*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded: moga ada manafaatnya
===============================

Salam~

Saya teringin nak bagi sikit pengalaman saya berkerja dengan kilang Jepun
ni. Saya sudah berkerja dengan lima buah kilang Jepun , FRS(M) Sdn Bhd Shah
Alam, Toyota Motor Corporation (T&K Autoparts) Subang Hi-Tech, Asahi Best
Base Kulim, Sumitomo Globetronics Technology Industries Bayan Lepas dan
Fujielectric Kulim. Alhamdulillah semua tempat yang saya kerja merupakan
kilang yang baru nak buka dan saya merupakan pioneer batch untuk company
set-up. Banyak pengalaman yang saya timba semasa berkerja dengan kilang
kilang Jepun ni. Dari pemerhatian saya dalam 5
kilang ni, semuanya membawa kepada different Japanese culture, ada yang
bagus dan yang kena buang jauh-jauh.

Japanese working attitude:
==========================

Masuk kerja awal balik lambat. Kalau kita kaji statement ini , of course
people will say this people is workaholic. But how true is this statement.
What this people do from morning to evening? Dari pengalaman saya
kebanyakkan Japanese expatriate ni memang datang kerja awal balik lambat
untuk impress boss dia. Dalam perkataan lain bodek. Jadi budaya bodek ni
bukan saja budaya Malaysia bahkan budaya Jepun juga. This people especially
their engineer normally akan buat report atau meeting waktu pagi, lepas tu
telepon Jepun atau chit chat dengan local engineer sampai petang. Bila time
nak balik baru depa buat kelam kabut kononnya kerja mereka banyak dan
melalut sampai malam. Semasa saya di Toyota this people akan buka drawing
dan bentang atas meja dari pagi sampai petang. Kepala tak panggung-panggung
, rupa rupanya tidur.
Saya masih percaya yang old Japanese generation mempunyai semangat yang
tinggi dalam apa apa bidang yang mereka ceburi tapi new Japanese generation
ni, kebanyakannya tidak seperti their ancester.

Japanese working enviroment
===========================

Kalau kita masuk office kilang Jepun kita akan terpegun dengan layout nya.
Director, Manager semua nya share dalam
satu floor without their own room . Kita akan kata , it is a very good
enviroment since people can exchange thier views or opinion direct to the
boss and the relationship between upper and lower management will be more
solid. But how true is this statement. Relationship YES.. exchange opinion
maybe NO... Kebanyakkan Japanese ni akan bagi macam macam alasan kalau
opinion yang kita bagi tu teruk, dan mereka juga akan bagi macam macam
credit kalau opinion kita tu bagus tapi..depa tak boleh pakai bulat-bulat
opinion kita tu. Depa kenatanya head office dulu O.K tak.

Kalau OK baru depa terimapakai idea kita, tapi kalau head office kata tak OK
maka idea kita tu masuk dalam tong sampah saja walaupun pada mulanya mereka
ni setuju sunggguh dengan idea kita tersebut. Dalam lain perkataan this
people tak dak gigi... (no power) walaupun mereka ni Managing Director.
Semuanya kena
refer to Japan.

Semasa saya di Toyota , General Manager saya Mr. K Tatsumi pernah bagi satu
perumpamaan tentang expatriate Jepun di luar negara. Dia tanya saya satu
soalan. What do you think the Japanese do if he is stranded in a small
island with a beautiful lady? Guess what will he do? Jawapan saya, what else
, definitely he will f*** the lady. The GM say, no....no.. that is the dirty
answer. The correct answer is the Japanese will call his head office to ask
his boss what will he do to this lady. Kesimpulannya kebanyakkan Japanese
diluar negara tak ada gigi...(power). Mereka ni hanya kerja mengikut
procedure.

Kalau lari sikit dari procedure ni, depa ketaq lutut, depa kena habag kat
boss depa di Jepun.  Pasal benda benda yang macam ni laa.. kebanyakkan
engineer di kilang Jepun tak banyak improvement. From my experience banyak
cadangan cadangan yang baik dari local people tapi di ketepikan because the
Japanese expatriate tak berani nak implement kerana tak dak gigi ....

Technology transfer
===================

How true the Japanese transfer their technology to Malaysia? Is the R&D
set-up in Malaysia really help malaysian to gain
technology transfer? Dalam context technology transfer ni kebanyakan kilang
Jepun diMalaysia ni hanya bagi 1/10 saja
kepada kita. Yang lain tu depa sembunyi.. Contohnya dalam technology membuat
kereta mereka hanya tunjuk cara nak pasang kereta. Cara nak buat engin ,
type of material used to make an engine semuanya depa simpan, Last last
kebanyakan orang Malaysia hanya pandai pasang engin buka engin , pandai buat
cosmetic change tapi tak pandai buat engin. Mungkin technology yang mereka
bagi 100% kepada kita ialah 5'S (Seiri,Seiton,Seiso,....) dan KANBAN system
(planning system) yang lain tu tak tau laa...

R&D Department yang depa set-up diMalaysia tak ubah macam Read and Dispatch
Dept. Bila kita dengar kawan kita kerja dalam R&D Department dalam mana-mana
kilang Jepun jangan terus jatuh hati dekat depa. Kerja depa hanya dapatkan
flowchart, drawing , procedure and etc. for new model , read what ever they
received dan despatch kat other department to implement. Pendek kata no
research....only follow.

Anyway ini hanya sedikit saja pandangan saya dengan kilang Jepun. Tapi apa
boleh buat, dah kena train dengan Jepun sejak  16 tahun yang lalu jadi tak
boleh lah lari pi kilang Mat Salleh. Lagi pun takut culture shock.

Disini saya nak bagi tip bagi member - member yang nak kerja dan sudah
berkerja. Pilih salah satu pilihan dibawah , kalau sesuai go for it...

1. Nak kerja gaji lebih dan pangkat tinggi : Cara dia ialah don't stick to
one company for your whole life. Jump to other company for better pay and
better designation.

2. Nak job satisfactions : Cara dia jangan makan gaji. Buat bisness sendiri.

3. Nak job security:  Cara dia jangan kerja kilang. Kerja dalam security
firm. Beli saham jual saham.

4. Kerja nak senang tapi gaji lebih:  Cara dia , ....... itu kena cari
sendiri..!!!!..

-sekian-

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke