*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Cuba kita lihat di sekeliling kita dan sila renungi sejarah silam.
Manusia tidak ada yang sama.
Ada yang fakir, miskin, kaya dan berharta.
Kita janganlah lupa tidak ada siapa pun yang sukakan kefakiran dan
kemiskinan
harta dan wang ringgit. Kebanyakan kita mahukan impian kekayaan dan
hartawan.
Tetapi bolehkah tercapai perancangan dan usaha iktiar itu?
Dan perlu diingati bahawa segala-gala yang kita alami hidup di dunia ini
adalah
daripada ketentuan Allah dengan qada' dan qadarNya jua.
Dan dinulIslam adalah suatu agama yang lengkap untuk semua golongan
manusia,
fakir, miskin, kaya dan berharta.
Kita kurang bersetuju dengan dakwaan bahawa ,"Islam tidak mengajar atau
mendidik menjadi fakir atau miskin harta".
Dakwaan ini hanya layak terbit dari lidah Nabi sahaja. Kita manusia biasa
tidak
boleh membuat sesuatu hukum.
Malahan ,"Islam juga tidak mendidik dan mengajar menjadi kaya dan
berharta".
Yang Nabi SAW didik dan ajar ialah menjadi manusia yang berTakwa. Jika
menjadi fakir dan miskin pun adalah yang ridha (tidak keluh kesah dan
mengeluh) dan tidak meminta-minta. Jika menjadi kaya pula tidak sombong
dan kikir.

Tetapi sebagai agama yang lengkap, Nabi SAW telah menunjukkan jalan
kepada kehidupan bagaimana selayaknya menjadi seorang yang fakir dan
ridha. Kerana
kefakiran di sisi Allah, Allah anugerahi dengan berbagai kelebihan.
Antaranya :

1. Anas bin Malik r.a. berkata ; Nabi SAW bersabda (maknanya) :
    Tiap orang ada kesukaannya (impiannya) dan kesukaanku ialah fakir dan
jihad
    maka sesiapa suka kepada kedua-duanya bereerti suka kepada ku, dan
    barangsiapa membenci kedua-duanya bererti benci kepadaku.

2. Abu Hurahrah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : Kefakiran itu adalah
    kesukaran di dunia , kesenangan di akhirat, dan kekayaan itu adalah
    kesenangan di dunia tetapi kesukaran di akhirat.

3. Al Hassan berkata, Nabi SAW bersabda : Pada hari kiamat kelak akan
dihadapkan seorang hamba, lalu Allah berFirman dengan lunak kepadanya
seolah-
oleh seperti seorang yang meminta maaf kepada kawannya : Demi Kemuliaan
dan KebesaranKu, Aku tidak menyingkirkan dunia darimu kerana hinamu dalam

pandanganKu, tetapi kerana AKu telah menyediakan untukmu kemuliaan dan
kurnia. Keluarlah hai hambaKu ke barisan-barisan itu dan lihatlah sesiapa
yang dahulu
pernah memberi makanan dan pakaiannya kepadamu dengan ikhlas keranaKu,
peganglah tangannya, dan ia hakmu, maka berjalanlah ia di tengah-tengah
manusia
yang sedang tenggelam dalam peluh mereka, lalu melihat orang yang dahulu
pernah
berbuat baik kepadanya, lalu dipegang tangannya dan menuju ke dalam
syorga.

4. Al Hassan berkata , Nabi SAW bersabda :  Perbanyakkanlah kenalan
orang-orang fakir dan miskn, dan berbudilah kepada mereka, kerana mereka
kelak
akan mendapat kekuasaan. Sahabat bertanya? Apakah kekuasaan mereka ya
Rasul Allah> Jawab Nabi SAW : Bila tiba hari kiamat maka dikatakan kepada
mereka (fakir dan miskin) ,"Perhatikanlah siapalah yang dahulu pernah
memberimu makanan atau minuman seteguk atau pakaian sehelai baju, maka
peganglah tangannya dan tuntunilah ke syorga.

5. Nabi SAW bersabda : Sukakah saya beritahu kepadamu tentang raja-raja
di syorga? Jawab para Sahabat : Ya, baiklah Rasul Allah. Sabda nabi SAW :
Mereka adalah orang-orang yang terhina dan teraniaya yang tidak diterima
untuk mengahwini wanita-wanita bangsawan dan hartawan dan tidak dibukakan
bagi mereka pintu-pintu yang tertutup, mati salah seorang daripada mereka
sedangkan hajatnya masih di dalam dadanya belum tercapai, tetapi
sekiranya sungguh-sungguh meminta kepada ALlah pasti Allah akan memberi
padanya.

6. Nabi SAW pernah bersabda : Ya Allah matikanlah aku sebagai seorang
fakir miskin, dan janganlah dimatikan aku kaya dan kumpulkanlah aku di
padang mahsyar dalam rombongan bersama-sama dengan orang fakir miskin di
hari kiamat, maka sesungguhnya yang amat celaka ialah orang yang miskin
di dunia dan tersiksa di akhirat.

7. Abdullah bin Umar berkata, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya makhluk
yang sangat dikasihi Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia
yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka
dengan kefakiran dan kemiskinan.

8. Dalam suatu riwayat, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa bin Imran
a.s.
agar memandikan, mengkafankan dan mengkuburkan seorang kekasih Allah.
Lalu Nabi Musa a.s. pun mencari orang itu. Seorang pun tidak mengenalnya
(kerana kefakiran dan kemiskinan) dan menghiraukannya. Hidupnya dalam
keadaan hina. Maka berdiri Nabi Musa a.s. sambil menangis menghadap orang
itu dalam sarakalutlmaut dan berkata : Ya Rabbi! Inilah kekasihMu dari
hamba yang menderita sakit dan tidak seorang pun yang merawatnya. Maka
Allah mewahyukan kepada Musa a.s. : Hai Musa, Aku jika kasih kepada
seorang hambaKu, Aku singkirkan dunia daripadanya".

Adalah lebih baik beradab terhadap orang fakir miskin daripada memuliakan
orang kaya, berharta dan berpangkat. Kerana Allah SWT telah menjanjikan
"kekuasaan" kepada mereka seperti dalam (3) dan (4). Tetapi fakir dan
miskin yang ridha dan Takwa.

Allah jua yang lebih mengetahui.
Wassalamualaikum wbt





Sani Norku wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Benar ... memang benar.
>
> Tapi nak buat macam mana. Nak mengajar, dia tak
> pandai. Nak belajar, dia ego. Jadi yg dia mampu buat
> ialah menuduh bid'ah kat semua org.
>
> Kata hujah pakai dalil. Tapi tak nampak pun dalil apa
> yg digunakan. Yg ada hanyalah tuduhan-tuduhan dari
> akalnya sendiri yg bercelaru.
>
> Biarkan ... biarkan.
>
> ---Kebenaran Pasti Kembali Menjulang---
>
> ---   <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> > Salam
> >   Mengapa harus bertelingkah dlm masalah2 kecil,
> > sebelum ini
> > istilah sufi, now istilah faqir, saya tertarik dgn
> > satu tulisan
> > Al-Marhum Maulana Abul Hassan Ali An-Nadwi dlm buku
> > yg bertajuk "Rabbaniyyah la Rahbaniyyah" atau dlm
> > bahasa melayunya "Ketuhanan bukan Kerahiban -
> > meluruskan pemahaman aliran tasawuf", antara lain yg
> > disentuh adalah istilah sufi yg diperbincangan
> > dengan hangat, beliau mencadangkan penggunaan
> > perkataan seperti "tazkiyah", atau 'ihsan" atau pun
> > Fiqhu'l-Bathin" digunakan.
> >  bagi saya yg penting adalah ajaran itu, buatler
> > atas nama apa pun, kalau pendekatan dan ajaran
> > bersalahan dgn syariat, tolakler,
> >   begitu juga dgn istilah faqir, isu ini dimulakan
> > sebab ada seorg ahli hizbi gunakan e-mail faqir, dan
> > faqir yg saya fahami hasil pengajian ilmu ihsan
> > (tasawuf) ialah seorg itu tidak memohon, tidak
> > meminta kecuali kepada Allah, seperti  yg sdra
> > rahman bawa kisah tok guru dgn anak muridnye, ituler
> > sebabnya maksud faqir, cuma sdra rahman kata itu
> > zuhud. so yang bezaan hanya dari segi istilah.
> >   Ini adalah perkembangan bahasa, dulu org gunakan
> > otak, kemudian akal, kemudian minda, dulu cendermata
> > now cenderhati
> >
> >   sekian
> ===
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke