Buat untuk diri sendiri: Presiden

                        6pm, SAB: Ahli Umno disaran menggerakkan usaha sendiri untuk kemajuan
                        parti itu dan tidak lagi bergantung pada jentera kerajaan. "Kita berada dalam
                        masyarakat yang hostile (tidak bekerjasama)," katanya. "Kita tidak boleh
                        berharap kepada golongan agama, golongan muda dan media. Sebaliknya
                        kita (Umno) harus buat untuk diri sendiri."

               Presiden parti itu Dr Mahathir Mohamad mengingatkan suasana politik sudah berubah
               apabila jentera kerajaan tidak lagi bersedia bekerjasama dengan parti tersebut.

               "Ini fenomena baru. Keadaan persekitaran semakin hostile," katanya. Kita harus
               bertindak "seperti parti pembangkang," tambah Mahathir.

              Umno bina, PAS guna masjid

               5:45pm, SAB: Ramai orang Melayu yang mendapat pendidikan tinggi, mempunyai
               jawatan dan mendapat projek daripada kerajaan tetapi mereka akhirnya menentang
               Umno.

               "Kerana terdedah kepada hasutan parti lawan, akhirnya mereka lawan kita (Umno)," kata
               Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ketika menyampaikan ucapan
               penutup persidangan ke-54 parti itu petang ini.

               Mahathir juga menuduh PAS menggunakan kemudahan masjid dan menghasut pelajar
               universiti untuk tujuan politik mereka. Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa
               pemimpin dan ahli Umno tidak memanfaatkan masjid walaupun banyak membina tempat
               ibadat itu.

               "Saya akan pergi"

               5:15pm, SAB: Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, beberapa kali hari ini
               berkata beliau berhasrat meletakkan jawatan, termasuklah selepas Sukan Komanwel
               pada September 1998 tetapi "terjadi sesuatu."

               Ketika Sukom berlangsung, beliau memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
               atas tuduhan "tidak bermoral."

               "Saya harap jangan jadi apa-apa lagi kepada timbalan-timbalan saya," katanya, disambut
               ketawa perwakilan. "(Tetapi) saya belum tetapkan bilakah (saya) nak bersara."

              Mahathir sindir Anwar lagi

                       5pm, SAB: Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini
                       mendedahkan perancangannya untuk "meletakkan jawatan" dan memberikan
                       peluang kepada timbalannya mendekati ahli akar umbi dan masyarakat. "Saya
                       kurang rapat (dengan ahli akar umbi) sejak beberapa tahun lalu sebab saya
                       merancang hendak berhenti," katanya.

               "Timbalan saya bekerja keras, berjumpa orang ramai dan membawa mereka ke pejabat."
               Mahathir mengaku bahawa beliau jarang mengadakan lawatan ke negeri-negeri kerana
               "asyik dengan tugas Perdana Menteri."

               Pada masa itu timbalan beliau ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

               Bagaimanapun, katanya lagi, selepas tercetus "peristiwa tertentu," orang ramai kurang
               yakin pada perjuangan Umno, khususnya dalam pilihan raya umum lalu.

               Mahathir sudah acap kali sejak hampir lima tahun lalu menyebutkan kemungkinan
               melepaskan jawatannya.

               Pak Lah 'pengurus Team Wawasan'

               4:15pm, SAB: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata beliau
               kini bertindak sebagai "pengurus" bagi �Team Wawasan.'

               Beliau bercerita tentang pertanyaan beberapa wartawan mengenai sikap kumpulan Naib
               Presiden itu yang pernah mengenepikannya sejak memenangi jawatan itu pada 1993.

               Kumpulan yang dimaksudkan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak,
               Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tan Sri Muhyiddin Yassin
               dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

               Ketiga-tiga mereka memenangi kembali jawatan itu pada dalam pertandingan Khamis
               lalu. Sesi mereka akan tamat 2003.

               "Dahulu mereka berada di bawah manager lain," katanya, dengan nada separuh
               bergurau, merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kirim email ke