*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dan terima kasih sdr. Sani Norku.
Izinkan saya menambah sedikit sahaja.
Mimpi yang baik.
"Bahawa mimpi yang baik dari lelaki yang baik adalah satu bahagian
daripada 46 juzuk kenabian". Hadis
"Tidak ada lagi selepas saya soal kenabian kecuali mubasyarat iaitu
perkhabaran yang mengembirakan" Para sahabat bertanya,"Apakah dia
mubasyarat itu ya Rasul Allah?". Baginda SAW menjawab,"Mimpi yang baik
yang dilihat oleh orang yang salih atau yang diperlihatkan kepadanya
sebagai satu bahagian daripada 46 juzuk kenabian".
Firman Allah SWT ,"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia
dan di akhirat ...". (Yunus : 64).
Di dalam buku Tanbihul Ghafilin jilid 1 & 2 karangan Imam Abu Lait al
Samarqandi banyak termuat beberapa Hadis berkenaan Nabi-Nabi terdahulu
yang menerima wahyu dalam bentuk mimpi. Jadi apakah sekarang sudah tidak
valid lagi mimpi itu?
Firman Allah ,"Rasul Allah telah berIman dengan sekalian yang diajari,
diturunkan dan disampaikan daripada Tuhannya dan demikian juga
orang-orang berIman (telah berIman dengan sekalian yang diajari,
diturunkan dan disampaikan daripada Tuhannya). (Al Baqarah : 285).
Tepatnya, "Allahlah yang mengajar, membimbing, menuntun dan memberi
petunjuk kepada Rasul Allah dan orang-orang berIman".
"Allahlah yang mengajar manusia apa jua yang kamu tidak ketahui" (Al
'Alaq : 5).
Bagaimanakah Allah mengajar manusia? Dengan cara melalui mimpi,
petunjuk, iktibar dan sebagainya..... tidak ada had batasannya bagi Allah
SWT.
Wassalamu alaikum wbt.
Sani Norku wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sdr Ibrahim,
>
> Jika anda bertanya kpd Ibnu Muhajir, Abdul Rahman
> Celcom dan wahabi tentang hukum membuat sesuatu
> amalan/tindakan berdasarkan mimpi, maka mereka akan
> mengatakan SESAT/SYIRIK. Tetapi jika anda bertanya
> tentang mimpi anda tersebut, maka mereka akan kelu
> atau tidak mengambil endah soalan anda lalu terus
> mendelete email anda.
>
> Anyway, saya sertakan satu artikel yg relevan semuga
> dapat membantu anda menterjemah mimpi anda tersebut.
>
> Wassalam.
>
> 23: Mimpi-mimpi
> ===============
> Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir
> lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah.
> Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan
> dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti
> kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan
> firman-Nya:
> �Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar
> kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika
> dikehendaki Allah dengan aman�. (Surah al-Fath, ayat
> 27).
>
> Dan memang benar Nabi s.a.w memasuki kota Makkah yang
> masih dikuasai oleh musuh-0musuh baginda, tahun
> sesudah baginda bermimpi. Contoh lain ialah mimpi Nabi
> Yusuf a.s:
> �Tatkala Yusuf berkata kepada bapanya, �Wahai bapaku,
> sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari
> serta bulan � aku lihat � bersujud kepadaku�. (Surah
> Yusuf, ayat 4).
>
> Nabi s.a.w bersabda, �Tidak ada nabi yang datang
> selepas aku tetapi boleh datang pembukaan-pembukaan
> yang lain. Orang yang beriman akan melihat pembukaan
> itu dalam mimpi mereka atau pembukaan itu akan
> ditunjukkan kepada mereka menerusi mimpi�.
> �Bagi mereka pembukaan tentang khabar baik dalam dunia
> ini dan di akhirat�. (Surah Yunus, ayat 64).
>
> Mimpi datangnya dari Allah tetapi kadang-kadang ada
> juga yang datang dari syaitan. Nabi s.a.w bersabda,
> �Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi sesungguhnya
> dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat
> mengambil bentukku�. Syaitan juga tidak dapat
> mengambil bentuk mereka yang mengikut iman, jalan
> kebenaran, makrifat, kebenaran dan cahaya Nabi s.a.w.
> Orang arif mentafsirkan hadis Nabi s.a.w di atas
> dengan mengatakan syaitan bukan sahaja tidak dapat
> mengambil bentuk Nabi s.a.w malah syaitan juga tidak
> dapat berpura-pura mengakui seseorang atau sesuatu
> yang ada sifat kemurahan dan kebaikan atau kasih
> sayang dan lemah lembut dan beriman. Sesungguhnya
> Nabi-nabi, wali-wali, malaikat, Masjidil haram,
> matahari, bulan, awan putih, Quran yang suci,
> merupakan kewujudan yang ke dalamnya syaitan tidak
> boleh masuk juga tidak dapat mengambil bentuk mereka.
> Ini kerana syaitan adalah tempat dan keadaan yang
> menzahirkan kekerasan, hukuman dan kesengsaraan. Ia
> hanya boleh menggambarkan kekeliruan dan keraguan.
> Bila seseorang sudah memiliki di dalam dirinya
> kenyataan nama Allah, �Pembimbing Mutlak Kepada
> Kebenaran�, bagaimana sifat yang membawa kekacauan itu
> boleh menyata dalam dirinya? Sifat-sifat yang
> bertentangan satu sama lain tidak boleh bertukar
> tempat, seperti air dengan api. Kemurkaan tidak dapat
> mengambil tempat kemurahan, juga tidak boleh api
> menyerupai air. Mereka menolak sesama mereka, mereka
> berjauhan, mereka kepunyaan ruang yang berlainan.
> Allah Pisahkan kebenaran daripada kepalsuan:
> �Demikianlah Allah nyatakan kebenaran dan kepalsuan�
> dengan misalan dan ibarat��. (Surah ar-Ra�d, ayat 17).
>
> Tetapi syaitan boleh mengaku menjadi Allah dan menipu
> manusia, membawa mereka menjadi sesat. Ini hanya boleh
> dilakukan dengan izin Allah. Allah mempunyai banyak
> sifat-sifat yang kelihatan bertentangan satu sama
> lain. Misalnya sifat-Nya Yang Gagah dan Keras
> kelihatan berlawanan dengan sifat-Nya Yang Indah dan
> Lemah-lembut. Syaitan dilaknati hanya boleh
> berpura-pura mengambil watak kemarahan dan keperkasaan
> kerana ia secara kejadian asalnya adalah bentuk
> menyatakan kekerasan Allah. Allah memiliki kedua-dua
> sifat, Pembimbing Mutlak kepada kebenaran dan juga
> Pembawa kepada kesesatan. Syaitan tidak boleh menjelma
> dengan watak sifat yang mengandungi nilai
> pembimbingan. Jika syaitan berpura-pura menjelmakan
> sebarang sifat Allah, ia lakukannya dengan kehendak
> dan izin Allah, bagi membimbing orang yang beriman
> kepada kebaikan dengan menentang kejahatan, membawanya
> kepada kebenaran dengan cara menentang kepalsuan.
> Dalam kenyataannya syaitan tidak ada sebarang kuasa
> untuk merampas iman daripada seseorang yang beriman;
> ia hanya boleh mengambilnya jika orang yang beriman
> itu sendiri mencampakkan imannya.
>
> Allah memerintahkan Nabi-Nya supaya:
> �Katakanlah: �Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang
> yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah
> dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci
> Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin�.
> (Surah Yusuf, ayat 108).
>
> Dalam ayat ini �orang yang mengikuti daku� adalah
> manusia sempurna, guru kerohanian yang sebenar yang
> akan datang selepas Nabi Muhamamd s.a.w, yang akan
> mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda
> dan yang akan berada hampir dengan Allah. Manusia yang
> demikian digambarkan sebagai �pelindung dan pembimbing
> sebenar�. (Surah al-Kahfi, ayat 17).
>
> Ada dua jenis mimpi; subjektif (memberi pandangan atau
> perasaan sendiri) dan objektif (bermatlamat),
> masing-masing dibahagi kepada dua jenis. Jenis pertama
> mimpi subjektif ialah bayangan atau gambaran suasana
> kerohanian yang tinggi dan hasil daripada keharmonian,
> dan kelihatan dalam gambar seperti matahari, bulan,
> bintang, pemandangan padang pasir putih bermandikan
> cahaya, taman syurga, mahligai, roh yang cantik dalam
> bentuk malaikat dan lain-lain. Ini semua adalah
> sifat-sifat hati yang murni. Jenis kedua mimpi
> subjektif mengandungi gambaran yang berkaitan dengan
> suasana seseorang yang bebas daripada keresahan, yang
> mengenal diri dan menemui ketenteraman fikirannya.
> Gambaran-gambaran ini adalah kelazatan yang dia akan
> temui dalam syurga, bau-bauan dan suara di dalam
> syurga. Dia akan bermimpikan beberapa jenis haiwan dan
> burung yang menyerupai yang paling cantik yang
> jenisnya ada dalam dunia. Haiwan yang dilihat di dalam
> mimpi itu adalah haiwan syurga. Misalnya, unta adalah
> haiwan syurga. Kuda dihantar sebagai haiwan yang
> membawa tentera suci di dalam peperangan menentang
> orang-orang kafir di sekelilingnya dan di dalamnya.
> Lembu jantan kepada Nabi Adam a.s bagi menenggala
> tanah untuk ditanam gandum. Kambing biri-biri
> datangnya dari madu syurga, unta diciptakan dari
> cahaya syurga, kuda daripada selasih manis di dalam
> syurga, biri-biri daripada kunyit syurga.
>
> Baghal menggambarkan suasana terendah seseorang yang
> menemui hati dan fikiran yang tenang. Bila dia
> mimpikan baghal itu tandanya dia cuai dan malas di
> dalam melakukan ibadat sebab hawa nafsu badannya
> menahan, dan usaha kerohaniannya tidak memberi hasil.
> Kemudian dia harus bertaubat dan teruskan melakukan
> kebajikan supaya dia akan mendapat hasil.
>
> Keldai diciptakan dari batu syurga dan diberikan untuk
> berkhidmat kepada Nabi Adam a.s dan keturunannya.
> Keldai adalah lambang jasad dan keperluan
> kebendaannya, ego dan pentingkan diri sendiri. Jasad
> adalah haiwan yang membawa beban, membawa roh. Jika
> seseorang menjadi hamba kepada jasad dia adalah umpama
> orang yang memikul keldai di atas bahunya, tetapi
> manusia sebenar menunggangi keldai jasad kebendaannya.
> Jadi, keldai melambangkan cara atau alat dia
> mengarahkan urusan akhiratnya di dalam dunia ini.
>
> Berkata-kata dengan jejaka tampan dengan wajah yang
> berseri-seri adalah tanda kenyataan Ilahi sampai
> kepada seseorang itu kerana mereka yang sudah
> memperolehi makrifat kepada kenyataan Ilahi di dalam
> syurga akan muncul di dalam rupa yang cantik. Nabi
> s.a.w menggambarkan orang demikian sebagai berkeadaan
> serba-kena, serba-elok, lemah lembut dan mempunyai
> mata kehitaman yang indah. Baginda bahkan mengatakan,
> �Aku lihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan�. Kerana
> Allah tidak menyerupai sesuatu, hadis ini
> dimengertikan sebagai kenyataan sifat-sifat Allah Yang
> Maha Indah digambarkan di dalam cermin roh yang suci.
> Gambaran ini dinamakan bayi bagi hati. Rupa kebendaan,
> badan, adalah cermin kepada kebijaksanaan ketuhanan
> yang mengajarkan dan membentuk kita. Gambaran ini juga
> adalah perhubungan di antara hamba dengan Tuhan.
> Saidina Ali r.a berkata, �Jika aku tidak dibentuk oleh
> Tuhanku aku tidak akan mengenal-Nya�.
>
> Bagi pembentukan kerohanian, seseorang itu memerlukan
> petunjuk, bimbingan dan teladan daripada pembimbing
> yang masih hidup. Guru-guru yang menjadi pembimbing
> adalah nab-nabi dan orang-orang yang hampir dengan
> Allah yang mewarisi kebijaksanaan nabi-nabi. Melalui
> pengajaran mereka hati dan diri seseorang diterangi
> cahaya, menerangi perjalanan mereka. Murid menemui roh
> yang diilhamkan di dalam dirinya melalui mereka yang
> menjadi guru kerohanian tersebut.
> �Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki
> arasy. Dia kirimkan roh (dari perintah-Nya) kepada
> sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya buat
> Dia ancam dengan hari pertemuan�. (Surah Mukmin, ayat
> 15).
>
> Untuk keselamatan hati kamu mestilah mendapatkan guru
> yang mengilhamkan kamu dengan roh itu.
>
> Imam al-Ghazali berkata, �Tidak menjadi kesalahan bagi
> seseorang melihat Allah dalam mimpinya sebagai
> gambaran yang indah. Gambaran itu adalah symbol
> menurut peringkat kerohanian seseorang. Apa yang
> dilihat tentu sekali bukan Zat Yang Maha Suci yang
> tidak serupa dengan sesuatu. Begitu juga Nabi s.a.w
> tidak dapat dilihat dalam rupa baginda yang asli,
> kecuali mereka yang menjadi waris kepada hikmah
> kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda, dan
> yang mengikuti baginda secara keseluruhan. Yang lain,
> bila mereka mimpikan Rasulullah s.a.w, mimpikan simbol
> menurut kemampuan dan suasana mereka, tetapi mereka
> tidak sebenarnya melihat baginda�.
>
> Kata qil (kata orang bijak pandai), �Dibolehkan
> melihat Allah di dalam mimpi sebagai cahaya atau rupa
> manusia�. Dia menyatakan Diri-Nya dalam bentuk
> sifat-sifat-Nya. Kepada Nabi Musa a.s Dia kelihatan
> sebagai api pada pokok jujube yang terbakar. Itu
> adalah penzahiran tentang Kalam Suci yang Nabi Musa
> a.s dengan sebagai Belukar Terbakar, mengatakan,
> �Wahai Musa, apakah di tangan kamu?� (Surah Ta Ha,
> ayat 15).
>
> Apa yang kelihatan kepada Musa a.s sebagai api adalah
> cahaya Ilahi. Dia melihatnya sebagai api menurut
> peringkat dan hasratnya, kerana dia sedang mencari
> api. Bagi manusia, peringkat kewujudan terendah pada
> dirinya ialah tumbuh-tumbuhan, kemudian haiwan. Apakah
> yang ganjil jika manusia yang telah menyucikan dirinya
> daripada tahap-tahap rendah itu sehingga menjadi
> manusia sempurna, melihat kenyataan Tuhan dizahirkan
> sebagai Belukar Terbakar. Bagi manusia sempurna yang
> lain Allah menzahirkan Kalam-Nya sebagai perkataan
> mereka sendiri, keluar daripada mulut mereka. Bayazid
> al-Bustami berkata, �Zatku adalah Yang Maha Mulia.
> Betapa besarnya kemuliaan daku�. Kalam Suci keluar
> daripada mulut Junaid al-Baghdadi, �Tiada yang lain
> kecuali Allah di dalam jubahku�. Terdapat
> rahsia-rahsia besar di dalam peringkat seperti ini
> yang dicapai oleh manusia sempurna. Terlalu sukar
> untuk menerangkannya dan terlalu panjang untuk
> menghuraikannya. Ia hanya berkaitan dengan mereka yang
> menghabiskan hayatnya mengejar ilmu batin.
>
> Untuk menjadi penerima penzahiran Ilahi dan untuk
> berhubung dengan roh Nabi s.a.w, seseorang mesti
> diajar dan dididik dan dibawa ke peringkat kerohanian
> tersebut. Orang yang baharu memasuki perjalanan
> kerohanian tidak boleh berharap dapat berhubung dengan
> Allah dan Rasul-Nya. Di antara guru yang suci yang
> hampir dengan Allah dan Rasul-Nya ada hubungan yang
> mengatasi zahiriah. Jika Nabi s.a.w masih hidup
> seseorang boleh mengambil ilmu secara langsung
> daripada baginda dan tidak perlulah kepada
> perantaraan. Tetapi oleh kerana baginda sudah wafat
> dan berpindah kepada alam baqa, baginda berpisah
> dengan keadaan keduniaan dan kebendaan. Jadi,
> seseorang tidak dapat berhubung secara langsung dengan
> baginda. Hal yang sama juga terjadi pada guru yang
> benar. Bila mereka meninggal dunia orang ramai tidak
> boleh lagi belajar dengan mereka.
>
> Kamu akan faham jika kamu mempunyai pengertian yang
> mendalam, jika kamu mencari bukan untuk menjadi luar
> biasa. Mencari untuk memperolehi kefahaman ini dengan
> renungan mendalam, agar kamu melepasi kegelapan ego
> diri kamu dengan cahaya yang dinyalakan. Kamu perlu
> cahaya untuk melihat, untuk mengerti. Kamu tidak boleh
> melihat di dalam kegelapan. Cahaya itu hanya jatuh
> pada tempat yang sesuai, yang teratur dan suci, tempat
> yang mulia. Orang yang baharu, dengan dirinya sendiri,
> tidak dapat meletakkan dirinya dalam kesesuaian dan
> sebab itu memerlukan guru.
>
> Guru yang masih hidup mestilah ada hubungan dengan
> Nabi s.a.w � iaitu jika dia benar-benar pewaris
> suasana Nabi s.a.w. Dalam perjalanannya dia menerima
> bimbingan daripada Nabi s.a.w dan diajarkan untuk
> menjadi hamba Allah yang sabar. Dengan bantuan ini dia
> menjadi alat bagi penerusan jalan batin. Selebihnya
> adalah rahsia. Hanya orang yang layak mengalaminya
> akan mengalaminya.
> �Bagi Allah jualah kemuliaan dan bagi Rasul-Nya dan
> bagi orang mukmin�. (Surah Munafiquun, ayat 8).
>
> Suasana yang mulia ini adalah rahsia.
>
> Latihan kerohanian bukanlah perkara mudah. Roh
> kebendaan berada di dalam tubuh dan dilatih dengannya.
> Tempat roh kerohanian di dalam hati. Tempat roh sultan
> adalah pusat hati. Tempat roh kudus (roh suci) adalah
> rahsia. Rahsia itu adalah jalan yang menghubungkan
> yang hak dengan orang yang beriman. Ia adalah juru
> bahasa, menterjemahkan yang hak kepada si pencari,
> kerana rahsia itu kepunyaan Allah, adalah hampir
> dengan-Nya dan amanah-Nya.
>
> Ada juga mimpi akibat kelakuan buruk. Ia menunjukkan
> sifat-sifat ego yang menguasai atau kesedaran terhadap
> kesalahan tetapi dia tidak mampu menghentikannya.
>
> Malah dalam suasana yang lebih baik bila seseorang
> diingatkan oleh Allah tentang kesalahan dan dosanya
> dia mimpikan haiwan liar seperti harimau dan singa,
> serigala dan beruang, anjing dan babi jantan, dan
> haiwan-haiwan kecil � musang, arnab, kucing ular, kala
> jengking dan haiwan yang memakan daging dan juga
> haiwan berbisa, haiwan yang merosakkan.,
>
> Untuk menyatakan sebahagian kecil kejahatan yang
> ditunjukkan oleh gambaran-gambaran itu: Harimau adalah
> simbol; ujub dan besar diri serta takabur yang sampai
> kepada peringkat angkuh dengan Allah:
> �Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan tidak
> mahu terima dia, maka tidak akan dibuka pintu-pintu
> langit dan tidak akan mereka masuk syurga sehingga
> unta boleh masuk ke lubang jarum�. (Surah al-A�raaf,
> ayat 40).
>
> Hukuman yang sama juga bagi mereka yang angkuh dengan
> sesama manusia.
>
> Serigala adalah simbol kasihkan diri yang melampau dan
> inginkan pujian. Beruang melambangkan kemarahan dan
> keberangan dan kezaliman ke atas orang yang dia
> kuasai. Serigala melambangkan kerakusan tanpa
> memperdulikan haram dan halal, bersih atau kotor.
> Anjing melambangkan kasihkan dunia dan huru harinya.
> Babi melambangkan kedinginan, cita-cita tinggi,
> berendam dan hawa nafsu yang kuat. Musang menunjukkan
> penipuan, pembohongan, menipu dalam urusan dunia.
> Arnab menunjukkan kelakuan yang sama, kecuali
> dilakukan secara tidak sedar dan dalam kelalaian.
> Harimau bintang � usaha yang digunakan tanpa
> pertimbangan dan menyakitkan hati, juga ingin menjadi
> terkenal. Kucing � kebakhilan dan memutar belit. Ular
> � berbohong, mengata-ngata, membuat tuduhan palsu dan
> menyakitkan orang lain dengan perkataannya. Kala
> jengking � kritik yang tidak sihat, mempersendakan
> orang dan tidak menerima mereka. Tebuan � bahasa kesat
> yang menyakitkan hati orang.
>
> Jika seseorang bermimpi berlawan dengan salah satu
> daripada haiwan tersebut tetapi tidak dapat
> mengalahkannya dia perlu memperkuatkan lagi usaha,
> ibadat dan ingatan secara sedar, sehingga sekali pukul
> binatang itu dapat dihapuskan. Jika bermimpi membunuh
> binatang itu bermakna dia telah berhenti melakukan
> kesalahan dan menyakitkan hati orang lain. Allah
> berfirman:
> �Dia akan hapuskan daripada mereka kejahatan dan Dia
> akan perbaiki keadaan mereka�. (Surah Muhammad, ayat
> 2).
>
> Jika dia bermimpi salah satu daripada binatang itu
> berubah menjadi manusia itu tandanya suasananya yang
> salah dahulu telah diperbetulkannya dan taubatnya
> diterima, kerana tanda sebenar taubat diterima ialah
> ketidak-upayaan melakukan kesalahan yang sama.
> �Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan
> mengerjakan akal salih, maka mereka itu Allah tukarkan
> kejahatan mereka dengan kebaikan�� (Surah al-Furqaan,
> ayat 70).
>
> Bila seseorang diselamatkan daripada kejahatan dan
> kesalahan dia mesti menjaganya sungguh-sungguh, jangan
> berasa sudah selamat, kerana hawa nafsu dan ego
> mendapat kembali kekuatannya melalui ingatan yang
> sedikit terhadap keingkaran, bangkangan dan kejahatan,
> dan membawa seseorang kembali kepada cara lama.
> Suasana roh yang sejahtera dengan mudah akan hilang.
> Tujuan Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya menahan
> diri daripada yang haram adalah mengwujudkan amaran
> yang berterusan untuk menjaga seseorang agar sentiasa
> berwaspada.
>
> Ego jahat yang memerintah kadang-kadang kelihatan
> dalam mimpi sebagai orang kafir; diri yang mengkritik
> diri sendiri boleh kelihatan sebagai orang Yahudi;
> diri yang berperangsang kadang-kadang kelihatan
> sebagai orang Kristian.
>
> --- Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> > ibn muhajir wrote:
>
> > menurut ulama2 yg pakar dlm aqidah dan sunnah,
> > SUFI/TASAUF telah SESAT.
> > Sesat boleh terbagi kpd 2, yg mengkufurkan dan yg
> > tidak mengkufurkan.
> > Setelah mengkaji dan menyelidik, para ulama telah
> > membuat perbandingan
> > antara AQIDAH TASAUF SUFI dan Aqidah ASWJ.
> >
> > antaranya:
> > - Aqidah ASWJ diambil dr Quran SUnnah sedangkan
> > aqidah SUFI diambil dari
> > ilmu kalam, philosof yunani, kasyaf, laduni, bisikan
> > hati & mimpi.
>
> > Bersangkut dengan cerita amalan berdasarkan mimpi
> > yang ditulis oleh sdra ibn
> > Muhajir di atas, di sini saya nak tumpang tanya
> > sikit nie, betul-betul
> > ikhlas punya; minta sapa-sapa yang arif minta tolong
> > bagi pandangan:
> >
> > Saya ini ada buat business bela lembu....taklah
> > banyak, tapi masa raya
> > korban baru nie, jenuhlah jugak nak kepung lembu2
> > itu naik lori hantar pi
> > korban. Adalah sikit-sikit....cari makan.
> >
> > Soalannya:
> > Kira-kira sebulan lepas, saya ada bermimpi, di mana
> > di dalam mimpi itu saya
> > mendapat alamat bahawa untuk berjaya dalam business
> > ternakan lembu itu, saya
> > disuruh mengamalkan bacaan surah-surat atau
> > ayat-ayat yang ada disebut
> > binatang/animal di dalamnya.
> >
> > Terjaga dari tidur, saya termangu seketika kerana
> > teringatkan mimpi
> > tersebut. Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak
> > pernah menjumpai hadith
> > atau ayat2 Al-Quran berkenaan petua di atas.
> >
> > Jadi, bolehkah saya mengamalkan petua di dalam mimpi
> > saya itu?
> > Jika saya mengamalkannya, adakah saya tergolong
> > dalam golongan sesat atau
> > bagaimana?
> >
> > Dibuka untuk perbincangan.
> >
> > Sekian
> > Ibrahim Yaakob
> >
> > ______________________________________________
> > FREE Personalized Email at Mail.com
> > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
> >
> >
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> > : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
> > UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> > menggambarkan )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> > )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> > )
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send online invitations with Yahoo! Invites.
> http://invites.yahoo.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>