*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
��.sambungan��.
Berbalik kepada ayat 12-14 dalam Suratul Hadiid
tadi; sambungannya pula mengisahkan bagaimana
orang-orang munafiq apabila melihat saja orang-orang
beriman berlari-lari dalam cahaya mereka (cahaya
berada di hadapan dan di kanan mereka),lalu
orang-orang munafiq berkata,�Tunggulah kami.Minta la
sikit cahaya kamu tu.�
[ Begitu la hal keadaannya dengan puak-puak munafiq di
Padang Mahsyar; mereka jadi �pengemis�.Dalam Suratul
Hadiid menceritakan tentang
kehinaan/kehancuran/malu,yang bakal diterima oleh
puak-puak yang hidup mewah semasa di dunia tetapi pada
masa yang sama,mereka lawan al-Quran/hadis Rasulullah
s.a.w..Mereka mengemis/meminta-minta cahaya daripada
orang-orang beriman kerana mereka rasa semacam dok ada
dalam kegelapan.Walaupun semasa di atas dunia
dulu,ALLAH dah hantar cahaya; yang mana disebut oleh
Mawdudi rahimmatulmullah bahwa yang ALLAH hantar itu
ialah cahaya obor Islam yakni al-Quran.Tetapi tidak
diambil peduli kerana puak-puak munafiq ni masih lagi
berminat dengan undang-undang Lord Reid yang nyata
kufur kepada ALLAH.Mereka masih lagi seronok dengan
sistem-sistem yang bercanggah dengan Islam.Mereka
begitu seronok melalaikan masyarakat,diatas nama
hiburan/diatas nama menyambut hari-hari
perayaan,dengan memanggil artis demi artis untuk
menghiburkan masyarakat.Mereka tak peduli dah lagi apa
yang nak jadi dengan aqidah anak-anak muda kita; yang
depa mau ialah bila para remaja seronok dengan
hiburan,maka remaja-remaja akan sokong depa.Inilah dia
BN,�justify the means�,yang bermaksud �tujuan
menghalalkan cara�.Inilah cara sekular; apa saja tok
sah peduli,buatlah cara mana pun,janji tujuan mau
sampai kira cantik.
Maka menurut Suratul Hadiid; di akhirat
nanti,golongan-golongan yang macam ni lah yang tidak
ada cahaya,lalu berada lah mereka di dalam
kegelapan.Oleh itu,mereka pun merayu/merempat meminta
cahaya daripada orang-orang beriman.]
Lalu dijawab oleh orang-orang beriman,�Berambuslah
kamu pergi ke belakang.Dan carilah cahaya kamu
sendiri.�
[ Puak-puak munafiq ni dihalau begitu saja.Tapi mereka
tak putus asa,lalu mereka merayu lagi. ]
Lalu merayu lah mereka lagi,�Tidakkah kami
sama-sama dengan kamu dahulu?�
[ Puak-puak munafiq berkata kepada orang-orang
mukmin,�Takkan tak kenal kami? Kami dulu sekampung
dengan kamu/berjiran dengan kamu/tok wan kamu/pakcik
kamu; takkan tak kenal kami?��Barulah mereka nak
memperkenalkan diri mereka; walhal masa atas dunia
dulu cukup punya sombong / sekat Islam / tuduh Haron
Din jual air jampi / tuduh ulama semua ni tak dak
nilai / nilai ulama hanyalah sebotol air mineral yang
dijampi dan dijual.Atas dunia,kamu sombong; tapi di
Padang Mahsyar,kamu merempat.Atas dunia,kamu
melemahkan orang-orang beriman; tapi di hari
akhirat,orang beriman pula akan menghina kamu,sambil
berkata,�Berambus lah kamu ke belakang ! Carilah
cahaya kamu sendiri.Kami tak akan beri cahaya kami. ]
Lalu mereka terus merayu lagi,�Tidakkah kita
dulu,sama-sama Melayu?��Lalu jawab orang-orang
beriman,�Ya,memang benar,kita sama-sama Melayu
dulu.Tetapi kamu membinasakan diri kamu sendiri,kerana
kamu tidak beriman kepada ALLAH.Dalam keadaan orang
lain berlumba-lumba untuk menegakkan keadilan,tapi
kamu masih duduk dalam suasana jahat kamu.Dalam orang
lain berlumba-lumba nak tegakkan hukum ALLAH supaya
boleh menghukum pengkhianat-pngkhianat negara yang
sebenar,tapi kamu masih seronok bersekongkol dengan
para pengkhianat ini.Maka kamu membinasakan diri
kamu.�
[ Dalam orang dok berlumba-lumba nak isi borang
PAS,tapi kamu dok berkarat tang tu jugak�saja bubuh
sikit.Orang berlumba-lumba menuju ke arah Islam,tapi
kamu membinasakan diri kamu.Orang berlumba-lumba
mengajak kepada keadilan yakni sistem yang benar;
kerana menurut Rubi`e bin Amir,diantara salah satu
ciri-ciri kemerdekaan yang sebenar ialah daripada
kezaliman menuju keadilan.
Sebab itu,orang-orang beriman akan menempelak
golongan-golongan munafiq ini,dengan mengatakan bahwa
mereka di dunia dulu telah membinasakan diri
sendiri.Kerana kebenaran telah terbentang betul-betul
di hadapan mereka; dengan segala bukti yang amat jelas
telah terbentang di hadapan mereka.Yang mana golongan
haq? Dan yang mana golongan bathil? Kamu boleh kenal
dengan senang.Tapi kamu masih tidak mahu mengatakan
yang haq,maka akhirnya mereka dilontar oleh ALLAH ke
dalam api neraka. ]
Jadi,inilah yang perlu kita faham,tentang amaran
yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. bahwa barangsiapa
yang berpaling meninggalkan al-Quran dalam keadaan
sombong/takabbur/angkuh/merasakan diri dia kuat; maka
dia akan dibinasakan oleh ALLAH di negeri akhirat,yang
pasti kita semua akan bertemu dengan alam tersebut.
Disebut juga oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya
itu,�Barang siapa yang bercakap menggunakan
al-Quran,maka betullah perkataannya.�
[ Ini asas yang Nabi ajar kita.Tak kiralah siapa
pun,bila dia bercakap/berceramah dengan menggunakan
al-Quran,maka kata Nabi,�Ucapannya benar.�
Kita berceramah,kita bukan mengumpat.Kita berceramah
sebut ayat Quran mengajak masyarakat kembali kepada
Islam.Tapi di pihak yang satu lagi,depa ceramah
jugak,tapi depa maki ulama.
Jadi,kita nak bagitau kat geng-geng Anaconda,bahwa
ucapan yang benar,kata Nabi,�Hanyalah bila dia
bercakap menggunakan al-Quran.Bila percakapannya dan
perjuangannya didasarkan di atas dasar al-Quran,maka
benarlah percakapan dan perjuangannya itu. ]
Dan kemudian,Nabi sebut lagi,�Barang siapa yang
berhukum dengan hukum al-Quran,maka adil lah
keputusannya.�
[ Bab undang-undang pun,Nabi kita dah ajar.Siapa yang
berhukum dengan hukum al-Quran,maka undang-undang dia
jadi adil.Hukum al-Quran akan tetap memberi keadilan
kepada seluruh masyarakat.Kalau selain daripada hukum
al-Quran,ia tidak akan wujud keadilan.Tetapi yang akan
wujud ialah perasaan tidak puas hati / perasaan dendam
kesumat,kerana tidak selesai mengikut cara dan kaedah
yang telah diatur oleh ALLAH SWT.
Sebab itu,apa yang Mawdudi sebut di perenggan yang
pertama tadi,ialah tentang kemurkaan ALLAH SWT kepada
golongan insan,terutamanya kita orang-orang Islam yang
masih teraba-raba nak selesaikan masalah hidup.Masih
lagi menggubal akta demi akta,untuk mencari formula
cara mana untuk menyelesaikan
masalah-masalah.Sedangkan di dalam Quran sudah ada
semua,yang kita perlu hanya laksanakan saja.Yang
dimaksudkan ialah di dalam perkara-perpara yang telah
ditentukan oleh al-Quran; seperti
mencuri,berzina,membunuh dan sebagainya.Adapun dalam
perkara yang Quran tidak tentukan,maka ini diberi
pilihan kepada manusia; seperti pakai tali pinggang
kaledar / pasang lampu motor siang hari / speedtrap ka
apa ka,bantai pi lah.Tetapi apa yang ada dalam
al-Quran,tak boleh sama sekali diubah.
Sebab itu,dalam kitab �Bahtera Penyelamat� oleh
al-Ustaz Fathi Yakan; beliau menyebut diantara ciri
orang-orang beriman ialah mereka menjaga hudud
(batasan) ALLAH,yakni mereka menjaga hak-hak ALLAH
SWT.Mereka ini disebut golongan yang benar-benar
beriman kerana menjaga hak ALLAH.Oleh itu,ALLAH adalah
Tuhan yang tak berhak untuk kita cabar,kerana kerdil /
hina dinanya kita di hadapan ALLAH SWT.Tapi bila
manusia menjadi sombong/takabbur,lalu dia lupa kepada
ALLAH,maka berlakulah ketidak-seimbangan dalam
kehidupan manusia; seperti kucar kacir hidupnya,rogol
dan bunuh yang semakin menjadi-jadi.
Kesemuanya ini,mengajar kita bahwa sesungguhnya
kita amat-amat memerlukan ulama sebagai pemimpin
kita.Kerana inilah yang telah diasaskan oleh Nabi
s.a.w..Dan inilah jua yang menjadi suatu kunci
kemenangan kepada khalifah-khalifah di zaman
dahulu,apabila mereka benar-benar rapit dengan ulama.
Sepertimana kisah Khalifah Harun al-Rashid,seorang
pemerintah kerajaan Abbasiyyah yang begitu terkenal
dengan salah seorang ulamanya bernama
al-Qadi`iyat.Begitu intimnya hubungan antara
ulama/umara` ini sehinggakan ulama boleh
men�tarbiyyah�pemerintah,lalu menyebabkan pemerintahan
menjadi baik.
Ceritanya mengisahkan bagaimana Khalifah Harun
al-Rashid datang ke rumah Qadi`iyat dalam keadaan
rumah ulama itu diterangi oleh lampu.Bila sampai saja
Khalifah bersama-sama dengan menteri pengiringnya ke
rumah ulama itu untuk menziarah,lalu Qadi`iyat pun
menutup semua lampu di dalam rumahnya.Lalu Khalifah
tanya,�Mengapa kamu tutup lampu?��Dijawab oleh
Qadi`iyat,�Saya nak tarbiyyah tuanku.Saya nak ajar
khalifah,bahwa walaupun saya tutup lampu dalam
rumah,saya masih ada peluang untuk hidupkannya
kembali.Tetapi kalau gelap di dalam kubur,tuanku tidak
akan ada peluang untuk mencari suis untuk menerangkan
lampu dalam kubur tuanku.��Maka apabila didengari apa
yang ulamanya kata itu,lalu khalifah terus
menangis.Yang ni yang dikatakan betapa intimnya
hubungan antara pemerintah zaman dahulu dengan
ulama-ulama mereka.
Lalu Qadi`iyat pun menghulurkan tangan untuk sambut
khalifah Harun al-Rashid naik ke atas rumahnya.Dan
dirasanya tangan khalifah begitu lembut; maklumlah
tangan seorang raja lah katakan.Maka kata
Qadi`iyat,�Amboi,lembutnya tangan tuanku.Tapi saya
bimbang tangan yang lembut ini,akan dibakar oleh
ALLAH.��Apabila dengar Qadi`iyat kata macam tu,lalu
menteri pengiring menyanggah perkataan ulama
itu,�Apalah kamu,Tuanku tengah-tengah dok
seronok,tiba-tiba kamu menakut-nakutkannya,pasai
apa?��Lalu Qadi`iyat memandang khalifah sambil
berkata,�Wahai khalifah,menteri jenis inilah yang akan
menyeret tuanku masuk ke dalam neraka.Kerana dia hanya
tahu menghiburkan tuanku,tapi dia tidak tahu
menyedarkan tuanku tentang macamana kita nanti di alam
kubur.Dia hanya mahu tuanku senyum,kerana dia tak mau
tengok tuanku menangis.Sedangkan Nabi s.a.w. mengajar
kita supaya menangis memikirkan alam kubur dan
takutkan ALLAH.Maka dengan kerana itu,wahai
tuanku,saya cadangkan supaya dipecat menteri ini.��Ini
yang dikatakan hebatnya ulama zaman dahulu,kerana
boleh suggest kepada raja supaya menteri pembodek
dipecat.Tapi laaa ni,terbalik jadinya iaitu semakin
ramai pula ulama yang dipecat.Inilah yang dikatakan
keretakan institusi ulama,kerana rakusnya sikap
pemerintahan yang dok ada la ni.
Selaku ulama yang menjadi rujukan masyarakat,dia perlu
bertegas dalam hukum hakam al-Quran,tapi bila ada
golongan yang berkuasa yang tak suka kepada ulama,maka
rengganglah hubungan ulama/umara`.
Kalaulah ada orang macam Qadi`iyat ni,saya ingat
bersih Malaysia ni.Muka-muka pembodek macam Hamid
Othman ni,kira tak dak dah la.Semua pakat kena pecat
habih.Sebab itu,kewajipan kita sekarang ialah
mempertahankan institusi para ulama,supaya para ulama
sentiasa dihormati pada pandangan mata masyarakat.
��.bersambung�.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>