*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumsalam wbt

Sebenarnya, pada mulanya aku tak berminat nak bukak
e-mail pasal kereta nasional ni.  Sebab tu aku delete
semua e-mail pasal topik tu.  Tapi aku tengok terlalu
banyak e-mail pasal benda ni, jadi aku pun saja bukak
nak tahu apa menariknya sangat cerita tu.

Rupa-rupanya netters bertelagah pasal ciplak menciplak
model kereta.  Atau dalam bahasa mudah kereta Proton
ni dianggap telah dicetak rompak dari yang original. 
Lebih kurang macam tu lah dari gaya bahasanya.

Cuma aku nak komen di sini ialah banyak barang-barang
yang ada kat Malaysia ni adalah OEM (Original
Equipment Manufacturer) belaka.  Dalam bahasa mudah
barang asli tu adalah orang luar punya, tapi di atas
nama perniagaan kononnya, menambah peluang pekerjaan
kepada penduduk Malaysia kononnya, dapat saham percuma
syarikat, bagi bisnes kepada kroni, dapat rolling duit
pinjaman bank, dll maka perjanjian dimeterai di antara
syarikat luar barang asli tersebut dengan syarikat
Malaysia, lalu dibenarkan bubuh cop keluaran Malaysia
seperti PROTON??. Bisnes mudah lah katakan, asalkan
ada backup drp. kerajaan, ada ongkos, dll. Tak salah
buat benda OEM ni, cuma bila dah berkembang maju
syarikat ciplak tu, ada baiknya tubuhkan unit R & D
serta ada matlamat spt. dalam tempoh beberapa tahun
produk baru yang asli akan dikeluarkan.  Tak ada lagi
produk cetak rompak.  Mesti berani umumkan kepada
rakyat bahawa produk itu adalah hasil kajian unit R &
D syarikat tersebut.  Kalau ianya seakan-akan sama
dengan produk luar negeri, kita tak perlu malu kerana
ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Tapi rakyat boleh tahu samada produk tu OEM atau
tidak.

JAGUH macam mana?????? OEM atau keluaran asli
Malaysia?

tq


ps/  

Gaya bahasa penulisan tidak semestinya mencerminkan
peribadi seseorang tu.  Masing-masing ada cara
tersendiri bagaimana mesej hendak ditulis dalam
berbagai situasi. Dan penulis juga mempunyai niat
samada mesej yg ditulis adalah untuk makluman pembaca
atau perlu dibalas balik oleh sipembaca.  Apa yang
penting adalah sipenulis & sipembaca digalakkan supaya
mengambil sikap PRO-AKTIF semasa menghadapi situasi
penulisan yang nadanya agak BERBISA & BERACUN, kerana
ianya secara tidak langsung akan memperbaiki
sifat-sifat kepimpinan diri samada berkaitan dengan
pekerjaan, rumahtangga, akademik, politik, dll. 
Dengan lain perkataan gunakan otak kita untuk
memikirkan perkara-perkara yang positif sahaja
walaupun mesej tu berbisa / beracun.


--- Nor'ain Eusoff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamu'alaikum Chow Sin & the rest of netters,
> 
> Memang senang untuk mengata orang "melatah" sana
> sini!  Orang ni "melatah",
> orang ni "melenting".  Whatever they want to say,
> let them say......   Bukan
> apa, orang tu cakap macam ni, orang ni cakap macam
> tu, lama-lama benda tak
> jugak settle-settle!
> 
> Macam ni lah orang Malaysia......  Kadang-kadang nak
> beri pendapat, fakta
> tak berapa nak betul, tapi bila kita sangkal,
> dikatakan kita MELATAH!
> Melatah tak apa lagi Chow Sin; dikatanya pulak kita
> MELENTING!
> Hhhhhmmmm....  manusia, oh.. manusia, memang susah
> nak puaskan hati manusia.
> Bila kita buat design macam Ferrari, dikatakan kita
> tiru Ferrari; bila kita
> buat design macam Ford Focus, nanti dikatakannya
> kita meniru gaya Ford
> Focus; bila dibuat macam ada rupa Porsche, dikatakan
> pulak meniru
> Porsche.... lama-lama buat apapun rupa bentuk,
> dikatakan MENIRU!  Habis tu,
> ada cadangan nak buat rekabentuk macam mana dari
> mana-mana pihak?  Takkan
> kereta penumpang nak direka macam kapal
> angkasalepas? Nanti dikatakan kita
> meniru NASA punya angkasalepas pulak!  Pening,
> pening!  Tak tahulah...  cuma
> saya nak habaq katalah, pastinya orang-orang PROTON
> lepas ni tak tiduq lena
> sebab asyik kena kutuk siang malam.  Kesian jugak.  
> "Tempias"nya terkena
> jugaklah kita ni sikit-sikit.
> 
> Bukan kita tak "consider" pandangan dari student,
> kalau kena gayanya dan
> disertakan KRITIKAN itu dengan CADANGAN yg bernas,
> kita boleh jugak
> ambilkira pandangan mereka.  Yalahh, siapa yg tak
> tahu student adalah bakal
> pemimpin negara, tapi kita nak BAKAL PEMIMPIN NEGARA
> YG BERWAWASAN &
> BERWIBAWA.  Bukan bakal pemimpin yg HENTAM KEROMO
> seperti yg dok ada
> sekarang, betul tak Chow Sin?  Kalau bakal pemimpin
> negara HENTAM KEROMO
> tanpa ada sebarang fakta yg kukuh, samalah seperti
> yg dok ada sekarang ni!
> Kita pi kutuk-kutuk pemimpin yg ada sekarang yg
> dikatakan selalu buat
> statement tanpa ada fakta kukuh, tapi yg
> "PELAPIS'nya pun serupa jugak!?
> ish.... ish!   Tak patut, tak patut!  
> Perkara-perkara serious begini tak
> boleh diambil ringan....  bagi saya, ini merupakan
> suatu "under-estimating"
> kewibawaan sesebuah syarikat!
> 
> Sepatutnya, sebagai student yg dianggap PELAPIS
> pemimpin negara buatlah
> research yg betul supaya yg tidak betul boleh
> diperbaiki.  Bukan sekadar
> membuat perbandingan secara "at glance" lepas tu nak
> hentam orang kiri
> kanan, atas bawah...!   Senang-senang aje menuduh
> orang meniru tanpa ada
> sebarang bukti.  Kita mengata orang memfitnah tanpa
> bukti, habis tu kita
> sekarang ni tuduh orang PROTON meniru tanpa bukti
> itu ADILkah?  Come on
> Malaysians.....!  Orang Melayu khususnya......  ini
> adalah suatu cabaran
> buat kita.  Kalau kita TAK "support" usaha yg dibuat
> oleh orang-orang kita,
> bangsa lain BERTEPUK TANGAN tau!  Mereka bersorak
> ria kerana kita berlaga
> sesama kita!  Macam mana kita nak maju?  Sedangkan
> bangsa lain
> sokong-menyokong baik dalam bidang bisnes mahupun
> bidang ilmu....  habis tu
> kita ni macam mana?
> 
> Saya rasa, kalau mentaliti orang Melayu tidak
> diubah, maka memang sukarlah
> untuk orang Melayu sendiri mencapai kejayaan.  Ini
> kerana banyak buruk
> sangka dari betul-betul ikhlas untuk menegur!  Saya
> tak lihatpun mana-mana
> pihak yg betul-betul ikhlas nak menegur.   (Maafkan
> saya sekiranya saya
> ter"overlooked")  Ada pulak yg kata, ORANG MALAYSIA
> SENTIASA BERLEMBUT bila
> meluahkan rasa hati, tapi saya rasa  idak...
> leeee.......!  Saya tak nampak
> dah orang Malaysia sentiasa nak berlembut, bahkan
> dalam Hizbi net ni pun
> makin banyak e-mail yg kita tengok perkataan yg
> digunakan terlalu "beracun"
> & "berbisa".  Kalau tidak, takkan Penyelenggara
> asyik dok bagi "warning"
> aje? 
> 
> 
> Lagi satu..... kita kena pandang dari semua sudut. 
> Memang kereta jenis lain
> tiada mirip mana-mana kereta.  Tengoklah depa tu
> pulak establish macam mana!
> Tengoklah negara mereka macam mana, kita ni macam
> mana!  Nampak aje macam
> semua BOLEH, tapi at certain angle, masih ada benda
> yg TAK BOLEH!  Walau
> bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat kita di PROTON,
> anggaplah ini sebagai
> suatu cabaran yg hebat buat kalian.  Jadikanlah ia
> sebagai suatu "panduan"
> ataupun "guideline" untuk kebaikan di masa-masa
> depan.  KEEP UP THE GOOD
> WORK!  Itu saja yg termampu untuk diungkapkan.....
> 
> Well........ Chow Sin & the rest, berkenaan dengan
> kereta nasional kita
> ni.....  LET THE CAR SPEAKS FOR ITSELF.  {Saya
> meminjam perkataan dari orang
> PROTON}.  Kita alu-alukan sebarang komen dari
> pengguna berkenaan dengan
> rekabentuk luar.  Tapi, kalau dah di"cap" sebagai
> meniru CEDIA......  Hanya
> Allah Ta'ala sahajalah yg maha mengetahui...
> 
> Renung-renungkanlah.....
> 
> Seandainya saya bernada "keras", saya minta maaf
> banyak-banyak.  Saya tidak
> bertujuan nak mengecilkan hati mana-mana pihak. 
> Saya juga memberikan
> teguran yg ikhlas kepada BAKAL PEMIMPIN NEGARA.
> 
> Wassalam
> 
> P/S:  Sekali-sekala teringat pulak lagu Allayarhamah
> Saloma:  "Pandanglah,
> lihatlah,  TIRU MACAM SAYA!"  hehehehe...
> 
> <deleted>

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: adi purnama <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke