*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bau-baru ni saya bersembang-sembang dengan seorang kawan yang juga
profesional.  Kawan saya ni memang terkenal dengan 'critical thinking' nya.
Dia akan cuba memprovokasikan sesuatu untuk difikirkan.

Yang terbaru beliau ada katakan mungkinkah pakar sejarah kita tersilap
apabila menganggap bahawa Hang Tuah itu melayu???  Sebabnya cerita Hang Tuah
ini lebih kepada cerita yang dibawa turun temurun dan rekod tentang nya
terlalu sedikit selain daripada andaian-andaian yang dibuat oleh pakar
sejarah itu sendiri.  Andaian boleh silap dan tersasar.

Semua orang tahu Laksamana Cheng Ho yang datang ke Melaka dulunya itu
seorang Islam.  Islam telah lama bertapak di Cina dan kepada sesiapa yang
mengikuti Jejak Rasul dapat sedikit pengetahuan tentangnya.  Pada zaman itu
juga ada seorang puteri dari Cina iaitu Hang Li Po.  Keturunan puteri inilah
sebenarnya wujudnya kaum kerabat Hang Tuah itu.  Yang mana nama-namanya
ialah Hang Tiew Wah (Hang Tuah),  Hang Jee Bat (Hang Jebat), Hang Lee Ker
(Hang Lekir) dan Hang Li Kiew (Hang Lekiu).  Hmmm... tersentak juga saya
sebentar dengan pemikiran sahabat sorang ni.  Sememangnya tamadun cina lebih
awal daripada kita disini hinggakan Rasulullah s.a.w sendiri berkata
"tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina".  Ilmu pertahanan diri mereka dan
panglima mereka ketika itu pastinya handal-handal juga.  Disebabkan mereka
ini Islam dan mungkin berkahwin dengan orang melayu selepas itu maka mereka
dianggap berjasa oleh orang melayu dan disanjung.

HArap-harap adalah ahli sejarah yang berfikiran kritis juga untuk mengupas
ide ini.

Salam Silaturahim,
Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
UNTUK MOTIVASI DIRI, BELAJAR PINTAR, DAN MAKLUMAT KEKELUARGAAN
SILA LAWAT LAMAN-MAP
http://www.laman-map.com

----- Original Message -----
From: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, April 17, 2000 12:46 AM
Subject: H-Net* Re: Bertenang.....


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> SALAM.......
>
> Alhamdulillah pencinta-pencinta ilmu kesufian sedikit sebanyaknya sudah
mula
> muncul kembali di dalam hizbi.net ini. Ini menunjukkan satu perkembangan
> yang sihat, ada menafaatnya bila ilmu tasauf di-promote-kan sebagai
panduan
> untuk beramal di dalam mendekatkat diri kepada Allah SWT.
>
> Suatu ketika beberapa netters kita yang mahir di dalam ilmu Tasauf ini
dapat
> membuahkan hasil ilmiah di dalam memenafaatkan ruang cyber ini. Tetapi,
kini
> tiada lagi hasil karya ilmiah mereka dilayarkan bagi memenuhi ruang yang
> semakin nipis dengan bahan-bahan ilmiah yang berguna.
>
> Kita kekurangan bahan ilmiah untuk dijadikan sumber rujukan ke arah
> memartabatkan diri dengan lebih baik lagi. Jadi manusia yang berguna,
> beretika, berwawasan, ada vision, berilmu, berma'rifah serta
> bertanggungjawab ke atas PENCIPTA-nya.
>
> Inilah pentingnya ilmu. Bagaimana hendak beramal kalau tidak mempunyai
ilmu
> yang benar?
>
> Pendukung ilmu kerohanian bukanlah bala tentera seperti yang di-JUMUD-kan
> oleh Ibn Muhajir. Mengapa? Adakah anda takut dengan bayang-bayang sendiri,
> akibat daripada keterlanjuran dan keceluparan akal anda semasa
berhujjah???
>
> Ada sedikit kemushkilan di sini bila saya baca email di bawah, perkataan
> SESAT masih ada lagi, cuma perkataan KAFIR sudah tiada. Mengapa??? Anda
> sudah sedar atau takut ucapan tersebut MAKAN TUAN???
>
> Kebenaran apa yang Ibn Muhajir nak tegakkan??? Siapa diri anda jika hendak
> dibandingkan dengan ilmu dan amalan Tok kenali, Hj. Said Linggi, Tok Ku
> Pulau Manis dan yang lain-lainnya???
>
> Saya sengaja menggunakan nama-nama tokoh Sufi Melayu, kalau nak
dibandingkan
> dengan ketokohan ahli Sufi yang silam (seperti Syeikh Abdul Qadir
> Al-Jailani, Ibnul Arabi, Ibnu Farid, Mansur Al-Hallaj dan sebagainya)
dengan
> picisan ilmu dan amalan Ibn Muhajir, JAUH PANGGANG DARI API...habuk pun
> tarak!
>
> Bagaimana Islam hendak kembali murni kalau manusia seperti Ibn Muhajir
> sentiasa memecahbelahkan ummah? Menghina Ulama' Sufi (mengkafir dan
> menyesatkan mereka) dan berbagai-bagai tuduhan berat lagi???
>
> Saya nantikan jawapan-jawapan dari Ibn Muhajir! Buktikan kebenaran ilmu
dan
> amalan anda kepada kami. Buatlah seperti apa yang sudah dilakukan oleh
> saudara Abdul Jamil Lam sebelum ini, melayarkan posting-posting yang serba
> ilmiah di dalam ilmu Tasauf.
>
> Jangan ambil sikit-sikit hujjah, cedok sikit sana, cedok sikit sini. Kata
> itu nas, ini dalil...dan sebagainya. Tulis terang-terang dari sumber mana
> yang anda perolehi dan buktikan juga anda bukan setakat guna hasil CIPLAK
> orang, diguna sebagai hujjah mencantas hujjah orang lain pula yang tidak
> sealiran dan sefahaman dengan pemikiran Ibn Muhajir.
>
> cuma sekali lagi saya berpesan, jangan sekali-kali menggunakan nama orang
> lain sebagai "modal jualan" anda untuk berhujjah.
>
> Tuhan bagi akal, gunakanlah ianya dengan sebaik mungkin. Jadilah manusia,
> sebab manusia itu berakal....
>
> Ingatlah, RAHMAT Allah Swt, bukan untuk saya seorang...bukan untuk Ibn
> Muhajir seorang. Ia adalah untuk semua makhluk yang dijadikan oleh-Nya di
> muka bumi ini. Jangan asyik pandai cakap RAHMAT Tuhan saja, tetapi
> sebenarnya di dalam hati benak anda, tidak tahu bersyukur dengan apa yang
> sudah Allah ta'ala pertunjukkan. Jadilah manusia yang berilmu yang
menafaat
> dan hindari daripada perbuatan yang keji.
>
> Banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih berfaedah dan memberi
> menafaatyang boleh kita lakukan, daripada kita meng-KAFIR-kan orang dan
> MENYESATKAN orang lain.
>
> Sekali lagi saya ulangi, CERMIN dahulu diri Ibn muhajir!
>
> Wallahu a'lam...
>
> Best Regards - Nurani
>
>
>
>
> >From: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Bertenang.....
> >Date: Sun, 16 Apr 2000 10:34:42 -0400 (EDT)
> >
> >salam~
> >
> >nampak2nya para sufi dan bala tenteranya muncul kembali. Justru itu ambo
> >mohon izin Pak Maintainer supaya tidak meng-glue perbincangan ini -
> >insyaAllah dan dgn rahmat Allah, bi-iznillah, ambo akan jawab 1 per 1
> >hujah2 kaum sufi. Agar kebenaran itu ditegakkan, agar kebobrokan penyesat
> >kaum sufi ditelanjangkan, agar islam kembali murni dari noda sufi
,tasauf,
> >& philosof  sesat.
> >
> >Wslm
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke