*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Web TV Harakah dilancarkan ‘Ein Azmi 1pm, SEL: Harakah memperkenalkan perkhidmatan web TV bagi menyebarkan maklumat kepada khalayak awam melalui teknologi yang lebih pantas dalam pelacaran rasmi semalam di Kuala Lumpur. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Presiden Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dato' Fadzil Mohd Noor di Vistana Hotel, dibuat kerana keluaran Harakah yang terhad didakwa tidak mampu menghadapi cabaran media perdana sekarang. "Kebenaran berada di pihak yang benar, walaupun Harakah mengalami banyak tekanan," ulas Fadzil berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri mengurangkan penerbitan akhbar dari lapan keluaran sebulan kepada dua kali sebulan pada awal tahun ini. Web TV tersebut akan meyiarkan berita dalam Bahasa Malaysia dan English termasuk forum serta temubual dengan pemimpin-pemimpin PAS melalui halaman web www.harakahdaily.com. Akhbar PAS edisi Internet mencatatkan rekod lebih 700,000 page view bulan lepas dan dijangka meningkat satu juta dalam tempoh dua bulan akan datang. "Mereka fikir kita (Harakah) tidak akan bertahan tetapi IT membantu kita," kata Presiden PAS itu lagi. Menurut kenyataan akhbar PAS, 30 peratus pengunjung laman adalah daripada sektor pendidikan, 15 peratus adalah pelajar manakala baki daripada pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat (IT) dan perbankan. Harakah berharap laman tersebut akan menjadi laman utama media yang berasaskan Islam yang bukan sahaja menyebarkan berita mengenai negara ini tetapi perkembangan negara-negara lain. Dalam rancangan enam bulan depan, akhbar Internet itu juga bercadang mempunyai kedai maya bagi membolehkan pengunjung membeli buku, tape dan CD serta download ceramah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>