*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wmt, wth,

saya sengaja membawa balik email di bawah untuk renungan bersama.. sangka
saya, En. Hassan bersetuju dgn Ibn Muhajir di dalam menyalahi fahaman sufi
spt ini iaitu berkaitan wahdatul wujud , hulul dsbnya.. 

tetapi akhir-akhir ini En. Hassan/Prof Nurani semacam "menyerang" kembali
Ibn mujahir di atas topik yang lebih kurang sama iaitu berkisar pada masalah
sufi-salafi. Kesian, Ibn Muhajir telah dituduh bermacam-macam sampai
dikatkan bodoh sombong dsbnya.. walhal hanya cuba menegakkan syariat yang
murni tanpa ditokoh tambah dari anasir-anasir luar.

Masalah ini sebenarnya telah diperdebatkan sebegini lama dan untuk tujuan
perbandingan boleh dirujuk dilaman al-ahkam online. 

pada saya, Ibn muhajir hanya "menyesatkan" golongan sufi yang terlalu taksub
dgn kesufiannya sehingga menolak  syariat. Contohnya di dalam buku
al-Qardhawi ada memberikaan beberapa fakta mengapa sufi jenis ini disanggahi
oleh para ulamak ASWJ/salafi. Ini kerana rata-rata mereka berpegang teguh
dan menjadikan sumber-sumber spt ilham, mimpi, kasyaf dan ladunni sebagai
sumber syariat dan membelakangkan as-sunnah. 

Baiklah disini ambo utarakan Pemisahan antara Syari'at & Haqiqat sebagaimana
tulisan Al-Qardhawi.

Anggapan kebanyakan ahli sufi terhadap sesuatu berdasarkan zawq, lintasan
hati, ilham, kasaf dan ladunni disamping dakwaan-dakwaan maksum oleh
sesetengah mereka kerana memperolehi ilham dan lintasan hati ini, menjadikan
satu kelompok dari kalangan mereka berakhir dengan berbagai kesesatan.

Antaranya pemisahan antara syariat yang dibawa oleh nas dengan haqiqat yang
diperolehi melalui kasaf. Yang pertama adalah untuk orang awam manakala yang
ke-2 adalah untuk orang yang khusus yang istimewa. Di antara ucapan mereka
adalah:

"Barangsiapa melihat kepada makhluk menurut kacamata syariat, akan memurkai
mereka, sebaliknya barangsiapa melihat kepada mereka menurut kacamata
haqiqat, sudah pasti akan menguzurkan mereka".

Kadang-kadang satu amalan itu dikira maksiat bahkan berdosa besar pada
pandangan ahli syariat, tetapi dianggap harus atau boleh menghampirkan diri
kepada Allah s.w.t menurut pandangan ahli haqiqat. Aneh bukan ??. 

Golongan ini berdalilkan kisah Musa a.s dengan Khidir a.s dalam memisahkan
antara syariat dan haqiqat yang disebut dalam Al-Kahfi. Musa a.s dikatakan
melihat dengan pandangan syariat, kerana itu beliau mengingkari pembocoran
perahu, pembunuhan kanak-kanak tanpa sebarang jenayah yang dilakukannya dan
mendirikan semula dinding rumah kepunyaan seorang yang tidak berhak
dimuliakan dan diberi pertolongan, yang dilakukan oleh khidir a.s. Khidir
a.s pula melihat dengan pandangan haqiqat, kerana itu Musa a.s terpaksa
menyerah kalah kepadanya, kerana baginda dikatakan tidak mempunyai ilmu
kecuali ilmu syariat sedangkan Khidir a.s mempunyai ilmu batin iaitu ilmu
haqiqat.

Ilmu yang ada pada Khidir tidak diperolehi dari proses pembelajaran dan
usaha, sebaliknya ia merupakan ilmu wahbi iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh
Allah s.w.t secara langsung tanpa perantaraan. Mereka menamakanya sebagai
ilmu ladunni, diambil sempena firman Allah s.w.t yang bermaksud "Kami
ajarkan kepadanya ilmu dari sisi kami -ilmu ladunni", AlKahfi:65.

Dari sini timbulnya sifat memandang rendah oleh sesetengah ahli sufi
terhadap ilmu syarak yang diperolehi dari nas, dituntut dari ulamak dan
diriwayatkan secara bersanad. Ilmu ini mereka namakan sebagai ilmu kertas
!!. 

Golongan ini memaksudkan dengan ilmu batin atau haqiqat atau ilmu ladunni
sebagai ilmu Khidir, bukannya ilmu Musa. Ilmu ahli-ahli zawq, bukannya ilmu
ahli-ahli kertas. Ilmu ahli-ahli sufi bukannya ilmu hadis dan fikah. Malah
sesetengah dikalangan mereka sanggup mengatakan ilmu itu sendiri, adalah
halangan antara tuannya dengan Allah. Tidak syak lagi, anggapan ini
merupakan satu kejahilan yang nyata, tipu daya yang buruk dan penyelewengan
dari jalan yang lurus yang pernah dilalui oleh baginda Al_Rasul Muhammad
s.a.w, para sahabat dan orang-orang yang menjejaki jejak langkah mereka
dengan baik, malah turut menyeleweng dari jalan yang pernah dilalui oleh
pimpinan generasi awal ahli sufi itu sendiri. (*-bab lain)  

AlImam asy-Syatibi menjelaskan di dalam kitabnya "Al-MawFaqatu", syariat
adalah umum untuk semua mukallaf. Tidak seorang pun boleh keluar darinya
baik wali mahupun lainnya atas dakwaan memperolehi kasaf dan sebagainya.
Adat-adat yang berjalan adalah penting untuk diambil kira menurut pandangan
syarak. Pengetahuan terhadap perkara ghaib dan kasaf yang benar, tidaklah
menghalang perjalanannya, menurut hukum-hukum  adat. Ikutan paling baik
dalam masalah ini ialah A-Rasul s.a.w dan amalan para Salafusoleh.

Seterusnya Syatibi membentangkan kisah Khidir yang dijadikan hujah oleh
sekelompok masyarakat untuk keluar dari syariat yang zahir khasnya golongan
yang menamakan diri mereka wali-wali Allah atau ahli kasaf. Kami kemukakan
pendapat As_Syatibi sebagai menolak pendapat yang mengatakan ilham boleh
dijadikan hujjah kepada hukum syarak. 

Golongan ini menamakan ahli ilmu syarak sebagai "Alim dan ahli kasaf sebagai
'Arif. Ilmu disisi mereka ialah yang diperolehi melalui usaha  dan juga
mencari dalil, sedangkan ma'rifat ialah satu anugerah Daruri (tanpa belajar)
..iaitu ladunni. Ilmu berasaskan kepada berita manakala ma'rifat berasas
kepada penyaksian.

Diantara contoh yang diberikan ialah jika anda melihat satu lubang dikawasan
salji, anda boleh menjadikanya bukti wujudnya binatang di bawahnya . Tahap
ini dinamakan ilmu. Bila menggali dan melihat sendiri haiwan berkenaan,
tahap ini barulah dinamakan ma'rifat.

Contoh ucapan sesetengah golongan yang menyeleweng :

"Orang 'alim ialah orang yang mencurahkan kepada anda cuka dan biji sawi,
tetapi orang 'arif ialah orang yang memercikkan kepada anda bauan katuri dan
anbar.."

Golongan ini seterusnya menjelaskan: Jika anda bersama dengan orang 'alim,
anda berada dalam kepenatan, sebaliknya jika berada bersama yang 'arif, anda
berada dalam kerihatan.

Orang yang 'arif akan membentang keuzuran seluruh alam dan makhluk,
sebaliknya orang 'alim mencelanya. Dikatakan juga: Orang yang melihat
makhluk dengan pandangan ilmu akan memurkai mereka, sebaliknya orang yang
melihat makhluk dengan pandangan ma'rifat akan menguzurkan mereka
.."(Alisyarat Wa At-Tanbihat oleh Ibn Sina). 

Ketika membuat komentar tentang ini, alImam Ibn Al-Qayyim menjelaskan:

"Lihatlah intipati ucapan ini. Sentuhannya cukup lembut tetapi racunnya
cukup berbisa dan membunuh (seperti terungkainya ikatan agama, dakwaan rihat
dari bebanan ubudiyyah, memberi keuzuran kepada golongan Yahudi, Kristian
dan penyembah berhala, orang zalim dan juga fasik dan juga melibatkan
pelanggaran kepada hukum-hukum perintah dan larangan yang diperolehi dari
para rasul) kepada hati sama seperti mencurahkan cuka dan biji sawi,
manakala menyaksikan haqiqat kawniyyah yang merangkumi seluruh makhluk dan
memberi perhatian kepadanya dan tunduk kepada hukumnya sama seperti
memuliakan bauan kasturi dan anbar".

Percikan bauan kasturi dan anbar ini membuatkan mereka memandang ringan
kepada orang yang kafir, zalim dan juga fasik, setelah mereka menyaksikan
haqiqat tersebut serta tunduk kepadanya...

Alangkah besarnya rahmat bagi orang-orang yang baik, yang berhukum dengan
apa yang dibawa oleh Ar_Rasul s.a.w, kerana begitu banyak mencurahkan cuka
dan biji sawi kepada orang ramai !.

Ucapan Rasullullah sa.w terhadap sesuatu: Ini harus...Ini tidak harus..Ini
Halal..Ini Haram..Ini diredai..dan ini dimurkai adalah dianggap cuka dan
biji sawi sahaja pada pandangan golongan mulhid berkenaan. Jika tidak,
hakikat akan menyaksikan kepada anda perkara itu berlaku sebaliknya.

Dari itu jika anda lihat disisi mereka kepada makhluk dengan pandangan
haqiqat, anda pasti menguzurkan mereka. Anda akan menguzurkan orang yang
telah diberikan teguran keras oleh Allah dan Rasulnya dan mengancam dengan
sebesar-besar ancaman.

Alangkah peliknya, jika mereka adalah golongan yang diberi keuzuran menurut
pandangan haqiqat, bagaimana mungkin Allah mengazabkan orang yang diberikan
keuzuran ini dengan azab yang pedih. Bukankah Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha
Penyayang lebih awla menguzurkan mereka ? (Madarij as-Salikin: 3/167).



Dan itulah yang sangat ditakuti oleh Ibn Muhajir...semoga kita beroleh
taufik & hidayahnya...


WallAllahuaklam

Wa ilal Liqo' 

> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [SMTP:[EMAIL PROTECTED]] On Behalf Of Hassan
> Hj Abdullah
> Sent: Tuesday, October 12, 1999 1:49 PM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* RE:H-NET*SANGGAHAN KEPADA FAHAMAN WAHDATULWUJUD
> 
> Assalamualaikum warahmatullah 
> Alhamdulillah, Lahaulawalaquwatailla billah. Innalillah hiwainna
> ilaihirrajiun. 
> 
> Saudara/ri yang dirahmati Allah, 
> 
> Telah banyak luahan pendapat, ide dan anjuran sama ada menyetujui atau
> menentang berkenaan dengan fahaman WAHDATULWUJUD melayari alam siber ini.
> Pada kesempatan ini, saya tidak bercadang untuk mengupas, mengkritik dan
> mengkomen pendapat di kalangan para penyumbang yang melibatkan diri dalam
> kemelut tersebut. Dari itu izinkanlah saya menyatakan pendapat saya
> sendiri. Jika difikirkan sesuai jadikanlah teladan, jika tidak sesuai
> tinggalkanlah sebagai sempadan. 
> 
> PERTAMANYA Wahdatulwujud bukanlah suatu doktrin agama Islam yang setiap
> orang mukmin wajib menjadikannya sebagai pegangan, iktiqad dan akidah yang
> mampan. Tidak ada satu nas yang tepat dan tegas yang mengupas secara jitu
> untuk dijadikan asas dalam pendidikan agama Islam. 
> 
> KEDUANYA Wahdatulwujud juga tidak pernah diajari atau dijadikan pegangan
> di kalangan para Sahabat ajmain. Yang kemudiannya perlu pula kononnya
> diajari dan diperturunkan kepada para pengikut Sahabat dan para pengikut
> yang setia seterusnya. 
> 
> KETIGANYA Wahdatulwujud juga tidak pernah diajari oleh sesiapa yang
> diketahui berkenaan dengan kewarakannya, kesolihannya dan ketaatannya
> dalam beribadah dan bermujahadah ke hadrat Tuhannya Allah Azza Wajalla.
> Sesuai dengan kedudukan mereka berkenaan yang sudah tentulah hanya akan
> menerima dan mengamalkan amalan yang murni dan terbaik, tidak dapat tidak
> mestilah bertepatan dengan amalan dan penghayatan Nabi SAW dan Sahabat
> yang Empat dan para Sahabat ajmain. 
> 
> KEEMPATNYA Wahdatulwujud tidak wujud sebagai suatu ilmu pengajaran yang
> diajari hatta di kalangan golongan para ahli Sufi. Pengalaman kerohanian
> para ahli Sufi adalah merupakan perkara yang nisbi/relatif khusus untuk
> ahli atau orang berkenaan. Orang lain yang tidak mengalaminya dan tidak
> tahu menahu berkenaan dengannya tidak boleh diberitahu atau dikhabarkan.
> Kerana pengalaman sesaorang yang sedang zauk dengan terlalu banyak dan
> tinggi tumpuannya hanya mengingati Allah, tafakkur dan menghayati
> ketakwaan dan ketakruban dengan Tuhannya, langsung mencintai Tuhannya,
> hanya antara Tuhannya dengan orang itu sahaja yang tahu apakah sebenarnya
> yang dialami oleh orang itu. 
> 
> KELIMA Wahdatulwujud jika cuba direalisasikan sebagai suatu doktrin atau
> suatu konsep atau suatu fahaman akan 'jatuh' kepada kegelinciran akidah .
> Boleh menjurus kepada sesat dan menyesatkan orang lain. Jika cuba
> diketengahkan dan diskusikan secara terbuka akan jatuh kepada fahaman dan
> falsafah WUJUDIYAH yang doktrin ajarannya berpangkalkan kepada "Wujud
> Allah itu adalah wujud makhluk dan wujud makhluk itu adalah wujud Allah".
> Iktiqad yang sedemikian adalah salah lagi sesat dan amat tidak beradab
> terhadap Allah SWT kerana akan berlaku salah satu daripada EMPAT
> kemungkinan daripada yang berikut iaitu : 
>   
> 
> *      Hulul - Wujud Allah masuk ke dalam makhluk seperti air masuk ke
> dalam timba.
> *      Ittihad - Dua wujud menjadi satu seperti bersatunya emas dengan
> tembaga
> *      Intiqal - Wujud Allah berpindah kepada wujud makhluk seperti
> sesaorang berpindah dari   suatu           tempat ke tempat yang lain.
> *     Ittishal - Wujud Allah berhubungan dengan makhluk seperti manusia
> dengan anggotanya.
> 
>     Keempat-empat di atas adalah mustahil terjadi kepada Allah dan tidak
> dapat diterima pada akal. 
> 
> KEENAM jika pun terdapat pengajaran fahaman ini, ia amat bertentangan
> dengan akal (yang waras). Akal tidak dapat menerima, bagaimanakah anjuran,
> perintah dan larangan Allah SWT ke atas makhluk yang bernama manusia yang
> dicatatkan dalam Kitab al Quran itu ditujukan, jika yang berwujud itu
> hanya semata-mata Allah, dan makhluk tidak berwujud? 
> 
> Allah SWT mengurniakan manusia dengan sebenar-benar kurnia iaitu Iman, dan
> memerintahkan manusia yang ada Iman itu menuntut ilmu dan beramal
> dengannya serta mendirikan solat, puasa, zakat, haji, zikr, jihad melawan
> nafsu dan jihad dari semua segi fi sabillillah dan sebagainya, menunjukkan
> sebagai bukti bahawa manusia itu berwujud. Jika manusia tidak berwujud
> atau makhluk tidak berwujud, segala anjuran dan perintah itu tidak akan
> ada. 
> 
> Allah SWT menyediakan pembalasan yang setimpal dengan 'amalan' sesaorang
> semasa hidupnya di dunia sama ada di balasi dengan Syorga dan Neraka, juga
> membuktikan bahawa manusia dan jin itu ada. Jika yang ada atau Wujud itu
> hanya Allah, maka yang kena siksa itu siapa? 
> 
> KETUJUH jika ada sesiapa yang mengaku atau merasai sampai ke martabat atau
> maqam Wahdatulwujud atau IHSAN , dan menceritakan pengalamannya itu kepada
> saudara/ri, cuba tanya dia ketika dia mengalami pengalaman itu, dia ada
> tak? Kalau dia kata dia tidak ada, yang ada hanya Allah, yang dilihatnya
> hanya Allah, yang disaksikan hanya Allah, minta dia terangkan dan
> sampaikan yang dia nampak dan saksikan itu bagaimana? Kalau dalam
> pengalaman  itu dia berkata dengan memulai kata,"Aku nampak
> begini.....begini..."  menunjukkan dia masih ada, sebab itu dia boleh
> cerita Allah itu ADA/WUJUD. 
> 
> KELAPAN pengalaman sesaorang ahli Sufi yang sebenar dalam makam IHSAN itu
> tidaklah sebenarnya menunjukkan kepada WAHDATULWUJUD tetapi ia adalah
> WAHDATUL SYUHUD. Penyaksian dalam pengalaman Alam Kerohanian bukanlah
> suatu yang objektif tetapi adalah sesuatu yang berbentuk nisbi. Dalam
> pengalaman itu ahli Sufi berkenaan tidak melihat atau nampak atau
> menyaksikan adanya sesuatu selain daripada Tuhannya. Sebagaimana yang
> berlaku kepada sesaorang yang sangat asyik membaca buku cerita, hingga
> tidak nampak selain daripada buku dan tidak ingat selain daripada
> kandungan cerita dalam buku tersebut. Malahan dia juga tidak menyedari
> siapa disebelahnya, di hadapannya atau di belakangnya, dan mungkin juga
> apa jua yang berlaku di sekelilingnya. Bahkan dia boleh pula menangis atau
> ketawa dan riang sorang-sorang, pada hal keadaan di sekelilingnya tidak
> berubah. 
> 
> Penyaksian tercapai apabila telah hasil kekyusukan iaitu apabila ketika
> dalam keadaan anda beramal ibadah, anda hadir ke hadrat Allah SWT dan
> hanya nampak dan menyaksikan bahawa hanya Dia sahajalah yang anda saksikan
> ketika itu. Pada hal anda mungkin dikelilingi oleh ratusan atau ribuan
> orang yang sedang beramal ibadah tetapi anda tidak nampak dan menyedari
> dan merasai kehadiran mereka. TETAPI ketika itu dan pada bila-bila masa
> orang lain masih dan tetap ada di sekeliling anda. Malahan seluruh dunia
> dan alam fana ini masih tetap ada jua cuma anda sahaja tidak menyedarinya
> kerana tumpuan anda DITARIK  ke hadratNYA. 
> 
> KESEPULUH cara yang paling selamat ialah memulai dalam perjalanan hidup
> dan pegangan akidah serta tetap pendirian sesuai dengan yang dianjurkan
> oleh para ulama yang memahami dan mendalami bidang Syariat yang tetap
> berada di atas landasan yang menepati Quran dan Hadis. Kerana pendapat
> mereka adalah benar dengan berasaskan kepada nas yang pasti dan tepat
> tidak diragui. Usah memulai perjalanan hidup ini dengan ajaran yang
> meragukan dan mesangsikan. Tepatnya jangan memulai perjalanan hidup dengan
> berpegang kepada fahaman dan ajaran WAHDATULWUJUD yang tidak diketahui
> hujung pangkalnya. 
> 
> Sebagai manusia, kita diperintahkan mematuhi segala suruhan Allah serapi
> dan setepat yang mungkin berpijak dan berasaskan kepada nas-nas yang sahih
> dan tepat. Yang ada bukti dan dalil daripada amalan orang-orang yang solih
> yang tentunya merupakan kesinambungan daripada orang-orang solih yang
> sebelumnya hingga kepada para pengikut Sahabat, para Sahabat dan akhir
> sekali Nabi Muhammad SAW. Ikutilah amalan daripada golongan yang terbanyak
> yang terang diamalkan sejak dahulu sampai sekarang. Yang tidak diragui dan
> disangsikan kesahihan sumber amalannya. 
> 
> Bukannya yang tersedikit diamalkan orang ramai dan yang tersembunyi, yang
> diragui ambilan dan sumbernya. Dan tidak diperteguh dan disahkan dengan
> nas yang disepakati dan dimuafakatkan oleh para ulama muktabar. 
> 
> Sekian. Jika silap dan salah tolong betulkan. Ke hadrat Mu jua ya Rabbi
> dipohonkan keampunan dan keridhaan. Walla hu a'alam. 
> Wassalamualaikum warahmatullah.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Sabri Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke