*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sdr Ibrahim,

Jika anda bertanya kpd Ibnu Muhajir, Abdul Rahman
Celcom dan wahabi tentang hukum membuat sesuatu
amalan/tindakan berdasarkan mimpi, maka mereka akan
mengatakan SESAT/SYIRIK. Tetapi jika anda bertanya
tentang mimpi anda tersebut, maka mereka akan kelu
atau tidak mengambil endah soalan anda lalu terus
mendelete email anda.

Anyway, saya sertakan satu artikel yg relevan semuga
dapat membantu anda menterjemah mimpi anda tersebut.

Wassalam.

23: Mimpi-mimpi 
===============
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir
lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah.
Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan
dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti
kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan
firman-Nya: 
�Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar
kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika
dikehendaki Allah dengan aman�. (Surah al-Fath, ayat
27). 

Dan memang benar Nabi s.a.w memasuki kota Makkah yang
masih dikuasai oleh musuh-0musuh baginda, tahun
sesudah baginda bermimpi. Contoh lain ialah mimpi Nabi
Yusuf a.s: 
�Tatkala Yusuf berkata kepada bapanya, �Wahai bapaku,
sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari
serta bulan � aku lihat � bersujud kepadaku�. (Surah
Yusuf, ayat 4). 

Nabi s.a.w bersabda, �Tidak ada nabi yang datang
selepas aku tetapi boleh datang pembukaan-pembukaan
yang lain. Orang yang beriman akan melihat pembukaan
itu dalam mimpi mereka atau pembukaan itu akan
ditunjukkan kepada  mereka menerusi mimpi�. 
�Bagi mereka pembukaan tentang khabar baik dalam dunia
ini dan di akhirat�. (Surah Yunus, ayat 64). 

Mimpi datangnya dari Allah tetapi kadang-kadang ada
juga yang datang dari syaitan. Nabi s.a.w bersabda,
�Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi sesungguhnya
dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat
mengambil bentukku�. Syaitan juga tidak dapat
mengambil bentuk mereka yang mengikut iman, jalan
kebenaran, makrifat, kebenaran dan cahaya Nabi s.a.w.
Orang arif mentafsirkan hadis Nabi s.a.w di atas
dengan mengatakan syaitan bukan sahaja tidak dapat
mengambil bentuk Nabi s.a.w malah syaitan juga tidak
dapat berpura-pura mengakui seseorang atau sesuatu
yang ada sifat kemurahan dan kebaikan atau kasih
sayang dan lemah lembut dan beriman. Sesungguhnya
Nabi-nabi, wali-wali, malaikat, Masjidil haram,
matahari, bulan, awan putih, Quran yang suci,
merupakan kewujudan yang ke dalamnya syaitan tidak
boleh masuk juga tidak dapat mengambil bentuk mereka.
Ini kerana syaitan adalah tempat dan keadaan yang
menzahirkan kekerasan, hukuman dan kesengsaraan. Ia
hanya boleh menggambarkan kekeliruan dan keraguan.
Bila seseorang sudah memiliki di dalam dirinya
kenyataan nama Allah, �Pembimbing Mutlak Kepada
Kebenaran�, bagaimana sifat yang membawa kekacauan itu
boleh menyata dalam dirinya? Sifat-sifat yang
bertentangan satu sama lain tidak boleh bertukar
tempat, seperti air dengan api. Kemurkaan tidak dapat
mengambil tempat kemurahan, juga tidak boleh api
menyerupai air. Mereka menolak sesama mereka, mereka
berjauhan, mereka kepunyaan ruang yang berlainan.
Allah Pisahkan kebenaran daripada kepalsuan: 
�Demikianlah Allah nyatakan kebenaran dan kepalsuan�
dengan misalan dan ibarat��. (Surah ar-Ra�d, ayat 17).


Tetapi syaitan boleh mengaku menjadi Allah dan menipu
manusia, membawa mereka menjadi sesat. Ini hanya boleh
dilakukan dengan izin Allah. Allah mempunyai banyak
sifat-sifat yang kelihatan bertentangan satu sama
lain. Misalnya sifat-Nya Yang Gagah dan Keras
kelihatan berlawanan dengan sifat-Nya Yang Indah dan
Lemah-lembut. Syaitan dilaknati hanya boleh
berpura-pura mengambil watak kemarahan dan keperkasaan
kerana ia secara kejadian asalnya adalah bentuk
menyatakan kekerasan Allah. Allah memiliki kedua-dua
sifat, Pembimbing Mutlak kepada kebenaran dan juga
Pembawa kepada kesesatan. Syaitan tidak boleh menjelma
dengan watak sifat yang mengandungi nilai
pembimbingan. Jika syaitan berpura-pura menjelmakan
sebarang sifat Allah, ia lakukannya dengan kehendak
dan izin Allah, bagi membimbing orang yang beriman
kepada kebaikan dengan menentang kejahatan, membawanya
kepada kebenaran dengan cara menentang kepalsuan.
Dalam kenyataannya syaitan tidak ada sebarang kuasa
untuk merampas iman daripada seseorang yang beriman;
ia hanya boleh mengambilnya jika orang yang beriman
itu sendiri mencampakkan imannya. 

Allah memerintahkan Nabi-Nya supaya: 
�Katakanlah: �Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang
yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah
dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci
Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin�.
(Surah Yusuf, ayat 108). 

Dalam ayat ini �orang yang mengikuti daku� adalah
manusia sempurna, guru kerohanian yang sebenar yang
akan datang selepas Nabi Muhamamd s.a.w, yang akan
mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda
dan yang akan berada hampir dengan Allah. Manusia yang
demikian digambarkan sebagai �pelindung dan pembimbing
sebenar�. (Surah al-Kahfi, ayat 17). 

Ada dua jenis mimpi; subjektif (memberi pandangan atau
perasaan sendiri) dan objektif (bermatlamat),
masing-masing dibahagi kepada dua jenis. Jenis pertama
mimpi subjektif ialah bayangan atau gambaran suasana
kerohanian yang tinggi dan hasil daripada keharmonian,
dan kelihatan dalam gambar seperti matahari, bulan,
bintang, pemandangan padang pasir putih bermandikan
cahaya, taman syurga, mahligai, roh yang cantik dalam
bentuk malaikat dan lain-lain. Ini semua adalah
sifat-sifat hati yang murni. Jenis kedua mimpi
subjektif mengandungi gambaran yang berkaitan dengan
suasana seseorang yang bebas daripada keresahan, yang
mengenal diri dan menemui ketenteraman fikirannya.
Gambaran-gambaran ini adalah kelazatan yang dia akan
temui dalam syurga, bau-bauan dan suara di dalam
syurga. Dia akan bermimpikan beberapa jenis haiwan dan
burung yang menyerupai yang paling cantik yang
jenisnya ada dalam dunia. Haiwan yang dilihat di dalam
mimpi itu adalah haiwan syurga. Misalnya, unta adalah
haiwan syurga. Kuda dihantar sebagai haiwan yang
membawa tentera suci di dalam peperangan menentang
orang-orang kafir di sekelilingnya dan di dalamnya.
Lembu jantan kepada Nabi Adam a.s bagi menenggala
tanah untuk ditanam gandum. Kambing biri-biri
datangnya dari madu syurga, unta diciptakan dari
cahaya syurga, kuda daripada selasih manis di dalam
syurga, biri-biri daripada kunyit syurga. 

Baghal menggambarkan suasana terendah seseorang yang
menemui hati dan fikiran yang tenang. Bila dia
mimpikan baghal itu tandanya dia cuai dan malas di
dalam melakukan ibadat sebab hawa nafsu badannya
menahan, dan usaha kerohaniannya tidak memberi hasil.
Kemudian dia harus bertaubat dan teruskan melakukan
kebajikan supaya dia akan mendapat hasil. 

Keldai diciptakan dari batu syurga dan diberikan untuk
berkhidmat kepada Nabi Adam a.s dan keturunannya.
Keldai adalah lambang jasad dan keperluan
kebendaannya, ego dan pentingkan diri sendiri. Jasad
adalah haiwan yang membawa beban, membawa roh. Jika
seseorang menjadi hamba kepada jasad dia adalah umpama
orang yang memikul keldai di atas bahunya, tetapi
manusia sebenar menunggangi keldai jasad kebendaannya.
Jadi, keldai melambangkan cara atau alat dia
mengarahkan urusan akhiratnya di dalam dunia ini. 

Berkata-kata dengan jejaka tampan dengan wajah yang
berseri-seri adalah tanda kenyataan Ilahi sampai
kepada seseorang itu kerana mereka yang sudah
memperolehi makrifat kepada kenyataan Ilahi di dalam
syurga akan muncul di dalam rupa yang cantik. Nabi
s.a.w menggambarkan orang demikian sebagai berkeadaan
serba-kena, serba-elok, lemah lembut dan mempunyai
mata kehitaman yang indah. Baginda bahkan mengatakan,
�Aku lihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan�. Kerana
Allah tidak menyerupai sesuatu, hadis ini
dimengertikan sebagai kenyataan sifat-sifat Allah Yang
Maha Indah digambarkan di dalam cermin roh yang suci.
Gambaran ini dinamakan bayi bagi hati. Rupa kebendaan,
badan, adalah cermin kepada kebijaksanaan ketuhanan
yang mengajarkan dan membentuk kita. Gambaran ini juga
adalah perhubungan di antara hamba dengan Tuhan.
Saidina Ali r.a berkata, �Jika aku tidak dibentuk oleh
Tuhanku aku tidak akan mengenal-Nya�. 

Bagi pembentukan kerohanian, seseorang itu memerlukan
petunjuk, bimbingan dan teladan daripada pembimbing
yang masih hidup. Guru-guru yang menjadi pembimbing
adalah nab-nabi dan orang-orang yang hampir dengan
Allah yang mewarisi kebijaksanaan nabi-nabi. Melalui
pengajaran mereka hati dan diri seseorang diterangi
cahaya, menerangi perjalanan mereka. Murid menemui roh
yang diilhamkan di dalam dirinya melalui mereka yang
menjadi guru kerohanian tersebut. 
�Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki
arasy. Dia kirimkan roh (dari perintah-Nya) kepada
sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya buat
Dia ancam dengan hari pertemuan�. (Surah Mukmin, ayat
15). 

Untuk keselamatan hati kamu mestilah mendapatkan guru
yang mengilhamkan kamu dengan roh itu. 

Imam al-Ghazali berkata, �Tidak menjadi kesalahan bagi
seseorang melihat Allah dalam mimpinya sebagai
gambaran yang indah. Gambaran itu adalah symbol
menurut peringkat kerohanian seseorang. Apa yang
dilihat tentu sekali bukan Zat Yang Maha Suci yang
tidak serupa dengan sesuatu. Begitu juga Nabi s.a.w
tidak dapat dilihat dalam rupa baginda yang asli,
kecuali mereka yang menjadi waris kepada hikmah
kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda, dan
yang mengikuti baginda secara keseluruhan. Yang lain,
bila mereka mimpikan Rasulullah s.a.w, mimpikan simbol
menurut kemampuan dan suasana mereka, tetapi mereka
tidak sebenarnya melihat baginda�. 

Kata qil (kata orang bijak pandai), �Dibolehkan
melihat Allah di dalam mimpi sebagai cahaya atau rupa
manusia�. Dia menyatakan Diri-Nya dalam bentuk
sifat-sifat-Nya. Kepada Nabi Musa a.s Dia kelihatan
sebagai api pada pokok jujube yang terbakar. Itu
adalah penzahiran tentang Kalam Suci yang Nabi Musa
a.s dengan sebagai Belukar Terbakar, mengatakan,
�Wahai Musa, apakah di tangan kamu?� (Surah Ta Ha,
ayat 15). 

Apa yang kelihatan kepada Musa a.s sebagai api adalah
cahaya Ilahi. Dia melihatnya sebagai api menurut
peringkat dan hasratnya, kerana dia sedang mencari
api. Bagi manusia, peringkat kewujudan terendah pada
dirinya ialah tumbuh-tumbuhan, kemudian haiwan. Apakah
yang ganjil jika manusia yang telah menyucikan dirinya
daripada tahap-tahap rendah itu sehingga menjadi
manusia sempurna, melihat kenyataan Tuhan dizahirkan
sebagai Belukar Terbakar. Bagi manusia sempurna yang
lain Allah menzahirkan Kalam-Nya sebagai perkataan
mereka sendiri, keluar daripada mulut mereka. Bayazid
al-Bustami berkata, �Zatku adalah Yang Maha Mulia.
Betapa besarnya kemuliaan daku�. Kalam Suci keluar
daripada mulut Junaid al-Baghdadi, �Tiada yang lain
kecuali Allah di dalam jubahku�. Terdapat
rahsia-rahsia besar di dalam peringkat seperti ini
yang dicapai oleh manusia sempurna. Terlalu sukar
untuk menerangkannya dan terlalu panjang untuk
menghuraikannya. Ia hanya berkaitan dengan mereka yang
menghabiskan hayatnya mengejar ilmu batin. 

Untuk menjadi penerima penzahiran Ilahi dan untuk
berhubung dengan roh Nabi s.a.w, seseorang mesti
diajar dan dididik dan dibawa ke peringkat kerohanian
tersebut. Orang yang baharu memasuki perjalanan
kerohanian tidak boleh berharap dapat berhubung dengan
Allah dan Rasul-Nya. Di antara guru yang suci yang
hampir dengan Allah dan Rasul-Nya ada hubungan yang
mengatasi zahiriah. Jika Nabi s.a.w masih hidup
seseorang boleh mengambil ilmu secara langsung
daripada baginda dan tidak perlulah kepada
perantaraan. Tetapi oleh kerana baginda sudah wafat
dan berpindah kepada alam baqa, baginda berpisah
dengan keadaan keduniaan dan kebendaan. Jadi,
seseorang tidak dapat berhubung secara langsung dengan
baginda. Hal yang sama juga terjadi pada guru yang
benar. Bila mereka meninggal dunia orang ramai tidak
boleh lagi belajar dengan mereka. 

Kamu akan faham jika kamu mempunyai pengertian yang
mendalam, jika kamu mencari bukan untuk menjadi luar
biasa. Mencari untuk memperolehi kefahaman ini dengan
renungan mendalam, agar kamu melepasi kegelapan ego
diri kamu dengan cahaya yang dinyalakan. Kamu perlu
cahaya untuk melihat, untuk mengerti. Kamu tidak boleh
melihat di dalam kegelapan. Cahaya itu hanya jatuh
pada tempat yang sesuai, yang teratur dan suci, tempat
yang mulia. Orang yang baharu, dengan dirinya sendiri,
tidak dapat meletakkan dirinya dalam kesesuaian dan
sebab itu memerlukan guru. 

Guru yang masih hidup mestilah ada hubungan dengan
Nabi s.a.w � iaitu jika dia benar-benar pewaris
suasana Nabi s.a.w. Dalam perjalanannya dia menerima
bimbingan daripada Nabi s.a.w dan diajarkan untuk
menjadi hamba Allah yang sabar. Dengan bantuan ini dia
menjadi alat bagi penerusan jalan batin. Selebihnya
adalah rahsia. Hanya orang yang layak mengalaminya
akan mengalaminya. 
�Bagi Allah jualah kemuliaan dan bagi Rasul-Nya dan
bagi orang mukmin�. (Surah Munafiquun, ayat 8). 

Suasana yang mulia ini adalah rahsia. 

Latihan kerohanian bukanlah perkara mudah. Roh
kebendaan berada di dalam tubuh dan dilatih dengannya.
Tempat roh kerohanian di dalam hati. Tempat roh sultan
adalah pusat hati. Tempat roh kudus (roh suci) adalah
rahsia. Rahsia itu adalah jalan yang menghubungkan
yang hak dengan orang yang beriman. Ia adalah juru
bahasa, menterjemahkan yang hak kepada si pencari,
kerana rahsia itu kepunyaan Allah, adalah hampir
dengan-Nya dan amanah-Nya. 

Ada juga mimpi akibat kelakuan buruk. Ia menunjukkan
sifat-sifat ego yang menguasai atau kesedaran terhadap
kesalahan tetapi dia tidak mampu menghentikannya. 

Malah dalam suasana yang lebih baik bila seseorang
diingatkan oleh Allah tentang kesalahan dan dosanya
dia mimpikan haiwan liar seperti harimau dan singa,
serigala dan beruang, anjing dan babi jantan, dan
haiwan-haiwan kecil � musang, arnab, kucing ular, kala
jengking dan haiwan yang memakan daging dan juga
haiwan berbisa, haiwan yang merosakkan., 

Untuk menyatakan sebahagian kecil kejahatan yang
ditunjukkan oleh gambaran-gambaran itu: Harimau adalah
simbol; ujub dan besar diri serta takabur yang sampai
kepada peringkat angkuh dengan Allah: 
�Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan tidak
mahu terima dia, maka tidak akan dibuka pintu-pintu
langit dan tidak akan mereka masuk syurga sehingga
unta boleh masuk ke lubang jarum�. (Surah al-A�raaf,
ayat 40). 

Hukuman yang sama juga bagi mereka yang angkuh dengan
sesama manusia. 

Serigala adalah simbol kasihkan diri yang melampau dan
inginkan pujian. Beruang melambangkan kemarahan dan
keberangan dan kezaliman ke atas orang yang dia
kuasai. Serigala melambangkan kerakusan tanpa
memperdulikan haram dan halal, bersih atau kotor.
Anjing melambangkan kasihkan dunia dan huru harinya.
Babi melambangkan kedinginan, cita-cita tinggi,
berendam dan hawa nafsu yang kuat. Musang menunjukkan
penipuan, pembohongan, menipu dalam urusan dunia.
Arnab menunjukkan kelakuan yang sama, kecuali
dilakukan secara tidak sedar dan dalam kelalaian.
Harimau bintang � usaha yang digunakan tanpa
pertimbangan dan menyakitkan hati, juga ingin menjadi
terkenal. Kucing � kebakhilan dan memutar belit. Ular
� berbohong, mengata-ngata, membuat tuduhan palsu dan
menyakitkan orang lain dengan perkataannya. Kala
jengking � kritik yang tidak sihat, mempersendakan
orang dan tidak menerima mereka. Tebuan � bahasa kesat
yang menyakitkan hati orang. 

Jika seseorang bermimpi berlawan dengan salah satu
daripada haiwan tersebut tetapi tidak dapat
mengalahkannya dia perlu memperkuatkan lagi usaha,
ibadat dan ingatan secara sedar, sehingga sekali pukul
binatang itu dapat dihapuskan. Jika bermimpi membunuh
binatang itu bermakna dia telah berhenti melakukan
kesalahan dan menyakitkan hati orang lain. Allah
berfirman: 
�Dia akan hapuskan daripada mereka kejahatan dan Dia
akan perbaiki keadaan mereka�. (Surah Muhammad, ayat
2). 

Jika dia bermimpi salah satu daripada binatang itu
berubah menjadi manusia itu tandanya suasananya yang
salah dahulu telah diperbetulkannya dan taubatnya
diterima, kerana tanda sebenar taubat diterima ialah
ketidak-upayaan melakukan kesalahan yang sama. 
�Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan
mengerjakan akal salih, maka mereka itu Allah tukarkan
kejahatan mereka dengan kebaikan�� (Surah al-Furqaan,
ayat 70). 

Bila seseorang diselamatkan daripada kejahatan dan
kesalahan dia mesti menjaganya sungguh-sungguh, jangan
berasa sudah selamat, kerana hawa nafsu dan ego
mendapat kembali kekuatannya melalui ingatan yang
sedikit terhadap keingkaran, bangkangan dan kejahatan,
dan membawa seseorang kembali kepada cara lama.
Suasana roh yang sejahtera dengan mudah akan hilang.
Tujuan Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya menahan
diri daripada yang haram adalah mengwujudkan amaran
yang berterusan untuk menjaga seseorang agar sentiasa
berwaspada. 

Ego jahat yang memerintah kadang-kadang kelihatan
dalam mimpi sebagai orang kafir; diri yang mengkritik
diri sendiri boleh kelihatan sebagai orang Yahudi;
diri yang berperangsang kadang-kadang kelihatan
sebagai orang Kristian. 


--- Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> ibn muhajir wrote:

> menurut ulama2 yg pakar dlm aqidah dan sunnah,
> SUFI/TASAUF telah SESAT.
> Sesat boleh terbagi kpd 2, yg mengkufurkan dan yg
> tidak mengkufurkan.
> Setelah mengkaji dan menyelidik, para ulama telah
> membuat perbandingan
> antara AQIDAH TASAUF SUFI dan Aqidah ASWJ.
> 
> antaranya:
> - Aqidah ASWJ diambil dr Quran SUnnah sedangkan
> aqidah SUFI diambil dari
> ilmu kalam, philosof yunani, kasyaf, laduni, bisikan
> hati & mimpi.

> Bersangkut dengan cerita amalan berdasarkan mimpi
> yang ditulis oleh sdra ibn
> Muhajir di atas, di sini saya nak tumpang tanya
> sikit nie, betul-betul
> ikhlas punya; minta sapa-sapa yang arif minta tolong
> bagi pandangan:
> 
> Saya ini ada buat business bela lembu....taklah
> banyak, tapi masa raya
> korban baru nie, jenuhlah jugak nak kepung lembu2
> itu naik lori hantar pi
> korban. Adalah sikit-sikit....cari makan.
> 
> Soalannya:
> Kira-kira sebulan lepas, saya ada bermimpi, di mana
> di dalam mimpi itu saya
> mendapat alamat bahawa untuk berjaya dalam business
> ternakan lembu itu, saya
> disuruh mengamalkan bacaan surah-surat atau
> ayat-ayat yang ada disebut
> binatang/animal di dalamnya.
> 
> Terjaga dari tidur, saya termangu seketika kerana
> teringatkan mimpi
> tersebut. Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak
> pernah menjumpai hadith
> atau ayat2 Al-Quran berkenaan petua di atas.
> 
> Jadi, bolehkah saya mengamalkan petua di dalam mimpi
> saya itu?
> Jika saya mengamalkannya, adakah saya tergolong
> dalam golongan sesat atau
> bagaimana?
> 
> Dibuka untuk perbincangan.
> 
> Sekian
> Ibrahim Yaakob
> 
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke