*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Petang Sabtu lepas sempat juga tengok Mahafiraun berucap. Ucapannya macam
biasalah tiada suatu kelainan yang boleh diharapkan. Apatah lagi hendak
menyentuh tentang isu pembangunan Melayu. Cuma yang paling ketara fitnah
terus-terusan diajukan kepada Mantan Timbalannya. Tak tahulah apa nak jadi
dengan orang tu. Asyik pukul canang sahaja. Wassalam.

> -----Original Message-----
> From: Haji Johari Adam [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Monday, May 15, 2000 7:44 AM
> To:   Hizbi
> Subject:      H-Net* Malaykini:WEEKEND EDITION May 13-14, 2000
> 
>               Buat untuk diri sendiri: Presiden 
> 
>                         6pm, SAB: Ahli Umno disaran menggerakkan usaha
> sendiri untuk kemajuan 
>                         parti itu dan tidak lagi bergantung pada jentera
> kerajaan. "Kita berada dalam 
>                         masyarakat yang hostile (tidak bekerjasama),"
> katanya. "Kita tidak boleh 
>                         berharap kepada golongan agama, golongan muda dan
> media. Sebaliknya 
>                         kita (Umno) harus buat untuk diri sendiri." 
> 
>                Presiden parti itu Dr Mahathir Mohamad mengingatkan suasana
> politik sudah berubah 
>                apabila jentera kerajaan tidak lagi bersedia bekerjasama
> dengan parti tersebut. 
> 
>                "Ini fenomena baru. Keadaan persekitaran semakin hostile,"
> katanya. Kita harus 
>                bertindak "seperti parti pembangkang," tambah Mahathir. 
> 
>               Umno bina, PAS guna masjid 
> 
>                5:45pm, SAB: Ramai orang Melayu yang mendapat pendidikan
> tinggi, mempunyai 
>                jawatan dan mendapat projek daripada kerajaan tetapi mereka
> akhirnya menentang 
>                Umno. 
> 
>                "Kerana terdedah kepada hasutan parti lawan, akhirnya
> mereka lawan kita (Umno)," kata 
>                Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ketika
> menyampaikan ucapan 
>                penutup persidangan ke-54 parti itu petang ini. 
> 
>                Mahathir juga menuduh PAS menggunakan kemudahan masjid dan
> menghasut pelajar 
>                universiti untuk tujuan politik mereka. Bagaimanapun,
> beliau menyedari bahawa 
>                pemimpin dan ahli Umno tidak memanfaatkan masjid walaupun
> banyak membina tempat 
>                ibadat itu. 
> 
>                "Saya akan pergi" 
> 
>                5:15pm, SAB: Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
> Mohamad, beberapa kali hari ini 
>                berkata beliau berhasrat meletakkan jawatan, termasuklah
> selepas Sukan Komanwel 
>                pada September 1998 tetapi "terjadi sesuatu." 
> 
>                Ketika Sukom berlangsung, beliau memecat timbalannya, Datuk
> Seri Anwar Ibrahim, 
>                atas tuduhan "tidak bermoral." 
> 
>                "Saya harap jangan jadi apa-apa lagi kepada
> timbalan-timbalan saya," katanya, disambut 
>                ketawa perwakilan. "(Tetapi) saya belum tetapkan bilakah
> (saya) nak bersara." 
> 
>               Mahathir sindir Anwar lagi 
> 
>                        5pm, SAB: Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
> Mohamad, hari ini 
>                        mendedahkan perancangannya untuk "meletakkan
> jawatan" dan memberikan 
>                        peluang kepada timbalannya mendekati ahli akar umbi
> dan masyarakat. "Saya 
>                        kurang rapat (dengan ahli akar umbi) sejak beberapa
> tahun lalu sebab saya 
>                        merancang hendak berhenti," katanya. 
> 
>                "Timbalan saya bekerja keras, berjumpa orang ramai dan
> membawa mereka ke pejabat." 
>                Mahathir mengaku bahawa beliau jarang mengadakan lawatan ke
> negeri-negeri kerana 
>                "asyik dengan tugas Perdana Menteri." 
> 
>                Pada masa itu timbalan beliau ialah Datuk Seri Anwar
> Ibrahim. 
> 
>                Bagaimanapun, katanya lagi, selepas tercetus "peristiwa
> tertentu," orang ramai kurang 
>                yakin pada perjuangan Umno, khususnya dalam pilihan raya
> umum lalu. 
> 
>                Mahathir sudah acap kali sejak hampir lima tahun lalu
> menyebutkan kemungkinan 
>                melepaskan jawatannya. 
> 
>                Pak Lah 'pengurus Team Wawasan' 
> 
>                4:15pm, SAB: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
> Badawi berkata beliau 
>                kini bertindak sebagai "pengurus" bagi 'Team Wawasan.' 
> 
>                Beliau bercerita tentang pertanyaan beberapa wartawan
> mengenai sikap kumpulan Naib 
>                Presiden itu yang pernah mengenepikannya sejak memenangi
> jawatan itu pada 1993. 
> 
>                Kumpulan yang dimaksudkan itu ialah Menteri Pertahanan
> Datuk Seri Najib Tun Razak, 
>                Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tan
> Sri Muhyiddin Yassin 
>                dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd
> Taib. 
> 
>                Ketiga-tiga mereka memenangi kembali jawatan itu pada dalam
> pertandingan Khamis 
>                lalu. Sesi mereka akan tamat 2003. 
> 
>                "Dahulu mereka berada di bawah manager lain," katanya,
> dengan nada separuh 
>                bergurau, merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri,
> Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Zawawi Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke