Assalamualaikum warahmatullah,
 
Ekoran perbincangan Salafi-Sufi dlm hizbi-net, ada sesetengah pembahas menyebut tentang sahabat Nabi S.A.W. Apa yg saya hendak sentuh ialah memberi contoh buruk tentang sahabat.
 
1. Tsa'labah b. Hathib digambarkan sebagai org yg lalai perintah Allah kerana hartanya.
2. Muawiyah Abu Sufyan digambarkan sebagai penipu/kaki pembelit dlm majlis tahkim (Cth: Perangai saudara   ni tak ubah seperti Muawiyah dlm majlis tahkim).
 
Tentang Tsa'labah saya sertakan cerita di bawah. Manakala tentang Muawiyah Abu Sufyan, akan saya terangkan sedikit. Tidak ada riwayat yg sahih tentang Majlis tahkim. Dlm riwayat ttg Amru al-As dgn Abu Musa Asya'ari terdapat kekaburan/tidak jelas. Dikatakan dlm riwayat yg sahih, selepas peristiwa pemecatan Ali KW dan Muawiyah dan Muawiyah dilantik semula selepas kedua-duanya dilucutkan jawatan, tidak ada peristiwa berdarah ataupun pergaduhan yg berlaku. Selepas majlis itu, semua yg hadir bersurai. SEKIRANYA berlaku penipuan, nescaya berlaku pergeseran. (Sila rujuk Isu-isu kontroversi Empat Khalifah, Prof Madya
 

Tentang Tsa'labah b. Hathib
 
Kata Pengantar.
 
Ibnu Abbas berkata : "Janganlah kalian mencaci maki atau menghina para sahabat Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya kedudukan salah seorang dari mereka bersama Rasulullah sesaat itu lebih baik dari amal seorang dari kalian selama 40 (empat puluh tahun)". (Hadits Riwayat Ibnu Batthah dengan sanad yang shahih. Lihat Syarah Aqidah Thahawiyah hal. 469, Takhrij Syaikh Al-Albani).
 
Menjunjung tinggi nama baik shahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam merupakan kewajiban syar'i dan merupakan tuntunan agama. Memberikan penghormatan, keredhaan, serta pujian kepada mereka adalah salah satu prinsip dasar dari prinsip-prinsip aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah.
 
Tulisan dibawah ini sengaja kami angkat dengan maksud untuk Meluruskan Cerita Tentang Tsa'labah bin Hathib, dimana sebagian dari kaum muslimin sering membawakan riwayat Tsa'labah untuk contoh kebakhilan, tanpa berusaha untuk merujuk atau memeriksa kembali kebenaran dari riwayat tersebut.
 
 
Hadith Tsa'labah bin Hathib
Ertinya : "Celaka engkau wahai Tsa'labah ! Sedikit engkau syukuri itu lebih baik dari harta banyak yang engkau tidak sanggup mensyukurinya. Apakah engkau tidak suka menjadi seperti Nabi Allah? Demi yang diriku di tangan-Nya, seandainya aku mahu gunung mengalirkan perak dan emas, nescaya akan mengalir untukku".
Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bawardy, Al-Baghawy, Ibnu Qani', Ibnu Sakan, Ibnu Syahiin, Thabrany, Dailamy dan Al-Wahidi dalam Asbabun Nuzul (hal. 191-192). Semua meriwayatkan dari jalan Mu'aan bin Rifa'ah As-Salamy dari Ali bin Yazid dari Al-Qasim bin Abdur Rahman dari Abu Umamah Al-Baahiliy, ia berkata : "Bahwasanya Tsa'labah bin Hathib Al-Anshary datang kepada Rasulullah S.A.W lalu ia berkata : 'Ya Rasulullah, berdo'alah kepada Allah agar aku dikaruniai harta'. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "(Ia menyebutkan lafadz hadith di atas)."
 
Kemudian ia berkata, demi Dzat yang mengutusmu dengan benar, seandainya engkau memohonkan kepada Allah agar aku dikaruniai harta (yang banyak) sungguh aku akan memberikan haknya (zakat/sedekah) kepada yang berhak menerimanya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bedo'a :'Ya Allah, kurniakanlah harta kepada Tsa'labah'.
 
Kemudian ia mendapatkan seekor kambing. lalu kambing itu tumbuh beranak sebagaimana tumbuhnya ulat. Kota Madinah terasa sempit baginya. Sesudah itu, ia menjauh dari Madinah dan tinggal di satu lembah (desa). Kerana kesibukannya, ia hanya berjama'ah pada shalat Dzuhur dan Asar saja, dan tidak pada solat-solat lainnya. Kemudian kambing itu semakin banyak, maka mulailah ia meninggalkan shalat berjama'ah sampai solat Jum'ah pun ia tinggalkan.
 
Suatu ketika Rasulullah S.A.W bertanya kepada para shahabat : "Apa yang dilakukan Tsa'labah ?" Mereka menjawab :"Ia mendapatkan seekor kambing, lalu kambingnya bertambah banyak sehingga kota Madinah terasa sempit baginya..." Maka Rasulullah S.A.W mengutus dua orang untuk mengambil zakatnya seraya berkata :"Pergilah kalian ke tempat Tsa'labah dan tempat fulan dari Bani Sulaiman, ambillah zakat mereka berdua". Lalu keduanya pergi mendatangi Tsa'labah untuk meminta zakatnya. Sesampainya disana dibacakan surat dari Rasulullah S.A.W. Serta merta Tsa'labah berkata: "Apakah yang kalian minta dari saya ini pajak atau sebangsa pajak ? Aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang kalian minta ini!"
 
Lalu keduanya pulang dan menghadap Nabi S.A.W. Tatkala beliau melihat keduanya (pulang tidak membawa hasil), sebelum berbicara, beliau bersabda : "Celaka engkau, wahai Tsa'labah ! Lalu turun ayat :
Ertinya: "Dan diantara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah :'Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang shalih. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)". (At-Taubah : 75-76).
Setelah ayat ini turun, Tsa'labah datang kepada Nabi S.A.W, ia mohon agar diterima zakatnya. Beliau langsung menjawab :"Allah telah melarangku menerima zakatmu". Sampai Rasul S.A.W wafat, beliau tidak mau menerima sedikitpun dari zakatnya. Dan Abu Bakar, Umar, serta Usman pun tidak mahu menerima zakatnya di masa khilafah mereka.
 
 
Keterangan :
 
Hadith ini sangat Lemah Sekali.
Dalam sanad hadith ini ada dua rawi yang lemah :
1. Ali bin Yazid, Abu Abdil Malik, seorang rawi yang sangat lemah.
Imam Al-Bukhari dalam kitabnya berkata :"Ali bin Yazid, Abu Abdil Malik Al-Alhany Ad-Dimasyqy adalah rawi munkarul hadits". (Lihat : Adh Dhu'afaa'us Shaghiir No. 255).
 
Imam Nasa'i berkata : "Ia meriwayatkan dari Qasim (bin Abdur Rahman), ia matrukul hadits". (Lihat : Adh-Dhua'faa wal Matrukiin No. 455).
 
Imam Daruquthny berkata : "Ia seorang matruk (yang ditinggalkan)".
 
Imam Abu Zur'ah berkata :"Ia bukan orang yang kuat" .
(Periksa : Mizanul I'tidal 3:161, Taqribut Tahdzib 2:46, Al-Jarhu wat Ta'dil 6:208, Lisanul Mizan 7 : 314).
2. Mu'aan bin Rifaa'ah As-Salamy, seorang rawi yang lemah.
Ibnu Hajar berkata : "Ia rawi lemah dan sering  memursalkan hadith". (Periksa : Taqribut Tahdzib 2:258).
 
Kata Imam Adz-Dzahabi :"Ia tidak kuat haditsnya". (Periksa Mizanul I'tidal 4:134).
 
Para Ulama yang melemahkan hadits-hadits ini diantaranya ialah :
 
Ibnu Hazm, ia berkata :"Riwayat ini Bathil."(Al-Muhalla 11: 207-208)
 
Al-Iraqy berkata : "Riwayat ini Dha'if." (Lihat Takhrij Ahadist Ihya Ulumudin 3:272)
 
Ibnu Hajar Al-Asqalany berkata : "Riwayat tersebut Dha'if dan tidak boleh dijadikan hujjah". (Lihat Fathul Bari 3 :266).
 
Ibnu Hamzah menukil perkataan Baihaqi :"Dha'if". (Lihat Al-Bayan wat Ta'rif 3:66-67).
 
Al-Manawi berkata : "Dha'if" (Lihat : Faidhul Qadir 4:527).
 
Riwayat Yang Benar.
 
Tsa'labah bin Hathib adalah seorang shahabat yang ikut dalam perang Badar sebagaimana disebutkan oleh :
Ibnu Hibban dalam kitab Ats-Tsiqaat  3:36.
 
Ibnu Abdil Barr dalam kitab Ad-Durar. halaman 122.
 
Ibnu Hazm dalam kitab Al-Muhalla 11:208
 
Ibnu Hajar Al-Asqalany dalam kitab Al-Ishaabah fil Tamyiizis Shahaabah I:198
Dalam buku At-Tasfiyah wat Tarbiyah wa Atsarihima Fisti'nafil Hayat Al-Islamiyyah (hal. 28-29) oleh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsary disebutkan pembelaan terhadap sahabat Tsa'labah bin Hathib, ia berkata :"Tsa'labah bin Hathib adalah sahabat yang ikut (hadir) dalam perang Badr".
 
Sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda tentang ahli Badar.
Ertinya : Tidak akan masuk Neraka seseorang yang ikut serta dalam perang Badar dan perjanjian Hudaibiyah". (Hadith Riwayat Ahmad 3:396).
 
Sikap Kita
 
Sesudah kita mengetahui kelemahan riwayat ini maka tidak halal bagi kita membawakan riwayat Tsa'labah bin Hathib untuk contoh kebakhilan, kerana Apabila kita bawakan riwayat itu bererti :
  1. Kita berdusta atas nama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
  2. Kita menuduh sahabat ahli Syurga dengan tuduhan yang jelek.
  3. Kita berdusta kepada orang yang kita sampaikan cerita tersebut kepadanya.
Ingat, kita tidak boleh sekali-kali mencela, memaki atau menuduh dengan tuduhan yang jelek kepada para shahabat Rasululluh S.A.W.
 
Beliau bersabda :
Ertinya : "Barangsiapa mencela shahabatku, maka ia mendapat laknat dari Allah, malaikat dan seluruh manusia." (Hadith Riwayat Thabrani)
 
Wallahua'lam.   

Kirim email ke