Assalamu'alaikum Chow Sin & the rest of netters,
Memang senang untuk mengata orang "melatah" sana sini! Orang ni "melatah", orang ni "melenting". Whatever they want to say, let them say...... Bukan apa, orang tu cakap macam ni, orang ni cakap macam tu, lama-lama benda tak jugak settle-settle!
Macam ni lah orang Malaysia...... Kadang-kadang nak beri pendapat, fakta tak berapa nak betul, tapi bila kita sangkal, dikatakan kita MELATAH! Melatah tak apa lagi Chow Sin; dikatanya pulak kita MELENTING! Hhhhhmmmm.... manusia, oh.. manusia, memang susah nak puaskan hati manusia. Bila kita buat design macam Ferrari, dikatakan kita tiru Ferrari; bila kita buat design macam Ford Focus, nanti dikatakannya kita meniru gaya Ford Focus; bila dibuat macam ada rupa Porsche, dikatakan pulak meniru Porsche.... lama-lama buat apapun rupa bentuk, dikatakan MENIRU! Habis tu, ada cadangan nak buat rekabentuk macam mana dari mana-mana pihak? Takkan kereta penumpang nak direka macam kapal angkasalepas? Nanti dikatakan kita meniru NASA punya angkasalepas pulak! Pening, pening! Tak tahulah... cuma saya nak habaq katalah, pastinya orang-orang PROTON lepas ni tak tiduq lena sebab asyik kena kutuk siang malam. Kesian jugak. "Tempias"nya terkena jugaklah kita ni sikit-sikit.
Bukan kita tak "consider" pandangan dari student, kalau kena gayanya dan disertakan KRITIKAN itu dengan CADANGAN yg bernas, kita boleh jugak ambilkira pandangan mereka. Yalahh, siapa yg tak tahu student adalah bakal pemimpin negara, tapi kita nak BAKAL PEMIMPIN NEGARA YG BERWAWASAN & BERWIBAWA. Bukan bakal pemimpin yg HENTAM KEROMO seperti yg dok ada sekarang, betul tak Chow Sin? Kalau bakal pemimpin negara HENTAM KEROMO tanpa ada sebarang fakta yg kukuh, samalah seperti yg dok ada sekarang ni! Kita pi kutuk-kutuk pemimpin yg ada sekarang yg dikatakan selalu buat statement tanpa ada fakta kukuh, tapi yg "PELAPIS'nya pun serupa jugak!? ish.... ish! Tak patut, tak patut! Perkara-perkara serious begini tak boleh diambil ringan.... bagi saya, ini merupakan suatu "under-estimating" kewibawaan sesebuah syarikat!
Sepatutnya, sebagai student yg dianggap PELAPIS pemimpin negara buatlah research yg betul supaya yg tidak betul boleh diperbaiki. Bukan sekadar membuat perbandingan secara "at glance" lepas tu nak hentam orang kiri kanan, atas bawah...! Senang-senang aje menuduh orang meniru tanpa ada sebarang bukti. Kita mengata orang memfitnah tanpa bukti, habis tu kita sekarang ni tuduh orang PROTON meniru tanpa bukti itu ADILkah? Come on Malaysians.....! Orang Melayu khususnya...... ini adalah suatu cabaran buat kita. Kalau kita TAK "support" usaha yg dibuat oleh orang-orang kita, bangsa lain BERTEPUK TANGAN tau! Mereka bersorak ria kerana kita berlaga sesama kita! Macam mana kita nak maju? Sedangkan bangsa lain sokong-menyokong baik dalam bidang bisnes mahupun bidang ilmu.... habis tu kita ni macam mana?
Saya rasa, kalau mentaliti orang Melayu tidak diubah, maka memang sukarlah untuk orang Melayu sendiri mencapai kejayaan. Ini kerana banyak buruk sangka dari betul-betul ikhlas untuk menegur! Saya tak lihatpun mana-mana pihak yg betul-betul ikhlas nak menegur. (Maafkan saya sekiranya saya ter"overlooked") Ada pulak yg kata, ORANG MALAYSIA SENTIASA BERLEMBUT bila meluahkan rasa hati, tapi saya rasa idak... leeee.......! Saya tak nampak dah orang Malaysia sentiasa nak berlembut, bahkan dalam Hizbi net ni pun makin banyak e-mail yg kita tengok perkataan yg digunakan terlalu "beracun" & "berbisa". Kalau tidak, takkan Penyelenggara asyik dok bagi "warning" aje?
Lagi satu..... kita kena pandang dari semua sudut. Memang kereta jenis lain tiada mirip mana-mana kereta. Tengoklah depa tu pulak establish macam mana! Tengoklah negara mereka macam mana, kita ni macam mana! Nampak aje macam semua BOLEH, tapi at certain angle, masih ada benda yg TAK BOLEH! Walau bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat kita di PROTON, anggaplah ini sebagai suatu cabaran yg hebat buat kalian. Jadikanlah ia sebagai suatu "panduan" ataupun "guideline" untuk kebaikan di masa-masa depan. KEEP UP THE GOOD WORK! Itu saja yg termampu untuk diungkapkan.....
Well........ Chow Sin & the rest, berkenaan dengan kereta nasional kita ni..... LET THE CAR SPEAKS FOR ITSELF. {Saya meminjam perkataan dari orang PROTON}. Kita alu-alukan sebarang komen dari pengguna berkenaan dengan rekabentuk luar. Tapi, kalau dah di"cap" sebagai meniru CEDIA...... Hanya Allah Ta'ala sahajalah yg maha mengetahui...
Renung-renungkanlah.....
Seandainya saya bernada "keras", saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bertujuan nak mengecilkan hati mana-mana pihak. Saya juga memberikan teguran yg ikhlas kepada BAKAL PEMIMPIN NEGARA.
Wassalam
P/S: Sekali-sekala teringat pulak lagu Allayarhamah Saloma: "Pandanglah, lihatlah, TIRU MACAM SAYA!" hehehehe...
-----Original Message-----
From: chow sin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 12 May, 2000 2:21 PM
To: Jumlah Arisma
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* KEreta Nasional Kita-komen student
-----Original Message-----
From: chow sin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 12 May, 2000 2:21 PM
To: Jumlah Arisma
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* KEreta Nasional Kita-komen student
bukan melatah.....tapi awak jugak yg tuduh yg bukan
bukan. Awak tuduh pun bukannya ada fakta pun. Ini
bukan assignment main ambik kawan punya & cut and
paste'.
Design kereta ni byk caranya.....ford and nissan
pernah joint development keluarkan kereta....ford
keluarkan kereta telstar dan nissan keluarkan design
yg sama tapi nissan design. Begitu juga mitsubishi dan
volvo yg mana volvo keluarkan s40 dan mitsubishi
keluarkan kereta hasil drp kerjasama.
k
