|
Assalamualaikum warahmatullah,
Ekoran perbincangan Salafi-Sufi dlm hizbi-net,
ada sesetengah pembahas menyebut tentang sahabat Nabi S.A.W. Apa yg saya hendak
sentuh ialah memberi contoh buruk tentang sahabat.
1. Tsa'labah b. Hathib digambarkan sebagai org
yg lalai perintah Allah kerana hartanya.
2. Muawiyah Abu Sufyan digambarkan sebagai
penipu/kaki pembelit dlm majlis tahkim (Cth: Perangai saudara ni tak
ubah seperti Muawiyah dlm majlis tahkim).
Tentang Tsa'labah saya sertakan
cerita di bawah. Manakala tentang Muawiyah Abu Sufyan, akan saya terangkan
sedikit. Tidak ada riwayat yg sahih tentang Majlis tahkim. Dlm riwayat ttg Amru
al-As dgn Abu Musa Asya'ari terdapat kekaburan/tidak jelas. Dikatakan dlm
riwayat yg sahih, selepas peristiwa pemecatan Ali KW dan Muawiyah dan Muawiyah
dilantik semula selepas kedua-duanya dilucutkan jawatan, tidak ada peristiwa
berdarah ataupun pergaduhan yg berlaku. Selepas majlis itu, semua yg hadir
bersurai. SEKIRANYA berlaku penipuan, nescaya berlaku pergeseran. (Sila rujuk
Isu-isu kontroversi Empat Khalifah, Prof Madya
Tentang
Tsa'labah b. Hathib
Kata
Pengantar.
Ibnu Abbas berkata :
"Janganlah kalian mencaci maki atau menghina para sahabat Rasulullah S.A.W.
Sesungguhnya kedudukan salah seorang dari mereka bersama Rasulullah sesaat itu
lebih baik dari amal seorang dari kalian selama 40 (empat puluh tahun)".
(Hadits Riwayat Ibnu Batthah dengan sanad yang shahih. Lihat Syarah Aqidah
Thahawiyah hal. 469, Takhrij Syaikh Al-Albani).
Menjunjung tinggi nama baik
shahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam merupakan kewajiban syar'i dan
merupakan tuntunan agama. Memberikan penghormatan, keredhaan, serta pujian
kepada mereka adalah salah satu prinsip dasar dari prinsip-prinsip aqidah Ahlus
Sunnah wal Jama'ah.
Tulisan dibawah ini sengaja
kami angkat dengan maksud untuk Meluruskan Cerita Tentang Tsa'labah bin
Hathib, dimana sebagian dari kaum muslimin sering membawakan riwayat
Tsa'labah untuk contoh kebakhilan, tanpa berusaha untuk merujuk atau
memeriksa kembali kebenaran dari riwayat tersebut.
Hadith Tsa'labah
bin Hathib
Hadith ini diriwayatkan
oleh Al-Bawardy, Al-Baghawy, Ibnu Qani', Ibnu Sakan, Ibnu Syahiin, Thabrany,
Dailamy dan Al-Wahidi dalam Asbabun Nuzul (hal. 191-192). Semua
meriwayatkan dari jalan Mu'aan bin Rifa'ah As-Salamy dari
Ali bin Yazid dari Al-Qasim bin Abdur Rahman dari Abu Umamah
Al-Baahiliy, ia berkata : "Bahwasanya Tsa'labah bin Hathib Al-Anshary
datang kepada Rasulullah S.A.W lalu ia berkata : 'Ya Rasulullah, berdo'alah
kepada Allah agar aku dikaruniai harta'. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda : "(Ia menyebutkan lafadz hadith di
atas)."
Kemudian ia berkata, demi
Dzat yang mengutusmu dengan benar, seandainya engkau memohonkan kepada Allah
agar aku dikaruniai harta (yang banyak) sungguh aku akan memberikan haknya
(zakat/sedekah) kepada yang berhak menerimanya. Lalu Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam bedo'a :'Ya Allah, kurniakanlah harta kepada
Tsa'labah'.
Kemudian ia mendapatkan
seekor kambing. lalu kambing itu tumbuh beranak sebagaimana tumbuhnya ulat. Kota
Madinah terasa sempit baginya. Sesudah itu, ia menjauh dari Madinah dan tinggal
di satu lembah (desa). Kerana kesibukannya, ia hanya berjama'ah pada shalat
Dzuhur dan Asar saja, dan tidak pada solat-solat lainnya. Kemudian kambing itu
semakin banyak, maka mulailah ia meninggalkan shalat berjama'ah sampai solat
Jum'ah pun ia tinggalkan.
Suatu ketika Rasulullah
S.A.W bertanya kepada para shahabat : "Apa yang dilakukan Tsa'labah
?" Mereka menjawab :"Ia mendapatkan seekor kambing, lalu
kambingnya bertambah banyak sehingga kota Madinah terasa sempit baginya..."
Maka Rasulullah S.A.W mengutus dua orang untuk mengambil zakatnya seraya berkata
:"Pergilah kalian ke tempat Tsa'labah dan tempat fulan dari Bani
Sulaiman, ambillah zakat mereka berdua". Lalu keduanya pergi
mendatangi Tsa'labah untuk meminta zakatnya. Sesampainya disana dibacakan surat
dari Rasulullah S.A.W. Serta merta Tsa'labah berkata: "Apakah yang kalian
minta dari saya ini pajak atau sebangsa pajak ? Aku tidak tahu apa yang
sebenarnya yang kalian minta ini!"
Lalu keduanya pulang dan
menghadap Nabi S.A.W. Tatkala beliau melihat keduanya (pulang tidak membawa
hasil), sebelum berbicara, beliau bersabda : "Celaka engkau, wahai
Tsa'labah ! Lalu turun ayat :
Setelah ayat ini turun,
Tsa'labah datang kepada Nabi S.A.W, ia mohon agar diterima zakatnya. Beliau
langsung menjawab :"Allah telah melarangku menerima zakatmu".
Sampai Rasul S.A.W wafat, beliau tidak mau menerima sedikitpun dari zakatnya.
Dan Abu Bakar, Umar, serta Usman pun tidak mahu menerima zakatnya di masa
khilafah mereka.
Keterangan
:
Hadith ini sangat
Lemah Sekali.
Dalam sanad hadith ini ada
dua rawi yang lemah :
1. Ali bin Yazid,
Abu Abdil Malik, seorang rawi yang sangat lemah.
2. Mu'aan bin
Rifaa'ah As-Salamy, seorang rawi yang lemah.
Riwayat Yang
Benar.
Tsa'labah bin Hathib adalah
seorang shahabat yang ikut dalam perang Badar sebagaimana disebutkan oleh
:
Dalam buku At-Tasfiyah wat
Tarbiyah wa Atsarihima Fisti'nafil Hayat Al-Islamiyyah (hal. 28-29) oleh Ali
Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsary disebutkan pembelaan terhadap sahabat
Tsa'labah bin Hathib, ia berkata :"Tsa'labah bin Hathib adalah sahabat
yang ikut (hadir) dalam perang Badr".
Sedangkan Rasulullah S.A.W
bersabda tentang ahli Badar.
Sikap
Kita
Sesudah kita mengetahui
kelemahan riwayat ini maka tidak halal bagi kita membawakan riwayat Tsa'labah
bin Hathib untuk contoh kebakhilan, kerana Apabila kita bawakan riwayat itu
bererti :
Ingat, kita tidak boleh
sekali-kali mencela, memaki atau menuduh dengan tuduhan yang jelek kepada para
shahabat Rasululluh S.A.W.
Beliau bersabda
:
Wallahua'lam. |
- H-Net* Salah faham tentang sahabat Abu Az-Zuhri
- H-Net* Salah faham tentang sahabat Abu Az-Zuhri
- Re: H-Net* Salah faham tentang sahabat mkns
- H-Net* TSA'LABAH ADALAH AHLI SYURGA Abdul Rahman
- Re: H-Net* Salah faham tentang sahabat tua dah kubur
