalam hati benak anda, tidak tahu bersyukur dengan apa yang 
sudah Allah ta'ala pertunjukkan. Jadilah manusia yang berilmu yang menafaat 
dan hindari daripada perbuatan yang keji.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih berfaedah dan memberi 
menafaatyang boleh kita lakukan, daripada kita meng-KAFIR-kan orang dan 
MENYESATKAN orang lain.

Sekali lagi saya ulangi, CERMIN dahulu diri Ibn muhajir!

Wallahu a'lam...

Best Regards - Nurani




>From: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Bertenang.....
>Date: Sun, 16 Apr 2000 10:34:42 -0400 (EDT)
>
>salam~
>
>nampak2nya para sufi dan bala tenteranya muncul kembali. Justru itu ambo 
>mohon izin Pak Maintainer supaya tidak meng-glue perbincangan ini - 
>insyaAllah dan dgn rahmat Allah, bi-iznillah, ambo akan jawab 1 per 1 
>hujah2 kaum sufi. Agar kebenaran itu ditegakkan, agar kebobrokan penyesat 
>kaum sufi ditelanjangkan, agar islam kembali murni dari noda sufi ,tasauf, 
>& philosof  sesat.
>
>Wslm

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke